Followers Remaja Purba

Tuesday, June 27, 2017

Sumbangan Tak Seberapa


Kisah Hari Raya Pertama..

 Sempadan Negeri Melaka


Kali ni abam Bomba takde.. awek Bomba je yang ada..


Dari awal memang dah berniat nak share sedikit Sumbangan Menu Raya untuk pasukan keselamatan yang bertugas di Plaza Tol, susur nak balik kampung. Rendang ayam dan lemang homemade.. selain dari kuih raya terpilih..

Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anggota keselamatan yang bertugas..
#TahunKeduaBegini
#SumbanganTakSeberapa
#Sama2Merasa
#BaruUpdateDalamBlog



StatusHati: Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Saturday, June 24, 2017

Boleh BUSUK nama bangsa sendiri..!!


Lokasi: Nak keluar simpang di satu lokasi di PJ.
Masa kejadian: 12:30 tengah malam tadi.

Mamat motor ni macam sengaja carik gaduh dengan melajukan motornya sambil hon ketika en. Hb keluar simpang.. siap himpit kereta aku + pakej sengaja provoke dengan melanggar bumper depan kereta aku ketika en. Hb mengalah dan berundur semula ke belakang dengan memberi laluan pada mamat motor tersebut.

En. Hb dah angkat tangan siap cakap mintak maaf tapi mamat motor ni (Kalau aku sebut bangsa apa dah berbaur perkauman pulak nanti - ralat pulak aku tak amik gambar mamat dua orang tu dan no. Plate motor dia = sebab aku dalam posisi dah bersedia nak call talian kecemasan POLIS.. itu punca utama takde gambar dorang ni)..!!!

Berbalik hal tadi.. lepas en. Hb minta maaf, kami teruskan perjalanan sambil dikejar oleh mamat motor tu. Kiranya dorang ni tak puas hati sebab kami blah gitu je. Siap brek mengejut depan kereta kami konon biar nampak kami yang salah langgar dorang.

En. Hb fikir sebab ada dak Nuha dalam kereta ni. Ditambah pulak kami baru je selesai urusan catering di Subang tadi. Badan letih lesu rasanya. Kalau tak.. memang boleh jadi punca untuk bergaduh. Korang ni silap oranglah nak carik jalan gaduh. Kau tu budak baru nak up. Makan minum pun mak bapak tanggung.. ada hati nak carik gaduh..!! Disebabkan sikap segelintir orang macam korang ni lah boleh BUSUK nama bangsa sendiri..!!

Yang over mamat yang pandu motor tu.. yang belakangnya tak berani sebab ada kawan. Cer kau sorang.. huh!Belum tentu kau berani nak tunjuk lagak macam tadi. Confirm kecut telur kau!!

Punya menggigil menahan marah sampai aku doakan yang kurang baik terhadap kau berdua.. kalau bukan hari ni, esok.. tak esok akan datang pasti kau terkesan dek doa aku tu..

Ya!Allah.. Kau berikanlah hidayah pada mamat yang pandu motor tu tadi agar mendapat hidayah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari apa yang dia dah lakukan tadi.

Tapi tadi.. kalau laki aku kau sentuh.. situ je jadi punca pergaduhan lebih besar. Syukur en. Hb ambil jalan selamat dengan tidak mengendahkan cubaan provokasi mamat motor tu tadi. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya kami selamat.


StatusHati: Tak sabar nak balik kampung Selatan..



Friday, June 23, 2017

Hari terakhir bertugas di tempat kerja


Mulai malam ini aku akan mula bertugas di rumah sendiri dan di kampung nanti. Maklumlah Syawal hampir tiba, takkan nak berdiam diri je kan.

Baju Raya..?
Alhamdulillah.. part baju dak Adik dengan Babah dia selesai. Siap seperti yang diberitahu oleh pembantu kedai tersebut. Buat isteri tukang jahit tu, tolonglah makcik jangan kerek sangat.
Baju aku dan anak-anak dara.. tengahari ni baru nak pergi ambil di butik.. Kahkahkah.. macam mahal je kain yang aku tempah tu siap hantar dekat butik pengantin..


