Followers Remaja Purba

Wednesday, September 30, 2020

Baju Sekolah Anak

 
DAY 191 (24 September 2020 - Khamis)
Off Record.


DAY 192 (25 September 2020 - Jumaat)
Petang..
Rutin mingguan di hospital..


DAY 193 (26 September 2020 - Sabtu)
Sebelum ini dak Nuha ada mengadu tak selesa bila pakai baju seragam sekolah (kemeja lengan panjang + vest) tapi dia kata.. 'Takpelah ibu, Nuha pakai jelah baju ni, nanti bila dah ada duit ibu belilah..' 

DAN.. baru-baru ini..
'Ibu, nanti belikan Nuha baju barulah. Baju kurung biasa.'
'Kenapa nak tukar pulak?'
'Panaslah ibu, susah Nuha nak pakai, nak butang sana, nak butang sini. Dahlah sampai ke leher butangnya, mana tak panas.' 

Hari ini aku realisasikan permintaan dak Nuha itu. Pakej sekali aku belikan baju sekolah buat dak Kakak dengan dak Adik. 

'Rasanya macam baru je belikan baju dorang ni kan kak?' Tegur adik kedai tersebut.
'Itulah.. kalau akak mai datang kedai ni takde lain selain beli baju sekolah deme jelah..' 😆


DAY 194 (27 September 2020 - Ahad)
Pagi:
Dak Nuha kegelian bila kakinya 'tercelup' air tepi jalan di pasar pagi. Pengalaman baru buat dia dan aku pasti lepas ni dia takkan nak ikut dah ke pasar.. 😂 tapi aku suka bawa dia, biar dia tahu bagaimana suasana waktu pagi di pasar, tahu bagaimana susah mereka nak mencari rezeki, tahu bagaimana ragam pembeli malah tahu berapa banyak duit ibunya ini.. 😜

Petang:
Baru ada masa nak alter baju sekolah yang dibeli tapi bukan aku yang buat, hantar pada tailor..

Malam:
Baru ada mood nak melipat baju.. 😆 Walau hanya sebakul tapi itulah yang malas nak dibuat. 

#KisahKita: ...

Wednesday, September 23, 2020

Isteri Pembawa Rezeki Utama suami

 
DAY 189 (22 September 2020 - Selasa)
Aku harus belajar menerima.
Bukan senang nak senang..

dari seorang kawan..
Aku memaafkan supaya aku tenang..
Aku melupakan supaya aku mampu tersenyum..
Aku diam kerana aku benci untuk membalas kata..
Aku bersabar kerana keyakinan terhadapNYA tidak pernah pudar..


Tapi kisah ini 👇 membuatkan aku terfikir, adakah aku mampu bersabar seperti dia?

DAY 190 (23 September 2020 - Rabu)
Kisah Benar dari seorang kawan..

Aku seorang yang tidak suka mendesak malah bukan juga jenis yang pandai merayu hanya kerana perlukan duit 'belanja'. 

Sebelum pergi kerja, aku lihat pada meter minyak..
Mengharap meter minyak naik lebih dari biasa sebab dia kata akan isikan tapi nampak seperti tidak berisi..

Duit belanja untuk hari ini?
Aku lihat dia seolah-olah mengeluh atau kerana tidurnya terganggu atas permintaanku?
Sebenarnya aku amat jarang meminta duit belanja kerana aku tahu aku susah nak mendapatkannya dan kalau dapat pun dia akan mengeluh. 

Jujurnya aku terasa hati dengan reaksi yang diberikan. Aku hanya inginkan duit belanja bukannya duit untuk membeli-belah. Dari hati menjadi sakit baik aku bergerak keluar menuju ke tempat kerja. Sabar.. takpelah, balik kerja nanti aku masak dan makan di rumah. Di tempat kerja pun bukan takde makanan langsung kan.. 


