Followers Remaja Purba

Tuesday, July 14, 2015

#Cabaran20Hari Nostalgia Kad Raya


   
#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 18..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 17.. di SINI..



Nostalgia Kad Raya

Dulu..
Rakan-rakan zaman sekolahku pasti akan terima kad raya dariku..
Tak pernah miss untuk beberapa tahun..
Bukan sekadar nama dan tandatangan aku semata..
Tapi lengkap bermadah helah bagai..
Semua standard.. sama je untuk mereka..
Sekurang-kurangnya takdelah terputus di tengah jalan..
Macam saya dan awak.. hikhikhik..

Kini..
Amalan pemberian kad raya tidak lagi menjadi amalanku..
Sejak harga setem dinaikkan..
Ditambah pulak kad raya yang diagihkan oleh tempat kerjaku tak lawa macam dulu..
Memang taklah nak kirim kad raya lagi..
Aku sendiri tak teringin nak guna kad raya tu..
Nak beli macam tak berbaloi..
Jadi.. tahun demi tahun.. memasing lebih selesa dengan sms je..
Takpelah.. at least.. nombor telefon aku korang masih simpan..

Tapi.. untuk tahun depan..
Rasa macam nak pecah tradisi tu balik..
Cuba untuk mengembalikan Nostalgia Kad Raya tu..
Takde yang lama.. takdelah yang baru..
Teknologi terkini belum mampu menghalang cara lama untuk berhubung..
Moga berjayalah hasratku ini..
Siapa mau, meh PM aku alamat..
Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi tahun depan..



Status Hati: Apa yang kita suka, apa yang kita nak.. tak semestinya baik untuk kita..





6 comments:

paridah said...

MEMORI KAD RAYA MENGGEMBIRAKAN MENGIMBAUNYA KAN..

idzwa kamaruddin said...

kann tahun dppn kita tukar2 kad ye!

Malinda said...

bagos jugak cadangan ni cam nak buat gak la untuk taun depan....terbaeekkkk!!!
akak pon dah lama gile tak terima kad raya mesti seronokkan bertukar2 kad raya mcm dulu2

Nor Azimah said...

Mmg nostalgia sggh kad raya ni, mcm saban hari bln puasa tu pantang dengar bunyi motor posme....

Mirabeads azi said...

jom kita ramai-ramai kembalikan tradisi menghantar kad raya

kisah earty said...

yeayy..tahun depan nk pm alamat kat aiza tok kad raye..hehehe

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...