Followers Remaja Purba

Saturday, March 30, 2019

Mencebik tak suka


Kisah semalam..

Mengambil peluang menjauhkan diri dari tempat kerjaku di tanah jajahan baru. Berehat bersama anak-anak. 

Kisah Hari Ini..

Bersantai sambil cuba update sesuatu di sini. Aku tak peduli andai ada yang mencebik tak suka. Bukan aku boleh menghalangnya tapi sekurang-kurangnya kau masih peduli tentang aku kan.. 😄🙃

StatusHati: 👌😎😉

Thursday, March 28, 2019

Hati tak segagah mana rupanya


DULU..
Lama dulu waktu zaman #BudakPurba, aku sama macam dak Kakak yang suka menonton drama-drama Korean mahupun Chinese. Biasalah.. budak-budak kan..

SEKARANG..
Melayan drama Korean dan Chinese kembali. Ini gara-gara terjebak bila melihat dak Kakak menonton di tv. Awalnya aku menahan diri dari melayan drama sebegitu sebab aku tak nak terjebak tapi apakan daya.. Hati aku tak segagah mana rupanya.. 😜

Sebahagian dari drama yang menarik perhatianku di mana ada antaranya dalam ranking pilihan aku
  • Love Me If You Dare 👍
  • Bos & Me 👌👍
  • Cruel Romance 👌👍
  • The Eternal Love (baru tengok separuh) (drama zaman purba)
  • Sealed With A Kiss (baru tengok separuh)
  • Ada di antaranya boleh tonton di SINI..

Love Me If You Dare
 Wallace Ho (Simon Bo Jiang)
Sichun Ma (Jenny Jian Yao)

di SINI..

Cruel Romance
Huang Xiaoming (Zou Zhen)
Joe Chen (Rong Jinxiu/Yang Zi)
Kimi Qiao (Xiang Yingdong)

Maklumat lanjut di SINI..

Boss & Me
Hans Zhang (Feng Teng)
Zhao Liying (Xue Shanshan)

Maklumat lanjut di SINI..

StatusHati: Perlukan rehat secukupnya..

Wednesday, March 27, 2019

Ingat lagi tak?


'Ingat tak masa mula-mula kita start jadi member?'
'Ingat lagi tak, kali pertama kita kenal macam mana..?'

Sumber en. Google..


Satu ketika dulu kau dan aku sangat rapat, kita selalu contact, selalu chat malah siap call lagi namun sekarang kita masih rapat tapi hanya mampu rapat dalam diam. Mampu tengok dari jauh, mampu stalk je.

Ada sejarah antara kita, walau terasa sedih tapi hidup perlu diteruskan.

StatusHati: Kenangan itu..

Tuesday, March 26, 2019

Birthday Mak dan Menara PKNS-PJ


HARI INI..
Perkara paling penting dalam hidup..

SELAMAT HARI LAHIR buat MAK..
Walau Mak semakin di mamah usia tapi kudrat Mak masih kuat..
Buat Mak..
Moga dilimpahi ketenangan dalam meledani rutin harian.



DAN..
Berkongsi tarikh lahir Mak aku adalah pada setahun yang lalu, aku bersama yang lain sibuk menguruskan urusan berkaitan perpindahan ke tanah jajahan baru..


Sambungan dari SINI sebenarnya..

Laluan harian #MakBudak..

Sesi mengemas dan membuka..

Pandangan dari dalam..

Pandangan dari luar..

Secara rasminya..

Bilik air berwajah baru seolah meraikan pemergiaan aku..

Pemandangan dari tingkat 12 yang takkan aku dapat merasainya lagi..

Sungguh banyak kenangan di sini..
Dari zaman #RemajaPurba hingga dah jadi #MakBudak..

Terasa sayu ketika semakin jauh meninggalkannya..
Akhirnya selesai juga kisah dari SINI..

Hari ini genap setahun aku berada di tanah jajahan baru. Aku tak teruja dan aku tak kata aku gembira ataupun tertarik tapi lebih kepada untuk mendapatkan sesuap nasi demi kepentingan keluarga kecik aku. Susah senang aku tak perlu diketahui umum..

StatusHati: Tak usah ditanya..

Monday, March 25, 2019

Tiada Gangguan..


