Followers Remaja Purba

Thursday, April 30, 2020

Membantu peniaga kecil-kecilan


DAY 44 (30 April 2020 - Khamis)
Genap sudah seminggu Ramadan
Aku sangat jarang membeli kuih-muih pada bulan Ramadan. Takut terkena.. tapi untuk berbuka petang tadi..

Beli di mana?
Melalui jiran rumah aku. Selain dari pisang dan sayur-sayuran, dia juga turut menjual kuih-muih untuk berbuka. Dari pembekal dihantar terus ke rumah beliau. Senang + mudah, tambahan pula masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), secara tak langsung membantu peniaga kecil-kecilan mencari sumber pendapatan.

Dari segi harga?
Sangat berpatutan tapi yang tak sedapnya, beli sikit tak cukup. Dak Adik dengan dak Nuha berebut nakkan kuih yang dibeli.. 🀦‍♀ Aku tak nak beli banyak takut membazir, beli seadanya.

Dari segi rasa?
Puas hati, boleh repeat order lepas ni.

Pisang Berangan menjadi pilihan
Pisang ni memang laku keras di rumah.


Selingan:
Esok ada tempahan makan dari individu untuk dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim.

#KisahKita: ...

Wednesday, April 29, 2020

Kebenaran pergerakan dua orang


DAY 43 (29 April 2020 - Rabu)
Hari keenam Ramadan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki Fasa ke 4.

Menu berbuka tadi..
Tiga jenis ikan masin bersatu hati..
Ikan masin bulu ayam
Ikan sepat masin
 Ikan bilis istimewa (rangup macam keropok)

Jangan kata en. Hubby (yang request), anak-anak pun suka 😊 Ibu pun senang hati, lain kali boleh masak lagi.


Selingan:
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan boleh melebihi 10 kilometer jika membabitkan perkhidmatan kesihatan dan keperluan membeli makanan. Namun demikian, ianya terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.

#KisahKita: #MakBudak dah kembang 🀣

Tuesday, April 28, 2020

Tayangan Sahur di Astro Citra


DAY 42 (28 April 2020 - Selasa)
Hari kelima Ramadan
Setiap hari Astro Citra akan menayangkan filem-filem lama ketika waktu bersahur, jam empat pagi, antaranya:
  • Bujang Lapok
  • Tiga Abdul
  • Madu Tiga
  • Musang Si Janggut
  • Nora Zain
Anak-anak enjoy menontonnya, ditambah dengan hujan lebat mengiringi di waktu sahur pagi tadi.

Berbuka puasa hari ini (tiada gambar):

  • Asam Laksa
  • Roti John versi #ChefHubby
  • Popia ketam cheese
  • Karipap
  • Air cincau dan sirap limau
  • Pulut kuning + rendang ayam (orang bagi)
Alhamdulillah, rezeki dariNYA.


Selingan:
Hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor akhirnya ditamatkan.

Esok akan bermula Fasa keempat PKP.
#StayAtHome

#KisahKita: ...

Monday, April 27, 2020

Dak Oyen dan Klinik


DAY 41 (27 April 2020 - Isnin)
Hari Keempat Ramadan 1441H
Aku sebenarnya memang dah berniat nak bawa dak Oyen dan dak Hitam ke klinik untuk dapatkan rawatan tapi malangnya Hitam tak mampu bertahan 😭😭😭

Kenapa aku tak bawa lebih awal?
Jujurnya aku tak mampu 😭😭😭 dan waktu dak Hitam pergi meninggalkan kami, terdetik di hati mungkin dak Hitam tak nak susahkan aku tapi aku rasa ralat sangat tak dapat bawa dak Hitam untuk dapatkan rawatan. Maafkan Ibu ye Hitam.. Maafkan ibu.

Berbalik pada kisah dak Oyen..
Di bilik rawatan

Dak Nuha siap pesan:
'Dekat klinik nanti jangan gigit doctor tau, dengar tak Oyen?'

