Followers Remaja Purba

Thursday, January 31, 2019

Halah.. halah.. halah.. Nuha.. Nuha..



Kisah dak Nuha balik transit tengahari tadi..

'Ibu..'
'Assalamualaikum.. ye Nuha kenapa..?'
'Waalaikumsalam.. ibu..'
'Ye.. kenapa Nuha..?'
'Hari ni pakai baju apa?'

Aku yang kebetulan tengah meng'edit' sesuatu di tempat kerja, penuh yakin aku jawab..

'Pakai baju cantiklah..' 不不
'Pakai baju apa ibu..?' Dia masih lagi bertanyakan soalan yang sama. Tiba-tiba aku teringat..  dang.. #TepukDahi aku..


Aku terlupa.. sebenarnya soalan itu adalah untuk pakaian sekolah yang akan dipakai olehnya pada sebelah petang nanti. 

Sambil menahan gelak aku menjawab.. 'Nuha pakai baju sekolah macam biasa..'
'Hari apa Nuha pakai baju sukan ibu..?'

Ohh.. Patutlah hari-hari dia telefon aku. Rupa-rupanya dia bertanyakan bila nak pakai baju sukan rupanya. Halah.. halah.. halah.. Nuha.. Nuha..


StatusHati: Ragam anak bongsu..


Wednesday, January 30, 2019

Nenek Vogue mana



Dah lama tak siarkan entry mengenai Atok Muo.. Bukan takde kisah, ada je cuma bila di publish persepsi orang tak sama sebab Atok Muo ni bukan tua mana pun sebenarnya. 'Atok' tu cuma gelaran a.k.a pangkat dalam keluarga. Kurang sesuai panggil pakcik sebab level susur galur beliau memang dah tahap Atok.. 不不  

Itulah serba ringkas mengenai my Atok Muo yang perasan muda.. kahkahkah..


Baru-baru ini..
'Nenek Vogue mana?'
'Nenek pergi Sarawak.. Malam ni balik.'


Tu dia.. Atok kena tinggal.. 不  hahaha..
Sesekali bagi Nenek Vogue berjalan sakan pulak. Ni asyik Nenek je kena tinggal. Saja aku menyakat Atok..

Tapi.. Atok aku ni kalis sakat.. disakatnya aku balik. Mentang-mentang aku tengah sakit pinggang, teruk aku disakatnya. Part ni opss tak boleh share..

Itulah Atok yang mampu menceriakan aku yang tengah tak berapa sihat ni. Nantilah Atok.. tunggu cuti sekolah kami balik kampung ye kita jumpa.


StatusHati: Hilang rasa sakit sekejap..


Tuesday, January 29, 2019

Happy Belated Birthday #RemajaPurba



28 Januari 2019
di SINI

Happy Belated Birthday to #RemajaPurba
Hari yang hanya dapat diulang setahun sekali..



Tahun 2018, sesuatu berlaku di SINI..
Tahun 2019, kesakitan itu mendatangi kembali diri..
Namun.. Alhamdulillah tidak berlaku ketika memandu di atas jalanraya.


Hari ini..
Keadaan aku agak baik berbanding semalam..
Rutin harian perlu diteruskan..
Moga doa dari semua mengiringi langkah perjalanan ini..
Ya!Allah.. Kau kuatkanlah hatiku ini..
Ya!Allah.. Kau permudahkanlah rutin harianku ini..
Aamiin yarabbal'alamin..


StatusHati: Happy Belated Birthday to Me..


Monday, January 28, 2019

Cara terbaik mengingati Tarikh Lahir 28 Januari 2019



'Cara terbaik mengingati tarikh lahir orang perempuan adalah dengan MELUPAKANNYA.
Tengok apa akan terjadi selepas itu..'



28 Januari 2019..
Purba lagi setahunlah usia MakBudak nampaknya.
Tak perlu berangan nakkan surprise seperti drama pukul 7 malam pulak ye. Bersyukur dengan apa yang ada.. Alhamdulillah.. syukur..


Selamat Hari Lahir #MakBudak a.k.a #RemajaPurba. Moga terus kekal bahagia dalam duniamu itu. Adakala wish pun dah cukup buat diri rasa dihargai. Bukan hadiah mewah tapi 'what ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..' seperti di SINI..