Duit Raya..?
Siap sudah.. tunggu masa nak diagihkan masa raya nanti.


TnG Raya..?
Dah topup sesiap.. jumlah yang ada dalam tu dah serupa nak pergi ke Utara kekdahnya.. kihkihkih..


Beg Raya...?
Malam esok baru nak kemas. Memang biasa last minute baru buat, kalau buat awal nanti ada je baju yang nak ditambah masuk dalam beg tu..


Kereta Raya..?
Esok jelah kita hantar kedai bagi cuci wangi ye.


Malam Raya..?
Chef Hubby akan sibuk dengan bakar lemang, masak rendang, masak lodeh, ketupat. Menu ni.. InsyaAllah akan diagihkan pada pagi raya buat kawan-kawan beliau yang bekerja pada hari raya dan juga untuk di bawa pulang ke kampung. Siapa teringin mai lah singgah malam raya tu nanti..


Menu Raya..?
Part yang ni kena sentiasa ingatkan diri.. jangan  makan berlebihan agar tak hilang #PerasanSlim sedia ada.. kahkahkah..

Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik hendakNYA.


StatusHati: Berdebar-debar nak sambut raya tahun ni..



Thursday, June 22, 2017

Kisah disebalik Baju Raya 2017


Masih sempat lagi nak shopping keperluan raya kan..?
Aku ada je masa sehingga malam raya kalau aku mahu tapi tak naklah. Serik aku nak berhimpit bersesak bagai di tengah lautan manusia tu.

Jalan selamat, beli awal-awal dan malam raya nanti dah boleh mula sibuk memasak juadah untuk hari raya nanti. Juadah yang lebih kepada memberi sedekah pada mereka yang bekerja pada hari raya. Bertabahlah pada mereka semua.


Lukisan dari salah seorang staff di tempat kerja aku.


Semakin menghampiri Aidilfitri semakin berdebar rasa hati disebabkan hal yang ini..

Kisah Sabtu lepas..
Dengan membawa resit baju, terus kutuju kedai berkenaan sambil berdoa janganlah tak siap baju tu. Di kedai tersebut, aku dilayan oleh pembantu kedai:

'Baju ni kak, yang besar dah siap tapi yang kecik baru potong.' Serba-salah pembantu kedai tersebut memberitahu aku.

'Habis tu bila boleh siap dan amik baju ni?'

'Lagi dua tiga hari akak datanglah.'

Tiba-tiba muncul isteri tuan kedai.
'Tak sempat baju ni nak siap dalam dua hari ni. Tu tengok pembantu acik baru datang keje.' Lepas tu dia mengomel kepada pembantunya dalam bahasa yang aku tak faham.

'Macam nilah dik, datang balik hujung minggu ni.' Confident level tinggi makcik tu cakap dekat aku.

'Hah! Hujung minggu ni nak raya dah, saya balik kampung hari Jumaat ni.' Sengaja aku berkata demikian walhal aku belum cuti lagi Jumaat ni.

'Yelah.. yelah.. acik cubalah siapkan. Nanti datanglah lagi dua tiga hari lagi.'

Harap-harapnya siaplah baju tu gamaknya.
Kalau tak siap.. ini last aku hantar tempah dekat kedai tu. No more next time walau kedai tu dalam kawasan berdekatan rumah aku.



Status Hati: Ada orang lagi susah keadaannya dari aku..


Wednesday, June 21, 2017

Minggu Akhir sebelum Syawal menjelma


Minggu ni..

Minggu terakhir sebelum cuti raya.. juga adalah minggu perjumpaan bersama guru kelas berkaitan pembelajaran anak semasa di sekolah. Tema tahun ni di sekolah anak - 'Hari Bicara Ilmiah'.

Hasil perbincangan dengan guru di sekolah agama pagi tadi.. dak Adik kena berusaha lebih untuk lebih cemerlang. Sat lagi.. sebelah petang.. walaupun dah tahu keputusan dak Adik tapi aku nak dengar sendiri komen dan nasihat daripada guru kelasnya. Harap tak mengecewakan aku..

