Followers Remaja Purba

Friday, January 31, 2020

True Color


Fikirkan dari sudut positif..

Kisah A:
Satu aduan dibuat kerana aku tidak menjalankan tugas dengan baik, mengabaikan tanpa diambil tindakan yang mana aku perlu adil dalam mengambil tindakan. Pada aku isu tersebut tidak perlu diperbesarkan yang mana boleh je dengan menghubungi pegawai atasan aku. Akhirnya tindakan telah diambil dengan menjawab aduan tersebut oleh pegawai atasan aku dan aku anggap ianya telah selesai.

Sayangnya..
Biasalah manusia mana pernah puas, begitu jugalah dengan mereka ini. Aku rasa terkilan bila mereka yang tak berpuas hati dengan tindakan aku hingga tahap tak boleh tengok aku.. 🀦‍♀ Alahai, kenapa terlampau childish sangat seperti di SINI.. 


Kisah B:
Isu yang hampir sama dengan kisah A. Silap aku juga masukkan nama dia di dalam laporan media utama A, sedangkan nama dia sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan media utama B.

Disebabkan itu, dia sanggup mencari dan menyertakan bukti orang lain yang buat kesalahan sama seperti dilakukan oleh dia. Apa sahaja penerangan aku, dah macam tak boleh diterima dengan lapang dada walau aku dah memohon maaf di dalam media utama dan juga mesej secara peribadi dengannya tapi orang tengah marah mana nak terima permohonan maaf tu.

Lama.. bila dia dah ok, baru dia minta maaf kepada aku. Aku takde masalah, orang minta maaf, aku terima tapi dia tak sepatutnya 'membebel sesungguh hati' kepada aku seolah-olah aku dah buat satu kesalahan yang besar.

Tapi..
Bagus juga sebab aku nampak true color perangai dia macam mana, cuma sedikit terkilan bila ada yang tak puas hati dengan kerja aku seolah-olah aku pula yang bersalah.


Bak kata seorang kawan:
Kerja di mana-mana pun sama je. Apa yang penting adalah diri kita sendiri, dapat melaluinya atau tidak; sebab apa yang berlaku sedikit sebanyak sebenarnya bagus sebab dapat mengajar kita erti kehidupan. Dapat mengenal perangai manusia yang berada di sekeliling kita. Secara tak langsung kita dapat bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebab kita dah ada pengalaman bagaimana nak uruskan keadaan yang pelbagai.

#KisahKita: Aku ok je..

Thursday, January 30, 2020

Tawar tanpa Gula


'It's right to protect the relationships but it's the real happiness when you're by his side.'
'If you keep what you wanna say to yourself, you'll regret it when you miss the chance to say it'.

#KisahKita: Tawar tanpa Gula..

Wednesday, January 29, 2020

Masih dengan Status yang sama


Tarikh: 28 Januari 2020
Hari: Selasa.. Tuesday..
Nota: It's My Birthday.. Happy Birthday to me..

Alhamdulillah..
Syukur dengan nikmat dariNYA.

Alhamdulillah..
Terima kasih buat semua yang mendoakan.

Alhamdulillah..
Masih dengan status yang sama #MakBudak a.k.a #RemajaPurba.

Alhamdulillah..
Tetap maintain -ve.. tiada penambahan girl or boy apatah lagi nak KIV.

Moga mental dan fizikal aku kuat dalam menjalani rutin harian..
#MyBirthday
#RemajaPurba

#KisahKita: Selayaknya..

Tuesday, January 28, 2020

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir #RemajaPurba πŸŽ‰


Malam tadi:
'Adik.. esok birthday ibu..' Selamba je reaksi anak lelaki nan seorang ni tapi punya hati tisu.
'Nuha.. esok birthday ibu..'
'Ibu nak apa..?' Alahai sweet nya dak Nuha.. melting aku dibuatnya.


Hari ini:
😍 It's my Birthday.. πŸ€—

Hadiah pertama di seawal 6:30 pagi..
Terpinga-pinga aku bila staf kaunter Petronas memberikan syiling tersebut. Angpow katanya.

Walau dia tak tahu hari ni birthday aku tapi akan aku anggap itu hadiah untuk aku. Hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada dia. Aku hargai pemberian dia itu.


