Followers Remaja Purba

Monday, April 30, 2018

Bila dah beli, terasa rugi pulak


Kisah petang semalam di sebuah pasar malam:
'Ibu.. nak donut tu ibu..'
'Mana..?'
'Yang tu ibu..'
'Itu bukan donut.. tu telinga K..'
'Ohh.. haa.. nak kuih tu lah ibu.'


Bila dah beli, terasa rugi pulak πŸ€” sebab tak cukup sebekas.


Hailaa.. nampaknya hujung minggu ni nak kena beli lagilah jawabnya. Rugi beli sikit.. sedap dan tebal makcik tu buat. Mesti makcik tu uli dengan penuh kasih sayang.. πŸ˜πŸ€—


StatusHati: Migrain menyerang la ni.. 🀣🀣🀣


Sunday, April 29, 2018

Sotong dan PRU 2018


Candat sotong di pasar..

Selera #MakBudak kemain besar kebelakangan ni.
Aku teringin nak makan sotong bakar..
#ChefHubby teringin nak makan sambal sotong..

Pengakhirannya..
'Suami didahulukan, selera sendiri diketepikan..'


Takpe.. masih berbaki lagi sotong yang ada. Tak perlu risau akan keinginan sendiri. Sampai masa merasa juga.. cuma perlu sabarkan diri..


Begitu juga dengan PRU 2018 nanti.
Jangan terlampau taksub mengejar nama hingga hilang jati diri.

Biar apa yang dibanggakan tidak memakan diri:
'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
'Beristiqamah Hingga Kemenangan'
'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'
'Keadilan Untuk Semua'
'Malaysian Malaysia'

Jangan kita semua dibutakan dek janji manis bersemut yang belum tentu dapat membantu kesenangan kemudian hari. #FikirDahuluSebelumPangkah. πŸ€—πŸ˜ŽπŸ€”


Moga parti yang diundi nanti menang besar macam sotong ni. Jangan hampakan hati #MakBudak kerana bukan dekat jarak perjalanan nak balik kampung untuk mengundi nanti. πŸ™ƒ


StatusHati: Apa kena-mengena dengan sotong πŸ€”πŸ€”πŸ€”


Friday, April 27, 2018

Kembali Berisi Nampaknya..


Kisah semalam:

test.. 1.. 2.. 3..


Lama dah tak melaram #PerasanSlim macam ni sejak kes warded setahun lebih dulu. Inipun takdelah melaram mana.. berbusana biasa tajaan #MySIL. Hanya sekadar meraikan teman-teman dalam majlis rasmi di tempat kerja. Tahniah buat mereka semua.


Kembali berisi #MakBudak nampaknya..


Tengahari semalam, aku bersama rakan di tempat kerja menghadiri satu majlis rasmi di Cyberjaya. Kali ni takde hadiah untuk best dress seperti di SINI dan di SINI. Hanya hadir sebagai pelengkap cerita dan meraikan mereka yang berjaya.


 Nampak tak? Kembali berisi kan pipi #MakBudak..


 Sebahagian hidangan yang ada
Rating: 5/10


 Bersama boss-boss dan kawan-kawan..


Tahniah buat my boss.
Tabik spring to Pn. Zakiah..
Kerana beliaulah sebelum ni aku akhirnya dianugerahkan sesuatu yang aku tak pernah dapat.
Terima kasih banyak-banyak puan.. you are the best boss that I've ever had.


Ayat tak bersemut dari en. Hubby.. hahaha..


Rasa teruja bila Blogger Ben Ashaari like my picture.
Sesuatu yang jarang berlaku ni..



StatusHati: Nak #PerasanSlim kembali.. huhuhu..



Thursday, April 26, 2018

Packing and Unpacking



Hari ni genap sebulan aku berada di tempat kerja di lokasi baru.
Bukanlah sesuatu yang menarik untuk dikongsi tapi sebagai tanda sokongan kepada semua yang membantu. Sekadar untuk dijadikan kenangan kusimpan di sini.

Tercatat dalam sejarah akhirnya..
Berlaku jua perpindahan tempat kerjaku. Sibuk + penat usah ditanya. Dalam penat tu, aku berterima kasih kepada mak + abah mertua kerana menjaga dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha sepanjang aku sibuk dengan urusan packing and unpacking barang di tempat kerja.


23 Mac 2018 (Jumaat)


Malam baru selesai sepenuhnya mengangkut barang ke dalam lori.


Sedih tengok lori tu berlalu pergi meninggalkan tempat kerja lama. 


Terlalu banyak kenangan di situ. Bertahun aku di situ.. dari zaman #RemajaPurba hingga ke zaman #MakBudak aku di situ.