Terima kasih pada Mak.. pada Adik.. pada en. Hubby.. pada anak-anak serta pada semua yang wish birthday buat aku a.k.a #MakBudak hari ini.. Hanya Allah yang membalas budi baik kalian semua. Terima kasih di atas ingatan tulus ikhlas tersebut.


StatusHati: Aku tetap #RemajaPurba..


Sunday, January 27, 2019

Mee Hitam Legam namanya



Malam minggu..
Sengaja mencari kelainan.

Main masak-masak..
'Mee Hitam Legam' namanya.. 不


Rileks + Santai..
Berehat sambil layan movie..


StatusHati: Counting day for tomorrow..


Saturday, January 26, 2019

DIA uji kita kerana..


Bagaimana kita nak motivasikan diri kita bila kita berhadapan dengan cabaran atau dugaan yang begitu besar yang perlu kita tanggung tapi itu tanggungjawab kita. Sampai satu masa tu kita tak boleh buat dah. Macam mana kita nak motivated balik diri kita?


Kita kena berbalik semula kepada Allah.
DIA uji kita kerana DIA sayangkan kita. Motivasi paling sesuai terpulang pada diri masing-masing. Takde masalah yang tak boleh diselesaikan.

Orang yang bijak sentiasa nampak pada jalan penyelesaian masalah, bukan nampak masalah pada setiap jalan.. sebab itu silaturrahim nak kena jaga. Cari kawan yang boleh bantu kita.
#SyamsulDebat.

Itu kata #SyamsulDebat..
Silaturrahim paling penting..


Bukan mudah nak kekalkan.. Sekali dah terjejas, memang takkan pulih dah. Jalan terbaik.. selesaikan sendiri dengan cara sendiri. 'Takde masalah yang tak boleh diselesaikan.'

Biarlah orang tak tahu masalah dalaman kita itu lagi baik, bila sekali bergaduh habis semua diungkit. Nasib tak baik habis disebar luaskan. Bertambah malu yang kita dapat. Silap-silap bukan setakat aib, habis perkara yang kita tak buat ditokok-tambah dimasukkan sekali.


Aku..? 
Serik beb.. atas dasar silaturrahimlah aku jadi sangat berhati-hati hinggakan en. Hubby yang rimas dengan keadaan aku.. Aku hanya rimas dengan mereka yang pernah terlibat masalah dengan aku bukan dengan semua. Cukup.. tak perlu burukkan keadaan. Biarlah aku yang tahu. Jangan bagi naga ini terjaga..


StatusHati: Aku perhatikan je..


Friday, January 25, 2019

Si Enggang dan Si Pipit





Mengenali Burung..
Cantiknya si Enggang dan Comelnya si Pipit.

Mengenali Peribahasa..
Pipit sama pipit, Enggang sama enggang, baru boleh terbang sama.

Mengenali orang..
Bukan melepaskan bebas si Enggang sebaliknya si Pipit menjadi mangsa tangkapan.


Gambar dari en. Google..


Si cantik dan si buruk..
Si kaya dan si miskin..
Si Enggang dan si Pipit..
Resam dunia..


Andai fikir secara positif..
Segalanya pasti berjalan dengan baik..
Bayangkan sebaliknya..
Pasti ketidakpuasan akan berlaku..
Belum lagi penindasan terjadi..
Tak masuk kira ada pihak menutup mata dibiarkan sahaja..
Senang rupanya si Enggang melepaskan diri..


StatusHati: Pokok Cili baru berbunga..


Thursday, January 24, 2019

SEAL TEAM Season 2


Setiap hari Rabu, jam 10 malam di saluran 701 AXN, drama bersiri ini pasti dalam perhatian aku.

Dak Nuha selalu cakap.. 'Ibu nak tengok PASKAL ibulah tu..' Merujuk kepada siri Seal Team ini kerana tiap kali dak Nuha bertanya cerita apa yang aku tengok, jawapan yang aku beri.. 'Ibu nak tengok cerita PASKAL ibu..'


SEAL TEAM season 2


The series follows Bravo Team, a sub-unit of the United State Naval Special Warface Development Group, the most elite unit of Navy SEALS, as they plan and undertake dangerous missions worldwide with little notice and the burden on them and their families.. di SINI..

Musim kedua yang lebih banyak bermain dengan emosi di mana watak Jason Hayes kematian isteri dan perlu menjaga dua anak mereka hingga terpaksa mengambil keputusan yang berat keluar dari Bravo Team.