Ketika di klinik..
Dak Oyen satu-satunya kucing yang datang ke klinik ketika itu tidak menggunakan 'cage' kerana:
  • Kami tiada pengalaman.
  • Bukan kucing kayangan.
  • Hanya menumpang kasih dari kami.
  • En. Hubby hanya tawakkal waktu bawa ke klinik dan yakin dak Oyen takkan lari dari pelukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik walau pada awalnya Oyen tak nak berikan kerjasama.
 Ubat untuk Oyen
Ada empat hari lagi untuk dihabiskan

Sekarang ni..
Waktu tidur, dak Oyen akan tidur dalam rumah berbanding sebelum ni. Atas rasa simpati + nak bagi ia cepat sembuh biarlah ia berehat di dalam rumah.  Moga cepat sembuh Oyen..

#KisahKita: ...

Sunday, April 26, 2020

Terapi Diri


DAY 40 (26 April 2020 - Ahad)
Hari ketiga Ramadan 1441H

Terapi diri.. πŸ˜…

#StatusHati: ...

Saturday, April 25, 2020

Hanya kerana satu #


DAY 39 (25 April 2020 - Sabtu)
Hari kedua Ramadan 1441H:
Berderau darah waktu bersahur pagi tadi hanya kerana 'amaran dari mukabuku'. Buntang sekejap mata dibuatnya; bila aku check, rupanya hanya kerana satu hashtag (#) dalam satu komen.. 😰

Teringat mereka yang pernah disekat akaunnya. Sekatan selama satu bulan dah rasa cukup lama, apatah lagi kalau dua puluh empat jam. Cuak juga awalnya tapi syukur akaun tidak disekat.

Baru kena cuit sikit dah sentap πŸ€”
Baru bagi cili besar dah melatah πŸ€”
Baru kena hashtag, dah nak disekatnya πŸ˜’

#KisahKita: Aku hanya mampu 🀷‍♀

Friday, April 24, 2020

Hari Pertama Ramadan bagi Tahun 2020


DAY 38 (24 April 2020 - Jumaat)
Sambungan kisah semalam di SINI..
'Ibu, dalam bilik tu Nuha punya kan ibu?'
'Bukanlah, itu orang lain punya'.
'Alah.. Nuha tahulah itu Nuha punya'.

 Hadiah dari mak saudara dia a.k.a mama


1 Ramadan 1441 Hijrah
Salam Ramadan buat semua.

Cabaran Ramadan buat aku adalah cubaan mengejutkan anak-anak untuk bersahur.. πŸ˜‚πŸ˜‚ Bila tengok wajah anak-anak waktu bersahur nak gelak pun ada. Alahai anak-anak.. πŸ˜†πŸ˜Š

Ada dua puluh sembilan hari lagi untuk mengakhiri cabaran ini.

#KisahKita: #StayAtHome

Thursday, April 23, 2020

Selamat Hari Lahir #AnakNagaManja


DAY 37 (23 April 2020 - Khamis)
πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‚πŸŽ‰πŸŽŠ
Today is your big day..
Happy Birthday to you Nur Nuha Husna.. πŸ’˜πŸ’žπŸ’˜
Love you to the moon and back..
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA.
πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‚πŸŽ‰πŸŽŠ


Hampir setiap hari dia akan bertanya:
'Ibu, bila selamat harijadi Nuha?'
'Tahun ni takde sebab Tahun Lompat'.
'Ini ada je ibu'. Ditunjukkannya dekat kalendar tarikh yang dibulatkan oleh dak Kakak.
Ibu nak bagi hadiah apa dekat Nuha?'
'Nuha nak apa?'
'Ibu ada duit ke?' Bab ni yang buat aku sebak.
'Sabar ye Nuha, nanti lepas PKP ni kita pergi beli apa yang Nuha nak tu'.

Walau tiada hadiah istimewa itu hari ini, buat sementara dapat tatap gambar pun jadilah ye Nuha πŸ˜‚πŸ€£ Tunggu lepas PKP kita p beli.

#MCO
#AnakNagaManja

#KisahKita: #AnakNagaManja

Wednesday, April 22, 2020

Penangan air tangan #MakBudak


DAY 36 (22 April 2020 - Rabu)
Hujan lebat petang tadi membuatkan tekak dan perut yang jarang sangat berhaluan sama memujuk mulut menerima makanan. Maka, terhasillah menu paling sedap yang menjadi idaman ramai.

