Followers Remaja Purba

Saturday, October 27, 2018

Kisah di Pasar Borong


Kisah pagi tadi..

Pertama kali ke Pasar Borong dalam Tahun 2018. Saja gedik nak ikut en. Hubby, kekonon nak merasa suasana hiruk-pikuk Pasar Borong tu.. sekali terkena dengan pekerja di sana..

'Hai Hensem..' eerrr.. aik.. takkan dia panggil aku hensem.. 🤔

'Hai Hensem..' sekali lagi kedengaran. Masa ni en. Hubby jalan depan aku, tak perasan orang tu panggil. Aku lagilah tak toleh langsung bila dengar dia panggil macam tu.

Bersangka baik. Mungkin dia panggil en. Hubby aku.. TAPI kau dah kenapa? Laki aku tu kot.. 

Selesai je urusan di Pasar Borong..

'Abang. Tak nak dah ikut abang. Serik. Asal ikut abang ke pasar mesti kena macam ni. Hari tu kena flying kiss. Hari ni macam ni. Takmo dah..' 🤣🤣🤣

'Nak sangat ikut abang kan. Lain kali ikutlah lagi.' Balas en. Hubby..


StatusHati: Tak cukup rehat.. 😣



Friday, October 26, 2018

Target biar tepat.. 💪


Alhamdulillah..

Aku cuba untuk lupakan masalah seketika..
Aku cuba untuk lupakan marah seketika..
Aku cuba untuk bergembira seketika..
Aku cuba untuk #MusimMengawan seketika.

Minggu ni aku cuba lalui dengan tenang walau aku tahu rintangan di hadapan aku bukan mudah nak diselesaikan.


StatusHati: Target biar tepat.. 💪


Wednesday, October 24, 2018

Mood #MusimMengawan


Minggu ni aku cuba mencari kelainan dengan bergaya ke tempat kerja. Sengaja mencari kelainan, dalam masa yang sama untuk menaikan mood happy working yang dah macam sauna aku rasakan di tempat kerja aku ni.

Kenapa..?
Mengapa..?
Biarlah pihak berkenaan uruskan masalah berkenaan agar kami tak berhadapan dengan isu kipas-mengipas ni. Panas weh cuma belum tahap berlengas je lagi ni..


Sebenarnya.. aku sengaja nak melawa.. gara-gara tergoda dengan lagu:

Kau bilang aku memang cantik..
Ku tahu diri ku paling menarik..
Tak henti-henti matamu melirik..
Syinta syinta syinta syinta gila..
#SyintaGila

Aku bukanlah penyokong LGBT tapi lagu ni lebih catchy dan harapnya video clipnya taklah over macam lagu Bobo di Mana tu. Bikin stress hadap jem dengar lagu dia tapi tak macam lagu Syinta Gila ni. Hailaa.. tetiba lak aku suka lagu ni. Pasal lagu nilah minggu ni aku melaram, orang tanya aku cakap minggu #MusimMengawan.. hahaha..


Gaya #MakBudak yang semakin hilang #PerasanSlimnya.. huhuhu..


#ChefHubby turut menambah perisa..



Terasa macam terkena starlite dekat dahiku bila en. Hubby mengatakan bakal dapat anak kembar disebalik gurauan aku itu. Nak bergurau sekali aku yang terkena.. wakakaka.. padan mukaku..


StatusHati: Cukup dengan apa yang ada.. 

Monday, October 22, 2018

Filem PASKAL Inspirasi dari kisah besar


Dari mula Filem Paskal ini di ditayangkan di pawagam, aku mencuba mencari masa yang sesuai untuk menontonnya ditambah dengan rengekan dak Kakak dan dak Adik tiap kali membuat lintas hormat di depan, GSC, Setia City Mall.

Akhirnya, 9:20 malam, 21 Oktober 2018 (Ahad) aku berjaya jejakkan kaki menontonnya di pawagam. Walau masa tak sesuai tapi atas persetujuan en. Hubby, aku terus membeli secara online tanpa pengetahuan anak-anak.

'Ibu.. kita nak tengok Venom ye ibu?' Bila tahu arah tujuan.
Hailaa.. anak. Dah berubah selera pulak rupanya. 

