Followers Remaja Purba

Tuesday, November 10, 2020

check in dapur.. check out atas katil


DAY 233 (05 November 2020 - Khamis) 
Paling penting aku dah jalani swab test di SINI..
Tanpa swab test dan memo arahan daripada pihak atasan, aku tidak dibenarkan hadir bertugas di tempat kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan; sebaliknya hanya perlu bekerja dari rumah (WFH).

Work From Office (WFO)
Check in 0715
Check out 1720
Kerja memang takkan pernah habis..

Malam..
Bubur jagung menjadi pilihan anak-anak selain burger yang dimasak sendiri oleh en. Hubby. 


DAY 234 (06 November 2020 - Jumaat) 
Work From Home (WFH)
Check in dapur
Check out atas katil


DAY 235 (07 November 2020 - Sabtu) 
Petang..
Menjadi pengetua di rumah mySIL, memantau kerja sekolah yang diberikan oleh guru kelas anak-anak. Deme ni kena berjauhan dari geng 'bermain', kalau tak, ke laut dalam deme terjun.


DAY 236 (08 November 2020 - Ahad) 
Terima kasih buat anak-anak buah yang turut membantu dalam sesi pembelajaran semua..

#KisahKita: ...

Wednesday, November 4, 2020

Berseluar pendek, berkain pelikat

 
DAY 229 (01 November 2020 - Ahad)
It's November..
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan dan akan berakhir pada 9 November 2020 ini. Ramai antara kita yang terjejas dari segi pekerjaan dan sumber pendapatan. Bukan mudah untuk mendaki ke puncak dalam keadaan 'tak cukup stamina' macam ni. 


DAY 230 (02 November 2020 - Isnin)
Buat masa ini aku masih bekerja dari rumah (WFH) dan Alhamdulillah, setakat hari ini masih dalam keadaan terkawal dan berjalan dengan baik. 

'Pergi kerja, bukan main cantik dan wangi tapi bila dekat rumah nampak selekeh'. 

Lagak gaya bila bekerja dari rumah ni jauh berbeza ketika bekerja di tempat kerja. Semua nampak indah namun hakikatnya ia palsu semata-mata.. 😆

'Alah abang.. macam tak biasa berseluar pendek, berkain pelikat..' 😂

#MakBudak ni walau tak cantik tapi tetap menarik perhatian walau hanya berkain batik tau abang.. 😉


DAY 231 (03 November 2020 - Selasa)
Status diri..
Masih bekerja dari rumah.

Status di sini..
Perlahan-lahan cuba meninggalkan jejak di teratak kawan-kawan yang ada.

Status di rumah..
Tiada masa untuk berdiet apatah lagi untuk kembali #PerasanSlim.


DAY 232 (04 November 2020 - Rabu)
Esok aku akan kembali ke tempat kerja. 
Alhamdulillah.. tak sabar rasanya nak bertentang mata dengan abang polis dan tentera.. 😆

#KisahKita: ...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...