Sunday, September 27, 2026

Birthday Members di Tempat Kerja


25 September 2026 | Jumaat [13 Rabiulakhir 1448H]

Pagi..
Sepatutnya hari ni aku menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja tapi aku tangguhkan dulu sebab nak celebrate birthday members di tempat kerja. Menu sarapan pagi pula dibuat secara potluck. Masing-masing bawa sesuatu, kemudian kami makan ramai-ramai. Alhamdulillah.. kenyang.

Sebahagian menu yang ada


Tengah hari..
Kita makan kek pula. Hari ni bukan lagi hari pemeriksaan kesihatan tapi lebih kepada pemeriksaan tahap kekenyangan.

Selamat Hari Lahir buat.. Shahrul, kak Anne dan Zaimah.


Petang..
Di tempat kerja hujan lebat tapi rupanya, hujan di tempat kerja tak selebat nak dibandingkan di rumahku. Balik kerja pula berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Dari pukul 5 petang sampailah selepas Maghrib, baru aku sampai di rumah. Makin lambat bila jalan utama menuju ke rumah aku telah dinaiki air. Mujur waktu aku lalu, air sudah sedikit surut. Alhamdulillah.. selamat sampai rumah. Dalam keadaan macam ni, sampai depan rumah dengan selamat pun dah cukup buat aku tarik nafas lega.


Malam..
En. Hubby bawa aku ke kedai cermin mata sebab aku perlukan cermin mata untuk buat kerja. Agak susah juga bila ada tulisan yang mula nampak kabur di depan mata. Selesai urusan cermin mata, kami singgah makan malam di kedai makan sebelum balik ke rumah.


— Hari ini penuh cerita —

Tak semua hari berjalan seperti yang dirancang.
Ada yang dimulakan dengan senyuman, diselitkan dengan penat dan sedikit ujian, lalu ditutup dengan rasa syukur — yang penting kita sampai juga ke penghujung hari dengan selamat.


#RemajaPurba: ..

Wednesday, September 23, 2026

Kim Seungmin | Stray Kids

 
September nampaknya bukan sekadar bulan untuk sambut birthday dak Kakak di [SINI] tapi juga dari Stray Kids — Han dan Felix di [SINI] serta Seungmin turut berkongsi bulan kelahiran.

Hari ini..
23 September 2026 | Rabu [11 Rabiulakhir 1448H]

Happy Birthday Kim Seungmin..
Wishing you good health, happiness and many beautiful years ahead. May you always be here, doing what you love and may 'Seungmin ALWAYS in the Building' stay true for many, many years to come.

Seungmin..
Cara dia bercakap, cara dia menyanyi, cara dia bergurau dengan members dan sesekali tunjuk sisi yang agak savage dan suara dia? — Itu memang susah nak nafikan.


dari [SINI]


For you.. Seungmin..
Bang Chan wish birthday to Seungmin when he at airport to go to Fendi Show in Milan, Italy
[23 September 2026]


You are an amazing person, a talented idol and an unsurpassed vocalist.
May this year be successful and happy and bring many awards and victories.


Love his smile ..


— STAY love You —

I hope you have the most amazing birthday, filled with love, laughter and everything that makes you happy.
I wish you all the best and I truly believe you deserve the world.
Stay healthy and keep smiling.


Two more birthdays to go..

Only Bang Chan and Lee Know are left to complete the 2026 birthday live calendar

#RemajaPurba: Sumber video dari en. Threads + Youtube..

Sunday, September 20, 2026

Selamat Hari Lahir buat dak Kakak


20 September 2026 | Ahad [8 Rabiulakhir 1448H] 

Macam tak percaya anak yang dulu kecil, yang ke mana-mana perlu didukung dan dipimpin, sekarang sudah sampai ke satu fasa di mana dia mula belajar menentukan langkahnya sendiri.

Makin anak membesar, makin aku sedar bahawa tugas menjaga bukan lagi tentang memegang tangan setiap masa. Ada ketika, aku cuma mampu melihat dari jauh, mendoakan dan berharap anak tahu jalan pulang jika tersesat.

