Followers Remaja Purba

Friday, August 30, 2019

Officially for my Anak Bujang


Sambungan kisah kelmarin di SINI..

Pagi..
Menyelesaikan sedikit urusan di hospital, sebelum menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menguruskan permohonan kad pengenalan buat dak Adik dan ini pengalaman kedua aku di JPN bagi tujuan tersebut.


Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya

'Sila Duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi'.


DOKUMEN ASAL yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan:
Dokumen Pemohon (Asal)
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
Passport bagi pemohon yang menetap di Luar Negara.

Dokumen Penganjur (Asal)
Kad Pengenalan Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga)
Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Passport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

Dokumen Sokongan
Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah / perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/Ketua Kampung/Tuai Rumah/ADUN/Ahli Parlimen/Majikan/Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN).
Maklumat lanjut boleh rujuk di dalam laman web JPN di SINI.


Memandangkan proses mengambil masa dalam masa dua jam, dari terkebil-kebil tak tahu nak buat apa, ku ajak dak Adik makan dulu. Lapar beb, dari pagi tak makan dek urusan di hospital sebelum tu.

Layanan yang diberikan oleh kakitangan JPN 'menyejukkan mata yang memandang'. 

DAN..
Officially for my Anak Bujang dah ada kad pengenalan baru. Besar dah dak Adik, hampir nak sama tinggi dengan aku. Apa-apapun, sila pastikan kad pengenalan tidak hilang. Ingat tu adik.. (yang sebenarnya dokumen tersebut ada dalam simpanan MakBudak).

StatusHati: ...

Wednesday, August 28, 2019

Birthday dak Adik - Hari Ini


Anak kedua selepas dak Kakak, sebelum dak Nuha lagi.
Membesar dengan ragam seorang anak lelaki.
Hati yang keras tiada kompromi.
Selalu mendatangkan geram di hati.

Dak Adik

28 OGOS 2019 (Rabu)
SELAMAT HARI LAHIR BUAT Dak ADIK.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA dan sentiasa di bawah lindunganNYA. 😘😘😘

#MembesarDenganSihat
#TakSukaSelfie
#CalonUPSR2019

StatusHati: Hari ni urusan IC dak Adik di JPN

Monday, August 26, 2019

Undangan Majlis Perkahwinan anak lelaki Makchaq


Kisah pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) lepas:

Catatan di sini, ini kali ketiga aku menghadiri Majlis Perkahwinan anak Makchaq dan Pakchaq di Kampung Sungai Merbak, Sg. Buloh. Majlis-majlis sebelum ini ada di SINI..

Sedari awal, aku memang sengaja hadir lewat ke majlis anak lelaki Makchaq..
'Lah.. kenapa lambat sampai, yang lain dah balik dah pun'. Merujuk kepada geng blogger yang telah balik awal sebelum aku sampai. Takpelah, bukan rezeki aku untuk bertemu dengan mereka kali ini.

Haruslah ada gambar kenangan bersama pengantin

'Selamat Pengantin Baru buat adik Amir dan pasangan Nor Nadiah.
Moga ikatan ini kekal bahagian hingga ke akhir hayat'.

Ibu dan ayah pengantin - Makchaq dan Pakchaq

Istimewanya majlis tersebut diiringi 'Uncle Seruling' dengan lagu-lagu pilihan


'Anta Permana' nyanyian Dato' Siti Nurhaliza
(tidak terkira atau infiniti)
Lagu penuh tak dapat nak masukkan di sini.

Cenderahati yang diterima

StatusHati: ...

Wednesday, August 21, 2019

@@@ CITY HUNTER - Korean Drama (2011)


Drama bersiri Korea berbentuk Action Thriller City Hunter telah ditayangkan pada May 25, 2011 sebanyak 20 episodes.

CITY HUNTER

SYNOPSIS:
Codenamed 'City Hunter', Yoon-sung's ultimate goal is to avenge his father's killer. Using the identity of a Korean-American teenager, who is later revealed to have died several years before, he assumes a double life by graduating from MIT with a doctorate degree and lands a job at South Korea's Presential Palace. It led him to cross paths with presidential bodyguard Kim Na-na with whom he falls in love.

Kisah mengenai City Hunter boleh ditonton di SINI..
MAIN CAST:
Lee Min-ho as Lee Yong-sung / Poochai
Park Min-young as Kim Na-na
Lee Joon-hyuk as Kim Young-joo
Kim Sang-joong as Lee Jin-pyo
Kim Sang-ho as Bae Man-duk / Bae Shik-joong
Hwang Sun-hee as Jin Sae-hee
Goo Ha-ra as Choi Da-hye
Chun Ho-jin as Choi Eung-chan


Ketika Lee Yong-sung masih bayi, dia telah dilarikan ke negara Thailand di mana dia diajar cara hidup ala tentera dan membesar dalam suasana yang jauh dari kehidupan orang lain. Sedari kecil dia diajar dengan oleh Lee Jin-pyo teknik mempertahankan diri dan kemahiran menggunakan senjata api. Dengan pakej yang lengkap menjadikan dia seorang lelaki yang kuat. Disebalik cara asuhan tersebut, sebenarnya Lee Jin-pyo menjadikan Lee Yong-sung untuk membalas dendam bagi pihaknya terhadap mereka yang telah menganiayainya satu ketika dulu.

Kemuncak sebelum wujudnya 'City Hunter'

Misi City Hunter adalah untuk membalas dendam dek bapanya yang mati dibunuh.

