Followers Remaja Purba

Tuesday, March 31, 2020

Dam dam dum bunyi mercun 😂


Menu malam tadi: Roti daging..

DAY 14 (31 Mac 2020 - Selasa)
Hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Yeaahh.. 👏👏👏 selesai 14 hari pertama tapi kena dilanjutkan lagi 14 hari seperti kenyataan di SINI.. 😂😂😂

Tugasan dak Kakak dan dak Adik:
Banyak kerja sekolah yang diberi oleh guru masing-masing perlu disiapkan. Makluman melalui whatsapp perlu dipantau sentiasa.

Tugasan en. Hubby:
Mendapat permintaan dari seseorang menyediakan masakan dan agihan ke RUKA, PPUM. Aku risaukan pergerakan keluar masuk en. Hubby. Moga semuanya dipermudahkanNYA.

Menu serahan hari ni: Kari Kambing..

Tugasan aku:
Tiada kebenaran khas untuk ke tempat kerja sehingga 14 Mac 2020 😟ðŸ˜Đ


Selingan:
Aku bukan orang have².. Orang pun bukannya kenal aku. Lainlah retis.. macam² dimintak eh.. Kemain dam dam dum laie..

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya!
😆😆😆

'Ada orang lagi susah dari kita. Dahlah.. Jangan mengeluh'.

kita kena bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan tiba.

#KisahKita: ...

Monday, March 30, 2020

Maggi Brazil dan RUKA, PPUM


DAY 13 (30 Mac 2020 - Isnin)
Sepatutnya aku berada di tempat kerja pagi tadi bagi menyiapkan dokumen penting yang berkaitan tapi last minute pengurusan tertinggi tempat kerja aku batalkan surat kebenaran tersebut berikutan perkembangan semasa situasi COVID-19. 

Ada hikmah disebaliknya.
Aku masih bekerja dari rumah tapi kali ni membantu en. Hubby menyediakan makanan (atas permintaan seseorang) untuk barisan hadapan di RUKA, PPUM.

Menu: Nasi Ayam
Agihan ke PPUM..

Gambar..?
Dok kalut ke hulu ke hilir, en. Hubby dah gerak hantar makanan tersebut baru teringat. Bukan niat nak menunjuk, sekadar simpan di sini untuk dijadikan kenangan.

Maggi Brazil

Kali pertama aku merasa bayam Brazil ni. Sebelum ni sikitpun aku tak kisah tapi bila berada dalam tempoh PKP ni, mulalah tekak ni gedik pujuk perut terima makanan.. 😂 Ada seikat dalam peti sejuk tu, tak tahu nak masak apa.


Selingan:
Kalau elektrik takde panas weh.. tapi kalau tanya nama artis, maaf saya tak kenal. Memang tak kenal pun sebab tak ikutpun berita semasa artis² ni. Baik layan drama Korean, Thailand, Chinese.. ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ

#KisahKita: Pukul 10:30 malam masih makan lagi..?

Ayam Hutan dan Makcik Kiah


DAY 12 (29 Mac 2020 - Ahad) - SEMALAM
Bosan..??

Cantiknya pemandangan ni..

Gambar ini diambil tiga hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan sepatutnya lagi tiga hari akan berakhir PKP ini TAPI demi keselamatan, PKP dilanjutkan dua minggu lagi.

Duduk yo ontok² dalam ghumah. Tengok yolah gambar pemandangan tu pepueh sambil..

ðŸŽķ Oo anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako.. ðŸĪ—
#KuLihatHijau
#BosanWeh

Cerita lain pulak..
Rendang Ayam Hutan by #ChefHubby

Ayamnya?
Jiran sebelah rumah bagi, 'fresh' baru lepas disembelih dan dibersihkan. Jiran kami ni memang suka mintak en. Hubby masakkan. Dapatlah kami tumpang merasa sekali.. 😆
#MCO
#StayAtHome


Selingan:
Bertahun lama tak jumpa Makcik Kiah ni. Bukan jodohku dengan anak beliau waktu itu.. 😅 Siapalah menantu Makcik Kiah sekarang agaknya.. ðŸĪ”
#MakcikKiah
#PakejRangsanganEkonomiPrihatinRakyat
#BukanMenantuPilihan ðŸĪŠ
Berita mengenai Makcik Kiah ada di SINI..