Semakin bahagia...
Terima kasih kak Zai.. appreciate it.. love it..


Tapi.. 
Apa yang buat aku lagi bahagia hari ini..
Dak Kakak orang pertama yang wish birthday aku pagi tadi. Dak Adik dengan dak Nuha masih belum bangun lagi pagi tadi. Terima kasih kakak.. sayang kakak ketat-ketat. Tak sabar nak balik petang ni hadap kerenah korang.

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk bersama anak-anak dalam menjalani rutin harian.


#KisahKita: Sedih tapi aku tetap gembira..

Sunday, January 26, 2020

Lori Garam.. πŸ€”


Semalam..
Dak Kakak beraya di Setia City Mall..
Dak Adik pulak di gelanggang futsal..
Dak Nuha bersama aku ke hulu ke hilir..
Sudahnya, dak Nuha tak dapat ke gelanggang silat dek aku kepenatan.


Hari ini..
Dak Kakak makan..
Dak Adik makan..
Dak Nuha pun sama makan..
Sekali masin daa.. 'Ibu lori garam tumpah ke..?'
Jarang berlaku lori garam tumpah di dapur aku ni. Tapi tadi 🀦‍♀️.. dah kenapa kau #MakBudak.. 🀣

Aku..?
Lori garam tertumpah itu mungkin disebabkan hati aku semakin tawar. Tawar dek sikap kau itu.


Esok..
Go with the flow..

Apa-apapun..
Selamat menyambut Tahun Baru Cina (CNY) bagi yang menyambutnya.


#KisahKita: Hati aku..

Friday, January 24, 2020

Azam nak kurus - bukan status aku 😎


Tiap tahun..
Azam nak kurus.. nak kurus..
Tiap hari berzikir nak kurus tapi tahun berganti tahun masih tetap sama, tak berubah pun.
Ini status orang lain, tiada kena-mengena dengan aku.. 🀦‍♀️


Aku pula..?
Sejak dua tahun lepas..
Usah ditanya di mana tahap kekurusan aku. Makin bertambah, bertambah tanpa sempat berzikir nak kurus.

Nah..
Gambar tahun 2019 πŸ˜„

Bayangkan tahap gebu aku sekarang..
Aku sendiri tak nak tengok.. boleh nangis tengok.. 😒

Akan datang..
Entah.. tiada jawapan.
Tapi, yang pasti aku bukan antara mereka yang dok berzikir nak kurus.. nak kurus tu.. 😁

#KisahKita: Sabarlah..

Thursday, January 23, 2020

Anonymous yang.. πŸ˜‰


'Ibu.. kenapa tangan dia ada parit ibu?'
'Bukan parit.. tu parut'. πŸ˜„

'Ibu, dekat luar hujan titik-titik ibu'.
'Itu bukan titik-titik tapi rintik-rintik'..

Teringat kisah dak Adik dulu..
'Ibu, sakit otaklah ibu'. Sambil memegang kepala dia.
'Itu bukan sakit otak tapi sakit kepala'.


Sebenarnya, apa yang aku tekankan di sini, bukanlah kisah di atas tapi teringat satu komen dalam satu entry bertahun dulu, seorang anonymous.. Aku tak tahu kenapa dia seperti tidak puas dengan entry aku ketika itu. Alah.. bukan apa pun, sekadar gambar dak Nuha. Takde caption dan biasa-biasa je.

Walau pada pandangan mata kau entry aku tidak bermanfaat untuk orang tapi terima kasih sebab singgah di blog aku. Terpulanglah apa yang anonymous tu nak cakap.

Kalau ada acik anonymous tak puas hati dengan isi entry aku, mai pm tepi, luahkan apa yang kau tak puas hati tu. Sekurang-kurangnya mungkin boleh dibuat penambahbaikan dalam blog aku.

#KisahKita: Aku sekadar meluah rasa..

Wednesday, January 22, 2020

Sakit hati..? Chill lah..


Apa ni..?
Asyik delete entry dari pagi tadi..

Rutin harian.. bla bla bla..
Takde perubahan drastik pun, zip mulut dari terlepas dek jemari di sini.

