Followers Remaja Purba

Sunday, October 30, 2016

Ingat..! Jangan sampai masuk Hospital lagi..!


Kisah Khamis lepas..
Sebulan dua ni jangan sebut langsung pasal DIET.. !
Apa yang orang bagi makan, kita makan je. Redha je.. InsyaAllah tak gemok..
Kalau gemok..?
Kite DiET arr balik..
TAPI.. ingat..! Jangan sampai masuk Hospital lagi..!


Kisah Jumaat lepas..
Aku syak..
Bahu + belakang badan aku sakit..
Adalah disebabkan aku jatuh pengsan petang Rabu lepas..
Patutlah rasa sakit tu semacam..
Jenuh aku fikir sebab apalah badan aku rasa sengal..


Kisah semalam..
Ketika orang lain ambil suntikan untuk kuatkan rahim; aku pula ambil suntikan untuk kuatkan pinggang.
Sakit tak boleh tahan hinggakan rutin harian turut terjejas.


StatusHati: Moga aku cepat baik hendakNYA.


Thursday, October 27, 2016

Wad Pemulihan Bahagian Kecemasan Hospital


Alhamdulillah..
Petang tadi check out dari hospital.
Semalaman berada di Wad Pemulihan Bahagian Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya..


Sebahagian kecil disebalik kejadian petang semalam:

Doctor perlu memantau keadaan aku memandangkan rakan pejabat ada yang mengatakan aku terkena sedikit sawan sebelum jatuh pengsan.
Scan kepala, urine test, blood test, masuk ubat antara prosedur yang aku lalui. Siapa tak panik bila orang yang jarang sakit tiba-tiba jadi macam tu.. sampai kena naik ambulance.. Aku baca mesej deme pun aku turut seriau.

Punca asal??
Tak cukup rehat.. tak cukup tidur.. tak cukup makan.. itu yang aku jatuh pengsan.
Senang cakap pengsan sebab diet melampau..!!

Tapi apa-apapun..
Terima kasih pada yang datang melawat..
Terima kasih pada yang mendoakan..
Terima kasih pada yang bagi pinjam selipar, shawl dan tudung..
Terima kasih pada yang call ambulance..
Terima kasih pada semua..
Terima kasih banyak-banyak..


StatusHati: Tak fikir pasal makan.. la ni nak berehat je..


Tuesday, October 25, 2016

Mak Budak a.ka. Remaja Purba DULU dan KINI


Biasa aku share mengenai diet dan #perasanSlim tanpa gambar di sini..
Tapi kali ni.. pada yang tak tahu rupa aku sekarang..


Dulu..
Jangan kata pinggang, pinggul pun tak lepas nak memakainya.

Sekarang..
Satu usaha yang bukan sedikit untuk aku kekalkan #perasanSlim ni..


Gambar semalam..


Terima kasih buat Group Pesakit Mentalku..
Tanpa korang, belum tentu aku berjaya sehingga ke tahap ini..

Pesanan buat mereka yang nak kurus tu..
Jangan cepat putus asa..
'Nak kurus senang je tapi nak maintain tu..'



Kiri ni kawan ibu, yang kanan baru ibu..
Itu respond dak Nuha bila kutunjukkan gambar aku yang dulu..



StatusHati: eerrr... aku masih mencuba untuk lebih #perasanSlim..


Monday, October 24, 2016

Berakhir sudah pertandingan #4Penjuru


Berakhir sudah pertandingan #4Penjuru.
Futsal ---> Kekal sebagai Juara.
Ping Pong ---> Hanya sekadar Naib Juara.
Netball ---> Menang bergaya dan masih kekal sebagai Juara.
Kisah kemenangan sebelum ini di SINI..

Tahniah buat semua yang memberikan komitmen dari awal hingga akhir.


Lepas ni kena bersedia untuk buat Fisioterapi pulak.
Bukan sebab #4Penjuru aku injured tapi dah lama pinggang aku sakit..
Ambil mudah yang akhirnya memakan diri balik.

Doakan aku cepat sembuh agar boleh aktif bersukan semula.
Bila dah sembuh takdelah sedara sedodol bebel dekat aku lagi lepas ni.
'Degil tak nak dengar cakap, tu pasal kena bebel.'


StatusHati: Nantikan kisah aku dan MyTeam disebalik #4Penjuru.