Namun..
Siapalah aku untuk menghukum atau menyalahkan suaminya. Mungkin andai diberikan kepada si isteri, keperluan harian yang lain tidak dapat diuruskan tapi secara peribadi, itu tanggungjawab kau untuk menyediakan keperluan isi rumah sendiri.

Susah macam mana sekalipun, kau kena yakin bahawa isteri sebenarnya pembawa REZEKI. Jangan kedekut untuk tunaikan apa sahaja yang dia perlu.

Sempitnya rezeki suami bila selalu mengabaikan hak isteri. Jangan beranggapan bahawa isteri adalah beban. Ingatlah.. isteri adalah Pembawa Rezeki Utama suami yang suami sendiri mungkin tidak perasan.


#KisahKita: ...

Monday, September 21, 2020

💞💞 Happy Birthday to You Kakak 💞💞


DAY 187 (20 September 2020 - Ahad)

Tarikh 20 September ini merupakan ulangtahun kelahiran buat anak sulung #MakBudak 👉 Nur Umairah Insyerah a.k.a dak Kakak.

💞💞 Happy Birthday to You Kakak 💞💞


Jangan lupa apa saja pesanan + ingatan + amaran yang telah ibu berikan dan PALING PENTING 👉 Ibu sayangkan Kakak no matter what 👈


DAY 188 (21 September 2020 - Isnin)
Aku masih belum pulih sepenuhnya dari virus selesema.

#KisahKita: ...

Sunday, September 20, 2020

Virus Mula Mengganas


DAY 183 (16 September 2020 - Rabu)
16 September 1963 adalah hari pengisytiharan Malaysia yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan kira-kira tiga puluh ribu rakyat.

Ambil Tahu?
dari en. Google


DAY 184 (17 September 2020 - Khamis)
Tahun lepas aku hanya sebagai 'mangsa' tetapi pada tahun ini aku pula adalah 'pemangsa' disebalik Latihan Pengungsian Bangunan (Evacuation Drill) yang  telah diadakan di tempat kerja aku. Pemangsa yang bermaksud kali ini aku antara sebahagian dari urusetia.

Kali ni bukan abang 'Celoreng Bomba' yang mai..
Kalau deme yang mai, aku bagi sipi-sipi je kenangan bersama deme.. 😄


DAY 185 (18 September 2020 - Jumaat)
Akhirnya virus selesema mula mengganas dengan menyerang diri aku yang mana menjadikan aku mangsa terakhir di dalam rumah yang dijangkiti. Sebelum itu dak Adik orang pertama, diikuti dak Nuha dan seterusnya menyerang en. Hubby dan akhirnya dak Kakak.

Punca jangkitan ke atas diri aku adalah dari dak Kakak. Bagaimana? Menjadi kebiasaannya akan peluk cium aku sebelum tidur.
'Tak payahlah cium ibu, nanti berjangkit..'
'Ibu takkan kenalah..'
Penuh yakin dak Kakak cakap, dia ingat aku ni macam penapis air yang boleh menapis bendasing agaknya.. 😂

Aku terpaksa batalkan temujanji aku di hospital.. tak larat + tak selesa.

DAY 186 (19 September 2020 - Sabtu)
Seharian aku di rumah, berehat..

#KisahKita: ...

Thursday, September 17, 2020

Saya Sayang Boss Saya


DAY 181 (14 September 2020 - Isnin)
Petang:
Dua jam aku tersekat dalam kesesakan jalanraya. Sesuatu yang jarang berlaku semenjak aku bertukar tempat kerja di tanah jajahan baru ini. Bila sampai di rumah, rasa lega teramat


DAY 182 (15 September 2020 - Selasa)
Throwback..
Tajuk    : PROGRAM PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN PRESTASI
Tarikh   : 29 - 31 Oktober 2018 (Isnin - Rabu)
Tempat : Bukit Fraser, Pahang

Kisah program ini ada di SINI.. juga di SINI.. dan kali ini aku nak tambah sedikit lagi nota dari program tersebut.

