Followers Remaja Purba

Monday, April 30, 2012

Genap Seminggu

Pengalaman pertama berpantang di rumah sendiri nyata amat berbeza dari sebelum ni.. Cabaran terbesar aku adalah menguruskan anak-anak ke sekolah.. memang kena bangun pagi macam biasa.. mengantuk macam mana pun tetap kena bangun.. Ni gara-gara dak Nuha tidur lena waktu siang, merengek waktu malam..

Minggu ni hubby dah mula kerja selepas seminggu cuti.. lepas ni tak dapatlah nak manja-manja macam minggu lepas.. kihkihkih.. semua kena buat sendiri tapi tetap dapat bantuan dari nenek saudara dan jiran terdekat.. syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan..

Moga aku berjaya lalui tempoh berpantang kali ni dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.. insyaAllah..



psstt: dah biasa panggil dak Adik, susahnya nak tukar panggil dak Abang pulak..


psstt lagi: dak Nuha tidur, aku pun kena tidur.. standby malam..


last psstt: Tak sabar nak melepasi tempoh berpantang..

Saturday, April 28, 2012

Tahun NAGA 2012 - gegurl

23 April 2012 (Isnin)

Memang ramai tak sangka.. mana taknya pagi tu aku sempat buat check up mingguan (masa ni doctor check bukakan laluan), sempat singgah di pejabat sebelum balik rumah.

Lewat petang aku dah mula rasa sakit, hubby desak aku ke hospital (memandangkan jarak dari rumah agak jauh, takut tak sempat) tapi aku kata aku boleh tahan lagi.. Akhirnya pukul 9 malam barulah aku ajak hubby ke hospital, itupun sebab dah sakit sangat..

Tepat jam 10.33 malam – 23 April 2012 (Isnin), lahirlah seorang puteri yang selamat disambut oleh doctor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (awal dua hari dari tarikh sebenar). Dengan berat 3.56kg dilahirkan secara normal itulah dia adik bongsu kepada dak Kakak dan dak Adik..

Syukur Alhamdulillah selamat sudah. Terima kasih pada doctor dan kakitangan berkenaan yang banyak membantu aku sepanjang berada di hospital. Alah.. macam lama sangat.. Tengahari esoknya dah boleh balik..

KINI.. bermulalah PANTANG LARANG demi kebaikan dan kesihatan diri serta baby.



DAN..



untuk semua.. buat pertama kali diperkenalkan
Nur Nuha Husna..

Langsung takde irasku, copy paste muka babah dia.

yeye.. dah bersedia nak balik rumah..


Dah selamat sampai di rumah.


yeah.. itu dia.. memanggil ibu nak susu..



psstt: Ok, masa untuk berehat.. zzzzz.. Nuha tidur maka aku pun kenalah tidur..


Thursday, April 19, 2012

Esok Hari Terakhir..

Lagi dekat tarikhnya lagi aku berdebar-debar.. Dalam masa yang sama tak sabar nak cuti pun ada, sekurang-kurangnya takdelah pepagi aku rasa macam kelam-kabut mengejar masa.. Sebenarnya boleh je rileks pergi office tapi sebab nak mengelak dari tersekat lama dalam kesesakan jalanraya, kenalah keluar awal..

Esok aku last day kerja.. Alhamdulillah tiada kerja tertunggak yang perlu aku serahkan kepada yang memangku kerja aku. Cuma aku doakan moga dia berjaya menghadapi segala macam masalah berkaitan sepanjang aku bercuti panjang ni nanti..

Di rumah, hanya aku dan anak-anak je, hubby pulak masih lagi kerja belum masa untuk dia bercuti panjang.. walau dah banyak permintaan dari geng TDBi mintak hubby cuti duduk rumah memandangkan aku dah sarat menunggu hari. Tak sampai seminggu lagi..

Kelmarin hubby ke Penang, semalam ke Butterworth.. Hari ni pulak ke Sungai Petani.. eem.. moga selamat perjalanan pergi dan balik. Aku..? Setakat ni masih ok walaupun pergerakan dah semakin perlahan.. cuma kalau on d road memang tak bleh elak dari kelajuan maxima.. hikhikhik..

InsyaAllah hujan bulan ni nanti masa aku akan lebih banyak bersama kawan-kawan di sini, maklumlah surirumah sementara.. kihkihkih.. Buat masa ni memang keadaan tidak mengizinkan untuk aku selalu update dan menjengah rumah kengkawan semua..