#KisahKita: Kisah Hari ni, petang sikit.. 😉

Saturday, March 28, 2020

Perutusan Khas PRIHATIN oleh Perdana Menteri


Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 billion telah diumumkan pada pukul tiga petang semalam, 27 Mac 2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan memberi manfaat kepada semua - Teks Ucapan perutusan Khas oleh Perdana Menteri di SINI..

PRIHATIN buat semua


DAY 11 (28 Mac 2020 - Sabtu)
Ada perkhidmatan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini:
  • Restoran dalam hotel (dine in)
  • Penjaja kecil/Food Truck/Food Court
  • Pasar Malam dan Pasar Tani
  • Dobi/Dobi Layan Diri
  • Pusat Cucian Kereta/Motosikal

Hanya perkhidmatan tertentu dibenarkan beroperasi mengikut waktu yang dibenarkan.


Aku turut terkesan bila mana en. Hubby tidak dapat bekerja seperti biasa. Namun setakat ini bekalan makanan masih terkawal walau tidak terlibat dengan pembeliaan panik yang berlaku baru-baru ini.

Disebalik masalah yang dihadapi, kerajaan akan menyediakan bantuan segera untuk membantu meringankan beban semua.

Terasa sayu bila PM berkata:
This government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I accepted to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time.

Please bear with me and my friends in the cabinet and the government. We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. InsyaAllah

#KisahKita: Seperti seorang bapa menasihati si anak.

Friday, March 27, 2020

Tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April 2020


DAY 10 (27 Mac 2020 - Jumaat)
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ini berikutan susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan di awal.

Tempoh lanjut kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa le semasa. Sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini akan berakhir pada 14 April 2020 akan dikemaskini kemudian.
Berita dari SINI..


Hari ini:
Selepas hampir sepuluh hari berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya aku berjaya melihat pemandangan.. 'kulihat hijau'.. 😎
#RM0
#StayAtHome
#WFH

Sambal petai #MakBudak

Menu Kelmarin - Mee Kari

 Menu semalam - Daging masak asam pedas

Nampak nau tahap bosannya


Apa-apapun, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk Stay At Home bagi tempoh yang lebih lama.

#KisahKita: ...

Thursday, March 26, 2020

😍 Selamat Hari Lahir Mak 😍


DAY 9 (26 Mac 2020 - Khamis)
Kau berkatilah Mak aku,
Kau jauhkanlah Mak aku dari sebarang penyakit.
Kau sembuhkanlah Mak aku dari sebarang penyakit
Kau dekatkanlah hati Mak aku kepadaMU.
Kau permudahkanlah rutin harian Mak aku.
Aamiin..

Selamat Hari Lahir Mak..
💋💖💞💝💋
26 Mac 2020 (Khamis)..
Tahun yang 'istimewa' untuk dikenang setiap tahun..


Tarikh ini juga merupakan hari pertama di mana aku memulakan tugas di tempat baru, suasana baru. Genap dua tahun hari ni aku di situ.

#KisahKita: Happy Birthday Mak..

Wednesday, March 25, 2020

RM0 dari MOH dan MKN


DAY 8 (25 Mac 2020 - Rabu)

RM0
Mesej yang digunakan oleh kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pesanan dari MOH

RM0:
Health Advice: Wash hands regularly, cover mouth and nose when cough and sneezing. If feeling unwell, use face mask when in public and seek medical advice.

RM0:
Rayuan kepada peserta Ijtimak Tabligh yang belum melakukan pemeriksaan SEGERA hadir ke fasiliti kesihatan atau hubungi pejabat kesihatan berhampiran.


Pesanan dari MKN

RM0:
ATM will assist PDRM to enforce the Movement Control Order to eradicate transmission of Covid-19 starting from Sunday, 22 March 2020 at 1201 am.

RM0:
RM500 juta peruntukan tambahan akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan perubatan bagi usaha menangani COVID-19.

RM0:
PERINGATAN Jika ada keperluan untuk membeli barangan keperluan/ubat-ubatan, hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar dari rumah.