Friday, October 21, 2016

Bagaimana nak kekalkan status Juara itu?


Sebelum ni aku pernah 'lari'..
Bila makin teruk barulah nak 'serah diri' balik..
Rawatan Fisioterapi kena aku jalani.. kali ni 'ikat mati'..

Tapi.. sebelum aku hadiri rawatan tu nanti, sempatlah aku join game 4 Penjuru ni:
Malam ni.. game futsal.
Petang Sabtu.. game ping pong.
Ahad pagi.. game netball.
Itupun ada soalan.. kenapa tak main bola tampar sekali..?


Cabarannya..
Tanpa sebarang latihan lebih dari setahun..
Bagaimana nak kekalkan status Juara itu.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Sejarah mengenainya ada di SINI.. SINI dan SINI..


StatusHati: #LupakanSekejapSakitPinggangIni..


Wednesday, October 19, 2016

Kita takkan jangka..


Ketika sel-sel otak anak sedang berkembang, kita takkan jangka apa ayat yang akan keluar dari mulut mereka.. dan inilah hasilnya..

'Nuha.. ibu bosanlah buat keje yg sama hari-hari..'
Spontan terluah pada dak Nuha..

Tahu apa respond dia..
'Rumah ibu kan.. ibu kenalah buat keje..'
Selamba dia jawab sambil main permainan lego dia.
Terdiam terus aku. πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜­


Dak Nuha yang selalu orang ingat dia lelaki..
Itulah.. potong lagi rambut pendek seperti kisah di SINI..



StatusHati: Kenangan itu tetap kukuh di hati ini..


Tuesday, October 18, 2016

Rumah aku dimasuki pencuri..!!


Geramnya aku bila aku tahu suspek yang buat kerja tu budak-budak yang masih bersekolah rendah dan sebahagiannya aku kenal. Bila aku tegur boleh diejeknya kita balik.

Hah!Memang silap besarlah korang!! Dengan orang lain korang mungkin boleh lepas tapi tidak dengan aku. Aku ambil gambar dorang boleh selfie depan aku!Pergghh.. memang naik darah aku jadinya.

Jangan ingat aku ni dah jadi remaja purba tak mampu nak kejar korang ye. Lunyai korang aku kerjakan! Tak reti nak hormatkan orang..!

Bila aku dapat mastermindnya, rupa-rupanya dia duplicated kunci rumah aku.. tu pasal selamba je dia bawak geng masuk dalam rumah aku. Memang sel-sel otak korang terlebih kembanglah..!


Dan aku..?
Memang mendapatlah aku kerjakan. Tergawang-gawang tangan cuba nak elak dari kena pukul dengan aku.

'Aduh.. sakitlah..!' Tiba-tiba aku tersedar..

Astaghfirullah al azim!!
Aku bukan pukul budak-budak tu tapi kupukul en. Hubbyku sendiri.. huhuhu..
Aku BERMIMPI rupanya..
Ni mesti kes tak basuh kaki sebelum tidur ni..
Tak pasal-pasal partner sebelah kena dengan aku.


StatusHati: Moga keceriaan mengulit hati sepanjang hari ni..


Sunday, October 16, 2016

Nak Slim Lagi


Penangan Jogging mak budak a.k.a remaja purba semalam:

Pagi :
5 pusingan
1 1/2 pusingan darinya larian non stop.

Petang:
5 pusingan
2 1/2 pusingan darinya larian non stop.

Mak bangga dengan pencapaian mak ni nak.. hahaha..
#takutgemuk
#naklagislimfit

Kira oklah kan dari tak buat langsung. Apa yang penting niat aku nak #getfit #nakSlimLagi #bodymantap biar en. Hubby makin gila bayang dekat aku.. kahkahkah..
Tapi bang.. kalau ada keinginan nak tambah lagi.. KIV dululah ye.. cukuplah baby yang ada tu walau dia dah besar. Bagi wife abang ni #perasanSlim untuk satu tempoh yang agak lama kali ni. Bila rasa dah bersedia masa tu yang KIV tu kita cuba proceed ok.. hehehe..


StatusHati: Malam tadi migrain berjaya menguasai diri..


Thursday, October 13, 2016

Hati rasa berbunga-bunga, dah kenapa?