Kisah hujung minggu..
Tiap kali berehat di hujung minggu tanpa gangguan adalah sesuatu yang sangat menenangkan. Dipendekkan cerita.. sangat nikmat berehat di rumah, tak perlu fikir hal berkaitan kerja. Cukuplah lima hari aku melalui laluan yang jauh ke tanah jajahan baru serta berhadapan pula dengan boss yang 'dia aje yang betul'.


Kisah hari ini..
Walau cuti sekolah dahpun bermula tapi dak Kakak dengan dak Adik tetap kena ke sekolah menghadiri bengkel yang disediakan oleh pihak sekolah. Sukalah dak Nuha, 'geng gaduh' tiada di rumah.

Aku..?
Selagi kudrat masih ada, selagi itulah rutin harian tidak akan bertukar. Walau lelah macam mana sekalipun, aku cuba kuatkan semangat dan bersabarlah ye #MakBudak..

StatusHati: Pagi ni aku sedikit beremosi - sedih menguasai diri..

Saturday, March 23, 2019

Nasi Lemak Tepi Jalan


LOKASI tempat makan ni di SINI.. 

Di situ..
Ada banyak pilihan nasi lemak, antaranya:
Nasi Lemak biasa (ada pelbagai pilihan sambal)
Nasi Lemak Lobster..
Nasi Lemak King Udang..
Nasi Lemak Sotong Giant..

Make sure mai sini waktu perut tengah kosong.
Portion nasinya boleh makan untuk dua orang.. dak Nuha dan #MakBudak 😂🤣 tapi kalau perut dewasa boleh je habis sepinggan.. 😉

Nasib baik #MakBudak share dengan dak Nuha..
Kalau ikut nafsu mahu habis sepinggan.. 🤣🤣


Susah nak ajak bergambar dak Adik ni..

Oh!Lupa satu menu lagi.. Dim Sum.. aku segan nak ambil gambarnya 😄 tapi semuanya ada di sana.. tinggal nak cuba try test je.. 👌

Juga ada menu sampingan..
Burger murah beb.. Korang mesti terkejut dengan harganya dan rasanya 👌👌👌..

See.. I told you guys..

Selain burger, chicken wing juga turut dijual..


Restoran Nasi Lemak Tepi Jalan
BUKA pada sebelah petang hingga awal pagi


StatusHati: Aku dah rasa, korang cubalah..

Friday, March 22, 2019

Tiba-tiba Next Play..


'Bila kau layan lagu, tiba-tiba next play tu surah Al-Quran, dia punya serba-salah nak tukar tu MasyaAllah, berdosa rasanya'

Bila baca status tu, tersenyum sendirian aku dibuatnya. Terus jadi 'baik' aku sekejap. Biasanya hal ini terjadi ketika memandu kereta, di saat pemandu yang mengundang aura marah aku. Sekurang-kurangnya bila mendengarkan surah Al-Quran yang ada dapat melembutkan hati aku.

StatusHati: 'When anger rises, think of the consequences.'

Sesuatu telah berlaku baru-baru ini


Nah! Ambik.. nak sangat kan..😜

'Abang masih sayangkan sayang ke?'
'Woi.. apa soalan ni. Lempang nak..?'
'Abang tak pernah panggil sayang woi.. tapi kan tu soalan. Abang jawablah.'
'Tak suka tanya soalan berulang kali. Cukup abang dah luahkan.'


Itu kalau datang malasnya nak layan #MakBudak TAPI bila datang aura gatalnya, tak dan nak 'larikan diri' dibuatnya.. kahkahkah..

StatusHati: Menggebu rasa hati..

Thursday, March 21, 2019

Kena SABAR dengan perangai isteri


Kalau seorang isteri kuat membebel, dia sebenarnya penat dengan rutin harian di rumah. Itu belum lagi perlu menjaga anak yang tak nak dengar cakap. Suami pulak tak nak membantu isteri dalam aspek pengurusan kebajikan keluarga. Memang lagi kuatlah si isteri akan membebel.

Sepatutnya si suami mengambil pendekatan cuba memahami keadaan isteri. Bila suami membantu isteri, dia rasa dihargai selain dapat menggembirakan hatinya. Ini sudah tentu dia takkan membebel serta kehidupan keluarga akan lebih harmoni juga tenang.

Isteri ni dia akan kuat membebel bila suami balas balik, jadi jalan terbaik suami kena diam. Lama-lama nanti dia akan berhenti membebel dengan sendirinya. Bila suami balas balik, kau sebenarnya telah charge tenaga dia untuk lebih kuat membebel.