Ikan masin bulu ayam

Tak pandang dah menu lain ☺ memang mampu membangkitkan selera hingga tanpa sedar makan bertambah. Tu pasal seboleh mungkin tak nak masak ikan masin sebab nanti aku 'lupa diri' πŸ₯΄

Alhamdulillah, tersandar kekenyangan en. Hubby aku buat dek penangan air tangan #MakBudak ni.. 🀣🀣🀣

#KisahKita: Esok Birthday dak Nuha..

Tuesday, April 21, 2020

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 2020


DAY 35 (21 April 2020 - Selasa)
Belum ada perubahan besar dalam rutin harian kami setakat ini. 

Mood rajin nak lembutkan jemari ni..
 Popia Ketam Cheese PKP

Ini bukan kerja aku tapi en. Hubby
Benih Bayam Brazil


Tanggal 21 April 2020 ini juga pasti menjadi kenangan terindah dan sangat bermakna buat Ketua Pengarah Kesihatan yang menyambut hari lahir beliau bersama-sama 'rakyat Malaysia' di waktu Malaysia sedang bergelut dengan virus COVID-19 ini.

#HappyBirthdayDGHisham
Credit to kiniTV

'Pada hari ulang tahun kelahiran saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa bagi saya adalah sekiranya rakyat Malaysia tinggal di rumah dan mematuhi standard kebersihan yang tinggi'.
Datuk Dr. Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan. 

'On the occasion of my birthday tomorrow, April 21, the most special gift for me will be if Malaysians remain staying at home and observe high hygiene standards'.
Datuk Dr. Noor Hisham
Health Director General.


Trending di media massa di atas ucapan beliau. Lembut tutur kata beliau yang mahukan kita semua #StayAtHome seperti mana yang diarahkan oleh kerajaan.

Selamat Hari Lahir buat Datuk Dr. Noor Hisham. Moga beroleh kesihatan yang baik, kuat berhadapan dengan isu terbesar ketika ini serta sentiasa di bawah lindunganNYA.

#KisahKita: #HappyBirthdayDGHHisham

Monday, April 20, 2020

Dak Oyen 😟


DAY 33 & 34
(19 & 20 April 2020 - Ahad & Isnin)

Semalam:
Hari bersama dak Oyen.. Nampak sangat ia tak bersemangat. Digomol dek dak Nuha pun rela je ia. Masih berkabung dek kematian si Hitam.


Hari ini:
Dak Oyen masih tak bermaya, banyak mendiamkan diri, tidur je dia sampaikan aku kerap check keadaan ia. Aku takut aku akan kehilangan lagi. 

Oyen, jom temankan Babah..

Malam ni Oyen tidur je dalam rumah tapi jangan nak kencing merata, ibu rotan nanti.

#KisahKita: Aku letih..

Sunday, April 19, 2020

Si Hitam Pergi Jua 😭😭😭


DAY 32 (18 April 2020 - Sabtu)
Simpan sini sebagai kenangan terakhir.

Sehari sebelum:
Si Hitam nampak lemah tak larat, aku sempatlah bersihkan hidung dan mata ia nak bagi ia rasa selesa sikit. Kami tak bagi ia keluar rumah. Tidurlah ia dalam rumah, kebiasaannya waktu malam si Hitam dan Oyen memang tidur di luar rumah.

Malam tadi:
Menangis teruk anak-anak. En. Hubby merah mata menahan tangis. Aku dah teresak-esak waktu membalut si Hitam dengan kain batik. Syukur masih ada ruang di belakang rumah untuk uruskan si Hitam.

Si Hitam dah takde.. 😭😭😭

'Hitam.. Hitam.. Abang, tengoklah Hitam ni..' Aku masih tak percaya yang ia dah pergi meninggalkan kami.

KepadaNYA ia dikembalikan..


Hari ni..
Si Oyen nampak tak ceria, panggil ajak makan, sikit je dia makan. Tak mengiow macam biasa bila lapar. Dak Nuha ajak main pun tak nak. Baring pun dekat depan pintu masuk rumah 😞

Buatmu Hitam.. Maafkan kami kerana lewat bawa ke klinik.

#KisahKita: #HitamPergiJua

Saturday, April 18, 2020

Susahnya HatI Aku Ni..


DAY 31 (17 April 2020 - Jumaat)
Takde apa yang menarik untuk dikongsikan tapi aku nak simpan kisah ini di sini sebagai kenangan.

