Followers Remaja Purba

Friday, December 31, 2010

Hari Orientasi Darjah Satu

Pagi tadi:
Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun terpaksa bawa si adik sekali memandangkan pengasuh turut ada urusan di sekolah anak beliau. Kebetulan hubby tak dapat turut serta - outstation ke Butterworth.

Thursday, December 30, 2010

Bersedia untuk pagi esok

Kali pertama tanpa kehadiran hubby untuk menguruskan kakak Irah menjalani hari orientasi Darjah Satu.

Esok, jangan kata nak kena uruskan kakak Irah tapi kena bawa sekali adiknya sebab pengasuh tak dapat nak jaga disebabkan kakcik masuk Form One.

Moga esok berjalan dengan lancar.


Send via Blueberry Cheese Cake... Hehehe...

Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia MENANG.
Malaysia JUARA.
Harimau Malaya bawa pulang Piala AFF.

TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Malaysia.
Score dengan aggregat 4 - 2.


Nota: Sedang senyum sengih di atas kemenangan Malaysia.


Send via Blueberry Cheese Cake.

Friday, December 24, 2010

Birthday Julai - Disember 2010

22 Disember 2010 (Rabu)

Selepas Mesyuarat Bahagian, Bahagian aku raikan warga yang lahir antara bulan Julai hingga Disember dalam majlis serba ringkas.



chocolate indulgence.


antara yang diraikan.

Monday, December 20, 2010

Urusan di Klinik Surgeri, PPUM

Pagi:
Nasib baik anak-anak tak meragam walaupun masing-masing keletihan tak cukup rehat, pagi-pagi dah kena bangun. Hari ni nak bawa ammar untuk rawatan susulan di Klinik Surgeri, PPUM.

Di PPUM:
Doctor Margaret nasihatkan jari tangan ammar perlu selalu diurut agar jari tangan ammar tak bengkok sebab Doc. tak nak buat operation lagi. Mengikut kata doc. jari tangan ammar ok dah ada perubahan cuma perlu tumpukan pada jari kelingking dia. Selain dari itu, ok takde masalah.

Manakala dengan Lily, sepatutnya ada sesi rawatan pukul 11 am tapi bila dah jumpa sekali dengan Doc. Margaret, appointment untuk ammar ditunda ke tahun depan. Bagi aku, lega sikit sebab aku sendiri dah rasa macam diawang-awangan.


Nota:
Next appointment will be on 20 June 2011 at Surgery Clinic, PPUM and dengan Lily pada 18 Januari 2011.

(sekian, berita ringkas untuk hari ini)

Lokasi Terkini

Selamat tiba di Meru pada pukul 11 lebih malam tadi.
Cerita akan diupload kemudian akibat keletihan.


UPDATE:

Sekitar perjalanan pergi dan balik dari Meru ke Kota Bharu, Kelantan.

(18 Disember 2010)
0800 mlm: perjalanan bermula.
1200 t/mlm: Hentian Rehat Gua Musang (hubby tak larat nak pandu dah).

(19 Disember 2010)
8.30 pg: tiba dilokasi.
02.00 ptg: perjalanan pulang.
08.00 mlm: Hentian rehat Benta.
11.30 mlm: tiba di Meru.
1.30 pg: bersedia untuk tidur (pagi nanti nak ke PPUM).



Jauh perjalanan luas pandangan dengan 143 hubby.


Sementara menunggu urusan hubby selesai.


Dalam perjalanan balik, singgah makan sup gear box di Kuala Krai berdepan dengan JPJ Kuala Krai.

Perjalanan balik:
Aku cuma larat temankan hubby sebelum sampai Raub, selepas tu terus 'hanyut'. Anak-anak lena sampai ke rumah.


Nota Jari:
Hasrat untuk ke KB akhirnya tercapai jua. Lepas ni nak ikut ke mana pula?


Nota Kaki:
Tak dapat join Pertemuan Bloggers di Ice Room anjuran Abg Mazidul (http://www.mazidulakmal.com).

Sunday, December 19, 2010

Kota Bharu

Lokasi terkini di awal pagi menuju ke Kota Bharu.
Cerita akan diupload kemudian.

Tuesday, December 14, 2010

Klinik ENT, PPUM

Petang:
Bawa ammar ditemani oleh Angah (anak pengasuh) ke Klinik ENT, PPUM rawatan susulan berkenaan tonsil dia. Melihat pada gambar xray ammar (xray pada 11 November 2010 lepas), bahagian tekak dan belakang hidung pun ada tonsil.