StatusHati: ...

Wednesday, March 20, 2019

Majlis Pertukaran Bukan Perpisahan


Kisah tengahari semalam.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga merealisasikan majlis pertukaran bukan perpisahan buat second boss bahagian di tempat kerja aku.

Sepanjang bersama beliau, aku sangat menghargai apa yang beliau usahakan. Tanpa beliau aku takkan pernah dapat hadiah kecemerlangan atas kerja yang aku buat. Walau dah bertahun bersama beliau tapi sebenarnya baru lima tahun kami berada dalam bahagian yang sama.


Sebahagian menu yang ada

Hadiah yang disediakan.
Salah satunya buat pengantin baru dalam bahagian aku.


Terima kasih yang tak terhingga buat beliau.
Budi dan jasa beliau sangat aku hargai.


TAPI..
Aku dan rakan-rakan yang lain tak boleh hadam ketika sesi ucapan dari boss bahagian. Boleh  pula kau membebel isu berkaitan kerja. Oh!My.. boleh tak jangan bercakap pasal kerja dalam majlis ini.

Paling menarik, aku ditegur sewaktu leka mengambil gambar. 'Jangan asyik ambil gambar je.. dengar apa yang saya nak sampaikan ni.' Tak pernah lagi dalam sejarah sebelum ini, aku kena tegur waktu mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

'Alahai boss.. bukan setakat majlis kecil macam ni tapi majlis lain terutama majlis rasmi pun pasti akan ada jurukamera berkaitan untuk mengambil gambar.'


Meh kita bergambar dengan 'Hello Kitty' - tupperware sementara nak tunggu boss menghabiskan ucapannya itu.


StatusHati: Kebelakangan ni aku letih tak cukup rehat..

Tuesday, March 19, 2019

Alah.. dia kan boss..


Luahan perasaan..

Dah lama sebenarnya aku cuba bersabar dengan kerenah seorang ketua di tempat kerja aku ni. Tak boleh berbahas bertegang urat dengan dia sebab kesudahannya dia aje yang betul, dia aje yang nak menang.

'Alah.. dia kan boss.. Kenalah dengar cakap boss.'

Aku tahu tu tapi bila melibatkan berkaitan hal kerja ni memang aku akan pertahankan demi kepentingan semua. Mana yang dirasakan bukan mengikut fomat disediakan aku cuba terangkan agar tiada masalah di kemudian hari tapi letih..! Letih sebenarnya berhadapan dengan situasi yang tiada komunikasi dua hala ni.

Kemuncaknya.. baru-baru ini ramai menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap ketua ini. Bukan geram, bukan stress lagi dah tapi dah tak boleh control perasaan dah rasanya.

Dia aje yang betul.. Huh! Seperti contoh kes seperti di SINI.. sebab itulah kebelakangan ini banyak entry dalam ni berkaitan emosi!

Sabar yang dah tak boleh sabar dah rasanya..


StatusHati: aarrrgghhh.. 

Monday, March 18, 2019

Jemputan dari ex-blogger Makchaq


Menghadiri jemputan di rumah Makchaq..

Kenapa aku di sana?
Ini adalah kerana semasa di SINI aku dapat soalan bonus dari Pakchaq.. 'Bila nak masak kambing dekat sini..?' dan sepanjang perjalanan balik waktu itu dok memikirkan tarikh yang sesuai.. 'Call Makchaq tanya bila Makchaq free sebelum masuk tahun baru nanti..' pesan en. Hubby.

Akhirnya pada hari Sabtu lepas, baru kami dapat berjumpa Makchaq dan family setelah lama mencari waktu yang sesuai. Segan + malu sebab belum berjaya nak memenuhi permintaan Pakchaq tapi bila dah berada di rumah Makchaq...


Bab bergambar tak boleh dipisahkan..
Hilang sudah #PerasanSlim #MakBudak.. 
Bertambah hilang bila bersama dengan dorang ni..🤣😂


'Dulu kecik je masa jumpa, sekarang dah besar dia.'
Inilah ayat dari Pakchaq tiap kali berjumpa..


Sama-sama tembam kan..


Menu semua menarik dan best..

Char kuey teow je aku tak ambil gambar tapi tukang masaknya adalah orang yang sama waktu majlis perkahwinan anak Makchaq hujung tahun lepas. Ni kira macam balas dendam, last time tak dapat sebab ramai orang.