Seperti biasa, doa seorang ibu tetap sama — moga anaknya sentiasa berada dalam lindungan Allah, dipermudahkan urusan dan diberikan jalan yang baik dalam setiap langkah kehidupan.


SELAMAT HARI LAHIR buat dak Kakak
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.

Moga semua impianmu — terutama berkaitan IBUmu ini — dipermudahkan dan dimakbulkanNYA satu-satu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. Kakak..


Buatmu Kakak..
Pergilah melangkah sejauh yang kamu mampu. Ibu tak boleh lagi dukung kamu seperti dulu tapi doa Ibu akan sentiasa berjalan bersamamu. Semoga Allah jaga kamu, permudahkan setiap urusan dan makbulkan satu demi satu doa yang baik untukmu. Aamiin..Ya Rabbal Alamiin.


Begitulah hidup seorang ibu.
Dulu kita yang sibuk mendukung, sekarang kena belajar melepaskan sedikit demi sedikit.

#RemajaPurba: ..

Saturday, September 19, 2026

Bila Dia Tiada Aku Lega


Mungkin pelik untuk difahami — kenapa ada isteri yang nampak lebih tenang bila suami tak ada di rumah?

Bertahun-tahun tiada perubahan. Banyak perkara yang perlu difikir dan diurus seorang diri — rumah, anak, kewangan, keluarga, emosi semua orang.. sampai takde masa untuk diri sendiri. Suami pula tak cuba nak fahami dan hanya menganggap isteri terlalu emosi, sensitif sangat, overthinking. Pada pandangan dia.. 'benda kecil je pun'.

Tapi.. bila suami tak ada, rasa lega. 
Dia boleh tenang dan boleh jadi diri sendiri. ‎
Lagi membuatkan excited bila suami outstation lama. Lega tu another level.


— When being apart brings peace —

When his absence brings me more peace than his presence, maybe what I've been longing for all this time isn't freedom — but peace.


#RemajaPurba: .. dari [SINI]..

Wednesday, September 16, 2026

Keep shining — The Sunshine Twins


September nampaknya bukan sekadar bulan untuk sambut birthday dak Kakak tapi Han dan Felix serta Seungmin turut berkongsi bulan kelahiran.

Dua orang yang lahir pada bulan yang sama, hanya berbeza satu hari tarikh lahir mereka tapi bawa warna yang berbeza dalam Stray Kids. Han dengan segala chaos, lawak dan energy. Felix pula dengan suara yang boleh buat orang berhenti scroll sekejap — deep voice detected.

Dua-dua lahir dalam bulan yang sama. Dua-dua pula ada cara masing-masing untuk menceriakan Stray Kids dan STAY — sebab tu rasanya gelaran The Sunshine Twins memang sesuai untuk mereka berdua.


Stray Kids spotted at Mocozi Korean BBQ, Argentina to celebrate Han birthday on 14092026

Happy Birthday Han Ji-sung
14 September 2000


The Lizard cake



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Felix Yongbok Lee
15 September 2000



Han and Felix
The Sunshine Twins


— Stay Health.. Stay Happy.. Stay You —

No matter how far their journey takes them, I hope they continue doing what they love, keep growing as artists and most importantly take the time to enjoy life beyond the schedules, stages and cameras.


#RemajaPurba: Sumber video dari en. Threads + Youtube..

Sunday, September 13, 2026

Tak Ke Mana | Tak Buat Apa


Hujung minggu..
Mak Budak masih belum baik dari demam. Bila dalam keadaan macam ni, benda yang aku buat cuma satu — berehat dan tak nak fikir benda lain termasuklah tak nak masak.

Apa yang aku buat..?
Buka tv.
Baring depan tv.
Scroll Threads.

Fungsi buka tv cuma satu — jadi background sound.

Ini jelah aktiviti hujung minggu kali ni. Tak produktif pun tak apa, yang penting badan dapat rehat. Cukuplah dapat duduk diam, berehat dan bagi badan peluang untuk baik semula.

#RemajaPurba: Bila badan minta rehat.