Nampak saluran di bahagian belakang hidung dia agak sempit tapi merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh Dr. Mazmin (Dr. bertugas), keadaan ammar buat masa ini tidak perlu dibedah dan tonsil dia boleh mengecut mengikut perkembangan usia dia, melainkan kalau tanda-tanda yang Doc berikan ada pada ammar.

Sehingga entry ini ditulis, cuma setakat selesema dan tidur berdengkur kuat tapi tidak sampai terbangun terhenti seketika pernafasan dia. Doc. turut memberi preskripsi ubat untuk digunakan bila perlu sahaja.


Temujanji seterusnya: 14 Jun 2011 (2 pm)


Send via Blueberry Cheese Cake

Friday, December 10, 2010

menjenguk chemah di rumah

Tengahari tadi aku, k.Yanz, k,Gja dan Aty pergi ke rumah Chem. Sebenarnya ni kali ketiga plan asyik tertangguh. Kali ni walaupun ada yang tak dapat join tapi kitorang teruskan juga ikut plan asal.

Tujuan selain melawat beliau atas sebab-sebab kesihatan:
untuk menyerahkan hadiah dan kek sempena belated birthday beliau.



Nota: chem yang telah lebih sebulan membuat pembedahan di lutut kirinya.

Thursday, December 9, 2010

Makan-makan

08 DISEMBER 2010 (Rabu)

Malam:
Asalnya, aku teringin nak makan mee sup, minta hubby masakkan tapi hubby pulak cadangkan jemput jiran terdekat kat TDBi datang ke rumah makan-makan.

Jenuh jugaklah nak menjawab atas sebab aku buat makan-makan sebab takde niat tertentu pun dan bak kata nenek: nak mengeratkan silaturrahim.



Menu: Mee sup, mee goreng, air strawberri dan buah tembikai

Wednesday, December 8, 2010

Rawatan susulan di Klinik An-Nisa

Pagi tadi pergi ke Klinik An-Nisa untuk buka balutan kat kepala adik. Alhamdulillah luka nampak dah ok cuma doctor tampal semula ditempat luka tersebut. Lepas ni, sapu dengan minyak agar luka tu cepat sembuh. Selain dari tu, Ammar ok. Lasak macam biasa.


Nota:
aku dan hubby cuti hari ni
(send via Blueberry Cheese Cake)

Tuesday, December 7, 2010

Jatuh dalam bilik air

06 DISEMBER 2010 (Isnin)

Hari ni aku cuti. Plan asal nak ikut hubby pergi Sungai Petani tapi memandangkan tahap kepenatan aku masih belum beransur surut maka aku batalkan niat.

Tapi berlakunya kejadian adik jatuh dalam bilik air. Lepas mandikan adik, aku ambil tuala nak lapkan badan dia yang berdiri di luar pintu bilik air tapi bila aku pusing je aku cuma sempat dengar dia menangis kuat. Aku pulak boleh bebel lagi kat dia, tak nak dengar cakap ibu.

Masa tu aku tak perasan lagi, bila aku angkat baringkan atas katil, aku nampak kat tangan aku ada darah, terus check kepala adik. Terkejut! Panggil kakak minta tolong pegangkan kepala adik dengan tuala sementara aku pergi lari sekejap ke rumah atuk minta tolong.

Dalam keadaan kelam kabut tu, nasib baik boleh berfikir dengan betul. Sempatlah aku capai apa yang patut.

Atuk dan nenek teman hantar ke Klinik An-Nisa, Meru. Mula-mula adik ok lagi tak menangis dan takde muntah, bila sampai je dan terus bawa masuk ke dalam bilik rawatan, mulalah pitching high note dia. Alhamdulillah luka sikit je dan tak perlu jahit, doktor cuma tampal kemudian balut kepala adik. Lepas dah settle semuanya, baru aku call hubby bagitau. Lepas satu... satu.

Akhirnya adik jadi Hang Ammar sekejap.


Nota: Lega adik takde pape.

Bagan Serai dan Cameron Highlands

04 DISEMBER 2010 (Sabtu)

Pagi:
Konvoi ke Bagan Serai, 2 buah kereta je sebab malam tadi 5 buah kereta dah gerak dulu. Kesian kat anak-anak, pepagi dah kena mandi.