'Ala.. ingat Venom, tapi takpelah ibu. Lain kali kita tengok Venom pulak ek.' Itu reaksi dak Kakak bila aku tunjukkan filem apa yang akan ditonton.

#PenemanSepanjangHayat aku tak tidur sepanjang filem ini ditayangkan dan ini menandakan filem tersebut tak bosan dan sangat menarik ditonton. RM10 Juta kos filem ini, rugi tidur dalam panggung beb!

Sumber en. Google


Thumb up..! Buat semua yang menjayakan filem PASKAL ini. Memang terbaik.. dan adakah akan ada sekuelnya nanti..?

Aku sememangnya sangat suka dengan filem ini. Tak puas menonton rasanya malam tadi dek diganggu dengan kerenah dak Nuha. Biasalah ragam anak kan. eemm.. macam nak goda en. Hubby pergi tonton lagi je rasanya.. 



Sedikit mengenai PASKAL:
Pasukan Khas Laut  (Jawi: ڤاسوكن خاص لاوت) atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut, Pasukan Khas Udara) kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan Tentera Malaysia ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 di kawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.



StatusHati: Terasa meremang dengan 'Kita Sentiasa Terbaik'.


Friday, October 19, 2018

Juara Pencetus Ummah Musim ke-2 PU Azman Shah


Bertahun tersimpan lama dalam draft sebenarnya.

Juara Pencetus Ummah Musim ke-2 yang memang terkenal dengan loghat Negeri Sembilan yang bersahaja ketika menyampaikan ceramah telah diundang bagi Program Pemantapan Rohani di tempat kerjaku. PU Azman Shah dan senior beliau Ustaz Nor Azman Mohamad pada 29 Mac 2016.

Sebahagian dari isi program yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azman Mohamad ketika sesi ceramah tersebut adalah seperti berikut:


Konsep tanggungjawab di dalam sesebuah organisasi terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Amanah: Kepercayaan yang diberikan kepada majikan untuk menerima kita sebagai pekerja.
  • Pelaksanaan: Perlu ada garis panduan dalam bidang kerja yang dibuat di mana ianya menepati apa yang disuruh dan bukannya yang dilarang olehNYA.
  • Ganjaran: Berpegang kepada ganjaran kekal abadi iaitu pahala.

Mentaliti bagi yang bekerja:
  • Makan gaji
  • Tiada pilihan
  • OK dah ni
  • Makan garam
  • Ikut suka aku
  • Yang penting aku
  • Bolehlah
  • Buat sendiri
Semua ini kebiasaan yang berbisa kepada orang lain..
Hidup kita ini perlu lengkap-melengkapi di antara satu sama lain..


Ada ke Niat Kerja..?
Apa yang terlintas di dalam hati - itulah niat dan disertai dengan perbuatan..

Konsep Rezeki:
  • Yang dijamin (Surah Hud: Ayat 16)
  • Yang diusahakan (Surah An-Najm: Ayat 39)
  • Yang dijanjikan (Surah Ibrahim: Ayat 7)
  • Yang dikurniakan (Surah At-Talaq: Ayat 2 dan 3)










 




Kelebihan Kerja Berpasukan:
Kebanyakkan Ibadat dalam Islam digalakkan berjemaah.
Tuntutan berpadu dan bersatu.
Kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.



Tiga bentuk rezeki datang dari pakaian, makanan dan sedekah. Selagi kita hidup, rezeki itu tetap ada. Aturan Allah buat kita adalah yang sebaik-baiknya. Kadangkala mungkin apa yang kita nak, Allah tak bagi sebab Allah tak nak kita semakin jauh dariNYA. Moga rezeki yang kita terima adalah dari sumber yang berkat dan bukan sebaliknya.


StatusHati: Moga kita terus kuat hendakNYA..



Thursday, October 18, 2018

Haa..!Baru dia tahu kuasa seorang ibu..


Perbualan antara dak Nuha dengan Babahnya tengahari semalam..

'Babah dak masak ke..?'
'Belum..'
'Nape Babah tak masak lagi..?'
'Jap lagi Babah masak la..'
'Babah tau tak Nuha lapar ni.. macam nak pengsan dah Nuha ni..'
🤣🤣🤣🤣🤣 tak terkata Babahnya..