Friday, September 11, 2026

Biar Aku Tenang Dulu


08 September 2026 - Selasa [26 Rabiulawal 1448H]

Malam..
Sedang santai berehat di rumah selepas seharian bergelut dengan kerja di tempat kerja, en. Hubby call bagitahu yang Mr. Black kena langgar. Terkejutlah juga. Ingatkan budak-budak yang selalu main depan rumah terlanggar Mr. Black. Kebetulan Mr. Black parking di luar rumah sebab cikPutih dalam garaj rumah.

Bila keluar tengok, memang ada kemek dan calar di bahagian tepi Mr. Black. Kalau pandang sekali imbas, nampak sikit je tapi yang tak nampaknya remuk hati aku. Aku tak pernah langgar kereta orang tapi parking depan rumah sendiri pulak kena. Rupanya anak jiran depan rumah yang terlanggar Mr. Black. Biasanya cikPutih yang parking di luar, jadi dia kata dia tak perasan Mr. Black ada di situ.

Ye.. aku marah, masa tu suara aku pun boleh tahan kuat. Dak Nuha cakap, 'suara ibu kuat kat depan rumah'. Memang takde orang masa tu tapi aku rasa marah sangat. marah yang tak terluah — sampaikan dak Nuha suruh pasang dan baca surah Yassin nak bagi aku tenang. Dahlah aku rasa dedor macam nak demam.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

11 September 2026 - Jumaat [29 Rabiulawal 1448H]

Hari ni hari ketiga aku demam.

Kereta..?
Tak settle lagi.

Buat masa ni, aku memang tak rasa nak jumpa sesiapa. Takut tengah tak sihat, emosi pula belum reda, terlepas kata yang tak sepatutnya. Jadi biarlah dulu. Just go with the flow.




Ada benda tak perlu diselesaikan ketika hati sedang marah. Biar masa yang tenangkan kepala, sebelum mulut pula yang buat keadaan jadi lebih susah. Mr. Black boleh dibaiki tapi kata-kata yang terlepas masa tengah marah, belum tentu boleh ditarik balik.

#RemajaPurba: Aku tengah marah, aku tengah tak sihat, jadi bagi aku ruang untuk tenang dulu.

Tuesday, September 8, 2026

Jaga Jarak. Jaga Emosi. Jaga Periuk Nasi.


08 September 2026 - Selasa [26 Rabiulawal 1448H]

Jangan terlalu rapat dengan rakan sekerja yang kuat merungut. Pada matanya, ada je perkara yang tak sempurna, ada je yang nak dipersoalkan. Lama-lama, bukan masalah dia yang berpindah kepada kita tapi emosinya yang kita pula terpaksa tanggung.

Jadi, jaga jarak. Bukan sebab sombong tapi sebab kita nak jaga ketenangan diri sendiri. Tak semua perkara perlu kita dengar, tak semua rungutan perlu kita layankan dan tak semua yang negatif perlu kita bawa balik ke rumah.


This is me but I also have principles so I end up not saying it.

When your brain says, 'Say it'.. but your bank account says, 'Don’t'. 


— I could say what's on my mind.. —

Jaga Jarak — jangan terlalu rapat dengan mereka yang negatif.
Jaga Emosi — jangan biarkan rungutan orang lain mengganggu diri.
Jaga Periuk Nasi — nak marah, nak maki tapi kena jaga kerja dan gaji.


Kadang-kadang memang rasa nak marah, rasa nak maki tapi masih ada prinsip yang menghalang mulut daripada bercakap sesuka hati. Sudahnya.. kita diam bukan sebab tak ada jawapan, kita diam sebab kita masih sayang kerja, gaji dan ketenangan hidup.

#RemajaPurba: ..

Monday, September 7, 2026

Tiket SOLD OUT


Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila minat tu perlahan-lahan bertukar menjadi 'aku nak tahu semuanya' sampai berita tiket konsert mereka SOLD OUT pun rasa macam satu benda yang aku nak cerita.