Diam tak diam dah nak masuk pertengahan bulan Oktober..
Rasa cepat masa berlalu..
Tanpa disedari, banyak kenangan tertinggal tak sempat nak kongsi di sini..
Idea pulak mematikan diri di penjuru hati.. kihkihkih..


Tapi pagi tadi..
Hati rasa berbunga-bunga..
Dah kenapa..?


Sebelum ni pernah cerita dekat SINI..
Hari ni, selepas beberapa tahun tak bersua muka tiba-tiba rasa sweet je pagi tadi..
Eh!Dia siap toleh dan pandang aku dan aku.. siap tudingkan jari ke arah dia.. dan.. eh!Sejak bila dia ditukarkan ke kawasan situ..

Owh.. ni yang rasa sweet 17 datang balik ni.. kemunculan tanpa diduga.
Ok, pagi esok nak jeling-jeling lagi dekat abam polis tu.
Pastikan berada di tempat yang sama macam pagi tadi ye.. kahkahkah..


StatusHati: Terasa kenyang aku hari ni..


Tuesday, October 11, 2016

Tahniah buat my Atok..


Dah lama tak bercerita mengenai atok Muo..
Aku ingat aku je macam chipsmore. Kejap ada.. banyak takde..
Atok aku pun sama.. sibuk memanjang.
Sibuk nau mengalahkan wakil rakyat yang hampir kalah bertanding..
Tapi bila sesekali atok melayan cucunya yang tiga suku ni, cramp urat perut dibuatnya..


Ni sape yang rabun ni tok..
Den tak cakap pun den nak LUDAH..



oohhh.. patutlah atok sibuk bebenor..
1 Oktober 2016 lepas launching day of pengambilalihan sebuah cafe di Muar..
Tahniah atok.. Dalam diam takmo share dengan cucu atok yang jauh di mata ni..
Nasib baik hati ni kuat, tak mudah sentap.. hahaha..


Hailaa.. napelah jauh dekat Muar sana..


Apa-apapun aku doakan moga perniagaan atok dan nenek vogue maju dan berkembang mekar. Jangan atok yang kombang sudah. kahkahkah..
Oklah atok.. nanti cucu atok promote pasal cafe atok tu yo..


StatusHati: Benci tapi rindu.. menyampah tapi sayang..


Tips Terbaik


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z..

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10..


Alhamdulillah..
Semua huruf pada papan kekunci ni berfungsi dengan baik maka takde sebab untuk menaip perkataan yang salah kecuali tidak disengajakan.


Tips terbaik:
Baca dulu sebelum post apa yang rasa nak dikongsikan.
Kalau salah jugak segera edit atau lagi baik tak perlu post langsung, lebih-lebih lagi kalau mood tengah tak baik.. nanti entah apa-apa yang ditaipnya..




StatusHati: Rasa nak demam..


Monday, October 10, 2016

Larian 100 Tahun sempena Karnival Jelajah InfraTani


Satu program menarik perhatian aku sempena Karnival Jelajah InfraTani Meru, Daerah Klang baru-baru ini.

Larian 100 Tahun Kampung Bukit Kapar


Mak Budak nak cuba tunjukkan skill larian.. alah 5km je pun..


Stamina takde tapi semangat kesukanan punya pasal..


Sempat selfie sebelum larian dimulakan..


Aku sorang yang beria bawak cik Nikon lari bersama..


Larian 5km terasa macam 10km pada aku sebab takde stamina langsung. Takde latihan sebelum..? Hampir setiap malam aku berlatih tapi itu semua hanya dalam mimpi. kahkahkah..


Dak Kakak dan anak buah turut sama mencuci mata di Karnival tersebut.
Tak cukup siang, malam tu kami repeat lagi.
Sempatlah tengok sekejap program ceramah bersama Ali XPDC.



Karnival diadakan dari pagi hingga ke malam seperti di SINI dan di SINI..



StatusHati: Feeling lagi #perasanSlim aku lepas larian 5km tu..


Friday, October 7, 2016

Awak kenapa hari ni, senyap je.. tak sihat ke..?



Orang lelaki menggunakan lapan ribu patah perkataan je sehari.
Di luar rumah ada je bahan nak diperkatakan tapi bila dalam rumah terus habis lapan ribu patah perkataan tu.. yang kedengaran hanyalah eemm.. aaaa... oooo..