Kambing golek paling dinantikan.


Alhamdulillah, seronok kami di sana, tambah-tambah lagi dapat jumpa blogger Kakcik Seroja dan Kak Junainah, en. Hubby pula dapat jumpa kawan lama sekolah beliau yang mana isterinya adalah seorang blogger.

Terima kasih Makchaq dan Pakchaq di atas jemputan tersebut. Nak berjanji tak berani tapi moga dapat bertemu lagi dalam keadaan santai dan dapat berborak lebih lama.

StatusHati: Mencuba dan terus mencuba..

Saturday, March 16, 2019

Status di Facebook 🙃


Baru aku tahu bercinta lepas kahwin ni lebih indah rupanya kalau nak dibandingkan sebelum kahwin.. 🤣🤣🤣

'Dari hujung rambut sampai hujung kaki dah sental bagi wangi.. cuma tak guna berus je lagi..'
'Berus dah guna cuci kasut sekolah..'
Hahaha..
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Apa-apapun moga hubungan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa walau banyak masalah melanda. 

StatusHati: Aku ada je ni..

Friday, March 15, 2019

PERNYATAAN AWAM DALAM MEDIA SOSIAL


Komunikasi dalam talian menjadi trend terkini berinteraksi kerana kaedahnya yang mudah dan menarik perhatian. Namun demikian, kita harus tahu batasan ketika menggunakannya. Andai tersilap langkah boleh menjatuhkan imej dan reputasi diri dan juga tempat kerja.

CONTOH ISU:
'Ada seorang berjawatan tinggi telah menggunakan medium internet meluahkan rasa hati mengutuk client dengan menyatakan detailnya lagi. Terang-terang secara direct menyebut nama tempat kerja, itu belum lagi yang komen di dalamnya.'

SOALANNYA..
Apa tindakan yang akan diambil?
Adakah tiada tindakan diambil dek aras duduknya seperti di SINI.. ?


Ni.. aku nak kau hadam isu yang sepatutnya kau selidik dulu:
  1. Dah terang-terang takde sentuh nama atau lokasi kejadian pun.
  2. Dah terang-terang semua gambar akan diedit terlebih dahulu.
  3. Dah terang-terang aku terkena getahnya!
DAN.. sebab itulah kebelakangan ini banyak entry dalam ni berkaitan emosi!

StatusHati: Nasib baik tak murung.. 😕

Thursday, March 14, 2019

'Diam tanda setuju' tu dah tak valid dah


Lebih suka memerhati..
Supaya tidak terasa hati..
Dapat tenangkan hati..
Dari takde hati..
Bila dah tawar hati..
Kau kenalah hati-hati..


'Diam tanda setuju' tu dah tak valid dah sekarang.
Orang diam sebab malas nak layan.


Aku diamkan diri bukan bermakna aku 'tewas'.
Lebih baik diamkan diri agar tak memakan diri.


StatusHati: Malas nak layan nanti menyakitkan hati..


Wednesday, March 13, 2019

Kejohanan Balapan dan Padang 2019


Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang 2019 di sekolah dak Kakak. Apa yang menariknya, dak Kakak masuk pertandingan yang aku tak pernah bayangkan memandangkan zaman aku #BudakPurba dulu aku lebih berminat pada acara balapan dalam larian 100m, 200m, 4x100m dan lompat tinggi. Sekarang kalau melompat, atas katil pun belum tentu larat.. kahkahkah..


Tempat Kedua - Rejam Lembing..


Tempat Pertama - Tarik Tali

DAN..
Paling menarik, tiga tahun berturut-turut, team dak Kakak berjaya mempertahankan kejuaraan tempat pertama bagi acara Tarik Tali.


Juara - Tarik Tali..


CUMA..
Dak Kakak sedikit kecewa tidak dapat memenangi bagi acara Lontar Peluru, hanya berjaya di tempat ke empat. Takpelah kakak, walau tak berjaya tapi bagi acara lain kakak tetap dapat pingat juga kan. Tahniah buat dak Kakak.. seronok tengok wajah ceria beliau di atas kemenangan tersebut.

Pandangan aku:
Tiada seorang dari anak-anak #MakBudak yang meneruskan legasi aku.

Dak Kakak selesa dengan sukan pilihannya.
Dak Adik, anak lelaki biasalah, takde lain selain dari bolasepaknya.
Dak Nuha belum nampak potensinya lagi.