Dalam masa yang sama, aku nak kena follow up dengan akak tukang jahit baju raya aku dan family. Hujung minggu ni dah nak raya dah. Harap hasilnya tidak mengecewakan.

Rasa tak sabar pulak nak sambut raya kali ni bila melihat kawan-kawan teruja tak sabar nak beraya. Moga semuanya dipermudahkanNYA.



StatusHati: Open House raya masih diperingkat perbincangan dengan chef Hubby..



Tuesday, June 20, 2017

Agihan Duit Raya..?


Kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadhan.
Berdebar-debar adakah kita sempat menikmati Syawal yang bakal tiba hujung minggu ni.

Nak kata aku teruja.. biasa je.
Anak-anak pun sama takdelah sibuk sangat nak itu.. nak ini.
Cukup dengan apa yang ada dan sederhana serba-serbi.
Apa-apapun moga DIA permudahkan apa yang kita rancangkan bagi sambutan Syawal tahun ini.


Dari segi persiapan raya untuk beraya pun biasa je.
Cuma..

Tahun ni bagi syiling je aci tak..? kihkihkih..


Bukan semua aku punya..


Apa-apapun, buat semua yang akan pulang ke kampung halaman, moga selamat perjalanan pergi dan balik. Moga Aidilfitri kali ni lebih bermakna. Bersyukurlah kerana kita masih mampu beraya dengan insan tersayang berbanding mereka yang kehilangan orang yang mereka kasihi.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.


StatusHati: Aku tak teruja nak beraya sebab baju raya tak siap lagi.. uwaaa..


Wednesday, June 14, 2017

Tak payahlah ibu.. membazir je..


Ramadhan 2017..
Alhamdulillah..
Masih lagi mengekalkan ciri-ciri berjimat-cermat.
Makan apa yang ada berdasarkan bahan yang ada di dapur.
Part ni chef Hubby dah belikan sesiap, mudah untuk aku bersilat sebelum waktu berbuka.

Anak-anak pulak dah biasa diajar untuk bersederhana.
Bila ada tambahan menu dari Bazaar Ramadhan, mulalah rambang mata; yang akhirnya tersadai tak makan. Dah membazir.

Biasanya dak Kakak memang tak bagi aku beli sebab dah tahu tak akan habis dimakan. 'Tak payahlah ibu.. membazir je.'

Paling penting.. hidangan ayam kena ada.
Dak Adik tak boleh takde ayam.
Susah nak tengok dia makan dengan berselera kalau hidangan yang takde ayam.
Tu yang stok ayam kena sentiasa ada.

Dak Nuha merengek tu biasalah..
Puasa..?
Puasa suku hari tu biasa..
Puasa setengah hari baru dua hari ni haa sebab pergi sekolah.
'Kat sekolah tak boleh makan.' Adu dak Nuha pada aku.. 
'Memanglah tak boleh, kan bulan puasa.'
  
Setakat ni rutin harian takde yang pelik.. normal.. biasa je..


StatusHati: Terasa tenang Ramadhan kali ni..


Tuesday, June 13, 2017

Sesi Persekolahan pada bulan Ramadhan 2017


Berakhir sudah cuti sekolah pertengahan tahun selama dua minggu. Hari ni anak-anak akan kembali ke sekolah. Dah puas cuti, berehat sakan di rumah kan.. Maka bertabahlah ye anak-anak yang akan mengikuti sesi pembelajaran sepanjang bulan Ramadhan.

#MakBudak pulak kenalah lagi gigih bersilat di dapur sepanjang sesi persekolahan dalam bulan Ramadhan ni. Tiada lagi bantuan hayat dari anak-anak di dapur.

Masa perjalanan pergi dan balik kerja pun kenalah bersaing dengan mereka yang berkejar untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah. Kalau dah tersangkut dalam kesesakan jalanraya, alamatnya lewatlah sampai. Tapi harap-harapnya takdelah sampai di rumah dekat waktu berbuka.. kesian pada anak-anak nanti.

Apa-apapun, moga rutin harian sepanjang dua minggu terakhir bulan Ramadhan ni dipermudahkanNYA.


StatusHati: Bilalah nak kembali #PerasanSlim ni..