RM0:
Tindakan tegas akan diambil oleh MCMC dan PDRM untuk mengekang berita palsu mengenai wabak COVID-19. Jangan menyebarkan berita yang belum ditentukan.


Dengarlah nasihat dari YDP Agong, rayuan dari Perdana Menteri dan pesanan dari MOH serta MKN demi keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga.

Semua orang nak kembali dengan rutin harian. Semakin lama kita berada di dalam PKP, semakin sukar buat mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Bukan semua orang senang.. 😟😖

Kalau kita tak saling bekerjasama, bila lagi?

#KisahKita: ...

Tuesday, March 24, 2020

Arahan Pertukaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan


DAY 7 (24 Mac 2020 - Selasa)
Aku diarahkan bertukar unit. ðŸ˜ģ
Hah!Kena tukar..? Tapi kenapa mesti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Dalam keadaan WFH ni, apa yang boleh aku buat? Susah hati dah ni.

Dalam dok fikir pasal arahan tu, telefon aku berbunyi. Eh!Takkan aku kena lapor diri segera dalam keadaan PKP ni. Aku dah mula cuak. 😰


Tiba-tiba..
Eh!Kenapa gelap ni. Dalam mamai aku capai telefon, tengok jam baru pukul empat pagi ðŸĪ” dan apa yang berlaku tu hanya mimpi? Apa semua ni..?

Nasib baik hanya sekadar mimpi tapi kalau ianya benar-benar terjadi, itu baru betul-betul mimpi ngeri buat aku.

#KisahKita: ...

Monday, March 23, 2020

Work From Home (WFH)


DAY 6 (23 Mac 2020 - Isnin)

Work From Home (WFH) digunakan sejak Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Dari tempat kerja aku:
Pemantauan status kehadiran pegawai dan kakitangan di tempat kerja mahupun yang bekerja dari rumah (WFH) dengan mendapatkan status secara live location mereka. Sekiranya ada perubahan tempat, ini perlu diberi perhatian dari masa ke semasa. Maklumat lengkap perlu diberi setiap hari sehingga berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

#MakBudak?
Sehari sebelum PKP, aku dah selamat kembali dari kampung en. Hubby. Kiranya hari terakhir aku bekerja pada 13 Mac 2020 (Jumaat). Apa sahaja kerja di tempat kerja, kekal pending sehingga kini. Bukan aku je, orang lain pun sama.

Bila berada dalam PKP ni, tekak dan perut memang takde belas kasihan langsung. Saling bekerjasama seperti belangkas.. 😭

Risau..? 😓
Jangan kata aku, en. Hubby pun sama. Bukan takat risau malah takut melihat keadaan aku > Makin kuat makan.. ðŸ˜ģ

Dapat cicah dengan Lemon Tea, makin berulang anak-anak makan. Kalau tak, pandang pun tak biskut ni.

Nah Vitamin C - kata dak Nuha..

Untuk rekod, ini bukan 100% kucing kepunyaan aku.

Pertama kali si Oyen mendapat kebenaran khas berbaring di atas katil aku tapi sekejap je. Biasanya 'No Entry' ia takkan masuk walau pintu bilik terbuka. Alhamdulillah ia mendengar kata termasuk seekor lagi si Hitam (tiada dalam gambar).

#PerintahKawalanPergerakan
#RM0

#KisahKita: Alhamdulillah.. Rezeki..

Sunday, March 22, 2020

ATM bantu PDRM menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan


DAY 5 (22 Mac 2020 - Ahad)

Bermula jam 12:01 pagi, 22 Mac 2020 (Ahad), khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan - membasmi penularan wabak COVID-19. Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang mengingkari perintah tersebut.

Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri di SINI..


Bila Stay at Home, aku perasan ada perubahan pada perut aku. Oh? Apakah..

Hari Tanpa Nasi ðŸĨī
 Kita pulangkan semula bekas jiran sebelah..

 Bunga kantan jiran sebelah bagi.

Buat kerabu mangga + bunga kantan sedap ni.. 😊 buat lintas hormat dekat dapur, bahan tak cukup pulak..ðŸĪĶ‍♀Kita simpan dululah..