David Boreanaz as Master Chief Special Warface Operator as a Jason Hayes, leader of a Navy SEAL team (Bravo Team).

Michaeal Irby as Adam Seaver


Namun disebabkan watak Adam ketua sementara Bravo Team terbunuh dalam episode ke 4 musim ke 2 ini, Jason Hayes diperlukan kembali. Konfliks awal berlaku di antara kedua anak beliau tapi akhirnya mereka dapat terima kenyataan yang bapa mereka diperlukan demi tugasan penting negara.



Neil Brown Jr. as Senior Special Operator Raymond 'Ray' Perry, Jason's most trustes friend and the longest tenured member of the team.







Watak yang paling aku suka Raymond Perry. Biasa orang sukakan watak Hero tapi tidak aku. Ada sesuatu pada watak Ray ini yang buat aku teruja nak menontonnya.





Semua gambar dari en. Google..



StatusHati: Musim kedua ni penuh dengan emosi..


Wednesday, January 23, 2019

Sister Cities Square, PJ State



Terjumpa draft ni masih elok tersimpan. Tahun lepas punya cerita. Kenangan berdekatan dengan Menara MBPJ di PJ State. Tak dinafikan bila lihat pada gambar ni, teringat satu kenangan indah disebalik satu peristiwa di SINI.. Menariknya kenangan waktu itu.. 




Dak Nuha..




Sister Cities Square, PJ


Tengah panas pun jadi..


Bertahun-tahun aku mencari rezeki di kawasan berhampiran ini yang akhirnya kini aku hanya dapat melihat pemandangan itu di sini.

Rindunya aku dengan kawasan jajahan #MakBudak ni. Waktu depan mata sikitpun aku tak kisah tapi bila dah berjauhan, alahai.. mulalah nak rindu-rinduan terutama pada kesibukan jalanraya keliling kawasan itu. Apatah lagi mereka di sana.. 'tempat jatuh lagikan dikenang'..


StatusHati: Kini #MakBudak di kawasan jajahan baru..


Tuesday, January 22, 2019

Buatmu Stalker


2019..
Tahun yang pasti agak mencabar..
Dak Kakak dengan PT3nya..
Dak Adik dengan UPSRnya..
Dak Nuha dengan ragam bangun paginya..
#MakBudak turut merisaukan en. Hubby, berlaku lagi di SINI.. ditambah dengan pergelangan kaki belum sembuh.. di SINI.. ditambah tergelincir jatuh petang Jumaat lepas di dalam bilik air di rumah. Allahuakbar.. menambah lagi tekanan dan rasa sakit di pergelangan kaki..

Selain dari yang dinyatakan di atas masih berbentuk draft. Sama ada nak publish atau tidak itu Hak Peribadi #MakBudak.

Itu ☝️ buatmu stalker..

StatusHati: Aku..

Monday, January 21, 2019

Lemang Toki Bentong Pahang dan Itik Panggang Kampung Melayu Subang



Sengaja ku ajak anak-anak makan sedikit jauh dari biasa kali ini dan dah seperti 'Jalan-jalan Cari Makan' jadinya, dari sarapan pagi hingga ke malam. Tersasar dari landasan sedikit je kali ni..


Lepas sarapan, Bentong destinasi pilihan..


Pertama kali nak mencuba Lemang To'ki Bentong adakah sedap di anak tekakku. Jauh aku datang semata-mata nak merasainya. 


Lemang + Rendang Ayam


Ayam bakar..


Quality time with anak-anak..


Bagi aku, not bad.. biasa je. Selain lemang dan ayam, ada juga menu lain tapi aku hanya nak merasa lemang To'ki.


Kenangan sebelum balik..


Dalam perjalanan balik, en. Hubby terlajak simpang nak ke Genting Highlands maka berhuhulah sepanjang jalan. Kecewa dak Adik yang beria nak naik ke atas. Kita teruskan perjalanan mencari lokasi lainlah ye Adik..


Kampung Melayu Subang
Itik panggang


Serious sedap.. yang ini aku bagi 5 bintang. Lokasi di tepi jalan je, bukan kedai atau restoran. Makan pulak dalam hujan lebat. Satu kebetulan.. Memang ..


Hujan lebat..
Waktu ini kami baru sampai dari Bentong.


Nanti aku update lokasinya..