Tapi yang pasti, tiada seorang pun dari mereka yang berminat dengan acara balapan. Masing-masing tak menunjukkan langsung minat ke arah itu.


StatusHati: Teringat zaman aktif #BudakPurba dulu..

Tuesday, March 12, 2019

#StatusHati



Bila aku cakap aku tak rindukan kau..
Mohon jangan percaya sebab ianya tipu..

Sebenarnya kau selalu dalam fikiran aku.
Gila tak rindu..?


#StatusHati: Jangan pernah jauh dari aku..


Monday, March 11, 2019

Siapa kata tak rindu? Gila tak rindu..


Rindu pada lif ini..

Bila dah tiada baru nak dikenang..
Bila ada depan mata sikitpun tak peduli..
Siapa kata tak rindu? Gila tak rindu..
Di jajahan baru tiada seperti ini, jauh sangat bezanya..
Kisah di SINI dan di SINI.. menyebabkan 'terasa hati'..
Keseronokannya kini tiada lagi di dalam diri. 

Bukan tak menghargai apa yang ada tapi ia seolah-oleh direntap pergi..
Kecewa di hati..
Waktu aku menaip inipun airmata bergenang dan hampir menitis di pipi.
Sabarlah #MakBudak.. aku tahu kau kuat bila diuji..
'Pasti ada hikmah bila kita diuji' di SINI..

StatusHati: Aku semakin menyepi..

Sunday, March 10, 2019

Gula penyebab manisnya Kopi..


Dalam diam aku cuba bertahan.
Dalam diam aku cuba bersabar.
Dalam diam..

Sedih satu hilang, sepuluh DIA gantikan..
Maka, sabarlah dengan kehilangan..
Percayalah setiap yang hadir itu ada pengajarannya dan yang hilang itu sebagai kenangan..

Kadang-kadang hidup umpama gula.
Memberi manis kepada kopi tapi yang dipuji adalah kopinya tanpa sedar gulalah yang menyedapkan kopi itu.

'Gula kalau tak dikacau takde manisnya kopi itu.'

StatusHati: Jangan dicabar hati ini..


Saturday, March 9, 2019

Mengaum seperti Singa kelaparan


Seharian aku di rumah..
Berehat melepaskan lelah dari terus mengadap mereka di tanah jajahan baru sambil melayan kerenah anak-anak.

'Bilik ibu sejuk..'

Sedar atau tidak, kini dah masuk bulan Mac 2019.  Apa yang sedang aku alami, cuba kuhadam walau terasa pahit.

Mengaum seperti singa kelaparan pun takde gunanya. Tetap menjadi kerakusan tangan yang pentingkan diri sendiri.

Sabar.. selagi boleh sabar..
'DIA takkan turunkan dugaan andai kau tak mampu nak menghadapinya.'

Sekarang..
Tarik nafas, hembus nafas..
Alhamdulillah masih bernyawa rupanya.

 Terliur melihatkan burger ini..
Percaya tak kalau aku katakan harganya RM3.50..
Lokasi di Setia Alam..
Nanti aku 'share location' di mana..


StatusHati: Moga perjalanan hidup ini tidak sia-sia..

Friday, March 8, 2019

#BudakPurba yang nakal satu ketika dulu



'Bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah'


Susah..? 
Aku pernah laluinya ketika aku masih #BudakPurba lagi. Merasalah mandi di perigi, malam pulak kami hanya menggunakan lampu minyak tanah hingga 'hitam' dalam hidung aku.. 😁 Waktu orang lain dah menggunakan 'air dalam besi, api dalam kaca' tapi kami tak mampu namun dengan usaha dan rezeki dariNYA masih mampu menceriakan kami.

Suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota menjadikan aku #BudakPurba yang lasak dan nakal, lebih-lebih lagi aku dan adik aku adalah cucu kesayangan arwah Atok dan Uwan. Dengan kawalan yang minima dari mereka ditambah pula mak dan ayah aku jauh di negeri lain mencari rezeki menjadi-jadi tahap kebuasan aku.. 👽

Bermain di kebun getah, main pasir, berkubang dalam parit (dulu air jernih dan bersih), kena kejar dengan angsa, tangkap ayam, kejar itik, mandi hujan, antara kenangan terindah yang takkan dapat masa kini. Paling aku suka panjat pokok buah-buahan bila tiba musim buah-buahan seperti di SINI.. Cuma sayang, gambar aku dengan kerbau Uwan aku dah hilang.. 😭

Sekarang, bila dah menetap dalam 'hutan batu' ni, tiada peluang untuk aku menunjukkan skill memanjat pokok kepada anak-anakku. Agaknya kalau aku panjat pokok mahu abam Bomba datang selamatkan aku.. kahkahkah..🤣🤣🤣

Kenangan aku tinggal dengan arwah Atok dan Uwan di kampung sangat membahagiakan aku. Rindunya aku dengan kenangan itu.