Kalau tv ni boleh bercakap..

Dak Kakak nak tengok cerita Korea..
Dak Adik nak tengok sukan..
Dak Nuha nak tengok kartun..
Babah deme nak tengok filem lama..
#MakBudak..? Sorokkan remote.. ðŸĪŠ

Cukuplah untuk hari ni.. Apa yang pasti en. Askar belum sampai kawasan aku tapi tak bermakna bebas nak ke mana-mana. Duduk ontok-ontok dekat rumah.

#KisahKita: Stok makanan masih ada..

Saturday, March 21, 2020

Kisah jiran sebelah rumah


DAY 4 (21 Mac 2020 - Sabtu)
Kisah jiran sebelah rumah..
Dia ni memang kaki pancing. Pernah sekali dia bagi ikan mintak en. Hubby masakkan. Sejak itu, adalah beberapa kali kami dapat ikan yang dipancingnya.

Semalam diberinya ikan ni.
Bilalah aku nak pulangkan semula bekas tu agaknya ðŸĪ”

Dua ekor Ikan haruan

Aku kurang menggemari ikan haruan ni tapi ikan inilah yang selalu jiran sebelah rumah bagi. Bukan kecik tapi yang besar diberinya. Tapi bagusnya ikan-ikan tu dah siap siang, aku pulak potong bagi kecik gitu.

'Ambik jelah buat masak. Kami dah jemu makan ikan'.

Reaksi anak-anak:
'Ikan haruan lagi ke ibu?'
'Korang nak makan ikan jenahak, tunggu kita balik kampung Babah..'


Petang tadi dapat pula si ayam hutan. Pakej sembelih depan rumah lagi. Kau mampu.. ðŸĨī

As always, tinggal nak masak je.

#KisahKita: Alhamdulillah.. Rezeki..

Friday, March 20, 2020

Complimentary viewing from Astro


DAY 3 (20 Mac 2020 - Jumaat)

Sehingga 31 Mac 2020 ini, Astro bermurah hati memberikan banyak channel untuk ditonton secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bila anak-anak mengetahui, sejam pertama ok lagi, lepas tu takde dah..

Dak Kakak:
Anak dara ni tak kisah tak dapat keluar, dah biasa sangat duduk dalam rumah.

Dak Adik:
Perintah berkurung terus aku berikan. Kawan ajak keluar..
'Mak aku tak bagi keluar'.
'Jomlah.. sekejap je'.
'Mak aku tak bagi.'

Eh!Dorang ni tak faham bahasa ke hape. Terus aku gunakan kuasa veto aku.
'Dia tak boleh keluar. Dah pergi balik rehat dekat rumah'. Lepas tu takde dah yang berani ajak dak Adik keluar. Nampak tak betapa garangnya aku.. ðŸĪŠ Beleklah basikal kau tu Adik. Hati ibu takkan cair.

Dak Nuha:
Paksa baca buku, itupun tak sampai setengah jam, lebihnya sibuk dengan pelbagai mainan dia. 'Dah main kemas, kalau tak.. tong sampah tempatnya'.

#MakBudak:
Workout Challenge from Home. Penat berdiri, duduk pulak. Penat duduk, baring sampai tertidur. Paling best workout, dekat bahagian dapur rumah. Memang tekak dengan perut saling bekerjasama membantu merealisasikan workout aku ni.

Asyik lapar je sekarang ni..

#KisahKita: Pertama kali tiadanya Solat Jumaat 😟

Thursday, March 19, 2020

Perutusan Khas Covid-19 - Stay at Home


Tolonglah.. duduk diam-diam di rumah.

Just Stay at Home.
Ini tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. Stay at Home and protect yourself and your Family.

Stay put where you are untuk tempoh dua minggu ni sahaja.

Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.

Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diam-diam di rumah. Stay at Home.

(18 Mac 2020)
Perutusan Khas Covid-19 (18 Mac 2020) - Stay at Home oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia di SINI.


DAY 2 (19 Mac 2020 - Khamis)
Masih ada yang mengambil mudah walau telah dinasihati oleh kerajaan mengenai Covid-19 yang makin berleluasa ketika ini. Takde perasaan takut ke?