Kalau ada yang membenci aku dan terbaca entry ni..
Aku hanya menjalankan tugas. Bukan sengaja mencari kesalahan. Tak perlu kau canang seantero dunia kau itu, apatah lagi dalam sengaja mencari kesalahan aku.

Aku sebenarnya terkilan dengan apa yang dah berlaku tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh menimbulkan fitnah.

Sakit hati..? Chill lah..
Kalau tak salah, tak perlu kau pukul canang serata alam.

Satu lagi aku nak bisikkan ni..
'Tak guna kalau muka lawa tapi perangai sebaliknya'..

#KisahKita: ...

Tuesday, January 21, 2020

Kisah Seram 🀀 😡


Kisah pagi semalam:
Menjadi kebiasaan sejak bertukar tempat kerja di tanah jajahan baru yang melangkau 60km ni, cikPutih paling aku risaukan selain dari keselamatan diri, ini dah tentu.. bukan sekali dua kejadian menyeramkan berlaku di tengah highway.

Berbalik kepada kes cikPutih, pagi dalam perjalanan dari rumah dah ada satu bunyi pada bahagian depannya tapi aku gagahkan juga memandu. Tetapi disebabkan makin kuat bunyi tersebut, aku terpaksa patah balik dengan menukar kereta kepunyaan kawan aku. CikPutih ku tinggalkan di rumah beliau dan akan diambil kemudian oleh en. Hubby untuk pergi check up.

Aku memang cepat panik bila berkaitan cikPutih hinggakan terganggu kerja dan hampir hilang fokus semalam. Petang tu, en. Hubby bagitahu masalah pada cikPutih dah selesai. Sikit je masalah tapi dia punya panik buat en. Hubby terkejut.. πŸ˜“


Hari ini:
Perjalanan seperti biasa dimulakan dengan lafaz Bismillah..

#KisahKita: Itulah kisah seramnya..

Sunday, January 19, 2020

Mesyuarat Agung PIBG SMK - Tiada Lesen


18 Januari 2020 (Sabtu)
Ini merupakan kali pertama aku menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di SMK dak Adik. Haruslah pergi memandangkan tahun 2020 ini tahun pertama dak Adik berada di SMK tersebut.

Slot pertama dimulakan dengan sesi ceramah. Ok yang ini akan aku kongsikan kemudian. Aku teruskan dengan slot kedua, sesi Mesyuarat Agung PIBG.

Ada sepuluh usul daripada ibubapa/penjaga bagi sesi Tahun 2019 yang lepas dibincangkan dalam mesyuarat kali ini TETAPI hanya dua usul berjaya dibincangkan disebabkan pengusul cadangan tidak hadir.

Salah satunya adalah isu panas:
Isu tidak mempunyai lesen dan menunggang motosikal ke sekolah.
  • Laluan keluar/masuk di hadapan sekolah telah disediakan tetapi masih ada yang tidak mengikut arahan. 
  • Terdapat cadangan menggunakan perkhidmatan RELA bagi melancarkan trafik di hadapan sekolah selama dua bulan berbanding menggunakan khidmat polis trafik.
  • Ini adalah kerana pada 14 Januari 2020 telah dibuat Ops Didik oleh team Sarjan Atika (maaf kalau salah nama) dan ramai telah dikenakan saman termasuk ibubapa yang tidak mempunyai lesen.
  • Ada bantahan dikalangan ibubapa tidak mahu menggunakan khidmat polis trafik kerana 'tidak mahu disaman'. Sekiranya menggunakan khidmat polis, masalah murid tidak hadir ke sekolah pasti akan berlaku.
  • Ada pula memberi cadangan kena lihat pada senario/situasi (contoh: kawasan kampung ada dikalangan ibubapa tidak mempunyai lesen dan terpaksa menghantar anak ke sekolah dibolehkan). Tetapi berapa kali nak kena saman tiap kali menghantar anak-anak ke sekolah? 

Aku..?
Bersetuju dengan cadangan #AcikKeselamatan (gelaran diberi oleh dak Kakak 😁) pemantauan perlu dibuat dari awal. Kena didik dengan betul; ada lesen baru boleh  bawa motosikal ke sekolah. Kalau kata nak bagi kesedaran kepada pelajar, mungkin pihak sekolah boleh mengadakan sesi ceramah/motivasi berkaitan pro dan kontra tentang isu lesen tersebut.