Stray Kids World Tour <RUN IT SINGAPORE>
Tarikh: 6–7 Mac 2027 (Sabtu & Ahad)
Masa: 6.00 petang
Lokasi: Singapore Indoor Stadium


Saja nak bagitahu, tiket SOLD OUT


Sebelum ni tak adalah sampai tahap over tapi dengan Stray Kids ni — apa saja perkembangan, release lagu baru, aktiviti, konsert.. semuanya datang dengan pakej 'aku nak tahu semuanya'.

Mungkin itulah bezanya bila kita betul-betul menikmati sesuatu. Kita bukan sekadar suka hasilnya tapi mula mahu mengenali perjalanan di sebaliknya. Kali ini, Stray Kids berjaya buat aku kembali rasa teruja dengan sesuatu yang aku sendiri tak sangka.

Another level aku punya minat kali ni.
Kalau boleh, timur ke barat, selatan ke utara — aku nak tahu.


Entah sampai bila fasa ini akan bertahan tapi buat masa sekarang, aku memang sedang menikmati setiap satunya. Dari lagu, album, content, perkembangan member sampailah ke cerita konsert — semuanya ada tempat tersendiri untuk aku ambil tahu.

Bila dah sampai tahap nak tahu perkembangan dari timur ke barat, selatan ke utara.. itu bukan lagi sekadar minat. Itu sudah masuk kategori 'aku nak tahu sebab aku nak tahu..' — layan ajelah.

#RemajaPurba: STAY dulu.. yang lain kita sembang kemudian.

Saturday, September 5, 2026

Bila Bantuan Bertukar Jadi Tanggungjawab


Dalam rumah tangga, membantu pasangan itu satu perkara yang baik tapi bila sesuatu bantuan diberi terlalu lama tanpa sempadan, jangan terkejut kalau akhirnya bantuan itu dianggap sebagai kewajipan.


— ISTERI —
Bila terlalu biasa membantu suami sebab tak mahu berkira dan mahu memudahkan urusan dia, lama-lama dia akan mengambil mudah. Kita pun ada silapnya kerana terlalu banyak memberi ruang sehingga perkara yang asalnya bantuan, perlahan-lahan dianggap sebagai tanggungjawab isteri.

Hari ini kita tolong sebab nak memudahkan. Esok dia anggap memang kita kena buat. Lama-lama, yang asalnya 'boleh tolong?' bertukar menjadi 'memang kerja aku'.

Aku..?
Tak ada istilah susah senang bersama kalau yang seorang cuma tahu menerima, sementara yang seorang lagi terus-terusan menanggung. Jangan semua benda nak diletakkan atas bahu isteri.


— SUAMI —
Kalau isteri bergaji lebih tinggi, itu bukan bermakna semua perbelanjaan rumah tangga automatik menjadi tanggungjawab isteri. Suami tetap wajib menyediakan nafkah dan keperluan asas keluarga mengikut kemampuan serta tanggungjawabnya.

Jangan pandang ringan tugas isteri yang menguruskan rumah dan anak. Balik kerja, nampak rumah tak berkemas, jangan terus berlagak macam CEO yang baru selesai mesyuarat lembaga pengarah. Kalau belum pernah mengurus anak seorang diri dari pagi sampai malam, jangan terlalu cepat mengatakan menjaga anak itu mudah. Urus anak. Urus rumah. Urus makan minum. Urus macam-macam perkara yang orang tak nampak — itu REAL penat ya.

Kerja di tempat kerja habis bila waktu kerja tamat tapi kerja mengurus rumah dan anak, tak ada punch card. Tak ada waktu rehat yang tetap dan selalunya, tak ada siapa pun yang tepuk bahu sambil kata, 'Terima kasih sebab dah buat semua ni'.


Membantu bukan tiket untuk suami lepas tangan. Jangan sampai orang yang selama ini banyak membantu akhirnya berhenti membantu — sebab dah terlalu penat menjadi 'orang yang boleh buat semua benda'.

#RemajaPurba: .. 

Thursday, September 3, 2026

Tentang Fail Yang Hilang


03 September 2026 | Khamis [21 Rabiulawal 1448H]

Ada benda yang bila berlaku sekali, aku boleh cuba faham. Bila berlaku kali kedua, aku cuba bersabar tapi bila benda yang sama berulang walaupun dah cuba selesaikan — memang sampai satu tahap, aku cuma mampu tarik nafas panjang dan berkata.. 'Aku dah tak tahu nak buat apa lagi'.