Thursday, June 8, 2017

Awal pagi di Restoran RSMY Danau Kota


Lama rupanya aku tak makan di RSMY ni.
Kali terakhir di SINI.. Eh!Lama dah rupanya.. masa tu dak Nuha pun kecik lagi..


Dan.. tengah malam tadi..
Akhirnya berjaya juga kami kembali ke sini. Sebelum ni hanya dak Nuha je yang ikut. Nak kata teruja.. biasa je kot sebab aku bukan nak makan sangat pun sebenarnya.. itu yang chef Hubby tak suka. Sebelum pergi beria nak makan, dah sampai tak nak pulak.

'Nak kurus macam mana lagi agaknya?' Bebel chef Hubby pada aku..


Senarai harga yang ada..


Bila bab makan, aku lebih senang biar anak-anak yang buat pilihan nak makan apa. Takdelah antara mereka yang tarik muka. Aku tak hangin, Babah dorang tak stress.


 Yummy Cheese Naan menjadi pilihan aku


 Dak Nuha nak merajuk gara-gara tak order menu yang sama dipilih oleh dak Kakak dan dak Adik..

 
 Nasi lemak special ni yang buat dak Nuha nak merajuk..


Awalnya risau jugak kalau anak-anak meragam, maklumlah dah dekat pukul satu pagi kami sampai di Restoran RSMY tu tapi Alhamdulillah.. dorang ok dan kami dapat lepak dengan santai je malam tadi.


Gambar selingan..


Tak lama pun kami di situ, lagipun agak lewat dan takut terlajak sahur.
Pemanduan pada awal pagi memang biasa dilakukan oleh chef Hubby. Kebelakangan ni beliau tak yakin dengan aku untuk memandu kereta kerana keadaan aku tak cukup rehat dan mudah mengantuk. Itu yang merisaukan beliau dan aku sendiri pun rasa takut juga tapi cuba sebaik mungkin agar tiada kejadian buruk berlaku ketika memandu.

Dalam perjalanan balik, sempat singgah di McDonald, teringin pulak nak makan apple pie dan sundae chocolate. Pun sama.. bukan nak makan sangat pun. Alahai mak budak, kau ni dah kenapa.. huhuhu..


Ramai jugak yang beli.. pakej untuk bersahur sekalilah tu.


Sampai rumah tak cakap banyak, anak-anak terus tuju katil masing-masing.



StatusHati: Letih tak cukup rehat..



Tuesday, June 6, 2017

Throwback Raya Aidilfitri 2016


2016 punya kisah baru nak publish..??
Bukan apa.. saja nak recall kisah Aidilfitri tahun lepas..
Mana tahu raya kali ni beraya di tempat lain pulak kan..
Satu kenangan yang mungkin takkan berulang dalam suasana yang sama..



Menu ala hipster



Hampir setiap tahun pasti akan ada 'Lemang Periuk Kera' ni..


Ayam Golek Tandoori by chef Hubby..
'Patah balik' sebab ayam golek ni tertinggal di rumah sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja masa hari kejadian..


Dari rakan-rakan di tempat kerja..


Bersama 'The Bodyguard' bahagian aku..


Part makan.. akulah paling sikit yang makan..


Selebihnya sibuk bergambar..


Untuk tahun 2017 ni..
Masih terlalu awal untuk berkongsi sesuatu mengenai raya..
Cuma aku tak teruja seperti sebelum ini kerana 1/3 kakitangan tempat kerjaku telah berpindah ke satu lokasi yang aku akan turut ke sana nanti. Mungkin selepas Aidilfitri..

Jadi keterujaan untuk menyambut raya belum terasa. Dalam masa yang sama, anak-anak buah chef Hubby dah dapat pelepasan cuti awal tetapi beliau.. eeeemmm.. aku dah terasa seperti aku ni isteri kepada seorang suami di 'perbatasan' pulak..


Moga akan adalah keajaiban berlaku untuk menyambut Aidilfitri kali ni. 



StatusHati: Temujanji di Hospital seminggu lepas raya Aidilfitri.
 


Monday, June 5, 2017

Mimpi buruk..?