'Kalau tak nak kena saman, belilah basikal macam dak Adik pergi sekolah naik basikal'. Bisik dak Kakak ditelinga aku.

Aku memang berpesan pada anak-anak, selagi takde lesen jangan bawa motosikal (anak-anak memang tiada pengalaman membawa motosikal). Dah ada lesen nanti nak ke mana pun takpe. Jangan jadi seperti TokSu yang pernah dilanggar oleh budak tiada lesen 😠 Nauzubillahiminzalik.. 'Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut (daripada menimpa kami)'.


Akhirnya, keputusan menggunakan khidmat polis trafik ditolak sebaliknya akan menggunakan khidmat RELA dipersetujui (akan menggunakan peruntukkan dana PIBG bagi tujuan tersebut).
  • Kalau masih tak nak dengar cakap baru pihak sekolah akan menggunakan khidmat polis mengikut keperluan.
  • Dari segi keselamatan itu adalah tanggungjawab ibubapa. Guru hanya mendidik pelajar untuk menjadi lebih pandai.

Sebagai penutup mesyuarat:
Satu pesanan dari pengetua SMK, sekiranya mempunyai aduan, rujuk dengan pihak sekolah terlebih dahulu agar masalah dapat diselesaikan dengan baik.

#KisahKita: ...

Friday, January 17, 2020

Satu pesanan buat mereka..


Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha makin membesar seiring dengan usia mereka. Aku pula semakin #RemajaPurba.. πŸ˜…

Untuk tahun-tahun mendatang, aku berdoa moga aku terus diberikan kesihatan dan semangat yang kuat untuk membesarkan mereka. Merekalah punca kekuatan aku dalam meledani rutin harian. Moga dengan rezeki yang ada ini tidak akan terputus tetapi bertambah dan terus bertambah.

Satu pesanan buat anak-anak aku:
'Sejauh mana korang semua pergi, ingatlah ibu di sini. Jangan pernah lupakan ibu. Ingat hari lahir ibu tak lama lagi. Jangan buat-buat lupa ye..' πŸ˜πŸ˜„


#KisahKita: Anak-anak sumber rezeki.. 😘

Thursday, January 16, 2020

Selamat Hari Lahir kak Zai


Kisah Hari Ini:
'Selamat Hari Lahir kak Zai'.
'Moga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNYA serta sihat bersama anak-anak tersayang. Juga dimurahkan rezeki dan moga rutin harian dipermudahkanNYA'.


Bukan sembarangan hadiah beliau dapat tapi sayang lupa nak ambil gambar pagi tadi sebab excited sangat. Namun, jauh disudut hati rasa gembira bila melihatkan kegembiraan beliau.

dan.. dari beliau:
Pertama kali sepanjang bekerja, inilah kali pertama tarikh lahir kak Zai jatuh pada hari gaji..

Update tadi:
Beras 10kg hadiahnya.. lupa nak ikat reben.. πŸ˜„

#KisahKita: HappΓ½ Birthday..

Wednesday, January 15, 2020

Tangan dak Nuha Retak..? 🀀


Anak-anaklah penghibur hati di kala sedang berhadapan dengan tekanan. Paling happening waktu makan di meja makan. Aku ni tak suka suasana sepi waktu makan, macam ada orang mati pulak rasanya.

Aku rasa gembira sebenarnya bila dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha berebut-rebut nak bercerita apa yang berlaku dan macam biasalah kena ikut giliran. Dah kalau semua nak bercakap, nanti bergaduh pulak di meja makan.


Kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai dak Nuha:
Tiap kali balik sekolah sebelah pagi, dak Nuha akan call aku dan mulalah drama rengekan dia tak nak ke sekolah. Pelbagai alasan dia gunakan dengan harapan hati ibunya akan cair seperti coklat cadbury.

'Ibu.. boleh tak, petang ni Nuha tak nak pergi sekolah?'
'Kenapa tak nak pergi sekolah pulak?'
'Tangan Nuha retak..'
'Haaa.. tangan Nuha retak?! Kenapa..?' Zup.. terasa kering sekejap darah dibuatnya. Aku terbayangkan tangga sekolah je waktu tu.