StatusHati: Jiwa aku yang kekampungan..

Thursday, March 7, 2019

Sambal Terung Pipit


Bukan aku tak minat nak berkongsi resepi di sini sebab ramai lagi yang lebih pandai bab memasak dan lagipun aku bukannya pakar memasak. Kalau setakat yang simple dan mudah tu biasalah tapi kebiasaannya en. Hubby yang akan masak. Aku hanya pandai pilih menu tapi anak-anak yang menentukan nak makan apa.

Baru-baru ni aku terima terung pipit dari jiran. Walau gusi aku belum pulih sepenuhnya seperti di SINI tapi disebabkan keinginan yang meluap-luap, akhirnya semalam dapat juga aku merasainya.


Terung pipit..


Selepas ditumbuk.
Jangan tanya aku kenapa perlu tumbuk sebab dari zaman #BudakPurba lagi dah diajar begitu.


Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan dan juga ikan bilis tak dilupakan..
Bawang merah dan putih aku suka letak banyak..


Inilah hasilnya.. 'Sambal Terung Pipit'

Ini namanya menu campak-campak. Jangan tanya resepi atau macam mana nak masak. 'Tak mencabar langsung masak menu ni.' Komen dari en. Hubby. Nak buat macam mana, aku bukannya minat memasak, aku lebih rela berlari keliling padang dari kena masak.. hahaha..

Disebabkan menu ni, ada kenangan lama di sebalik terung pipit di SINI..

StatusHati: Ingin kau ada selalunya..

Wednesday, March 6, 2019

Dak Nuha dan Doktor Gigi


Kisah petang semalam..

Biasanya akan ada cerita dari dak Nuha berkaitan dengan sekolah. Biasalah ragam anak-anak bila berhadapan dengan alam persekolahan. Aku layankan aje..

'Ibu.. ibu tahu tak, dekat sekolah tadi Nuha check gigi. Ada doktor gigi datang sekolah.'
'Dr. tu lelaki ke perempuan?'
'Doktor perempuan'
'Mesti doktor tu lawa kan.'
'Lawa ibu.'
'Siapa lagi lawa, ibu ke doktor tu..?'
'Ibulah..' sambil tangan dia menunjuk ke arah aku.

Aku dah tahu jawapannya. Sedari dia kecil aku dah biasakan pada dak Nuha akulah yang terbaik. Kira macam 'ugut'lah.. Contohnya: Kalau aku masak walau tak sedap dia mesti cakap sedap; sebab kalau kata tak sedap tak boleh tidur dengan aku. Kasihan dak Nuha selalu dimomokkan sampai macam tu sekali.

Kadang-kadang dak Kakak dengan dak Adik cakap, nak membodeklah tu tapi tak kisahlah janji anak-anak tak bergaduh. Aku selalu cakap:

'Masa korang kecik macam dak Nuha dulu pun sama je macam apa yang dak Nuha cakap tu.'
'Betul ke ibu..?' dak Nuha macam tak percaya..
'Betul..'

Dalam hati nak tergelak pun ada..

StatusHati: ...


Tuesday, March 5, 2019

Menyerah diri pada doktor gigi


Gusi bengkak amat menyakitkan.
Jarang berlaku tapi bila ia terjadi amat mengganggu dan memperlahankan rutin harian.

Nak jumpa doktor.. 😅😅
Kesihatan diri lebih penting dari urusan kerja di tanah jajahan baru.

Akhirnya..
Pagi semalam aku menyerah diri berjumpa doktor gigi dalam usaha membantu melegakan rasa sakit yang sedang menyerang. Bila tiba bab makan, rasa 'takut' pulak nak makan tapi takkan nak berlapar seharian kan.

Hari ini..
Moga rasa sakit itu hilang dan aku dapat tumpukan urusan kerja di tanah jajahan baru serta tidak mengganggu rutin harian.