Kisah si Hitam:
Ia hadir ke dalam keluarga kecik kami selepas si Oyen. Dulu tiap kali ia cuba masuk ke dalam rumah mesti aku akan bebel..

'Masuk rumah dah tak reti nak bagi salam?' Awalnya memang ia 'mengiow tanda memberi salam' sebelum masuk tapi bila dah semakin berani sikitpun ia tak hairan dengan bebelan aku.

Antara si Oyen dan si Hitam:

  • Dua-dua ni kucing jantan.
  • Si Oyen lebih manja. Suka mengekor sambil mengiow + bergesel. Aku terpaksa berhati-hati bila berjalan, takut jatuh πŸ˜….
  • Si Hitam kurang sikit nak bermanja, biasanya lepas makan, rehat + tidur.
  • Waktu malam dua-dua tidur dekat luar.

Ni, dua-dua tengah tak sihat, selesema teruk. Aku takde pengalaman nak berhadapan keadaan macam ni.

Buat masa ni kami lakukan penjarakan sosial, risau berjangkit. Tapi anak-anak lagi suka mengusik, dah serupa bermain dengan anak patung dibuatnya.

Aku pujuk hati dan cakap dengan ia berdua, buat sementara ni sabar dulu, ibu belum ada duit nak bawa kamu ke klinik. Ni bukan sebak, terus nangis aku.

#KisahKita: Sabar buat sementara..

Thursday, April 16, 2020

Oyen dan Hitam


DAY 30 (16 April 2020 - Khamis)
Memasuki fasa ketiga Perintah kawalan Pergerakan (PKP) ni, 

Inilah Oyen dan Hitam
Kucing datang tidak bertuan.

Dulu.. tak berani masuk dalam rumah. Lepas percubaan demi percubaan akhirnya kini berumahtangga di dalam rumah.

Dalam rumah nampak sendu je tapi bila dekat luar kemain ko ye, kejar kucing betina. Jangan sampai ada yang mai datang rumah mengadu kamu yang buntingkan  anak deme sudah.

#MCO
#OyenDanHitam

#KisahKita: ...

Wednesday, April 15, 2020

Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan


DAY 29 (15 April 2020 - Rabu)
Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan petang tadi mengenai hala tuju sesi pembelajaran bagi tahun 2020 ini.

Maka.. terjawab sudah mengenai sesi persekolahan anak² terutama yang berhadapan dengan peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan UPSR pada tahun 2020.

Secara ringkas:
STPM
Tarikh peperiksaan semester kedua akan diubah ke bulan Ogos 2020 manakala peperiksaan semester ketiga akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

SPM
Ditunda pada suku pertama tahun 2021.

PT3
Dibatalkan.

UPSR
Dibatalkan.

Pembatalan peperiksaan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain yang hanya tidak tertumpu pada prestasi akademik semata-mata.

KPM akan sentiasa berbincang dengan KKM dan MKN untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pembukaan semula sekolah. KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

Ucapan dari Menteri Kanan Pendidikan
#Astro Awani

MCO
#SidangMediaMenteriKananPendidikan.
#KementerianPendidikanMalaysia
#15April2020


Selingan:
Nanti bila deme dah kahwin, ada anak mesti deme akan cakap macam ni:
'Dulu zaman atok kau je yang amik PMR/UPSR ni. Time ayah/mak pulak langsung takde PT3/UPSR ni'. 🀣

#KisahKita: Simpan sini sebagai kenangan.

Tuesday, April 14, 2020

3rd Complimentary viewing from Astro


DAY 28 (14 April 2020 - Selasa)
Pertama:
Hari ni selesai sudah fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan esok akan bermula fasa ketiga gelombang COVID-19.

Kedua:
3rd Complimentary viewing from Astro From April 14, 2020 until April 28, 2020.

Ketiga:
Dah mula masak hanya atas permintaan dan Alhamdulillah bekalan bahan mentah masih mudah didapati. Terima kasih buat ketua keluarga kami tapi takde beza pun kalau nak dibandingkan sebelum PKP, memang keperluan dapur en. Hubby yang sediakan.

Keempat:
Anak-anak dah mula tak kisah andai tiada nasi sebagai hidangan sebab Babah deme rajin melayan apa yang anak-anak nak makan. Harapkan aku? Sekarang dah mula jarang berada di barisan hadapan sewaktu memasak di dapur.