'Tangan Nuha retak sebab banyak menulis..'
Aduhai Nuha ni buat ibu terkejut jelah. Jawapan dia sungguh di luar kotak fikiran. 


Kelas dak Nuha di SRA pagi nun tingkat empat; di SK petang pulak di tingkat tiga je tapi nun jauh dari kantin sekolah.

'Ibu, Nuha nak tukar kelaslah ibu. Kelas Nuha tu bising sangat, kepala Nuha pening. Boleh tak ibu?' Ni lagi satu.. hampir setiap hari dia akan merengek dengan aku.
'Nuha boleh tukar kelas dengan syarat kena berusaha lebih untuk pandai, nanti baru boleh tukar kelas'.
'Tak nak! Nuha nak tukar sekarang jugak. Ibu telefonlah cikgu cakap Nuha nak tukar kelas'. Ini pun sama.. dia nak kelas yang sama macam tahun lepas, alahai anakku ini.

'Alah, duduk jelah dalam kelas tu, kakak dulu tukar kelas elok je'.
'Entahnya.' dak Adik pun sama mengiyakan apa yang dak Kakak cakap. 


Itu belum lagi..
'Kelas Nuha jauh sangat dari kantin, nak makan pun tak sempat sebab tak cukup masa. Sebelum ni senang, kelas Nuha dekat je dengan kantin.'
'Nuha, masa Darjah Satu, cikgu bagi kelas dekat dengan kantin supaya tak berebut-rebut waktu membeli dan cikgu tak nak ada yang tak dapat makan'. Aku pujuk dia.
'Yelah.. tapi ibu..'
'Dah.. dah.. pergi siap, lepas tu pergi sekolah. Jangan bagi ibu bertukar jadi naga pulak'.  😑

Ibumu ini baik, baik jugak tapi bab sekolah ni memang tiada kompromi kecuali dalam keadaan darurat dibolehkan untuk tidak hadir ke sekolah. Selain dari itu 'No excuses not to go to School..!'

Aku nak aura kasih sayang antara aku dan anak-anak tidak terputus atau berkurangan. Komunikasi sangat penting dalam keluarga. Kalau takde komunikasi, macam mana nak buat anak-anak rasa gembira di rumah kan..?

#KisahKita: ...

Tuesday, January 14, 2020

Boss ni.. 😟


Komunikasi
Kalau tak faham, tanya.. jangan diam..!

Boss ni..
Kadang-kadang dia marah atas dasar kerja bukan hal berkaitan peribadi. Orang lain jangan nak membakar keadaan.. 😞 Dalam hati tu jangan bersangka buruk. Zaman la ni orang boleh bersangka buruk dengan orang lain walau tak kenal orang tu.

Hidup ni..
Kadang-kadang kita tak suka dengan sesuatu tapi itulah yang terbaik buat kita. Kita tak nak tapi rupa-rupanya itulah yang terbaik.

#KisahKita: Jangan ambil peduli..

Monday, January 13, 2020

Kau Tanggunglah Sendiri..!


Apa yang dah berlaku..?
Aku terkejut bila melihat anak-anak terdiam dan terpaku dengan tindakan kau itu.. 😟 Kenapa kau lakukan seperti itu? Kalau mereka salah sekalipun bukan itu caranya. Takkan kau boleh terpengaruh dengan drama yang dipaparkan di kaca tv hingga nak mencubanya di dunia realiti ni? 

BENCI.. πŸ™‍♀️
Apa yang kau lakukan di hadapan anak-anak ia mampu menghantui fikiran dan boleh merubah perasaan anak-anak terhadap diri kau itu.

Mereka tu dahlah kekurangan kasih sayang dari kau. Kenapa kau tak cuba tambat hati mereka. Mahal sangat ke harga kasih sayang kau itu? Tak rugi pun runtuhkan sikit ego kau yang mendongak langit tu, malah ia boleh mencipta suasana yang harmoni dalam rumahtangga yang kau bina.