Tolonglah... Tolonglah pentingkan diri sendiri dulu. Kalau takde keperluan khusus janganlah keluar rumah. Dengarlah nasihat kerajaan. Kang kata bodoh kita balik kena kecam ðŸĪĶ‍♀

Aku ni cakap je bosan tahap petala ke lapan bila kena perintah kawalan pergerakan cenggini tapi bagusnya aku dapat berehat selepas kali terakhir bercuti panjang lapan tahun lepas. Dah kerajaan bagi cuti khas macam ni, duduk je ontok-ontok dekat rumah.

Ni bila bangun je tidur mula terkebil-kebil memikirkan apa nak buat. Bila tengok status mereka di dalam facebook terasa seperti berada di bulan Ramadhan. Macam-macam hidangan mengiurkan dapat dilihat.

Sabar ye wahai #MakBudak.. En. Hubby masih mamai lagi tu.. ðŸĪŠ

#KisahKita: ...

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: Perutusan Khas Perdana Menteri


Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:

PERTAMA:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

  • Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
  • Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

KEDUA:
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

KETIGA:
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

KEEMPAT:
Penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

KELIMA:
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

KEENAM:
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Perintah Kawalan Pergerakan: (di SINI)


DAY 1 (18 Mac 2020 - Rabu)
Kisah pagi tadi:
Bangun tidur terus tuju ke pili air. Alhamdulillah air dah kembali ke pangkuan. Kemudian, buka pula peti sejuk tengok apa yang ada nak dibuat breakfast. Ku kerah tenaga en. Hubby beli bahan mentah untuk hidangan hari ni. Sudahnya, en. Hubby jugak yang tang tung tang tung dekat dapur.

La ni..
Kita rehat sekejap sementara nak tunggu lunch. Ok.. yang ini #MakBudak tak boleh mengelat - masak.

'Petang nanti nak buat apa abang?'
'Tidur jelah..'
Kalau cengginilah untuk 13 hari lagi mahu kembang tembam MakBudak.. ðŸĪĶ‍♀ Tu belum lagi malam nanti.

Apa aku nak buat ni..? ðŸ˜Đ Belum setengah hari aku dah bosan tahap petala ke 8.


Tindakan terbaik:
Demi keselamatan dan kesihatan keluarga, duduk yo ontok-ontok dalam rumah. Tak usah nak mengada keluar kalau takde sebab yang khusus.

#KisahKita: Jangan degil..

Kisah Seram Terlampau


Apa yang aku nampak bila diberikan cuti 14 hari?
Awalnya rasa lega..
TAPI..

'Kenapa air paip ni tiba-tiba perlahan? Hari tu baru je en. Hubby jadi MacGyver, takkan dah rosak balik?' ðŸĪ” Dari perlahan terus takde dah.. ðŸ˜ą

Rupa-rupanya bukan sebab rosak tapi..
GANGGUAN BEKALAN AIR - pencemaran bau di sumber air mentah Selangor.. 🧐

Walau mungkin sekejapan cuma tapi ia boleh menambah rasa panik pada mereka yang tak bersedia hingga boleh menjadi kisah seram terlampau.

'Panic NO Water' ni usah dibuat main.

#KisahKita: ...

Monday, March 16, 2020

Percutian Singkat


Sabtu - 14 Mac 2020
Menjadi rutin aku untuk memastikan semua barang keperluan mencukupi sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Walau hanya percutian singkat tapi sangat bermakna buat family MIL

Dalam perjalanan balik ke kampung..
Let's go..

Try.. Cuba.. Test..

Nice picture.

Nampak cantik pulak gambar ni seperti tak terasa berada di tengah lebuhraya. Apalah reaksi pemandu kereta ini agaknya bila nampak aku mengambil gambar kereta dia. Tak berniat apa-apapun, hanyalah sekadar nak simpan sini sebagai kenangan.


Apa yang menarik di kampung en. Hubby?
Nanti aku update..

#KisahKita: ...