24 Mac 2018 (Sabtu)

Di tempat kerja baru:
Diteruskan dengan kerjasama semua pihak.
Lori telah sedia ada sejak malam sebelumnya di sini.


Proses pemunggahan dari lori naik ke office baru..


Bertungkus-lumus mengangkat kotak-kotak yang bukan ringan itu.


Susun atur sementara kerana tak sempat nak fikir posisi sesuai lagi.


Paling win..
Dress code: Baju kemeja dan seluar slack..


Berhampiran lokasi ruang partitionku..


Jutaan terima kasih buat semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan misi perpindahan ke tempat baru. Adatlah.. ada barang yang rosak semasa perpindahan. Barang peribadi semua dah bawa balik ke rumah supaya tak mengganggu kelancaran operasi pemindahan barang.

Selesai akhirnya.. perpindahan fasa kedua ke tempat baru.. DAN.. dah selamat melapor diri pada 26 Mac 2018 (Isnin) di tempat baru.



StatusHati: Hanya sekadar mentimun..



Wednesday, April 25, 2018

Cahaya pagi - Subhanallah


Baru-baru ni aku dapat saksikan sesuatu yang sangat menarik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja yang jauh dari mata peneman sepanjang hayatku.


Cahaya pagi - Subhanallah..
Cantik sangat masa tu.. rasa nak berhenti tepi sambil menikmati suasana tersebut tapi apakan daya, rutin harian di tempat kerja lagi diperlukan. Namun, sedaya mungkin aku cuba menikmati suasana tersebut.


Indah ciptaanNYA.. 




Perjalanan yang jauh dihidangkan dengan suasana yang cukup indah membuatkan hilang sekejap rasa penat memandu. DIA telah aturkan sesuatu yang menarik untuk dinikmati.


StatusHati: Rindu tempat kerja lama..



Tuesday, April 24, 2018

Perubahan pada Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya


Kisah lama menggamit memori

Proses penukaran permukaan jalan di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya


Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah melaksanakan pelan baru yang melibatkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur dan Jalan Yong Shook Lin untuk sistem trafik sehala.



Sumber en. Google


Perubahan ini turut melibatkan perubahan besar yang pada awalnya aku rasa menyusahkan dengan menjadikan jalan tersebut menjadi jalan sehala. Pada yang pernah atau kali pertama melalui kawasan tersebut pasti akan 'tersesat' dan hilang arah sekejap dan aku sendiri pernah terkena terlajak arah.. haa.. amik sepusingan kena pusing, walhal di kawasan itulah aku berurusan setiap hari.




Perubahan besar dibuat..


Inilah hasilnya.


Kenapa nak bercerita mengenai tempat ini yang pada umumnya dah mengetahui laluan trafik kawasan berkenaan..?
Sebak pula tiba-tiba. Banyak kenangan di sini, dari zaman berjalan kaki naik bas, naik teksi, naik motor, naik kereta -  baru la ni nampak perubahan berskala besar dibuat.

Sebenarnya.. aku rindukan suasana tempat ni. Bukan mudah untuk aku nak beralih arah. Bukan mudah nak terima perubahan dan bukan mudah untuk aku pergi jauh meninggalkan kawasan ini. Sedih tapi bak kata orang kampung sebelah kampung aku 'life must go on..'



StatusHati: Hampir sebulan dah aku berpisah dengan PJ New Town ni..



Monday, April 23, 2018

Selamat Hari Lahir buat dak Nuha


Tahun NAGA..
Enam tahun lepas.. Itulah tahun kelahiran dak Nuha..

Selamat Hari Lahir..
Happy Birthday to you my Birthday Girl..
Moga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNYA..
Moga kuat dan sihat dalam meledani rutin harian..
Moga menjadi anak yang setia kepada ibu dan Babah..
Dan moga kekal momentum agar terus cemerlang..
Aamiin..

#BangunTidurTerusMintakHadiahπŸ€—
#AnakBongsuIbuBabah
#DakNuha


StatusHati: Sabarlah wahai hati..



Sunday, April 22, 2018

Siapa makan cili dia terasa pedasnya


Kisah semalam..
Tempat kejadian: Rumah MIL

'Ibu.. apa ni..?'
Sambil dia tunjukkan lauk dalam pinggan makannya.

'Owh.. itu kacang buncis. Makanlah.'
DAN.. tahu apa yang terjadi.. πŸ€”πŸ€”πŸ€” meraung kepedasan dak Nuha dibuatnya..