Percayalah..
Pasti sukar untuk kau meraih kembali perhatian mereka setelah apa yang dah kau buat.. 😣

Sekarang.. 😏
Kau tanggunglah sendiri..!
Aku hanya mampu tersenyum sinis..

Kisah di atas hanyalah perkongsian dari seorang kawan.




#KisahKita: Mudah-mudahan ada kebaikan..

Saturday, January 11, 2020

Ringkasan Kisah Minggu ini


Isnin:
Berada di 60km jauhnya..
Permulaan minggu selepas cuti panjang menguruskan sesi persekolahan anak-anak..

Selasa:
Menguruskan beberapa perkara tertinggal mengenai sesi persekolahan anak-anak.

Rabu:
Berada di 60km jauhnya..
Banyak kerja.. 😒

Khamis:
Berada di kecemasan hospital. Dah update di sini dan malas nak ulang kisah disebaliknya.

Jumaat:
Berada di 60km jaraknya.
Pulun habis beberapa kerja yang tertinggal sepanjang minggu ni.

Sabtu:
Dak Adik boleh terlepas aktiviti berkaitan bolasepak di SMK dia.. 🀦‍♀️

Ahad:
Esok.. urusan berkaitan dak Kakak pulak.

Minggu yang luarbiasa dari rutin harian.. terasa lelahnya.

#KisahKita: ...

Thursday, January 9, 2020

Hospital + Mangsa: en. Hubby


Kisah malam semalam (8 Januari 2020 - Rabu)
Masa: 2100
Tempat: Klinik
Mangsa: en. Hubby

Kemudian..

Awal pagi tadi (9 Januari 2020 - Khamis)
Masa: 00:00
Tempat: Hospital
Mangsa: Orang yang sama
Masa menunggu dan urusan berkaitan: letih 😡

Urusan di hospital ditemani oleh mySIL tapi kami terpaksa tinggalkan en. Hubby di hospital kerana aku kena balik rumah ambil kereta; dan mySIL kena uruskan anak-anak ke sekolah. Terima kasih mySIL.. thanks a lot.

Masa:0330
MySIL hantar aku balik rumah.

Masa: 0430
Kembali ke hospital dan urusan selesai 05:30. Inilah punca kenapa aku minta mySIL pulang awal, aku tak nak rutin pagi beliau terganggu. Siapa pandu kereta? en. Hubby sendiri drive dari hospital balik ke rumah. Takkan dibaginya aku pandu.. πŸ˜†

Masa: 06:30
Sampai di rumah aku sempat hantar dak Kakak ke sekolah. Selesai urusan berkaitan, masa untuk πŸ’€πŸ’€πŸ’€ Badan aku hampir tiada tenaga.. 😩😡

Dipendekkan cerita:
En. Hubby sakit nak bermanja dengan doktor dekat hospital je. Tak warded pun.

#KisahKita: Aku..? Mata macam ada gam..

Wednesday, January 8, 2020

Selongkar


Bila aku selongkar aktiviti di dalam draft blog aku, banyak rupanya yang 'tertinggal'..









eemmm..









#KisahKita: Biarkanlah..

Monday, January 6, 2020

ISNIN pertama bagi Tahun 2020


6 JANUARI 2020..
Hari ISNIN pertama bagi tahun 2020..
Usaha dan berdoa yang baik-baik..
Jangan mencebik..

Dunia kita sama je bentuknya bulat..
Tak rugi pun menghulurkan bantuan..
Tak usah nak mengelat..
Percayalah dengan rezeki pemberian Tuhan..
===============================================

Alhamdulillah..
Masih lagi di sini..
Hari pertama memulakan langkah dengan tugas di tempat kerja di tanah jajahan baruku ini. Perjalanan yang panjang menanti di hadapan. Emosi dan perasaan perlu dijaga sebaiknya.

Menangis..?
Tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah. Sokongan dan dahan yang kukuh amat diperlukan agar ranting di sebalik dahan tersebut tidak patah dan menyembah bumi.

Sedih..?
Hidup perlu diteruskan, ujian takkan hadir andai kita tak mampu menghadapinya. DIA lebih mengetahui segalanya.

Jangan hanya pandai berbicara tapi tiada jalan penyelesaian. Moga kasih sayang tidak berkurang agar tiada hati yang rasa tidak dihargai.