Saya Sayang Boss Saya
Elements of Teambuilding
  • To know each other
  • To communicate each other
  • To support each other
  • Willing to take risk together
PANIC ZONE
LEARNING ZONE
COMFORT ZONE

Communication Skills have to be right.
We need to get started first on communication

Orang baru masuk kerja dia berada di dalam zon panik. Dia nak tahu prosedur kerja baru. Perkara paling cuak bila boss panggil sebab dia belum tahu bab kerja lagi.

Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam learning zone berkaitan tugasan sebab dia dah selesa dengan tugasan dia juga dengan semua orang (comfort zone).

Jangan buat andaian (Never to assume)
Kita tak tahu apa yang ada dalam minda seseorang. Selagi kita tak boleh approach dia dengan cara yang betul selagi itulah kita susah nak repo (hubungan yang baik) - persamaan yang baik dengan dia.

Contoh:
Amanah, Integriti oleh orang Jepun sangat dijaga dengan baik oleh orang Jepun sendiri.

R - Responsible
I - Integrity
E - Excellence
B - Brotherhood @ Sisterhood
Dan.. ia hanya akan timbul bila wujudnya keadaan harmoni.

Dalam pada itu, satu ayat meninggalkan kesan buat aku..
'Kita nak mengadap Tuhan apa buah tangan untukNYA?'

#KisahKita:
'Setiap pengisian itu ada matlamatnya.'
'Setiap benda takkan jadi kalau takde niat.'

Monday, September 14, 2020

Sesuatu yang tak terjangkau dek fikiran


DAY 177 (10 September 2020 - Khamis)
Tak Sabar..


DAY 178 (11 September 2020 - Jumaat)
Nak berehat..


DAY 179 (12 September 2020 - Sabtu)
di Hujung minggu


DAY 180 (13 September 2020 - Ahad)
Tapi tak berjaya kerana..

  • Menghantar anak dara dan geng sekolahnya ke pusat membeli-belah..
  • Menemani en. Hubby membeli barang..
  • Mengambil anak dara dan geng sekolahnya dari pusat membeli-belah dan menghantar mereka ke rumah masing-masing.

Lewat petang..
Sesuatu yang tak terjangkau dek fikiran.
Sebenarnya dari awal pagi en. Hubby dah mula nampak tidak sihat tapi masih berlagak kuat. Sudahnya tak sempat nak ke bilik air, di hadapan ruang tamu beliau muntah. Tak sempat nak hadam makanan yang telah dimakan.. 😂

Malam..
Cuba untuk tidur awal tapi tetap tak berjaya.. lewat malam masih terkebil-kebil..

#KisahKita: Sihat itu mahal harganya..

Thursday, September 10, 2020

Aku syak aku tak..


DAY 173 (06 September 2020 - Ahad)
Alhamdulillah, bekalan air telah kembali pulih walau terhenti sekejap awal pagi sebelumnya. Petangnya, aku tengok air tangki dari atas keluar seperti biasa, barulah aku benarkan anak-anak menggunakannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, itu yang deme akur. Dalam masa yang sama, aku minta anak-anak penuhkan air ke dalam botol mineral yang ada. 

Seharian juga aku diserang migrain.. 😭


DAY 174 (07 September 2020 - Isnin)
Ikutkan nafsu, aku nak berehat di rumah je. Letih + mengantuk masih terasa malah terbawa-bawa hingga ke tempat kerja dan berterusan ketika memandu balik kerja. Aku syak aku tak cukup rehat + tidur + terlebih makan.. 😂


DAY 175 (08 September 2020 - Selasa)
Off Record..


DAY 176 (09 September 2020 - Rabu)
Pesan aku:
Jangan..
Jangan..
Jangan..

Ingat ye.. jangan kata aku tak pesan pula..

#KisahKita: Aku masih di sini..

Tuesday, September 8, 2020

Ini baru betul Pembelian Panik


Kisah ini berdasarkan tarikh yang dinyatakan..