Lokasi: Parit Mentara, Perak




Petang:
Juga 2 buah kerete konvoi naik Cameron Highlands. Aku 'paksa' hubby naik Cameron. Tercapai juga hasrat walaupun kena balik Meru malam tu juga sebab malam esok hubby outstation.


Berlaku kesesakan jalanraya yang agak teruk, dekat 2 jam baru sampai Cameron Highlands (itupun kitorang potong Q... teruk di hon oleh pemandu kenderaan2 lain)


Kesian hubby penat memandu.

Rasanya pukul 8 baru sampai ke puncak. Dalam kepala aku macam-macam nak beli tapi disebabkan dah tersangkut dek kesesakan jalanraya, dapatlah shopping serba sikit. Perjalanan balik ke arah Tapah, aku yang pandu, bagi peluang hubby rehat sebelum dia ambil alih stereng kereta selepas Tapah.

Kitorang sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Perjalanan yang memenatkan.

Friday, November 26, 2010

berhati-hati bila dapat SMS macam ni!

Pagi tadi aku baca SCAM TERBARU dari blog azrulhisham.blogspot.com

Manakala yang ini pula aku terima baru tadi:



Daripada: +6285215763857
Dia suruh masukkan ke dalam no ni: 0178343217

Jadi kepada kawan-kawan semua, berhati-hatilah ye. Banyak cara orang nak tipu sekarang ni.



gambar selingan: aku kekenyangan makan laksa tengahari tadi.

Monday, November 22, 2010

weekend + cuti sekolah

Cuti Sekolah
Kakak Irah antara insan yang paling seronok sebab boleh dikatakan ada saja yang menunggu memanggil kat depan rumah ajak main. Dengan adik dia sekali terjebak tak lekat kat rumah.

Sejam pertama memanglah seronok sebab sunyiiiii je rumah tapi bila dah masuk jam berikutnya mulalah aku resah gelisah diorang leka main tak ingat nak makan. Hubby larang aku panggil dorang, yelah, jarang dapat keluar rumah, inilah jadinya, kemaruk.

Sudahnya, sampai ke malam, balik rumah untuk makan minum mandi keluar balik. Hubby ada, takpe, kalau hubby takde, sah & confirm anak-anakku tak dapat main kat luar pagar rumah.

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua.

Raya Haji tahun ni aku di TDBi, Meru.
Tak balik kampung sebab tak cuti, disaat-saat akhir baru hubby bagitahu dia cuti sehari selepas raya.

Untuk tetamu, hidangan cuma nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang (tukang masak: seperti biasa).

Sepanjang hari, acara makan di rumah jiran-jiran.

Tuesday, November 16, 2010

dah start cuti sekolah rupanya

Silap aku tak check properly bila kakak Irah cuti.

Aku pula penuh confidentnya takdelah mohon cuti untuk Aidiladha ni sebab di peringkat awal hubby kata tak cuti tapi saat-saat akhir hubby bagitahu dah mohon cuma status cuti masih pending. Kalau lulus, aku nganga jelah. Kalau cuti, best best, boleh balik kampung sambil menyelam minum air kat A'Famosa nun.

Takpelah, tak cuti pun takpelah sebab bulan depan nak cuti lagi (pujuk hatilah ni). Antaranya:

20 Disember 2010: Klinik Surgeri, PPUM
31 Disember 2010: Orientasi Darjah Satu, Kakak Irah

Untuk hari ni pulak, hubby masih di Penang, malam nanti baru sampai dan yang pasti aku belum buat persiapan untuk esok. Biasa hubby yang uruskan, nak suruh aku oh!Tidak, beli tu memanglah beli tapi confirm terkial-kial nanti.

Anyway, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.

Monday, November 15, 2010

Hawaii Five-0

14 NOVEMBER 2010 (Ahad)

Masa: 9.30 malam.
Channel: AXN (astro)




The Ventures - Hawaii 5-0 .mp3


Found at bee mp3 search engine

theme song: Hawaii Five-0

Nampaknya aku dah jatuh hati pada cerita ni. Menarik dan aku suka dekat mamat ni, sampaikan kat pc + hp ada gambar dia. Alah, time tengah cerita ni hangat, aku sukalah, nanti dah ada cerita lagi menarik, kita tukar pulak. Tapi CSI Miami tetap di hati.




Tayangan: Setiap hari Selasa
Masa: 10 malam
Channel: AXN (701)

Monday, November 8, 2010

konvo kakak irah

07 NOVEMBER 2010 (Ahad)

Masa: 2.30 petang


Tema tahun 2010.