#KisahKita: #AkuTerasaHati

Friday, January 3, 2020

Ragam Hari Pertama Persekolahan


2 Januari 2020 (Khamis)
Hari pertama sesi persekolahan dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha di sekolah masing-masing.

Dak Kakak:
Masih berada di SMK yang sama dan tiada keinginan untuk bertukar sekolah. Dia semakin selesa di SMK sedia ada. Balik sekolah semalam, muka macam cuka tumpah gara-gara van sekolah lewat tiba.


Dak Adik:
Anak kedua dan satu-satunya anak lelaki bakal memulakan persekolahan di SMK. Rasa berdebar-debar kerana ini kali pertama dia ke sekolah menaiki basikal. Aku tengok dia relaks je, ibu yang risau lebih.. πŸ˜‚ Balik sekolah, dia bercerita:

'Best ibu hari ni, cikgu tanya cita-cita nak jadi apa'.
'Adik cakap apa.'
'Nak jadi pemain bolasepak. Terus cikgu minta nama.'.
'Best, best jugak adik. Pelajaran jangan pulak diabaikan'.
Moga dia berjaya berada di dalam kesebelasan utama. InsyaAllah.. usaha agar berjaya..!


Dak Nuha:
Si bongsu yang penuh dengan ragam kali ini.

Di sekolah pagi, kelas dak Nuha nun di tingkat 4, berbanding tahun lepas hanya di tingkat 3. Hari pertama dah tertinggal van waktu balik sekolah. 🀦‍♀️πŸ’†‍♀️ Guru kelas telefon aku memaklumkan dak Nuha tertinggal van sekolah. Ok, yang ini aku dah agak pasti akan berlaku. Bila sampai rumah dia mengadu..

'Kelas Nuha tinggi sangat, Nuha lambat turun. Dahlah tinggi, penat Nuha'.
'Ibu, petang ni boleh tak Nuha tak nak sekolah? Penatlah ibu'.
Aku pujuk dan nasib baik dia tak terus merengek lagi.

Di sekolah petang pula, kelas dak Nuha di tingkat 3 dan jauh dari kantin sekolah berbanding tahun lepas, kantin hanya di sebelah kelas.

'Penatlah ibu sekolah hari ni. Dahlah kantin jauh, Nuha rasa tak cukup masa nak makan'.
'Nuha nak tukar kelaslah ibu'.
Malas aku nak layan, nanti makin menjadi-jadi ragamnya. Tengah letih macam tu, ada je yang dia tak puas hati.


Aku doakan, moga anak-anak aku kuat dalam meledani rutin harian. Menjadi insan yang baik dan berguna buat ibu dan Babah serta semua. 

Bertabahlah wahai telinga mendengar rungutan + rengekan anak-anak.

#KlisahKita: Syok cuti.. rasa takmo kerja dah.. πŸ˜†

Thursday, January 2, 2020

Terima Kasih 2019


2019..
Ada masa aku ketawa..
Ada masa aku menangis..
Ada ketika aku terjatuh..
Ada ketika pernah disisih..
Pernah juga aku dikhianati buat aku tidak lagi mempercayai..

 TAPI..
Aku belajar sesuatu tentang semua itu..
'Change For The Better.'

Terima kasih 2019 dan selamat datang 2020.

StatusHati: #KisahKita..

Wednesday, January 1, 2020

Tahun 2020 dimulai dengan..


Awal pengenalan:
Mengenalimu ketika masih belajar..
Mak suruh belajar, anak belajar bercinta.. πŸ˜‚
10 tahun kemudian diikat tidak mahu dilepas..

Hari ini..
1 JANUARI 2020 (Rabu)
Usia perkahwinan: Sebaya dak Kakak..
Status terkini: Anak tiga..
Tetap kekal maintain #RemajaPurba..

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan en. Hubby..
Moga terus kekal sihat dalam menjalani rutin harian. Cukuplah tiga, jangan minta lagi..
Tak memain.. serious ni.. 🀣

#HappyAnniversary
#HappyNewYear2020
#MotifGambar😁

#KisahKita: Bermulanya permulaan tahun 2020..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...