Itulah yang berlaku dengan SSD aku.

Mula-mula ingat masalah kecil. Folder ada, nama folder pun masih nampak tapi bila dibuka — kosong. Sedangkan ruang dalam SSD masih menunjukkan ada data yang tersimpan. Cuba lagi. Check lagi. Cari punca, cuba selesaikan tapi tak berjaya sebab 'bidang aku hanyalah diperingkat 'format' je'.

Masalah yang sama datang lagi. Buat aku rasa 'kehilangan'. Ada benda yang mungkin nampak kecil pada orang lain tapi mempunyai nilai tersendiri untuk aku. Ada kenangan, catatan dan macam-macam benda yang ku simpan yang akhirnya semuanya hilang.

Salah aku juga, patut copy + paste tapi aku cut + paste. Adan uke.. Nak pujuk diri sendiri dah malas rasanya sebab salah sendiri dan benda pun dah berlaku. Tak boleh diundur. Tak boleh diulang.


— Fail dan kenangan yang hilang —

Ada benda yang boleh diganti tapi ada kenangan yang bila hilang, kita cuma mampu belajar menerimanya.


Pengajaran..
Jangan terlalu yakin bahawa sesuatu yang disimpan dalam satu tempat akan sentiasa selamat. Kadang-kadang kita hanya sedar betapa berharganya sesuatu selepas kita kehilangannya. Untuk 'moment' akan datang.. copy + paste di tempat yang berbeza untuk mengelak dari berlaku seperti aku.

#RemajaPurba: bina moment baru..

Wednesday, September 2, 2026

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun


02 September 2026 | Rabu [20 Rabiulawal 1448]
 
Salah seorang blogger yang aku kenal telah mengadakan giveaway sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3. Sekejap sahaja rasa masa berlalu, tahu-tahu sudah tiga tahun rupanya. Aku masih ingat, aku antara yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan SA ketika itu di [SINI].

Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, aku turut serta dalam giveaway yang dianjurkan oleh beliau, mengikut syarat penyertaan yang telah ditetapkan.


dari [SINI]


Syarat Penyertaan:
  • Buat satu entry bertajuk: Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun.
  • Copy banner dan backlink ke entry ini.
  • Follow Blog ini (kalau belum follow).
  • Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen.
  • Giveaway ini akan berlangsung dari 01 hingga 15 September 2026 (11:59 pm).


Moga segala urusan berkaitan giveaway ini dipermudahkan-Nya dan semuanya berjalan dengan baik serta lancar. Menang itu rezeki.. yang penting, aku cuba nasib dengan penuh gaya. Kalau nama tak tersangkut sebagai pemenang, sekurang-kurangnya penyertaan aku sempat juga mencuri tumpuan.

#RemajaPurba: Happy Anniversary SA..

From BTS to ENHYPEN and now STRAY KIDS


Dulu..
Aku suka layan lagu-lagu daripada BTS sampai kumpulan lain pun macam tak wujud dalam radar tapi bila Jungkook mula membuat tattoo di tangannya, entah kenapa aku perlahan-lahan mula kurang minat. Selepas mereka kembali daripada latihan ketenteraan pula, album terbaru BTS tak ada yang betul-betul menarik perhatian aku.

BTS
BTS — ARMY

RM, Jin, Suga, JHope, Jimin, V, Jungkook
[my bias in BTS is RM and Jimin]


Sebelum aku teruskan, sekali lagi aku nak cakap — aku tak membandingkan mana-mana kumpulan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kau suka group A, aku suka group B. Selagi kita saling menghormati, aku okay saja.


Kemudian..
Bila tengok dak Nuha asyik layan lagu daripada ENHYPEN, aku pun turut sama terjebak. Sama macam BTS dulu — lagu, video dan moments mereka pun banyak yang aku simpan.