Bila tengok apa yang dak Nuha makan, haa.. cili padi ko.. bukannya kacang buncis. πŸ˜‚πŸ˜‚ Kesian dak Nuha meraung meleleh air liur kepedasan. Sambil pujuk sambil menahan gelak melihat keadaan dak Nuha. Ni baru ye.. siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Sudahnya.. tetap habis sepinggan nasi dia makan. Alhamdulillah.. makin bam bam lah kau nak ooiii...


StatusHati: Asalkan anak ada selera makan..

Friday, April 20, 2018

Hadiah Top Komentar Mac 2018



Sepanjang bulan Mac 2018 aku cuba membuat sesuatu yang dah lama sebenarnya aku tak buat di mana secara konsisten aku meninggalkan komen pada setiap entry di dalam blog Suria Amanda (SA). Niat aku masa tu nak cuba dapatkan salah satu hadiah yang ditaja oleh beliau. Alah.. sesekali nak gila glam. tak salah kan.. hehehe..


Hadiah diterima dari blogger Suria Amanda (SA) bagi Top Komentar Mac 2018.
Kisah asal di SINI..
Perfume kiri dan kanan tu aku order dari kawan SA sebenarnya.


Alhamdulillah.. Hadiah bee venom 'Hand Rejuvenating Creme' dalam selamat tiba kelmarin lagi tapi baru semalam try cuba test hadiah yang diterima. Terima kasih buat Suria Amanda a.k.a SA @ GengMental.. Thank You Very Much.. sayang kat awak.. muahh.. muahhh..


StatusHati: Dah lama teringin nak Bee Venom Moisturizer..



Wednesday, April 18, 2018

#Ayam Golek Pandan


Makin jauh tempat kerja aku makin berselera pulak aku rasa.. tapi nasib baik tekak kurang bagi kerjasama dengan perut. Maka masih ada harapan untuk kembali #PerasanSlim walau sayuppppp je aku rasa nak kembali kurus tu.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

#AyamGolekPandan


Kebiasaannya #AyamGolekTandoori menjadi pilihan tapi disebabkan dah lama tak bau wangi pandan, maka #AyamGolekPandan menjadi pilihan. Kali pertama membakarnya di tempat kerja baru aku tu, bau wanginya sampai ke tingkat lain hinggakan ada yang tertanya-tanya.

Ok.. minggu ni minggu promosi ayam golek. Kita bagi rasa sorang sikit. Nanti kita open order buat yang berminat di tempat kerja tu.


StatusHati: Air tangan #ChefHubby.


Monday, April 16, 2018

Let's focus on our job


Less talking..
Less walking..
Less day dreaming..
Less internet chatting..
Less facebook..
Less instagram..

Let's focus on our job

Fuh..!Selamat.. takde ayat 'Less Blogging..' 😎..


Pada aku.. selagi kerja siap dan tak susahkan sesiapa.. Alhamdulillah. Itu lebih baik dari cuba mencari kesalahan dan mewujudkan situasi yang kurang menyenangkan dalam diri pegawai. Bukanlah tak boleh ditegur langsung tapi ada masa jangan menambah tekanan dalam diri pegawai bawahan ni.

Namun.. dari sudut pandangan seorang kakitangan yang tiada kelayakan Master ni:
Buluh nak dilentur memang payah..! Rebung yang lembut tu pun belum tentu nak dengar kata. Silap haribulan miangnya melekat pada badan.

In positive way:
Fikir yang baik-baik demi kemajuan kerjaya.



StatusHati: Payah kalau ada boss tak boleh terima pandangan anak buah ni.


Saturday, April 14, 2018

Jakunlah ibu ni..


Kisah lewat malam semalam:
Memandangkan kali ni #ChefHubby yang drive, aku ambil kesempatan merakam suasana kejadian.
Balik rumah tunjuk video tersebut dekat dak Kakak, selamba dia cakap.. 'Jakunlah ibu ni..' πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ha.. amik.. padan muka #MakBudak. Nasib baik Babah dia tak gelakkan aku, kalau tak.. tidur berasingan kita malam tu. Dahlah malam membunuh syaitonirojim.. πŸ™ƒ

Ini kisahnya..
Moga rutin mereka sentiasa di bawah lindunganNYA.


StatusHati: Sesekali berperangai macam budak-budak..


Friday, April 13, 2018

Angguk-angguk.. geleng-geleng..


'Kalau tak suka mesti bersebab. Mana boleh kita tak suka orang saja-saja je.' - Tak Ada Cinta Sepertimu - Episode 15


Tiap pemerintah.. ada cara untuk memerintah. Takkan sama dengan yang dahulu, pasti akan ada perubahan yang akan dibuat. Bukan hanya merujuk kepada kerajaan tapi tempat kerja pun sama.