StatusHati: Entahlah.. kalau terlebih cakap nanti aku kena balik..

Monday, March 4, 2019

Kenangan di sebalik Terung Pipit



Terung pipit dari jiran..

Teringat kenangan masa mengandungkan dak Kakak. Teringin nak makan sambal terung pipit.

Kenangan pertama:
Waktu nak mencari terung pipit di pasar malam di rumah myMIL, awek Hubby kena langgar dari arah belakang. Terkejut aku yang sedang memandu ketika itu. Berang aku dibuatnya tapi syukur awek Hubby tak cedera teruk. Terus hilang selera nak beli terung pipit yang kuinginkan.

Kenangan kedua:
Akhirnya aku dapat apa yang aku hajati di rumah bapa saudara en. Hubby di Kampar, Perak. Petik sendiri dari belakang rumah beliau dan terus masak dek gara-gara mengidam tapi sayang balik je rumah myMIL di K.L terus muntah, keluar semua yang aku dah makan tu. 

Waktu ini, aku berada di awal pregnancy, muntah-muntah memang menjadi rutin harianku. Walaupun begitu tapi aku berjaya mendapat apa yang aku idamkan iaitu Terung Pipit masa tu.

StatusHati: Kenangan yang tiada galang gantinya..


Sunday, March 3, 2019

Rantau Panjang bukan di Kelantan tapi..


Hari ini..
Walau tidur lewat dari biasa di awal pagi tapi itu bukan penghalang semangat yang membara. Berehat ala-ala homestay di rumah mySIL.

Selain melayani kerenah anak-anak sendiri, anak-anak buah tidak dipinggirkan. Dahlah tinggal di rumah mama mereka, takkan nak diam je kan.. 😁

Tinggal di 'homestay' mySIL, anak-anak mudah je nak bangun pagi. Kalau tak.. selagi #MakBudak tak mengaum, selagi itulah memasing buat derk je.. 🤦‍♀️

Sementara itu, bersiap-sedia untuk masak makan tengahari sebelum bergerak menghadiri majlis perkahwinan kawan en. Hubby di kampung Rantau Panjang bukan di Kelantan tapi di Klang.
 😉

 Panas berdenting.. ting ting tang ting.. 🤣

 Bersama pengantin.. lawa orangnya.. 😘

Moga jodoh mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin..


Malam nanti
Confirm akan terus berkejar menyiapkan rutin yang tergendala dek gara-gara bercuti di luar kawasan perumahan kami.. 🤣🤣

Moga malam nanti dapat berehat secukupnya kerana esok akan melaporkan diri di tanah jajahan baru seperti rutin sebelum ini. Moga perjalanan dipermudahkanNYA.. Aamiin..


StatusHati: Sakit gusi.. berdenyut-denyut tak selesa 😭


Saturday, March 2, 2019

Majlis Tahlil dan Aqiqah


Pagi tadi..
Dak Adik ada perlawanan pemilihan bola sepak dekat sekolah di Shah Alam. Moga team sekolah dak Adik menang dan beroleh kejayaan. Moga dipermudahkanNYA. Aamiin..

Selesai urusan dak Adik, kami bergerak menuju ke rumah mySIL untuk berehat sebelum bergerak ke Kuala Selangor.


Tengahari tadi..
Menghadiri majlis Tahlil dan Aqiqah anak #Bossku di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Tembam baby #Bossku.. dak Nuha cemburu tak nak bergambar sekali. Merajukler tu.. 🤣😂

Tembam kan.. 😘
Rasa nak gigit-gigit je.. 🤣

Anak kedua bossku...

Selesai urusan di Kuala Selangor, kami kembali ke Shah Alam hingga letih anakku dan anak buah dibuatnya 😅😅 Sekembali kami ke rumah, sebelum hanyut ke alam mimpi, #ChefHubby terus masak untuk makan malam dibantu pembantu yang sekadar menemani ala-ala juri masakan.. hahaha..

Ayam masak lemak cili padi + ayam goreng..

Alhamdulillah..
Selesai urusan berkaitan, masa untuk berehat sambil melonggarkan urat yang tegang.. 😄

Malamnya pulak..
Sementara anak-anak berehat di rumah, kami menemani akak ipar menguruskan kereta beliau di Bukit Beruntung.

La ni..
Supper dulu sebelum 💤💤💤


StatusHati: Penat tapi happening..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...