Puas teruk hari ni.. 不
Perbualan en. Hubby dengan kawannya..


Lewat petang..
Anak-anak lepaskan gian memancing di kolam ikan di area Bukit Cherakah. Aduh.. lupa nama lokasinya.


En. Hubby pulak melayan kerenah anak-anak..



Tiga beradik cuba 'memujuk' ikan..


Aku..?
Keletihan + kekenyangan seharian berjalan sakan tapi anak-anak masih bertenaga mengadap kolam ikan. Lain kali kita ke lokasi lain pulak ye.


StatusHati: Rindu suasana kampung..


Sunday, January 20, 2019

Pokok Jambu Bol


Pokok jambu bol ni dah wujud sebelum aku lahir lagi dan ia membesar seiring dengan tumbesaran aku  #BudakKampung yang cukup lasak waktu itu di kampung.


Berbuah jua akhirnya pokok Jambu bol ni tapi aku lebih gemar panggil 'Jambu tetek'


Nasib baik pokoknya tinggi, kalau dahan antaranya rendah mahu berjuntaian dah kaki aku agaknya.. Kekonon nak mengimbau kenangan zaman #BudakPurba yang suka panjat pokok buah-buahan tempatan dan makan di atas pokok.. 不不


Merah cantik buahnya..


Cicah dengan cili kicap sedapnya lahai..


Dalam masa yang sama..
Sedih bila pokok durian pakcu ditebang.
Kecewa rasa hati..


Nun di sana.. pokok sentul - buah kegemaranku.
Sekarang tinggi dan dah tua pokoknya.


StatusHati: Rindunya zaman #BudakPurba dulu..


Saturday, January 19, 2019

Masih adakah yang macam ni..?



Sumber en. Google..

Kalau tak kenal rempah ratus, tak boleh kahwin. Kalau tak reti iron baju lelaki jangan kahwin.. Yang kelakarnya, takde pulak yang bagitahu lelaki kalau tak reti bertukang, plumbing, wiring jangan kahwin. Semua benda perempuan je yang kena pandai..



Secara taktikalnya begitulah..
Secara tradisinya dari zaman nenek moyang kita lagi isu ini dah ada. Pasti calon menantu pilihan kena pandai serba-serbi sedangkan ada yang seakan terlupa yang anak lelakinya tidaklah pandai mana.


Kau inginkan pasangan yang sempurna dari semua segi tapi pernahkah kau sedar yang kau tidaklah sebagus mana.

Kalau berbalas kata mengenai isu ni, pasti tiada kesudahan. Andai tiada persefahaman di dalam hubungan, pasti ianya tidak ke mana. Masalah yang besar boleh timbul..!

Jangan fikirkan diri sendiri je tanpa memikirkan masa depan yang dilalui. Langit tak selalunya cerah, hidup tak selamanya indah, roda tak selamanya berputar dan kau tak selamanya berada di atas. Ingat tu..!


StatusHati: Bukanlah seorang yang serba tahu..


Friday, January 18, 2019

Janganlah Semberono tidak memahami



Pada mereka yang faham rentak aku, pasti mengerti bagaimana luahan hati di sini. Terpulang bagaimana persepsi diri. Pada yang terasa hati, terimalah dengan seikhlas hati.


Tahun 2019 masih awal untuk diadili..
Ada sebelas bulan lagi perlu dihalusi..
Janganlah semberono tidak memahami..
Usah mendabik dada meninggi diri..


Kenapalah ada orang macam ni..
Aku benci orang pentingkan diri ni..
Apatah lagi jenis suka cakap belakang ni..
Boleh menjejaskan kerja dan emosi..!


Aku masih di sini..?
Sampai masa akan aku ceritakan di sini.
DIA belum bukakan pintu hatiku untuk aku berkongi kisah di sini.


StatusHati: Akulah #MakBudak a.k.a #RemajaPurba..


Thursday, January 17, 2019

Bila Hak peribadi dicerobohi..!



Tiada ketenangan sebaliknya aku rasa ketegangan semata. Tiada rasa privacy bila hak peribadi dicerobohi..!

Nampaknya.. 'baling batu sembunyi tangan' rupanya. Teruskanlah dengan sikap sebegitu andai ia mampu memuaskan hati kau itu. Sesekali bila teringat memang terasa sakit tapi andai dibiarkan rasa itu pasti dendam beraja disudut hati.