Persembahan 6 tahun.



Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah ni berakhir pada jam 5 petang.

Monday, November 1, 2010

Jenderam Hilir, Dengkil

31 OKTOBER 2010 (Ahad)

Lokasi: kenduri kahwin


Inilah masalahnya kalau dah biasa pandu laju, ini pun sebab yang follow tu tak biasa on d road guna kereta.


Memang sedang cantik masa kitorang sampai-makan time.


Ammar


Abang... jaga pitching ye.

Wednesday, October 20, 2010

clinic and celebrate besday

19 OKTOBER 2010 (Selasa)

Balik kerja aku bawa kakak Irah ke klinik - sakit gigi. Duaa batang gigi depan dah goyang disertai nak tumbuh gigi kekal. Dekat gigi geraham pula berlubang tu yang sakit berdenyut-denyut.


Aku mintak kakak Irah buat muka menahan sakit gigi, dia tanya mcm mana ibu? huhuhu...



20 OKTOBER 2010 (Rabu)

Happy birthday to Kak Liza and Happy belated besday to Aty
Moga panjang umur murah rezeki.


Dapatlah murah sebab guna kad k.Yanz, aku keluar pergi beli dengan Sue Azim kat King's.

Tuesday, October 5, 2010

open house rumahku

03 OKTOBER 2010 (Ahad)

Tarikh yang sama cuma tahun yang berlainan, satu kebetulan masa aku buat open house.

Untuk tahun 2010 ni, aku tak plan sebenarnya nak buat atau tak sebab aku baru je balik dari kursus di Cherating.

Kali ni, hubby yang plan semua, aku bagi tarikh dan jemput member2 office, yang lain hubby uruskan. Aku memang bercadang tak nak buat macam tahun lepas, penat nak kemas luar dalam umah - dan inilah hasilnya. Itupun dah hujung2 majlis baru nak ambil gambar. Mana taknya dari awal aku memang tak cukup kaki+tangan, nasib baiklah pengasuh dan family datang jadi pengasuhlah yang sibuk tolong bantu didapur (pagi tu jiran kat rumah ada datang tolong)

Menu:
kambing masak kari, ikan masin, tempe goreng, ulam-ulaman, buah dan air.


hubby yang beli - daging kambing.


Penghujung majlis.


Penutup:
Terima kasih pada team TDBi yang sama-sama bertungkus-lumus membantu hubby dalam menjayakan majlis rumah terbuka kami untuk tahun 2010 ni.

Malam: penatnya dan selamat esok aku cuti.

Tuesday, September 28, 2010

PPUM - further check up

Seperti biasa di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM - 8.30 pagi tadi.

Rutin biasa yang perlu ammar lalui. Sesi seterusnya bulan Disember nanti. Sekarang ni tengah cari masa untuk bawa ammar pergi xray bahagian tepi leher dia. Cuma yang pasti aku kena buat sebelum next appointment dia di Klinik ENT

Bila? tengah cari masa.

Kursus di Cherating

23 – 26 SEPTEMBER 2010 (Khamis – Ahad)

Memula:
Langsung takde hati pun nak pergi kursus sebenarnya tapi atas arahan jadi semua yang diarahkan pergi kenalah pergi termasuklah aku. Anak-anak aku tinggalkan di rumah pengasuh sebab hubby pun outstation. Sedih nak tinggalkan diorang.

Dipendekkkan cerita, masuk hari Sabtu barulah nampak keikhlasan aku dalam menghadiri kursus ni. Teruk sungguh - ye memang aku akui pada mulanya memang aku tak nak pergi pun tapi semua ni kan untuk kebaikan juga, dalam masa yang sama boleh menambahkan ilmu yang sikit ni.

Disebabkan gambar terlampau banyak tapi yang ni je aku sudi nak kongsikan so layan jelah.


di siang hari.


di malam hari.


Macam biasa, dah namanya kursus tentu ada pembahagian kumpulan, inilah team aku.


persembahan kumpulan.



Last day sebelum balik - sungguh tak sabar.


gambar selingan:


pokok cili ungu - ada kat depan jalan masuk hotel


siapakah kami?


tapak?


Kesimpulannya, untuk sepanjang tahun 2010 ni, kursus yang telah aku hadiri telah lebih dari mencukupi. Lega tak payah nak fikir macam mana nak cukup genapkan 7 hari.