Baru-baru ni aku bermimpikan ular..
Aku jarang sebenarnya mimpi yang melibatkan ahli keluarga aku, nak pulak yang ada kaitan dengan ular.

Kali ni dalam mimpi tersebut, situasi kejadian di rumah mak aku.
Aku yang baru nak masuk dalam bilik air, terpandang ada seekor anak ular tedung berwarna hitam berbelang kuning sedang memanggungkan kepalanya. Aku terkaku melihatnya. Namun, bila melihat ular tersebut tidak agresif, aku dengan perlahan berundur keluar dari bilik air, ular itu pulak turut perlahan-lahan bergerak keluar tanpa cuba memberi ancaman pada ahli keluarga aku. Syukur ular tersebut langsung tak cuba nak 'mengusik' anak-anak aku.. ibarat 'aku tumpang lalu ye.'


Bila ular tersebut berjaya keluar dari rumah, ia terus diterkam oleh kucing yang dah sedia menanti dan bergelut di depan  rumah. Akhirnya kedua-kedua haiwan tersebut mati di halaman rumah mak aku. Anak ular tedung tersebut mati kena gigit dan kucing pulak mati dibelit. Dalam hujan, aku cangkul tanah depan rumah untuk menanam kedua-dua haiwan tersebut.

Namun, bila sesekali teringat..
Terfikir kenapa ye aku mimpi sebegitu?
Moga tiada sesuatu yang kurang baik menyinggahi keluarga aku.. Aamiin



Atok Muo pulak cuma mengatakan hanyalah mimpi buruk tu..
Siap suruh mintak air tangkal dekat ustaz..
Hahaha.. datanglah mengarut atok ni..
Apa-apapun aku mengganggapnya hanyalah mimpi semata..



StatusHati: Rindu dengan suasana kampung..



Sunday, June 4, 2017

Siap calit pewangi lagi..


FB aku clean..
Blog pulak aku cuci bersih siap calit pewangi lagi..
Tak usah nak selongkar cari isu konon aku yang mulakan..

Tapi kalau kau terasa..
Aku tak leh nak kata apalah kan sebab aku ni jenis kalau tak suka, jangan kata rupa.. nama dia.. jejak dia pun takkan terselit dalam mana-mana aku punya media sosial..
☝☝☝ dalam FB aku..


Jujur aku katakan..
Tidak sesekali akan aku hampiri..
Biarlah kau rasa kau berada di puncak dunia..
Namun, untuk aku 'menyembah' kau.. itu takkan terjadi..
Cukuplah atas apa yang telah terjadi..
Jangan sampai rasa benci ni menular dalam hati..



StatusHati: Buang je dari hati.



Friday, June 2, 2017

Kenangan Sukan Dodgeball


Kenangan pada 19 Mei 2017, Jumaat yang lepas.

Apa itu Sukan Dodgeball?
  • Sukan dodgeball memerlukan enam orang pemain bagi satu pasukan dan setiap perlawanan hanya disertai dua pasukan dengan jumlah keseluruhan pemain adalah 12 orang di dalam sebuah gelanggang.
  • Setiap perlawanan akan diadili seramai tiga orang juri yang akan menjaga garisan tengah dan bahagian belakang kedua pasukan bagi mengelakkan daripada berlakunya penipuan dalam perlawanan.
  • Cara permainan amat mudah, hanya memerlukan pemain membaling bola khas diperbuat daripada getah lembut kepada pihak lawan.
  • Apabila wisel ditiup oleh juri bahagian tengah, tiga orang wakil setiap pasukan akan berlari ke garisan tengah bagi mendapatkan bola untuk dibalingkan ke pihak lawan.
  • Pemain di barisan belakang perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘mematikan’ pihak lawan dengan lontaran bola iaitu sebanyak enam biji bola.
  • Strategi pandai ‘mencelah’ dan mengelak penting bagi terkena balingan bola pihak lawan atau jika bola tersebut terkena tubuh badan, maka pemain tersebut perlu berundur dan keluar gelanggang.
  • Namun begitu, perlawanan tersebut tidak berakhir selagi masih ada pemain di kedua-dua belah pihak.
  • Perlawanan yang boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan ini diteruskan lagi dan ketika jumlah pemain semakin berkurangan, pemain terakhir perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan rakan-rakan sepasukan yang sudah ‘mati’.
  • Dengan cubaan menangkap balingan bola yang dilontarkan pihak lawan tanpa bola tersebut jatuh ke tanah atau gelanggang, ini bermakna seorang pemain yang tersingkir pada permulaan perlawanan dapat masuk semula bagi meneruskan perjuangan. 
  • Info asal dari SINI.