Kelima:
Buat Mak.. Ayah.. Adik aku dan semua ahli keluarga aku serta keluarga mertuaku, moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA..

Keenam:
#StayAtHome.. Dengar cakap Abah TSMY.. Jangan degil.


#KisahKita: ...

Monday, April 13, 2020

Bukanlah jerit pekik


DAY 27 (13 April 2020 - Isnin)
Bila musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua anak-anak dalam rumah je.

Tapi..
'Ibu boleh tak Nuha nak main dekat luar? Nuha main dalam pagar je. Bolehlah ibu..' Dia punya rengekan, alahai..

Dan sudahnya..
Dak Nuha bermain dengan anak jiran kiri dan kanan. Bukanlah main jerit pekik gitu tapi budak bila dah jumpa geng ada je idea deme nak buat apa tapi main dalam pagar rumah jelah. Maknye pulak siap buatkan makan minum lagi - aku ler tu.. 🀣

Biarlah, sesekali..
Dari terus terkurung dalam rumah, biarlah deme ambil nafas sekejap dekat luar rumah.

#MCO
#StayAtHome

#KisahKita: ...

Sunday, April 12, 2020

Sate Homemade + Kantin Dapur


DAY 25 & 26
(11 & 12 April 2020 - Sabtu & Ahad)
🀦‍♀🀦‍♀🀦‍♀

Kisah semalam:
Bersantai sambil makan sate homemade by en. Hubby yang dibakar oleh dak Kakak dan sepupunya.

Sate #ChefHubby

Hari Ini:
Rutin yang sama.. Senaman tekak + perut tapi selepas pukul 8 malam, aku memang takkan layan permintaan orang dalam rumah ni nak makan. 

'Harap maaf, kantin dapur telah ditutup. Kalau nak makan jugak, mohon layan diri. Tiada overtime waktu cenggini.'


Selingan:
Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung sehingga 28 April 2020.

Dak Oyen..

#KisahKita: ...

Friday, April 10, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020


DAY 24 (10 April - Jumaat)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas petang tadi.

Sumber MKN
Kehilangan satu nyawa merupakan satu kehilangan besar untuk negara.

Dalam masa yang..
'Makin banyaklah kerja sekolah lepas ni..'
Dak Kakak mengeluh dek bertambahnya homework yang diberikan.

'Alah.. Tak dapatlah nak balik kampung ibu'. Dak Nuha pulak merengek

Dak Adik.. Anak bujang sorang ni macam takde perasaan walau berhati tisu.

Aku..?
Risau bila en. Hubby hilang sumber pendapatan bila PKP ini dilaksanakan tapi aku pujuk hati, masih ada rezeki lain selagi mana kita berusaha.

Dahlah.. Jangan terlampau memikirkannya. Tenangkan hati.. πŸ˜‰ Moga kita semua berjaya memerangi COVID-19 ini.

#MCO
#StayAtHome

#KisahKita: ...

Thursday, April 9, 2020

πŸ₯° Selamat Hari Lahir Ayah πŸ₯°


DAY 23 (9 April 2020 - Khamis)

Selamat Hari Lahir Ayah..
πŸ’‹πŸ’–πŸ’žπŸ’πŸ’‹
3 April 2020 (Jumaat)
Happy Belated Birthday Ayah..


Kau berkatilah Ayah aku..
Kau jauhkanlah Ayah aku dari sebarang penyakit dan Kau sembuhkanlah Ayah aku dari sebarang penyakit..
Kau dekatkanlah hati Ayah aku kepadaMU serta Kau permudahkanlah rutin harian Ayah aku..
Aamiin..

#KisahKita: Happy Belated Birthday Ayah..

Wednesday, April 8, 2020

Cubaan Singa Melarikan Diri


DAY 22 (8 April 2020 -Rabu)
Hampir setiap hari akan ada tugasan dari guru kelas dak Kakak dan dak Adik. Makin mengeluh deme.

Aku..?
Dah tentu aku sokong cikgu dorang. Masih ada masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Jangan dah dihujung waktu baru terkial-kial nak buat, memang kena bebel yang bukan sikitlah jawabnya. Cikgu pun dah cakap, tak faham tanya cikgu. Mudah kan..

Babah deme..?
Anak-anak cakap - Guru Besar sekolah.. πŸ˜‚ Perhati dari jauh..