Jalan terbaik..
Pujuk hati yang degil ini.. 'Sabar.. pedulikan orang macam tu.' Usah dilayan, itu sekadar nak provoke bagi perasaan marah agar hadir dalam diri. Baik terus jauhkan diri, aku takut terlepas kata, biarlah aku berdiam diri. Itu jauh lebih baik.


Bak kata seorang kawan.. 'Eloklah macam tu.. sebab kita tengah marah, otak di luar kawalan, duduk ambil nafas dalam-dalam.'


StatusHati: Aku masih di sini..


Wednesday, January 16, 2019

Limau Bali Ipoh Mali


Sengaja aku mengusik nakkan buah limau bali bila ketemu lagi. Sekali.. Nah..! Berbiji-biji buah limau bali dia bagi aku tapi sekadar melalui gambar jelah.. 不


Sengaja memprovok aku dengan gambar ini..


 Segar buah dari ladang..


Akhirnya pagi tadi..
Jauh ia datang.. dari Ipoh melalui serahan tangan sampai ke tangan aku.

Bertambah menarik setahun aku tunggu.. hahaha.. yang ini nampak sangat membongaknya. Bukan lama mana pun.. Disember 2018; aku dapat Januari 2019.. 不不


Istimewa dari Ipoh..


Terima kasih kepada si pemberi buah limau bali. Lain kali kalau singgah bawalah sesuatu lagi terutama si buah limau bali..


StatusHati: Tak puas..


Tuesday, January 15, 2019

Tak usah nak sentap bila kena tegur..


Alhamdulillah..
Awal masuk kerja hari ni nampaknya.. 

Hari pertama lapor diri..


Kekalkan momentum kerja seperti ini. Jangan lambat lagi seperti sebelum ini. Bukan sebab awak tu siput babi, pergerakan awak yang perlahan itu tapi sebab DIA dah aturkan dalam kehidupan.

Tak usah nak sentap bila kena tegur..
Tak usah nak bermasam muka bila tindakan diambil..

Sebagai manusia..
Gunakan apa yang dianugerahkan Ilahi dengan sebaiknya. Perbaiki apa yang kurang..

'Ya! Allah.. Jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan, pertengahannya suatu kemenangan dan pengakhirannya suatu kejayaan. Aamiin Ya Rabb..' 

StatusHati: Tak boleh buat semua jangan tinggal semua..

Monday, January 14, 2019

Rindu dengan Jalan ini..



Kali terakhir aku gunakan jalan ni, tiga tahun lepas. Bukanlah ketika ini tak menggunakan langsung cuma maksud aku ketika itu waktu mengambil anak balik dari sekolah waktu petang. Laluan harian aku setiap hari balik kerja dan terus ambil dak Kakak balik sekolah.


Rindu dengan Jalan ini..


Pernah aku lewat disebabkan kesesakan jalanraya, bertunggu-tangga dak Kakak di sekolah menunggu aku. Tawakkal je aku ketika itu risaukan dia. Walau InsyaAllah selamat tapi perasaan risau tetap ada. Belum lagi nak ambil adik-adiknya dari rumah pengasuh ketika itu.


Sekarang..
Rutin harian sedikit berubah mengikut peredaran masa. Takde lagi terkejar-kejar nak ambil anak di sekolah dan di rumah pengasuh. Syukur Alhamdulillah. Penat.. itu biasalah bagi seorang ibu bekerja. Alah.. duduk rumah 24 sehari, 7 hari seminggu pun tetap penat jugak. 


Akan datang..
Cabaran lebih besar menanti. Usaha dan Doa perlu seiring dengan arah yang dituju. Moga aku kalis dengan dugaan yang mendatang.. InsyaAllah.. Aamiin..



StatusHati: Hati kena kental..


Sunday, January 13, 2019

Jatuh depan Audiens dalam Auditorium


Kisah pada Jumaat lepas..

Terpelecok jatuh! Depan audiens waktu nak ambil hadiah dalam Auditorium pulak tu.. Damn..!

Malu..?
Entah.. tak terfikir pulak rasa ni masa tu, aku lebih fikirkan sakit pada kaki aku sebab terasa sangat  sakit waktu bangun dari jatuh masa tu. Bayangkan keadaan jatuh terseliuh pergelangan kaki kanan. Cuma bersyukur pakai kasut sukan bukan high heels 3 inci..