Apa-apapun moga segalanya berjalan dengan lancar.. dan paling aku harap sangat-sangat.. biarlah hubby sendiri yang pandu kereta dan temankan aku hospital bila sampai masanya nanti..



psstt: Weekend ni ada Jualan Gudang Pureen.. nak pergi tapi dak Kakak sekolah ganti pulak.. (ada hati lagi tu nak berhimpit bersesak kat tempat macam tu..)


psstt lagi: Teringin nak makan sup ketam saat-saat akhir ni.. sedapnya kalau dapat..


last psstt: Girl @ Boy masih menjadi tanda-tanya.. Biarlah Rahsia.. ;)

Monday, April 9, 2012

Bila Marah Menguasai..

Seboleh mungkin kita berusaha untuk mengawal perasaan marah dari terhambur keluar.. Sabar..?? selama mana kita boleh bertahan..

Nak luahkan kat sini.. tak payahlah tapi 2 hari jugaklah aku marah teramat sampai aku angkut dak Kakak dengan dak Adik ke rumah nenek a.k.a. pengasuh lama dorang.. Setengah hari jugaklah kat rumah nenek.. Dari rumah aku dah mogok taknak makan, perut confirm lapar.. sampai rumah nenek eemm.. kena paksa makanlah sebab nenek bukan kesian dekat aku tapi dah tentu pada si kecik ini.

Dari tengahari sampai ke malam jugaklah aku bertunggu-tangga kat rumah nenek sampai dak Kakak dengan dak Adik bosan.. alah.. dorang bukan bosan apa.. kat rumah nenek tak boleh nak main bagai sebab tingkat 10 tapi kalau kat rumah sendiri habis keliling rumah dorang ronda dengan basikal dorang tu..

Itulah sebahagian kecil kisah kat rumah yang tak best pun nak dikongsi.



DAN hari ini..
Nak kata tak marah tu bohonglah sebab lagi lama aku tahan lagi aku sakit hati.. tapi takpe.. aku cuba cool dulu kat sini.. sekurang-kurangnya aku boleh senyum sorang-sorang dengan siri jelajah ke blog kawan-kawan.. ;)

Sambil cuba menyiapkan entry ni, kedengaran kawan-kawan dok bercerita ABPBH malam tadi.. Aku sekadar dengar jelah sebab tak tengok..



psstt: Jambuler aku hari ni.. amik gambar..? eemm.. baju je boleh..?


psstt lagi: Eh!Set jamu tak beli lagi.. Takde ke yang nak sponsor..? ;)


last psstt: ...

Friday, April 6, 2012

Tinggal 19 Hari Lagi

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..


Tak banyak rupanya post untuk suku tahun pertama 2012 ni. Memang aku tau dan terlebih perasan tapi jauh disudut hati janganlah aku dilupai. Bukan kerana nak mengejar populariti tapi silaturrahim yang dah sedia terjalin tidak terputuslah hendakNYA..

Dak Kakak semakin tak sabar.. asyik bertanya bila baby nak keluar.. bila ibu nak cuti.. Oh! Rupa-rupanya dia nak aku cuti duduk rumah uruskan dia.. eemm.. mungkin aku kerap cuti jadi anak-anak rasa seronok bila aku berada di rumah..

Di pejabat.. sikit demi sikit aku dah mula agihkan kerja-kerja hakiki aku.. InsyaAllah moga sepanjang 'percutian' aku nanti tidak membawa masalah yang besar pada yang menanggung kerja aku..


Pagi tadi.. dak Kakak bertanya lagi, bila lagi aku nak cuti.. Kuterangkan pada dia yang aku akan bercuti panjang tapi dengan syarat - Kakak kena bantu ibu sepanjang ibu cuti.. Reaksi dak Kakak..? Setuju aje dan aku berharap janganlah dia dan dak Adik buat perangai sepanjang 'percutian'ku nanti terutamanya 2 minggu pertama..



psstt: 25 April 2012.. Makin hampir tarikhnya makin berdebar-debar aku rasa.. Moga dipermudahkanlah hendakNYA..


psstt lagi: Alhamdulillah.. aku dah dapat bouncer yang aku nak tu tapi yang tinggal hanya warna yang aku tak suka - BIRU.. takpelah dari takde langsung kan.. :)


last psstt: Bila tengok keperluan si kecik ini, teruja pulak aku rasakan.. :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...