Bila en. Hubby dah siap masak dan dak Nuha sedang makan..

'Babah.. lepas makan, kita balik kampung kan..?'
'Nak naik apa..?'
Naik moto Babahlah..'
'Mana boleh. Kampung Babah jauh lah.'
'Dulu Babah dengan ibu elok je..'


Ini semua gara-gara botol susu dak Nuha tertinggal di kampung Uwannya baru-baru ini. Malam kelmarin aku gertak dak Nuha suruh dia pergi ambil sendiri botol susu tu. Sekali betul dia ajak Babah dia balik kampung. Siap ajak Babahnya naik motor pulak tu.

Dipendekkan cerita.. malam tadi mySIL bawa balik botol susunya dan barulah dia tersenyum gembira bila mana dapat menghilangkan ketagihannya sebelum tidur dan ketika bangun tidur. Sebelum tu.. senyap, tak berani langsung nak merengek nak susu dari aku. Mana taknya dah kena bebel + marah gara-gara dia tertinggalkan botol susu dekat kampung. Nasib baik kampung Babahnya tak jauh mana..


StatusHati: Haa..!Baru dia tahu kuasa seorang ibu.. hahaha..


Wednesday, October 17, 2018

Tragedi Oktober - 'Ni Scam'


Kisah terjadi pada 7 Oktober 2018 yang lepas di mana aku dapat panggilan telefon mengatakan yang aku perlu hadir untuk mengambil 'Door Gift Voucher' penginapan kepulauan peranginan di Malaysia di sebuah hotel.

Sebenarnya dari petang Jumaat sebelum tu lagi aku dah terima panggilan ini, siap dia mesej maklumat lengkapnya lagi tapi aku tak layan. Memang aku tak pernah layan panggilan yang macam ni. Pada aku.. mana ada benda free dalam dunia ni.


TAPI..
Nak dijadikan cerita, en. Hubby bersetuju untuk hadirkan diri. Adeh..! Aku memang tak nak pergi tapi demi nak menjaga hati dan tak mahu dituduh sebagai isteri derhaka, aku pun ia kan je.. hehehe..

Sampai di tempat tersebut, alahai.. nak dapatkan voucher tu kena dengar sesi penerangan syarikat tersebut terlebih dahulu. Aku perhatikan dalam dewan tu, ada banyak meja dan sesi penerangan sedang dibuat. Dekat setengah jam mendengar, aku merengek mesej dekat en. Hubby ajak balik, otak aku dah penat, tak boleh nak menerima apa-apa maklumat dah malam tu. Wakil tersebut memancing minat aku, bila dia tengok aku macam endah tak endah, dia cuma panggil 'manager' dia. Tak cukup seorang, sampai tiga orang 'manager' bagi penerangan. Tapi semuanya bagai mencurah air ke daun keladi.

Hingga satu tahap, aku tergerak hati nak whatsapps group aku berkenaan apa yang sedang berlaku malam itu.


Apalagi.. kena 'sekolah'kan aku dengan tuan Sham pasal isu tersebut.

'Ni scam. Dalam lama benda-benda macam ni. Hang ingat free-free ke voucher tu. Nama je free.. tapi kena beribu-ribu RM habis kena ambil pakej itu ini.'


Seorang lagi teman kepada tuan Sham turut berpesan:

'Nasihat saya, kalau sayang duit jangan masuk ni. Kalau duit banyak bolehlah sedekah.'


Syukur sangat-sangat tuan Sham reply cepat mesej aku dalam group tersebut. Bila aku baca ayat pertama 'Ni scam'.. tak fikir apa dah. Tak pandang kiri kanan dah.. terus bangun tinggalkan tempat tersebut. Sekuat mungkin aku genggam tangan dak Nuha tarik keluar dari dewan tersebut. Wakil yang melayan kami masa tu terpinga-pinga dengan tindakan aku. Hingga ke lift dia kejar kami minta kami tandatangan resit penerimaan voucher yang diwar-warkan tersebut.

Pada pandangan mata kasar, nampak aku kurang ajar.. tinggalkan majlis tiba-tiba tapi kurang ajar aku itulah yang menyelamatkan diri kami dari terus hanyut dengan penerangan yang kononnya sangat menarik itu.