DAY 172 (05 September - Sabtu)
Kisah hari semalam di SINI..

Petang.. Temujanji di Bahagian Pemulihan Carakerja berkaitan kedua-dua belah ibu jari tangan aku.

Dalam pada itu..
'Ibu, nak tadah air hujan tak? Dekat sini tengah hujan lebat'.
'Kakak tadah guna bekas Babah yang besar tu, tadah banyak-banyak'.

Tadah selagi ada bekas..

Hari Ini:
Selepas Subuh aku dan en. Hubby mencari air memandangkan air mineral habis diborong oleh ramai orang. Ini baru betul pembelian panik.. 😭

Kami ke tempat yang disediakan pili air awam, walau belum ramai tapi berbotol-botol menunggu giliran untuk di isi. Dua lori tangki air juga di dalam keadaan mood tandby di situ dan polis turut mengawal keadaan, tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. 

Tidak mahu menunggu kami pergi pula ke tempat yang tidak terlibat dengan masalah ketiadaan air ini. Beberapa buah kedai yang kami singgah tiada stok air mineral botol besar.

Akhirnya..
Pasaraya GOOD DAY

Di pasaraya inilah kami membeli air mineral botol besar - sepuluh botol kesemuanya. Demi kelangsungan hidup sementara menunggu bekalan air pulih sepenuhnya. Mandi + cebok pun menggunakan air mineral.. 😂 

Anak-anak dah mula rimas..
Aku pula semakin risau..

Hingga akhirnya..

Selepas Maghrib, air perlahan-lahan memasuki paip air tetapi masih belum sampai ke dalam rumah. Hanya paip air di hadapan rumah sahaja, takpelah dari tiada langsung tetap aku tetap tadah ke dalam bekas. Memandangkan air masih lagi perlahan, ke rumah mySIL kami tuju. Rimas teramat.. Ini baru sedikit dugaan dah panik semacam, belum lagi keadaan berterusan tiada air. Nauzubillah..

selingan..
Kesian si Oyen
Kebelakangan ni ia suka sangat minum air dalam baldi dalam bilik air.
Bila tiada air ni, menung ia di situ. 

#KisahKita: ...

Saturday, September 5, 2020

LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR (kerana pencemaran)


DAY 170 (03 September 2020 - Khamis)
TIBA-TIBA..
Air tak ada? 🤔
Kenapa tiba-tiba? 😲
Ada paip pecah ke? ☹️
Takkan kes air tercemar lagi? 😓

Rupa-rupanya..
Tajuk:
Hentitugas Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang ekoran Pencemaran Bau di Sumber Air Mentah.

Tarikh dan Masa:
3 September 2020, 09:00

Anggaran Masa Tamat:
To Be Confirmed.

Caused By:
Pencemaran Bau di Sumber Air Mentah.

Affected Area:
Termasuk kawasan perumahan aku.


'Ibu, nak masak nasi ke? Air takde ni'.
'Kakak masak je macam biasa'.
Balik kerja aku masak yang ringkas je, nak guna air pun takut-takut.. 😂 Berharap sepenuhnya dengan air dari tangki rumah dan berdoa moga cepatlah selesai masalah air yang tiba-tiba tiada.


DAY 171 (04 September 2020 - Jumaat)

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

Pengurusan Air Selangor


Pesanan daripada pihak sekolah:
Assalamualaikum anak-anak murid yang dikasihi,
Berikutan dengan ketiadaan air tidak berjadual pada hari ni, jika datang sekolah pastikan bawa air cukup untuk diri kamu bagi kegunaan:

  • Minum
  • Basuhan peribadi
  • Wuduk (botol spray/botol mineral)

Dan jimatkan penggunaan air yang di bawa kerana kita tidak tahu jam berapa air akan mulai ada.

Terima kasih.

#KisahKita: Alu risau sangat dah ni..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...