'Sekarang ni semua jaga periuk nasi masing-masing sebab itu ada yang angguk-angguk.. geleng-geleng.' Lebih kepada menurut kata. Itu realitinya..

Namun..
Untunglah bagi yang rasa Allah bagi rezeki untuk dia, dan bersabarlah bagi mereka yang sedang diuji... apa²pun fikir yang baik².. mana tahu rezeki kita bakal menyusul pulak.. kan..
#BukanBerceritaMengenaiPolitik
#HanyaLuahanRasa


StatusHati: Jangan pentingkan diri sendiri..



Thursday, April 12, 2018

Pasal Bendera



Di satu laluan susur selepas satu lebuhraya ni..
Kalau kelmarin hanya satu warna bendera yang mewarnai sepanjang jambatan tu TAPI pagi tadi.. wah.. bendera tu telah dialihkan ke tepi memberi laluan pada satu lagi warna bendera.

Lah..! Cuba buang perasaan cemburu iri hati tu.. Masih banyak kawasan lain yang ada kan. Pasanglah dekat tempat yang takde bendera tanpa perlu alihkan hak orang lain.

Kalau dah bendera pun kau berani alihkan tak mustahil dalam tampuk kepimpinan nanti pun sama. Secara sinikalnya.. Mana yang elok kau tolak ke tepi, mana yang buruk kau biarkan bermaharajalela. Kawallah sikap pentingkan diri tu, nanti pasal bendera pun boleh bergaduh besar.

Kita tunggu pagi esok.. tengok ada tak bendera lain cuba merampas tempat di jambatan tersebut.. πŸ˜ŽπŸ™ƒ
#Pilihanraya2018


StatusHati: Aku masih di sini..



Monday, April 9, 2018

Moga aku terus Istiqamah


Diam tak diam dah dua minggu aku berada di tempat baru.
Masih dalam proses belajar menerima suasana tempat kerja baru.
Jarak perjalanan lebih jauh dari biasa.
Namun rutin harian tidak berubah, masih sama.

Moga aku terus Istiqamah dengan keadaan semasa.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
Moga tiada sekatan dari mana-mana arah agar rutin harian tidak terganggu.
Ya!Allah.. Kuatkanlah semangat aku..


StatusHati: Letih dengan rutin ini..
 

Saturday, April 7, 2018

Syafiq Kyle berjaya merasuk #RemajaPurba



'Cintaku untuknya bukan kerana dia sempurna tetapi kerana dia yang menyempurnakan.."

Sumber en. Google

Aku bukanlah seorang peminat tegar drama Melayu tapi kali ni Syafiq Kyle berjaya merasuk #MakBudak a.k.a #RemajaPurba untuk melayan drama bersiri 'TAK ADA CINTA SEPERTIMU" yang baru je habis ditayangkan sebanyak 16 episode baru-baru ni.

Sumber en. Google


Aku boleh layan drama bersiri tersebut di atas bantuan en. Google. Marathon dari hari Jumaat hingga awal pagi Sabtu sehingga data internet aku hampir habis.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Macam mana aku tahu mengenai drama tersebut? πŸ€”
Di Timeline dalam FB aku ada yang tag nama watak dalam drama bersiri tersebut hingga membuatkan aku tertanya-tanya 'cerita apakah yang menarik sangat tu' dan secara tak langsung menarik aku turut menontonnya.

Sumber en. Google

Menarik..?
Best..?
Rating aku boleh berikan 8/10.
Drama yang tak terlalu berat untuk dihayati cuma kepala aku yang berat sebab non stop sehingga pukul 2 pagi menontonnya. 

Pada aku..
Sesuatu drama tu akan menjadi menarik bila heronya aku minat. Macam drama bersiri Titian Cinta yang viral sebelum ni. Kali ni heroinnya Zahirah MacWilson pun turut menjadi perhatian aku - bibir dia lawa beb.. aku suka.. 😘

Siapa yang tak suka tengok sesuatu yang menarik kan.. πŸ˜‰

Anyway.. Tahniah buat semua yang menjayakan drama bersiri 'Tak Ada Cinta Sepertimu' ini hingga mampu menarik perhatian aku menontonnya. Pandangan orang lain, itu kena tanya doranglah sebab aku bukan buat kajian pun. Ini hanya sekadar pandangan peribadi aku.

Watak Azam yang annoying..
psstt: Cantik design bajunya.. πŸ˜€


Sekarang ni.. aku masih belum boleh move on dari terbayangkan scene dalam drama ni termasuklah lagu OSTnya.. HILANG yang dinyanyikan oleh Marsya Milan.