Orang perempuan pula menggunakan 28 - 30 ribu patah perkataan sehari..
DAN masalah paling besar yang orang perempuan hadapi ialah kena habiskan jugak. Kalau tak habis, rasa macam ada yang tak kena je..
 #dari salah satu siri ceramah Syamsul Debat di TV-AlHijrah.. 


'Tak penat ke awak bercakap, membebel dari tadi..?'
Orang lelaki mana suka dengar kita membebel tapi bila kita senyap dah dia pulak yang risau.

'Awak kenapa hari ni, senyap je.. tak sihat ke..?'
Hailaa.. apalagi yang boleh dikatakan..


StatusHati: Tak usah mencari kalau apa yang dicari menyakitkan hati..

Thursday, October 6, 2016

Dah cabut satu hal.. lepas tu dibuang pulak..


Ahad lepas.. aku terima satu berita mendukacitakan..

Apa kau rasa bila tanaman kau dikerjakan sebegini rupa..?
Dah cabut satu hal.. lepas tu dibuang pulak dalam longkang.
Kesian dak Kakak.. penat dia jaga.. sebab tu hasil usaha bersama Babah dia..
Nak marah pun tak guna, menda dah berlaku..
Bukan pokok tu boleh tegak berdiri dalam bekas tu lagi..



Lenkali buanglah jauh sikit, ni depan mata dibuangnya..


En. Hubby cuma pesan, gantikan dengan anak pokok yang lain tu..
Takpelah.. think positive.
Maafkanlah dia..



Moga pokok yang baru ni sihat subur hendakNYA..
Aku kena buat sebab aku ada banyak masa - en. Hubby yang kata..

 

StatusHati: Today's date is unique! 6102016 - you reverse the number will also be 6102016.



Wednesday, October 5, 2016

Bila boss sakit perut..



Kisah pagi tadi..

Adeh.. boleh pulak boss kecik sakit perut time ni..
Sabar ek.. tahan ek.. jalan jem gile ni..


Anak rileks.. Mak Budak yang gelabah panik..


Hari ni seharian dak Nuha bersamaku di tempat kerja.



StatusHati: Penat..


Sunday, October 2, 2016

Semburan Kabus @ Fogging di TDBi


Hasil dari notis dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang pada minggu lepas di SINI.. semburan kabus (fogging) dijalankan seperti yang dirancang pada hari Sabtu minggu lepas, 24 September 2016.


Sebelah pagi semburan dilakukan ke atas pokok di sekeliling taman.


Its Fogging time..
Anak-anak semua teruja..
Macam kejar artis popular pulak dibuatnya abang penyembur tu..


Inilah hasilnya..
Melekat baunya.. tapi mencegah lebih baik dari mengubati..


Kali terakhir fogging dibuat hampir dua tahun lepas.. masa tu memang ada kes denggi, cuma kali ni tak kedengaran pulak siapa yang kena.

Apa-apapun.. moga dijauhkanlah dari sebarang penyakit menjangkiti kita semua.. amin..


StatusHati: Tak sabar nak bercuti..





Saturday, October 1, 2016

Aku tak membela apatah lagi memiliki..


Dah banyak kali sebenarnya bila mana anak-anak merengek nak membela tapi aku pulak belum bersedia. Kali ni tak perlu susah mencari, ia sendiri datang ke rumah kami.



Kucing ni membesar bukanlah sepenuhnya depan mata aku tapi ia adalah kucing yang sangat mendengar kata. Sabar menunggu makanan dari aku setiap kali aku masak di dapur. Malah kebelakangan ni tiap malam ia meneman aku menyiapkan rutin harian di luar rumah.. mungkinkah ia sedang mencari tempat perlindungan untuk beranak nanti?

Malam tadi.. si hitam ini dok mengiau ke hulu ke hilir..
'Dah sampai masa kot nak beranak?'
Aku pulak seriau melihatkan keadaan ia. Teringat kenangan sewaktu terasa sakit nak bersalin, tak senang diri, tak senang duduk aku dibuatnya.

Buatmu si ibu kucing,
Moga proses melahirkan anakmu dipermudahkanNYA.
Aku hanya mampu mendoakanmu dan aku tahu kau seekor kucing yang kuat. Kalau tak.. takkanlah ini bukan kali pertama kan.. πŸ˜₯
InsyaAllah amin..


StatusHati: Tiba-tiba dia kembali..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...