Friday, March 13, 2020

Apabila Pelajar Bersuara


Ada guru mengambil inisiatif mewujudkan group whatsapps bagi memudahkan ibubapa tidak keciciran maklumat dari pihak sekolah. Namun demikian, apabila group whatsapp kelas anak diwujudkan, pasti akan ada segelintir dari mereka yang kurang atau mungkin tidak memahami keperluan menggunakan whatsapp atau malas nak skroll mencari kembali maklumat yang telah disampaikan oleh guru kelas.

Bila ada segelintir yang bersikap begitu, buatkan aku terfikir..
Dahlah cikgu penat melayan kerenah murid di sekolah, ni nak kena layan pulak kerenah segelintir ahli dalam group whatsapp kelas. Aku yang bukan cikgu ni pulak yang jadi geram dengan segelintir dari mereka itu.

'Ibu jangan baik hati tolong jawab soalan dalam group tu, kalau boleh baca pun jangan, nanti ibu stress.'


Ini pula kisah malam tadi..
di SMK dak Adik


Perbualan di dalam group whatsapp kelas dak Adik di SMK. Ada yang bertanya kepada guru kelas:

'Cikgu, boleh tak pakai baju sukan?'
'Tidak.'
'Kenapa tak boleh cikgu?'

Mungkin ada segelintir kurang memahami tapi sebagai pelajar sepatutnya dah tahu apa yang patut dibuat ketika menghadiri peperiksaan/ujian di peringkat sekolah yang mana sepanjang minggu ni ujian sumatif dijalankan.

Bila mana ada yang masih bertanya, ini jawapan aku buat mereka seawal pagi tadi:
'Semua pelajar wajib memakai baju sekolah ketika menghadiri peperiksaan/ujian seperti mana tertakhluk di dalam peraturan sekolah.'

Pelajar sepatutnya tahu jadual peperiksaan/ujian yang telah diedarkan sedari awal. Syukurlah aku bukan guru kelas mereka. Kalau tak, pasti ada segelintir dari mereka akan 'left group' buat group baru.

Walaubagaimanapun, aku tabik spring toink.. toink.. toink.. pada guru-guru yang mengajar di sekolah. Tanpa kehadiran mereka, pelajar sedia ada belum tentu faham dengan sukatan mata pelajaran yang ada.

#KisahKita: ...

Thursday, March 12, 2020

Abang Kawasan


La ni musim demam ahli keluarga #MakBudak.

Awalnya dak Nuha demam, batuk dan selesema. Kemudian berjangkit pula kepada aku hingga memaksa kami berdua cuti sakit pada hari Isnin lepas dan semalam dak Adik pulak dijangkiti virus tersebut.

Minggu ni, minggu ujian sumatif dak Adik di SMK. Dengan keadaan dia macam tu harapnya dia mampu dan laratlah ke sekolah, seterusnya dapat menjawab ujian sumatif tersebut.


Pagi tadi..
Aku paksa dia makan ubat, itupun separuh je dia berjaya minum, lebihnya dia muntahkan semula. Alahai adik, dekat luar kemain menjadi 'abang kawasan' ye tapi bila bab makan ubat dah macam nak bagi anak umur dua tahun; kena paksa. Penakut ya amat, itu baru ubat cecair, kalau makan pil mahu satu liter air dia habiskan, itu belum tentu ubat tu berjaya ditelannya.

Apa-apapun moga dak Adik kuat untuk menjawab ujian di SMK petang ni. Aku yang berada jauh 60km dari dak Adik ni risau dibuatnya tapi aku tahu dak Adik kuat walau penakut makan ubat.

#KisahKita: ...

Wednesday, March 11, 2020

Tall, Dark and Muncit


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baru pada 09 Mac 2020 (Isnin), laju jemari aku skroll mencari nama tall, dark and handsome tu.. adakah beliau akan kembali beraksi di kerusi Menteri Belia dan Sukan?

Nampaknya..
'Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin a.k.a KJ kembali menganggotai Kabinet Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Manakala jawatan Menteri Belia dan Sukan menjadi milik Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.'

Walau bertukar portfolio, moga Integriti berada di kedudukan teratas waktu menjalankan tugas yang diamanahkan.

Apa-apapun..
Selamat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi buat Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin a.k.a KJ dengan harapan kerusi yang baru ni bukanlah dari kayu yang murah sebaliknya Titanium yang padu.