ENHYPEN
ENHYPEN — ENGENE

ENHYPEN continues as a six-member group featuring:
Jungwon, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Ni-ki.
[my bias in ENHYPEN is Jay and Ni-ki]


Tapi tak lama..
Selepas salah seorang ahli kumpulan mereka keluar, perlahan-lahan aku mula 'rasa kehilangan'.

Lee Heeseung left ENHYPEN on March 10, 2026 to pursue a solo career.


Tapi kisah ni tak habis di situ.

Sekarang..
Aku jatuh hati dengan STRAY KIDS. Kali ni memang betul-betul lain perangai aku. Sampai anak-anak sendiri cakap, masa ibu layan BTS dulu pun tak adalah teruk macam ni.

Sampai aku paksa anak-anak tengok sekali moment Stray Kids yang lalu dekat socmed aku, walaupun mereka dah tak hairan dengan kumpulan itu. Kali ni memang tak sama macam masa aku minat BTS ataupun ENHYPEN.


STRAY KIDS
STRAY KIDS — STAY

Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Feliz, Seungmin, I.N
[my bias in Stray Kids is Bang Chan and Seungmin] [Hyunlix is another level]


Kenapa?
Lagu Stray Kids ni rancak, keras, bertenaga buatkan aku rasa macam kembali ke zaman Budak Purba. Sekarang dalam kereta, memang tak ada lagu lain selain dari Stray Kids, sampai aku tak sabar nak memandu sebab boleh pasang lagu kuat-kuat dan dengar sepuas hati. Kat rumah kena behave sikit walaupun sebenarnya anak-anak nampak aku ni terlebih excited.

'Takpelah ibu.. asalkan ibu suka, kami okay je'.

Kadang-kadang kita memang akan melalui fasa minat yang berbeza. Hari ni kita suka group A, esok group B pula yang berjaya curi perhatian — lain orang lain minatnya.

Kalau sekarang penuh dalam folder aku tentang Stray Kids, bukan bermaksud aku dah 'buang' BTS atau ENHYPEN dari radar cuma buat masa sekarang.. Stray Kids tengah pegang remote control hati aku. Stray Kids tengah berada di tempat pertama dalam playlist, socmed dan hati Mak Budak.

Sampai bila?
Entahlah.. sebab aku ni jenis setia, cuma setia aku bermusim. Ada yang kekal dalam playlist, ada yang tinggal dalam memori, ada yang tiba-tiba jadi soundtrack kehidupan.

#RemajaPurba: sumber gambar dari en. Google..

Tuesday, September 1, 2026

EPISOD Kesembilan - SEPTEMBER 2026


01 September 2026 | Selasa [19 Rabiulawal 1448H]

Dalam episod kelapan – OGOS 2026.. aku terlepas entry untuk tajuk ini sebenarnya tapi..

Terima kasih OGOS 2026 untuk segala cerita yang datang bersama. Mana yang baik aku simpan sebagai kenangan, mana yang kurang baik aku jadikan pengajaran dan mana yang terlalu memeningkan kepala, aku tinggalkan je di belakang. Tak semua perkara perlu diberi ruang untuk terus tinggal dalam hidup. Ada cerita yang cukup sampai di situ.

Selamat tinggal OGOS 2026.
Kau sudah selesai menjalankan peranan kau. Apa yang perlu dikenang, akan dikenang. Apa yang perlu dilepaskan, biarlah pergi.


— Kita buat biasa-biasa aje —

Tak perlu terlalu berharap..
Tak perlu terlalu risau..
Tak perlu terlalu peduli..

Apa yang datang, kita hadap..
Apa yang pergi, kita lepaskan..
Apa yang tinggal, kita hargai..



SEPTEMBER 2026 — bulan baru, episod baru.
Mungkin ada perkara yang menggembirakan, mungkin ada yang menguji kesabaran dan mungkin juga ada sesuatu yang langsung tidak dijangka. Tak perlu terlalu sibuk meneka apa yang belum berlaku. Buat apa yang mampu, jaga apa yang perlu dan selebihnya serahkan kepada Allah.

Moga September 2026 akan membawa lebih banyak ketenangan, rezeki dan kesihatan yang baik serta cerita-cerita yang layak untuk dikenang.

#RemajaPurba: The show must go on..

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...