Followers Remaja Purba

Friday, July 10, 2015

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 14

#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015.. Day 13 di SINI..



Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak..
Dulu..

Zaman budak-budak..
Tiap hari dok pangkah, dok kira hari bila nak raya..
Sebab tak sabar nak balik kampung sebenarnya..
Jiwa aku tak serasi dok kat tengah hutan batu ni..
Budak kampung yang dah biasa melasak dekat kampung..

Malam Raya..
Masa ni rumah arwah Wan belum ada api dalam kaca, air dalam besi..
Jadi..
Part gosok baju semua ahli keluarga.. kat tangan aku..
Guna pulak seterika arang..
Kami bukan orang senang.. itu je yang mampu on that time..
Tapi sekarang.. Alhamdulillah dah ada api dalam kaca, air dalam besi..
Arwah Wan sendiri sempat merasainya..

Pagi Raya..
Lepas solat sunat Aidilfitri, kami akan bergerak menuju ke tanah perkuburan..
Selesai.. balik rumah..
Masa ni lah drama airmata bermula..
Aku tak fokus sangat.. yang aku fokus nak duit raya.. kehkehkeh..
Dah nama budak-budak kan.. rasa nak seronok jelah..
Buat apa nak sedih-sedih..

Petang Raya..
Jalan raya pun bermula.. ziarah saudara-mara terdekat..
Rutin yang lebih kurang sama setiap tahun..
Tapi kemeriahan tetap dirasa bila dapat berkumpul berjumpa sanak-saudara..

Dan..
Moga rutin tersebut menjadi agenda tetap setiap tahun..
Nak pulak sekarang dak jadi mak budak..
Keutamaan adalah pada anak-anak..
Anak-anak gembira aku pun turut teruja..



psstt: 5 days to go.. counting day by day..



5 comments:

paridah said...

masa budak2 mmg xsabar nk tunggu raya asyik intai baju baru n kasut baru...nak bergaya bersama rakan sebaya...

iryanty ahamad said...

zaman kanak2..yan takut nak pi kubur...kalau keluarga pi pun ..yan akan dok jauh2..tapi sekarang dah berani :-))

norhidana miswan said...

bab beraya umah sedara2 tuh kak, dr kanak2 sampai skrg dh tua pun msh amalkan lg.. seronok beraya ramai2.... dpt ada 4 ke 5 keluarga sekali lg syok lah... lg riuh lg seronok

sa'adah by atiehilmi said...

time bersalam nanges2 tu memang failed daei dulu.. mata ni tak mo klua air.. stress btol.. haish..

Kira Sakura said...

sama la dlu memang tertunggu nak balik raya. kalau belah mama lagi seronok sebab arwah tok rajin layan cucu. beli bunga api, mercun pop pop tu pastu top up duit raya bagi genap angka.

yg belah papa seronok sebab dapat terjun sungai dgn sepupu je. hihihihihi

zaman bebudak tau nak seronok je kan

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...