Dalam tempoh PKP ni, aku lihat dari sudut persekolahan:

SPM, PMR, UPSR 2020..
Pentadbiran sekolah dah tentu mula pening, apatah lagi ibubapa. Itu belum lagi nak berhadapan peperiksaan pertengahan tahun, bila jadi macam ni.. πŸ˜₯

Guru kelas anak-anak memberi tugasan melalui group Whatsapp. Mana nak kena tulis, nk jawab soalan online. Nak print, nk cari maklumat dalam internet. Anak-anak, brileks.. Ibu dia yang panic attack.. 🀦‍♀🀦‍♀

Selingan:


Hari ke 22..
Aku tahu kau bosan tapi takkan sampai cenggitu jadinya.. 🀦‍♀
#MCO
#StayAtHome

#KisahKita: ...

Tuesday, April 7, 2020

COVID-19 menghampiri 😫


DAY 21 (7 April 2020 - Selasa)
Dua hari berturut-turut dak Kakak dengan dak Adik tidur lewat. Ini gara-gara guru kelas masing-masing menambah tugasan sedia ada. Masih banyak yang kena dibuat dan aku terkebil-kebil menemani mereka.

Awal pagi tadi:
Dikala anak-anak sedang menyiapkan tugasan sekolah dorang, hujan lebat membasahi bumi; bersambung dari petang semalam.

Kisah tengahari tadi:
Melayan kerenah dak Nuha nak makan cek mek molek.
Tiada Gambar

Kisah petang tadi:
'Dah macam Sid dalam filem ice age abang tengok sayang tidur..' 'Takde contoh lain ke abang? 🀣🀦‍♀

Sid The Sloth
Dari en. Google

La ni..
Menunggu dak Kakak dengan dak Adik buat kerja sekolah. Aku hari ni bertukar jadi guru disiplin pulak.. 😎


Kisah lain:
Rasa serabut dengan info berkenaan COVID-19 yang mula menghampiri kawasan aku. Hati tak tenang dibuatnya, risau bila en. Hubby keluar menguruskan rutin beliau.

Ya!Allah..
Jauhkanlah kami semua dari sebarang penyakit. Permudahkanlah rutin harian kami Ya!Allah..

#KisahKita: ...

Monday, April 6, 2020

Tugasan makin bertambah


DAY 20 (6 April 2020 - Isnin)
Dak Kakak:
Mengeluh kerja sekolah makin bertambah. Ini namanya #StudyFromHome kakak di mana platform whatsapp diguna sebaiknya oleh guru kelas.

Dak Adik:
Dia ni kena perlahan-lahan terangkan apa yang perlu dibuat, tak boleh terlampau tegas. Potensi untuk dia sentap dan aku naik angin amatlah tinggi. Just go with the flow..

Dak Nuha:
'Ibu bosanlah..'
Suruh baca buku, dia ambil segala macam mainan dia dan main dekat luar rumah.. 🀦‍♀

Aku..?
Kena pastikan semua tugasan yang diberi berjaya disiapkan sebelum #BackToSchool.

Moga semuanya berjalan dengan lancar hendakNYA.

#KisahKita: ...

Sunday, April 5, 2020

2nd Complimentary viewing from Astro


2nd Complimentary viewing from Astro (April 1, 2020 until April 14, 2020). This is in addition to the first phase HERE..

To me..?
Usually.. I watch the same channel but during this period of the Movement Control Order, I spent most of my time eating and sleeping.. 🀣πŸ€ͺ


DAY 19 (5 APRIL 2020 - Ahad)
Menu pagi tadi:
Lontong ayam

Menu tengahari:
Nasi putih + Sup Ayam + Timun Jepun sebagai ulam

Menu petang:
Dalam mimpi πŸ’€πŸ’€πŸ’€

Menu malam:
Menu tengahari kita bawa ke malam. Tiada pembaziran di situ, asalkan dapat makan + kenyang.. Syukur Alhamdulillah..

Tengah malam..
Dah mula menguap πŸ’€πŸ’€πŸ’€ + mata dah mula pedih menunggu anak-anak menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu melalui medium whatsapp. Demi masa depan, siapkan ye. Jangan bagi ibumu ini bertukar menjadi singa manja.. πŸ€ͺ

Takpe.. Ada seminggu lebih lagi.. Buat perlahan-lahan, nanti siaplah kerja sekolah tu.