Ini gambar dalam dewan di hotel tersebut.
Ada antara yang hadir deme ambil 'Door Gift Voucher' tersebut.


Ada dekat sejam wakil tersebut bercakap dengan kami.
Memperkenalkan barangan 'Snacks & Beverage Vending Machine'.
Dalam hati.. 'Eh!Dia ni nak jual benda alah ni pada aku ke..?'


Aku membayangkan dia minta aku sign akujanji untuk terima barang tersebut dan aku perlu bayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut disebalik penerimaan 'Door Gift Voucher'. Sedari awal en. Hubby cakap 'kita datang tengok macam mana, kalau rasa tak ok, kita baliklah.' DAN.. itulah yang kami lakukan.

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan Sham kerana telah menyelamatkan kami dari terus mendengar sesi penerangan yang sepatah haram tak masuk dalam otak aku ketika itu. Mana nak masuk, aku memang tak fokus sebab dok pandang keliling dan terfikir kenapalah aku boleh terjebak dengan situasi yang macam ni.


Pengajarannya:
Nak bercuti ke mana-mana, simpan je duit secukupnya. 



StatusHati: Kisah ini sebagai peringatan bersama.



Tuesday, October 16, 2018

Minta aku temankan..


Lokasi kejadian di dalam hospital.

Seorang kakak ni cuba bertanyakan tempat mengambil ubat di mana pada si A ni. Si A pun bagilah penerangan macam mana nak ke sana tapi kakak ni mengomel kata tak tahu. Dia datang pula ke arah aku cuba meminta bantuan.

Pada mulanya aku ok lagi. Dengan baik hati aku tunjuk arah sampai ke lift. Dia ajak aku temankan sampai keluar dari lift. Ok lagi masa ni.

Keluar dari lift aku pun tunjuk ke arah mana yang dia perlu pergi. Dia masih kata tak tahu, tak faham. Minta aku temankan.. Ah!Sudah..!

Dalam hati.. 'Kak.. aku ni tengah tunggu no. Giliran untuk dipanggil. Takut terlepas no. nanti.'

Sudahnya..
'Akak terus ikut jalan ni sampai nampak signboard Menara Selatan tu, lepas tu belok kiri, akak terus sampai depan kaunter polis bantuan tu akak tanya pada dorang tempat akak nak pergi tu.'

Dia masih mengomel kata tak faham.. mintak aku tunjukkan tempat tu. Maaf kak.. urusan saya belum selesai lagi. Setakat ini je saya boleh tunjukkan. Selebihnya akak kena usaha sendiri. Maaf sangat-sangat.


StatusHati: Check up at Neuromedical Clinic..



Thursday, October 4, 2018

Menjadi mangsa penderaan..


Telah berlaku satu kes penderaan di sebuah rumah. Sedikit demi sedikit mangsa telah dizalimi dengan kejam. Bayangkan, dari elok ada dua biji mata, la ni tinggal sebiji.. kesian pada si mangsa.


DAN..
Ini buktinya..
Menjadi mangsa kreativiti dak Nuha..


Berbalut berbungkus baby kecil ni dek penangan dak Nuha.
Berbeza dengan dak Kakak, setiap anak patung yang ada pasti dijaga dengan baik.



StatusHati: New baby..?


Penderaan Kanak-kanak:
Bermaksud dera atau satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak yang berusia kurang daripada 18 tahun. Penderaan kanak-kanak ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, diantaranya penderaan fizikal, mental mahupun seksual kanak-kanak. - sumber en. Google.



Monday, October 1, 2018

Damn it..!!


Oktober..
Setahun sekali je kita dapat berjumpa..

Aku teringin nak meluah rasa di sini.
Aku teringin nak bercerita di sini.
Aku teringin nak 'menganjing' di sini.
Tapi.. hanya banyak tersimpan di dalam draft.

Andai aku ikutkan rasa marah ini, pasti dah terluah.

Bersabar selagi boleh sabar..
Kuatkan semangat..
Sabarlah MakBudak..
Aku tahu kau kuat..


StatusHati: Damn it..!



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...