Followers Remaja Purba

Sunday, February 17, 2019

Roti Canai dan kuahnya


Aku jarang bersarapan di luar tapi kalau bersarapan di luar biasanya akan ikut selera en. Hubby. Biasanya, kami akan cuba di kedai makan yang berbeza-beza, sekadar ingin merasa menu yang disajikan. Andai sedap, lain kali boleh datang lagi atau boleh cadangkan pada kawan-kawan tempat  makan tersebut.

Kalau bab makan roti canai, kami takde spesifik tempat. Asal tempat tu bersih dan selesa pada pandangan mata aku, maka disitulah tempat kami bersarapan.


Perangai aku, waktu makan roti canai..
Aku tak kisah rotinya tapi aku cukup kisah kuahnya..


Aku jadi kurang berselera nak makan kalau kuah tu dah bercampur dengan sambal.
Aku sanggup makan roti canai kosong je berbanding nak cicah dengan kuahnya.


StatusHati: Hujung minggu, berehat secukupnya di rumah..


Saturday, February 16, 2019

Kes Langgar Tiang


Kisah pagi semalam:
'Sempat aku tahan tangan di dada. Kalau tak, memang jantung aku terus buat aksi lompat jauh pagi tadi dek gara-gara undurkan kereta pergi langgar tiang.

Tak pernah dalam sejarah memandu jadi macam tu. Itulah Allah bayar cash bila mana dok membawang sebuah kereta ni yang parking dekat tempat yang biasa aku parking. 🤣🤣'

Kes langgar tiang semasa undurkan kereta..
'Senanglah.. kan dah kontot kereta tu..'
En. Hubby boleh buat lawak dengan keadaan tersebut.


Syukur Alhamdulillah, kedaan cikPutih tak cedera. Andai cedera tak tahulah aku nak kata memandangkan sebelum ni cikPutih dah pun cedera di SINI..


StatusHati: Rutin harian perlu diteruskan..


Friday, February 15, 2019

Cuma cabang, cabang dan cabang..



U: 'Bagi saya Qada' dan Qadar bukan pada garisan lurus, penuh dengan cabang-cabang. Macam ranting pada pokok yang besar.'
J: 'Jadi, kita kena pilih ranting mana yang betul macam tu.'
U: 'Yang betul tu hanya untuk Tuan je. Takde ranting yang paling betul pun Tuan.'
J: 'Habis tu.. apa je yang ada?'
U: 'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati.'
Dari Filem PASKAL - minit 47:34


Cabang.. cabang.. cabang..
Aku masih belum dipertemukan dengan cabang yang kukuh buat aku untuk bernaung di bawahnya. Masih lagi tercari-cari cabang itu.

Apa yang telah dan sedang aku alami, dipertengahan cabang tersebut pasti menyebabkan aku jatuh kembali. Sakitnya berkali-kali aku rasa hingga kini.

Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan ini. Sekukuh mana tahap kesabaran ini.. Entahlah.. 😔


StatusHati: Sabar sampai bila.. 😣


Thursday, February 14, 2019

Apa yang akan kita rasakan



Apa yang akan kita rasakan..
Jika saksikan kiamat depan mata..


Tak terjangkau dek fikiran..
Masih jauh amal ibadah dirasakan sehingga terfikir sedemikian.

'Apabila melakukan satu kesilapan, segeralah bertaubat sebelum ajal menjemput, jangan hanya tahu buat.'


StatusHati: Peringatan bersama..


Wednesday, February 13, 2019

Hasil dari Ujian EEG di Makmal Neurologi


Bangun pagi semalam..
Sakitku kembali menyerang.
Halah.. halah.. halah.. Macam tahu-tahu je aku ada temujanji di hospital pagi itu.

Paling aku tak suka..
Pasti aku jadi letih selepas diserang rasa sakit tersebut.
Allahu.. aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi menimbulkan panik dalam rumah aku.. 😣


Berkebetulan pagi semalam ada temujanji untuk berjumpa dengan doctor, aku ditemani en. Hubby terus ke hospital. Dalam keadaan dalaman aku tak larat, memang aku takkan sendirian ke hospital. Secara luaran, ye.. memang nampak aku kuat tapi hakikatnya dalaman aku 'penat'.