#KisahKita: ...

Saturday, April 4, 2020

DAY 18 - PKP


Semalam..
Lenguh jemariku menyiapkan soalan tugasan yang diberikan oleh guru-guru yang mengajar kelas dak Kakak dan dak Adik melalui aplikasi whatsapp group. Leceh nak skroll cari balik soalan yang diberi, maka gigihlah aku tulis biar senang aku nak pantau status homework deme.


Hari ini..
DAY 18 (4 April 2020 - Sabtu)
Bila mulut memujuk tekak menyampaikan maksud kepada perut, perut pulak tak sampai hati nak menolak.. Maka.. πŸ˜†πŸ€£

Memang tak mampu nak tolak makanan.. πŸ˜‚

#KisahKita: ...

Friday, April 3, 2020

Nombor dan Huruf yang kehilangan


DAY 17 (3 April 2020 - Jumaat)
Bila dah masuk PKP Tahap 2 ni.. πŸ€”

Nombor:
1 2 3 4 5 6 7 9 10

Huruf:
A B C D E F G H I J K L N O P Q S T U V W X Y Z

Kita tidak mahu kehilangan..
Kita kena bersatu..
Dengarlah kata-kata Abah TSMY..
Pelbagai usaha sedang giat dilakukan..
Tapi..
Semua itu takkan berjaya bila ada yang keras kepala..
Jangan degil..
Jangan pentingkan sendiri..
Takkan nak jadi seperti Nombor dan Huruf di atas yang 'kehilangan' saudara sendiri..

#StayAtHome
#MCO
#COVID-18
Ok.. Itu je untuk hari ni.. 🀫

#KisahKita: ...

Thursday, April 2, 2020

Seiring dan sejalan, berlari berkejaran


DAY 16 (2 April 2020 - Khamis)
Jangan tamak, dah elok abah TSMY bagi sama rata itupun nak mengungkit! Kata kau sebenarnya penyumbang utama untuk keluarga, memacam permintaan dia nak. Jangan disamakan dengan Makcik Kiah, dia memang berhak dapat lebih atas usaha dia jual pisang goreng. 

Apa kau ingat abah TSMY nak layan permintaan kau tu? Sudah²lah, jangan meratib nak mintak bantuanlah, danalah, baucarlah. Cuba jadi macam Makcik Kiah, seorang anak yang baik tidak meminta².. tau² terus dapat.. 🀲Alhamdulillah.

Kesimpulannya..
Kobitnaiten ni takkan hilang kalau ada yang masih degil tak nak dengar cakap abah TSMY.. #StayAtHome.. biar kobitnaiten tu hilang, nanti dapatlah..

🎢
Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja.. Bahagia kita berdua..

Berlari berkejaran.. Lupakan segala duka
Di kota di desa, di gunung dan laut
Berlagu kita berdua..

Dinda πŸ’ƒ
Kanda πŸ•Ί
Burung pun turut menyanyi
Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi πŸ’žπŸ’–
La la la la la la la la...🎀

#MCO
#MakcikKiah
#COVID19
#RemajaPurba

#Kisah Kita: ...

Wednesday, April 1, 2020

Hari ke 15 PKP


DAY 15 (1 April 2020 - Rabu)
Kita sedia maklum, demi keselamatan semua, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi dan hari ini merupakan hari ke 15.

Pagi tadi..

TIADA GAMBAR
Menu: Ikan keli goreng berlado

'Letak sikit je.. Janganlah banyak sangat kasih sayangnya'. Pesan en. Hubby bila aku bungkus sambal berlado tu.
'Lah.. Kita kena buat dengan penuh kasih sayang barulah sedap dorang makan nanti'
'Mana-manalah sayang. Janji sambalnya cukup'.

Hari ni adalah hari ketiga penghantaran makanan ditempat yang sama dibuat. Juga sedikit diserahkan kepada anggota bertugas polis dan tentera di plaza tol Subang Jaya.


MAKAN..

Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..

Eh!Sampai bila nak cenggini..🀣


Kisah lain:
Isu artis menjadi perdebatan hangat di media massa hingga menenggelamkan populariti Makcik Kiah. Aku sengih je sambil makan pisang goreng.

#KisahKita: ...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...