Terpisah ku dari dirimu
Wajahmu masih segar diminda
Terkenang waktu penuh rindu kau dan aku
Tuhanku dengarlah hatiku
Doaku takkan pernah kau hampakan

(1) (2)
Sentiasa menunggu sempurna
Kau dan aku diakhirnya
Biarpun luka tetap segar
Menunggu sempurna kau dan aku dihujungnya
Namun di hati kau pastinya
Tak akan hilang
Cinta kekal bagai memori
Hanya menanti seorang diri
Tiada lagi yang ku mahu, kau yang satu
Biarpun tak lagi bersama
Kehadiranmu takkan ku lupa
(Ulang (1))

Kiranya kau kembali
Kuharap kan kau ingati lagi
Kali pertama kita temui.. oohh..
Ku akan tetap berdiri menunggumu
Setia menunggu sentiasa
(Ulang (2))


StatusHati: Syafiq Kyle.. πŸ€—


Friday, April 6, 2018

JOHAN Tarik Tali



JOHAN Tarik Tali 2018


Tahniah buat dak Kakak yang berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut bagi acara tarik tali di dalam Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah beliau baru-baru ini.


Alhamdulillah..
Tahniah buat dak Kakak dan pasukan beliau. Good team work. Rugi aku tiada pada hari kejadian memandangkan terikat dengan rutin harian di tempat kerja.



JOHAN Tarik Tali 2017


Walaupun aku gembira di atas pencapaian anakku itu tapi setakat ini baik dak Kakak mahupun dak Adik tiada seorang pun yang mengikut jejak langkahku yang aktif dalam acara balapan. Acara larian 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter pasti menjadi sukan kegemaran aku. Jauh di sudut hati.. aku sedih tapi takpelah sekurang-kurangnya anak-anak ada juga pingat nak dikalungkan dari tiada langsung.


StatusHati: Aku yang masih sibuk dengan rutin terkini..


Wednesday, April 4, 2018

Nah! Ni dia..





2 April 2018


Kisah kelmarin:
Bila dak Adik sekolah dan #MakBudak pulak ada di rumah, mulalah dia merengek minta aku hantarkan ke sekolah.

Nah! Ni dia..
Rare tak pakai macam ni hantar anak ke sekolah. Kalau dalam rumah, memang biasa berkain batik tapi tak pernah lagi keluar berjalan memakai kain batik.  Syukur jugak dia tak merengek mintak hantar sampai depan pintu pagar sekolah.. mahu biru muka aku.. tak nak aku bayangkan.. kahkahkah..


StatusHati: Minggu yang menyesakkan dengan urusan di tempat kerja..


Tuesday, April 3, 2018

Masih dalam Orbit yang sama


Tinggal kenangan..


Nun di sana, tempat aku pernah mencari rezeki. Susah senang mengiringi langkah kaki. Tak terkurang tak berlebih kerana itu yang aku pilih.

Namun kini laluan perjalanan tidak lagi sehala. Jarak yang lebih jauh tapi masih dalam orbit yang sama. Rasa tak suka tapi apakan daya. Redah ajelah demi rezeki yang aku terima.
#PindahPadaMac2018


StatusHati: Ada temujanji dengan Doctor di Hospital..


Monday, April 2, 2018

Hari pertama melapor diri


Bukan mudah untuk menerima perubahan lebih-lebih lagi bila melibatkan rutin harian.


Hari pertama..
Sebelum pukul 7am aku dah sampai ke lokasi..


Ramai mengetahui yang aku dah berpindah lokasi bekerja. Secara taktikalnya rutin harian masih berjalan seperti biasa, namun demikian penat yang bukan sedikit aku perlu hadapi. Bak kata orang kampung aku, 'culture shock'.

Dalam tempoh transisi kali ni, ada beberapa perkara aku terlepas pandang malah ada perkara yang menjadi kebiasaan aku terpaksa diketepikan buat sementara waktu.

Untuk menerima perubahan yang sedang berlaku ketika ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan aku perlu lebih berhati-hati mengawal emosi agar tak berlaku perkara yang tak diingini.

Blog pun aku cuma sempat jeling, tak sempat nak usap sapu bagai. Maafkan aku sebab tak cuba menjenguk teratak kawan-kawan dengan keadaan diri aku yang kurang mengizinkan.

Moga aku cepat mendapat rentak menghadapi situasi di tempat baru serta jarak perjalanan yang lebih jauh dari biasa. Moga mental dan fizikal aku sihat dan kuat dalam meledani rutin baru ini.


StatusHati: Aku kena kuat..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...