Ok..
Berbalik pada pertandingan Dodgeball tersebut..
Ada enam team yang turut serta bagi mewarnai tempat perlawanan. Alah.. bukan orang lain pun, kengkawan sendiri jugak. Bila lagi nak merasa smash dorang kan. Kahkahkah..


Sebahagian kecil memori yang tertinggal..

Terima kasih pada en. Google dan boss yang membantu aku mencari tempat perlawanan.


My New Office.. coming soon..


Akhirnya aku di sini..




Inilah court di mana tempat perlawanan dodgeball tersebut diadakan.



My Teams.. 'Ballbusters'

Pakej dengan pemain import lagi.


Bersama pengadil perlawanan dan hadiah kemenangan.


Team aku walau pada awalnya ada yang tak tahu apa itu dodgeball tapi hasilnya kami menang tempat kedua. Satu perlawanan penuh emosi.. Bila teringat balik kelakar pun ada.

Tahniah buat korang walau ada yang kena paksa main tapi aku percaya ia pasti jadi kenangan manis buat semua. Hadiah kemenangan lepas raya kita habiskan ye..

Tapikan.. aku syak team aku kalah disebabkan ayam golek tandoori yang dibuat oleh chef Hubby. Pasukan Juara menang sebab ada antara dalam team tu yang aku jamu dengan ayam golek tandoori sebelum game mula.. tu pasal dorang menang.. kihkihkih..


Habis perlawanan, bertabahlah berhadapan dengan kesesakan jalanraya. Aku sampai rumah lepas satu jam 45 minit. Kau rasa..? Itu nasib baik aku tak bawak kereta manual.. kalau tak.. menangislah kaki.. huhuhu.

Terfikir mereka yang setiap hari menggunakan laluan tersebut mengejar masa nak balik.. alahai.. kesiannya. Nanti.. eeemm.. tak lamaaaa lagi.. aku akan joint mereka menambah kesesakan sedia ada. Tu hint buat mereka yang tak tahu.. tak lama lagi aku terpaksa pindah jua.. huhuhu..



StatusHati: Cyberjaya..?? Kau bukan 'menantu' pilihan..


Thursday, June 1, 2017

Bagi mengubati hati yang sedih


Baru-baru ni geng saka ping pong aku kecewa dengan keputusan yang dibuat untuk tidak menghantar penyertaan dalam satu pertandingan ni. Alahai.. kecewanya rasa hati. Bukanlah kami ni pasukan yang hebat cuma atas rasa semangat kesukanan dan ingin mencuba seterusnya mencari pengalaman bersama pemain yang lagi hebat.

Sedih rasa hati..
Nasib baiklah aku takde share dekat mana-mana media sosial perancangan awal buat geng saka ping pong aku tu.. kalau tak.. malu je weh.

Bagi mengubati hati yang sedih.. tatap jelah meja ping pong tu.. aku sedar.. aku bukanlah pandai mana pun.. cuma reti pukul-pukul manja je bola tu.



Anak salah seorang boss aku yang turut terjebak dengan permainan ni.
Pantang tengok ibu dia main, pasti dia akan turut serta.
Aku..? Melayan selagi dia tak rasa bosan..


Bulan Ramadhan  tidak menghalang aku dari terlibat dengan aktiviti beriadah dan bersukan. Nak pulak kalau dah minat, tak fikir apa dah.. janji dapat main.

Rehat setengah jam je pun..?
Setengah jam amatlah berharga buat geng saka ping pong aku. Masa ni lah dapat lepaskan geram dekat meja ping pong.



StatusHati: Sedih tapi takdelah sampai frust menonggeng..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...