Hasil dari ujian Electroencephalogram (EEG) di Makmal Neurologi yang telah dibuat sebelum ini adalah Normal dan doctor turut berbincang keadaan diri aku. Apa yang penting, pengambilan ubat perlu diteruskan demi sekiranya nak cepat baik. Paling penting tak boleh stress dan aku tak boleh terlampau letih serta perlu mendapat rehat secukupnya.

Disebalik keputusan tersebut.. Alhamdulillah sedikit melegakan hati aku yang 😟😟😟.. Syukur, tak perlu tunggu lama di hospital.. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkanNYA pagi semalam.


StatusHati: Stress sebenarnya dengan tempat kerja aku yang..


Tuesday, February 12, 2019

Semua sudah.. semua sudah..


Jika Mahu..
Eh!Boleh je kau uji..

Selagi ku bernafas lagi
Selagi ku berdiri
Tak ada yang aku kesali..

Semua sudah, semua sudah..
Nampak pun sudah, kenal pun sudah..
Sayang pun sudah, gaduh pun sudah.
Semua sudah, semua sudah..


Lagu di atas nyanyian Elizabeth Tan ada dalam drama terbaru di tv 'Senafas Rindu'.. Menarik sebab lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan sendiri. Maklumat lanjut, google lah ye.. 😉

Adakala sesebuah lirik lagu itu memberi makna kepada seseorang. Seperti lagu HARAM, itupun memberi makna tersendiri dalam diri aku. Seperti berHAJATkan sesuatu.. 🤣😂

Aku sukakan sebahagian liriknya, kena pula dengan situasi yang aku sedang hadapi ketika ini. 'semua sudah.. semua sudah..' tapi masih ada je yang belum.

Aku adalah aku.. #MakBudak a.k.a #RemajaPurba yang dah tak pedulikan apa yang orang nak kata. Kenapa perlu aku mendengar kata sedangkan aku dah puas ikut 'peraturan' sedia ada.


StatusHati: Pergi kau jauh dari sini..


Monday, February 11, 2019

Bertahan selagi boleh..


Hari pertama persekolahan..
Rutin kembali seperti biasa..
Hadap selagi larat selagi boleh..
Ketepikan rasa negatif dari menghampiri diri..


Aku..
Masih di sini..
Nampak tenang, kuat seperti tiada masalah..
Namun..
Tak pernah kira berapa kali hati ini dah rabak untuk nampak macam tu..


Nak luah tak boleh..
Bertahan selagi boleh..


StatusHati: ...


Sunday, February 10, 2019

Syaitan sendiri akan jawab..


Buat BAIK itu pilihan..
Buat JAHAT itu juga pilihan..

Pilihan siapa..?
Dah tentu DIRI kita sendiri..

Jadi..
Di penghujungnya nanti kita sendiri yang akan jawab apa pilihan kita dan kenapa kita memilihnya..?

Bila buat JAHAT kita nak salahkan syaitan sebab menghasut? 

Syaitan sendiri akan jawab:
'Aku ajak je, kau sendiri tahu yang aku penipu..'

Masa itu nanti nak salahkan siapa..? 🤔


StatusHati: Peringatan untuk diri sendiri..


Saturday, February 9, 2019

Hati kena Kuat..!


Mesej dari seseorang..


Walau satu dunia membenci kita, pegang erat kata-kata indah ini di dada:

'Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Cari Allah. Peluk cinta Allah dengan kuat!'


Ingatlah..!
Jangan mudah letakkan kepercayaan pada orang lain. 
Mereka hanya pandai mengambil kesempatan..
Tinggalkan saja mereka itu #MakBudak..


StatusHati: Hati kena kuat..!


Friday, February 8, 2019

SWAT Season 2


Sejak berlakunya perubahan dalam jadual rutin aku, membuatkan masa menonton menjadi terhad. Tonton pun drama yang aku dah record lebih awal..

Ini antara drama di tv yang menjadi pilihan untuk ditonton seperti siri:
  • SEAL TEAM di SINI..
  • BLACKLIST di SINI..
  • La ni SWAT menjadi pilihan di FOX Channel 724 - setiap hari Jumaat..

SWAT..
Waktu musim pertama dahulu, siri ini bukanlah satu siri kegemaran aku. Tak pernah pun menontonnya ketika itu.