Semakin tengahari semakin terasa denyutannya tapi aku tak ambil inisiatif membuka kasut dan cuba mengurut atau meletak ice atau minyak bagi mengurangkan rasa sakit. Bagi aku.. kejap je ni.. nanti baiklah..


Degil..!!
Tengahari itu aku mengambil risiko keluar mencari ketenangan. Masa yang sepatutnya rehatkan kaki dari aktiviti melasak di luar. Sudahnya makin ketara sakitnya.


Suatu lokasi..


'Hilang sakit sekejap' bak kat seorang boss.. 不不


Petangnya..
Memandu kereta waktu balik kerja pun dalam keadaan sangat tak selesa tapi apakan daya. Set dalam kepala begini je 'Allah takkan turunkan ujian andai kita tak mampu nak menghadapinya.' 


Malamnya pula..
Semakin berdenyut-denyut hingga mengganggu rutin harian tapi masih mampu bertahan tak nak jumpa doctor. Sambil cuba merehatkan diri, sapu minyak dan melayan MaharajaLawakMega di SINI.. akhirnya lena hingga ke pagi beralaskan bantal di kaki kanan.


Alhamdulillah..
Bangun pagi, terasa kaki agak baik sedikit sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.. tak perlu nak bertatih waktu berjalan walau masih terasa sakit sebenarnya. Moga tiada kecederaan lebih teruk hendakNYA sebab aku tak pergi mendapatkan rawatan sewajarnya ni..


StatusHati: Diam aku tak bermakna aku puas hati..


Saturday, January 12, 2019

Kau masuk PASKAL sebab apa?


'Ni aku nak tanya, kau masuk PASKAL sebab apa?'
'Saya nak tahu bapak saya mati sebab apa Tuan!'
'Kau pulak, kenapa kau masuk PASKAL?'
'Saya nak minta maaf Tuan.'
'Kenapa?'
'Sebab bapak saya bunuh bapak dia Tuan?'

不不不不不

Aksi #BOCEY dalam separuh akhir #MaharajaLawakMega malam tadi bersama artis jemputan #HairulAzreen.

Aku bukanlah peminat setia Bocey tapi malam tadi aksi kumpulan ini bersama artis jemputan mereka sangat menarik perhatian. Lebih-lebih watak dibawa mengenai filem PASKAL. Siapa tak suka beb..! Tengok berulangkali filem tu pun tak jemu. Bukan sebab Hairul Azreen je tapi sebab pelakon lain menarik jugak.. wah cover baik nampak MakBudak..

OK.. berbalik kepada persembahan Bocey bersama Hairul Azreen dalam MaharajaLawakMega malam tadi tak mengecewakan. Watak Abam dah tentu paling happening antara semua. Lawak pecah perut dari dia.. aku yang tengah mamai nak tidur boleh segar baliklah malam tadi.. hahaha.. 不不不

Apa-apapun.. Tahniah buat kesemua lima team yang berjaya masuk ke Final MaharajaLawakMega. Aku sokong dari rumah je terutama buat team Shiro. Lawak korang lawak terselit berkaitan agama dan penuh nasihat.. aku suka..

StatusHati: Semalam jatuh kaki terseliuh.. dan masih menahan sakit..

Friday, January 11, 2019

Moga Selamat Dunia dan Akhirat



Bukan mudah nak mengarang entry berkaitan emosi ni. Realitinya itulah yang pernah terjadi dalam hidup kita. Sama ada nak terjemahkan atau terus pendamkan itu pilihan sendiri.

Sampai masa kita pun akan ke dalam sana. Adakah cukup bekalan di bawa?

Jangan persoalkan tapi tanya dalam hati sendiri apa tindakan selanjutnya yang perlu dibuat. Perubahan apa yang ingin dilakukan. Perjalanan makin lama makin pendek. Sudahkah bersedia?


'Selamat Dunia dan Akhirat'..
'Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah'


StatusHati: Sedang dalam kerunsingan..


Thursday, January 10, 2019

Apa yang berlaku sebenarnya?


Awal tahun 2019, sedikit kejutan telah berlaku..

Sebelum pembedahan

Alhamdulillah..
Anak Adik aku selamat menjalani pembedahan. Kecederaan yang dialami pasti mengambil masa yang lama untuk sembuh, moga anak beliau kuat dan moga urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

Kisah petang semalam..
Awek Hubby cikPutih tercium divider. Syukur waktu kejadian tak banyak kenderaan. Syukur juga tak lama lepas kejadian baru hujan turun dengan lebatnya.