Monday, September 20, 2010

Happy Birthday Kakak Irah

20 SEPTEMBER 2010 (Isnin)

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you, kakak Irah
Happy Birthday to youuuuuu.


teddy bear dari aku untuk kakak Irah

Juga ada hadiah dari auntie Yanz dan Aty.

xray di PPUM

19 SEPTEMBER 2010 (Ahad)

Dalam seronok bergumbira di hari raya, hari terakhir sebelum mula kerja berlakunya kejadian yang menggugat keseronokan beraya kami di TDBi.

Ammar kena hempap dek kerusi batu, diulang dihempap dek kerusi batu rumah jiran sebelah yang kebetulan buat open house. Masa tu aku dan hubby kat rumah atuk sedara aku - selang 3 buah rumah je.

Si Has panggil kata ammar kena hempap kerusi batu dan masa tu aku tengok ammar dah dibaringkan atas lantai dalam rumah dia. Hubby ambil dukung ammar masuk dalam rumah.

Sempat aku mandikan dia sebab dia dah ehem masa tu, terus kejar ke Trauma dan Kecemasan, PPUM. Ammar tak meragam masa tu sebab dia terlalu ngantuk dan lepas minum susu terus tidur. Sampai di PPUM, doc. tanya keadaan ammar, nurse timbang berat, doc. suruh bawa untuk xray di tingkat 3 (kat Trauma masa tu tutup).



lepas doc. tengok hasil xray tu, alhamdulillah takde patah, retak pun tiada. Tak lama lepas tu dia dah aktif balik, aku je yang panik lebih. Botak Pak Itam, wife dia dan Isa datang jenguk di PPUM.


Malam:
Lewat petang Isa dan kawan-kawan dia datang beraya. Aku lega ammar xtake apa-apa dan esok aku bolehlah kerja dengan hati yang lapang.

member YM Selayang

16 SEPTEMBER 2010 (Khamis)

Hari Malaysia.

kali pertama aku nak jumpa member YM aku ni, sekarang dia dah menetap di Ipoh.

Macam mana kenal?
Dia add aku pasal ‘buah zuriat’. Dari situlah mulanya perkenalan, nak kata rapat tak juga. Open House kat Selayang tu rumah mertua dia dan bapa mertua dia bekas pengulas sukan kat RTM dan masa Piala Dunia baru-baru ni. Patutlah macam kenal.

Baby dia baru 3 bulan masa aku jumpa tu. Boy – nama dia: Azad Isyraf. Dekat 3 tahun kahwin baru dapat Azad. Alhamdulillah.

Bilalah agaknya kita dapat jumpa lagi kan G?

Raya Sakan Tahun ni

10 SEPTEMBER 2010 (Jumaat) bersamaan 1 Syawal 1431

Hari Raya Tetap Tiba. Tahun ni memang happening bagi aku dan family – sebagai ‘balas dendam’ tahun lepas.


Raya Pertama:
Plan asal – balik kampung raya kedua tapi last minute petang raya balik, bertambah terujalah aku tapi aku cuma sempat jumpa dan salam kedua ibubapaku pada petang dan malam raya kedua gara-gara aku beraya di Meru dulu.


Model di pagi raya.


Raya Kedua
Masih beraya di rumah nenek, mak dan pak sedara.


Ragam anak-anakku. Merengek-rengek nak naik. Diorang ingat lembu tu kuda agaknya tapi bila anak lembu tu datang dekat takut pula.


Raya Ketiga dan Keempat:
Memula pergi kenduri kahwin kakak member off aku dekat Merlimau. Kemudian terus ke Muar – beraya lagi dan lagi dan lagi. Bila banyak jalanraya maka banyaklah yang masuk dalam mulut dan poket ibunya ni. Hehehe...


Aksi memanjat, akibat kenakalan si adik, ibu jari kaki dia terhempap dek pinggan kaca, walaupun takde apa-apa tapi lebamlah juga.


Raya Kelima
Destinasi: rumah sepupu di Tampin, makan lagi. Agenda sebenar perg rumah dia sebab nak ambil bekas susu anakku tertinggal kat rumah mak dia masa raya pertama hari tu. Ni kes aku lupa!

Malam – gerak balik Meru.
Kak Irah dari raya pertama sampai nak balik Meru, asyik mengomel kita nak ke mana ni ibu? Asyik-asyik balik kampung sebab dia pening banyak tempat kitorang pergi.

Sampai rumah – jiran datang beraya.


Masih dalam mood raya, cuti pun seminggu jadi raya sakanlah, takde cerita lain selain dari raya.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...