La ni..
Musim kedua, dek watak Hondo buat aku jatuh suka dengan siri ini. Tall, dark + garang menjadikan dia nampak seksi pada pandangan mata aku.. ggrrr... aauuummmm.. miooww.. 😄😉


Mengenai SWAT ini boleh juga di baca di SINI..
The series centers on Sergeant Daniel 'Hondo' Harrelson. A lifetime Los Angeles local and former Marine, Hondo has been tapped to lead a new 'last stop' Special Weapons and Tactics unit. Because he is L.A born and raised, Hondo feels deeply loyal not only to his 'brothers in blue' but also to the people they serve. This makes him particularly qualified to lead the team and build a bridge between the force and the community.

Shemar Moore as Sergeant II Daniel 'Hondo' Harrelson


Stephanie Sigman as Captain Jessica Cortez, Commanding Officer of the LAPD Metropolitan Division.


Lina Esco as Officer III Christina 'Chris' Alonso, a former canine officer and (originally) the only female assigned to SWAT.

- Gambar dari en. Google..

Anak-anak pun dah faham apa yang aku suka tonton. Pandangan pelik akan diberikan andai aku menonton drama Melayu..


StatusHati: Jangan dipaksa kalau hati tak suka..


Remove them from the list..!



'Allah puts people in your life for a reason and removes them from your life for a better reason.'


Sepatutnya dari dulu aku tak perlu ada mereka. Tiada keperluan sebenarnya untuk mereka mengetahui rutin harian aku. Huh..! 😞 Disebalik mereka itu rupanya menjadi punca aku 'terkena getah'..

Jalan terbaik..
Remove them from the list..!
Aku ada sebab berbuat demikian..
Aku punya alasan aku sendiri..
Walaupun berat untuk aku lakukan pada awalnya tapi itulah pengakhirannya dan pengajaran terbaik bagi aku - 'jangan mudah menerima seseorang dalam dunia mayamu.'


StatusHati: Sambungan di SINI..


Thursday, February 7, 2019

You can change your Habits


'Dekatkan diri dengan Al-Quran Nek Bonda. Baca! Bukan tengok! Dalam tu macam-macam cara ada Nek Bonda. nak sejukkan hati, nak damaikan hati Nek Bonda. Nak buangkan segala kotoran hitam dalam hati Nek Bonda tu. Moga Allah jentik hati Nek Bonda..'

'Baca Al-Quran! Ingat mati..! Dah tua-tua tak sedar diri lagi..'

(Episode 28: Minit 36:53)
Drama: Kan Kukejar Cinta Kamu
=======

Bukan hanya untuk yang berusia, kita yang muda pun sebaiknya ambillah iktibar.

Buanglah sikap buruk yang ada dalam diri. Dunia kita ni bulat. Tak selamanya kita berada di atas. Jangan terlalu mendongak langit hingga terlupa yang di bawah ini.

Aku sendiri tak sempurna mana. Masih terkial-kial dalam mencari jalan lurus itu.

Ingatlah..
'You cannot change your future but you can change your habits and surely your habits will change your future..'


StatusHati: Ku ingin menjauh darimu..


Wednesday, February 6, 2019

#GadisLitar


Lokasi:
Di sebuah taman perumahan.. bukan di litar..

Ni bukan gadis tapi #RemajaPurba 😉


Dak Nuha pun turut mencuba.. 😄


Hanya tepekan gambar tanpa bahan bicara. Sekadar ingin berehat menikmati hari cuti sambil berdiam diri.


StatusHati: Dingin dan ingin menjauh pergi..


Tuesday, February 5, 2019

Chinese New Year 2019


Cuti Umum..
Kali ini sempena Perayaan Tahun Baru Cina, hanya perlu tambah tiga hari cuti rehat bagi yang bekerja untuk melengkapkan cuti panjang selama seminggu menyamai cuti sekolah. Puas sakan cuti kali ni tapi bukan akulah.

Aku.?
Kerja seperti biasa..

Ketika orang lain sibuk memenuhkan lebuhraya menuju balik kampung, aku tenang memandu ke tempat kerja tanpa perlu mengharungi kesesakan jalanraya. Santai memandu sambil ditemani lagu terbaik AJL33 😄 Alah.. sesekali je pun.

Hari ini..
Berada di rumah sambil cuba merehatkan diri dari terus dihurungi masalah. Cukuplah yang sedia ada ni..