Calar badan cikPutih..

Kejadian berlaku takdelah sampai tahap pengsan macam sebelum ni di SINI. Apa yang berlaku sebenarnya? Kekurangan rehat + banyak berfikir menjadi asbab kejadian berlaku.


Keadaan sebenar badan cikPutih yang aku baru tahu selepas  aku belek balik kerja tadi.. h

Statushati: Moga baik-baik je lepas ni..

Wednesday, January 9, 2019

Moga pembedahan dipermudahkanNYA



'Siapa suka bila anak terlibat dalam kemalangan. Bukan sedikit kecederaan dialami.

Bertabahlah Adik.
Moga urusan anak kau Dik dipermudahkanNYA. Aku tahu kau kuat Dik. Bukan sikit kau kena tanggung. Aku tahu tu.. Kau kena kuat demi anak-anak kau Dik.'


Hari ini anak Adik aku akan melalui pembedahan di Hospital Seremban. Moga urusan berkaitan Ahza anak beliau dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Aamiin..


StatusHati: Belum hilang rasa debar di hati..


Tuesday, January 8, 2019

Hanya kerana pedang ada di tangan..


Bila komunikasi tiada, pasti pertengkaran akan berlaku. Tak banyak, sikit pasti akan ada yang akan bermasam muka.

Sebab itu KOMUNIKASI DUA HALA sangat penting agar tidak ada percanggahan pendapat mahupun perselisihan faham berlaku.

Aku tak kata aku betul, begitu juga sebaliknya. Apa yang aku nak tekankan di sini, tolonglah.. tak usahlah nak sibuk walau secalit jari telunjuk sekalipun, andai aku kata aku tak suka, jangan kata kisah belakang, bahagian tepi anggota badan kau pun belum tentu akan berada di sini.


'Hanya kerana pedang ada di tangan, mudah sungguh kau hunuskan ke depan.'

Cukup sekadar aku kenali 'pedang' itu tapi bukan 'tangan' itu. Andai aku kenali tangan itu pasti dendam yang akan bermaharajarela. Nauzubillah.. jauhkanlah dari hati aku.


StatusHati: 2019.. doakan aku mendapat 'sesuatu' yang terbaik.. Aamiin..


Monday, January 7, 2019

Isnin Pertama dalam Tahun 2019



Kelam-kabut..!


Pukul 6:21am kedengaran awal tapi bagi aku dah cukup lewat untuk keluar rumah menuju ke tempat kerja. Satu perkataan je.. Bertabahlah..


Hidup perlu diteruskan demi kelangsungan hidup. Tiada masalah andai semua memberi kerjasama sebaiknya. InsyaAllah dipermudahkanNYA.


Apa-apapun.. telan ajelah kalau terasa pahit di lidah. Mana tahu terasa 'manis' dihujungnya nanti.


StatusHati: 2019.. please be nice to me..


Sunday, January 6, 2019

Ikan Daun Baru di Pantai Remis



'Jangan paksa orang beli tapi suruh orang beli..'
Teringat-ingat kata penjual ikan di pasar tepi laut di Pantai Remis minggu lepas.


Sengaja ke Pantai Remis sebab teringin nak makan kerang. Lagipun alasan nak berjalan cuci mata sebenarnya. Alhamdulillah.. apa yang dicari semua ada. Tinggal nak pilih dan bayar cuma masa tu hanya beli dalam kuantiti yang diperlukan.


Layar Kapal
Nampaknya nau tak pernah tengok sebelum ni.


Ikan Daun Baru


Ikan ni serious buat aku tergoda melihatkannya hingga memaksa en. Hubby membelinya. Ni anak-anak pun tak tahu mengenai ikan ni lagi..


Kerang


Pertama kali dak Nuha teruja berjaya mengopek sendiri kulit kerang ini. Puas makan sebab besar-besar isinya. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak. Tengok anak-anak makan pun dah buat aku kenyang sebenarnya.


Sedapnya..
Ditambah pula ada ikan masin + cili kering goreng


Ulam tak boleh dipisahkan..


Hujung minggu yang mengasyikkan..


StatusHati: Berehat sepuas hati..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...