Tapi rasa nak bisik sikit pada YB KJ lah..
Moga penampilanmu kali ini selari dengan tall, dark and handsome itu malah lebih berinovasi hingga menjadi ikutan para 'peminat'mu..

Toink.. Toink.. tak usah berangan wahai #MakBudak.. Sedarlah yang tall, dark and muncit itu rupanya en. Suamimu..

#KisahKita: Sivaji the Boss.. eerrr..

Monday, March 9, 2020

Nasi Lemak + Demam tak kebah


Alhamdulillah..

Sepanjang aku berada di dalam unit baru di tanah jajahan baru ini, belum pernah lagi en. Hubby menyediakan hidangan untuk dijamu kepada mereka.

Akhirnya pada Jumaat lepas..
Nasi lemak #ChefHubby pembuka selera di pagi hari tapi jangan tanya 'nasi lemak'nya mana.. 😆

Kisah semalam..

'Kalau demam.. Datang kerja jugak, memang kena suruh balik ni.'

Kisah hari ini..
Bukan sengaja nak cuti hari Isnin. Dua hari berehat di rumah ingat boleh sembuh.. tapi.. ðŸ˜Ŧ

Aku bawa sekali dak Nuha ke klinik dek batuk + selesema dia belum sembuh. Dari berjangkit dengan kawan sekolahnya baik aku ambil langkah berjaga-jaga.

Berehat lagi di rumah.. Ah!Bosannya..

#KisahKita: ...

Wednesday, March 4, 2020

Perdana Menteri kelapan Malaysia


Kenangan pada 01 Mac 2020 (Ahad)
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Seri Paduka menzahirkan istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan di Singgahsana Kecil Istana Negara.

Image result for muhyiddin yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin

'Dalam melaksanakan kuasa eksekutif sebagai Raja Berperlembagaan, Seri Paduka tidak mahu melengahkan proses pelantikan Perdana Menteri kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.'
-en. Google-


Harapan aku..
Moga ada perubahan yang lebih baik demi kesejahteraan negara dan rakyat khususnya.

#KisahKita: Save it here as a memory..

Tuesday, March 3, 2020

Aura Negatif


02 Mac 2020 (Selasa)

Allahuakbar..
Ada sesuatu yang merisaukan aku.
Sangat!

Nauzubillahiminzalik..
Jauhkanlah dari perkara yang tidak baik berlaku di dalam keluarga aku.
Jauhkanlah aura negatif tersebut dari menghampiri kami.

Allahuakbar..!

#KisahKita: ...

Sunday, March 1, 2020

Kejadian Berlaku - Tahun Lompat (29 Februari 2020)


Sambungan dari SINI..

29 Februari 2020 (Hari Sabtu), empat tahun sekali akan merasa tarikh yang istimewa ini. 366 hari bukan 365 hari.

Pagi:
Menuai lalang di belakang rumah. Terasa dah lama tak menuai. Sejam kemudian selesai menuai, ke kedai dobi pula. Selesai di situ balik rumah berkejar menguruskan rutin harian disebabkan nak bergegas balik kampung.

Tengahari:
Membeli barang keperluan memasak untuk majlis perkahwinan yang telah ditempah - 1 Mac 2020 (Ahad).

Petang:
Merewang bersama anak dan anak fruits. Tempahan pula tak banyak, tak sampai 500 set pun. Dalam masa sibuk merewang, sambil makan lontong yang baru di masak tengahari tadi.

Malam:
Selesai satu bahagian, pagi esok kita masak lain pula sebelum urusetia mai ambil. Kali ni urusan memasak dibuat di rumah myMIL. Apa yang pasti kekenyangan..


Dalam sibuk memasak..
Paling menarik perhatian pada tarikh tersebut adalah mengenai pentadbiran negara di mana akhirnya terjawab persoalan siapakah Perdana Menteri kelapan seperti dalam satu kenyataan Media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin: 

"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama." di SINI..

Apa yang pasti itu sebahagian menjadi tajuk utama menghiasi perbualan di rumah myMIL

Itulah sedikit sebanyak kisah pada 29 Februari 2020 (Sabtu) - #TahunLompat

#KisahKita: Bersambung..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...