Apa-apapun..
🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊

Happy Chinese New Year buat semua yang menyambutnya terutama buat Dr. Kang Tong Hum and family..

🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊


StatusHati: Semakin jauh hati ini..


Monday, February 4, 2019

JAMPI itu HARAM



Kalau sebelum ini aku telah cuba untuk menJAMPI tapi akhirnya aku tahu ia sesuatu yang HARAM untuk dilakukan.

'Oh!Biar rasa ini hanya sekadar engkau tahu.. Aku ada bila perlu.. Kita saja tahu..'
#AJL33
#DayangNurfaizah
#HaelHusaini


Sumber dari en. Google..


Haram..


Lagu Haram ini aku jarang nak dengar berbanding lagu Jampi, tapi liriknya amat menarik hati aku. Ada sesuatu di situ.. Tak sangka ia menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 33 malam tadi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Vokal Dayang Nurfaizah memang tak dinafikan tapi rezeki tak memihak kepada beliau. Dari dulu aku memang suka dengar bila Dayang Nurfaizah melantunkan suara beliau. Apa-apapun tahniah di atas kemenangan tersebut, begitu juga buat pemenang yang lain.

Seperti kata Ketua Juri, Azmeer, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai pembaharuan dan muziknya yang lebih berevolusi.


StatusHati: 'Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti..'


Sunday, February 3, 2019

Jemari ni ringan je..


Masih ada sesuatu yang aku belum luahkan di sini buat si 👀.. Jemari ni ringan je ingin keluarkan tapi arahan otak menangguhkan dari ia terjadi. Aku benci bila ia menghimpit fikiran aku dek apa yang telah terjadi.

Namun..
Aku lebih suka ia go with the flow.. one fine day.. 

Marah.. 😠
Sakit hati.. 😡
Sedih.. 😢
Kecewa.. 😭
Namun belum masa untuk aku luahkan di sini.

Aku perlukan ruang masa untuk diri aku sendiri. Kesihatan diri perlu diutamakan. Cukuplah dengan beban sedia ada yang aku hadapi kini.


StatusHati: Kecewa dalam hati tak siapa yang tahu..


Saturday, February 2, 2019

Sarapan pagi yang simple




Sementara nak tunggu waktu lunch..
Sayang pula nak biarkan nasi goreng + air #Kopi434 ni sejuk sendirian di atas meja.


StatusHati: Cuba untuk bersabar atas 'sesuatu'..


Friday, February 1, 2019

Kisah Nasi Kerabu + Sarapan Pagi tadi


Kisah Pagi Semalam..
Sarapan agak berat dari biasa.. #RiceToWednesday..
 #MakBudak mana biasa makan banyak dekat tempat kerja.. Sesekali teringin.. Nah tu dia.. Perlukan tenaga lebih dari biasa 💪

#NasiKerabu Ayam Bakar


#MakBudak versi 2019..


Dah makan berat, haruslah kerja pun turut berat.


Alhamdulillah..
Nasi Kerabu tersebut sangat mengenyangkan hati dan perasaan aku. Sejak aku berada di luar lokasi kaklong kawasan ni, aku sememangnya tak mengambil sarapan pagi menu yang berat, begitu juga pada waktu tengahari. Hanya sesekali seperti kejadian pagi semalam. Itulah yang terjadi bila tekak dan perut tak nak bekerjasama, yang jadi mangsa mulut MakBudak sudahnya dipaksa menerima makanan.. 🤣



Kisah Pagi Tadi..



Sengaja mencari kelainan bersarapan di luar kawasan dengan hanya berjalan kaki nak merasa suasana pagi yang tenang melihat pokok sambil merakam pergerakan siput babi yang bergerak perlahan meregangkan otot bersenam di tepian jalan.. 😄


Kali kedua bersarapan di sini bersama kak Zai..


'Siput babi sedang bersenam'  🐌


Dalam perjalanan balik.. Wah... rezeki.. dah tak berapa meter nak sampai ke tempat kerja, rakan kerja menumpangkan kami menaiki kereta beliau. Terima kasih buatmu wahai teman. Kurang peluh dan bertambah kembali lemak kami.. 🤣


Terima kasih pada 'Ultraman'.. 🤗


StatusHati: Selamat Hari Wilayah bagi yang menyambutnya hari ini..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...