Gaya yang penuh bersahaja tanpa sesiapa mengesyakinya

Tiada siapa dapat menghalangnya..

Sehinggalah..
 'How long have you known?'
'Since the time I almost fell at the TV broadcast station.'

'Don't get involved with my business.' - demi keselamatan Kim Na-na

from en. Google..

Dendam lama Lee Jin-pyo akhirnya memakan dirinya sendiri, ditembak sebelum sempat membunuh suspek utama kesnya satu ketika dulu.

StatusHati: Dah lama tak tengok drama Melayu 😀

Monday, August 19, 2019

Penghuni Tetap


Alhamdulillah..
Akhirnya selesai urusan berkaitan adik aku di kampung dan secara rasminya akan menjadi penghuni tetap bersama family kecik aku di sini.

Bermula hari ini 19 Ogos 2019 (Isnin), adik aku akan memulakan tugas di tempat baru. Suasana baru, rakan kerja baru, tugasan baru... dipendekkan cerita semua barulah di tanah jajahan barunya sama seperti keadaan aku di SINI hampir empat bulan yang lepas. 

Moga rutin terkini adik aku dipermudahkanNYA. Begitu juga dengan dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha yang memulakan kembali rutin persekolahan mereka hari ini. Kembali untuk bersedia berhadapan dengan peperiksaan sebenar nanti.

StatusHati: ...

Friday, August 16, 2019

Kalau boleh satu kampung nak dibawanya


Itik salai (buat rendang pasti sedap kan #ChefHubby)
Buah kelapa (pun amik 🤔)
Nangka (kat kebun banyak lagi)
Buah mangga (besar ya amat)
Dodol homemade (puas makan dodol cair 👍)
Rendang maman (sejuk bekukan 😎)
Itu belum lagi bawa #AbangHandsome balik.. 😁😉
Apalagi ek.. 🤔🤔 Cukuplah dulu.
Itupun sendat kereta dibuatnya. Next time kita amik lagi.


Bak kata en. Hubby..
'Kalau boleh satu kampung nak dibawanya..' 🤣🤣



TAPI..
Semua itu adalah kenangan di Aidilfitri yang tertinggal.
#TakRetiPenat
#SelagiMasihAdaRaya

StatusHati: Malam ni nak balik kampung lagi.. yeeahhaa..

Thursday, August 15, 2019

Kisah disebalik cuti sekolah


Alhamdulillah dak Kakak dengan dak Adik selesai menjalani peperiksaan percubaan masing-masing di SINI dan di SINI. Moga keputusan peperiksaan percubaan ini menambah semangat mereka untuk mengharungi peperiksaan sebenar nanti.

Aidiladha 2019..
Menjadi kebiasaan, aku menyambut Aidiladha di rumah myMIL tapi kali ini beralih angin menyambutnya di kampung aku. Walau tidak semeriah Aidilftri yang lepas tapi tetap sibuk dengan aktiviti memasak dan menjenguk rumah saudara. Kali ini Aidiladha disambut ketika musim buah-buahan. Kepuasan yang tak terhingga bila dapat menikmatinya.

Habis beraya..
Dak Kakak takmo ikut kami balik, nak tinggal di kampung pulak. Kalau tak mengenangkan aku kena kerja, mahu aku pun takmo ikut en. Hubby balik.. 🤣🤣🤣

Hari ini..
Memulakan kembali tugas hakiki. Terasa seperti black Monday mendatangani diri walau hari ni dah hari Khamis. Apa-apapun moga rutin harian dipermudahkanNYA dan menikmatinya dengan penuh ceria.

StatusHati: Banyak gambar kenangan belum sempat didedahkan di sini. 

Friday, August 9, 2019

Siapa Tak Suka Balik Kampung?


Kisah dua minggu lepas..

Keseronokan balik kampung memang tak dinafikan. Siapa tak suka balik kampung? Tenang + takde stress + jauh dari kesibukan kota walau hakikatnya di kampung tak kurang hebatnya.

Anak-anak pun turut teruja bila dapat balik kampung. Bebas + puas dapat bermain tanpa halangan dan tiada batasan berbanding di rumah sendiri yang sekangkang kera tu.

Ternakan itik ini menjadi salah satu sumber pendapatan.

Dak Nuha yang nampak macam berani kononnya..

Rendang Itik menjadi salah satu menu wajib ketika hari raya dan bertambah wajib bila disejukbekukan untuk aku bawa balik rumah. 

Gagah tak anak bujang aku.. dak Adik..

Hasil dari tuaian dari kebun
Inilah kepuasan sebenar bila dapat menikmati dengan percuma.. hahaha..

 Ini pokok 'Tulip'
Anak aku bukan kenal pun pokok bunga Kantan macam mana rupanya..

Aktiviti sampingan
Membeli + belah menjadi kesukaan aku, makin bertambah berat badan dibuatnya..

Coconut Shake versi adik aku

 Siapa tahu ni buah apa..?
Aku suka.. kecur liur dibuatnya.


Walau panas tetap tak menghalang dak Nuha untuk bermain sakan.
Hitam pun hitamlah janji puas..


Banyak aktiviti anak-anak tapi disebabkan aku belum ada masa nak edit gambar yang menarik untuk dikongsi di sini maka inilah ajelah yang ada..

StatusHati: Aku #BudakKampung..

Thursday, August 8, 2019

@@@ Two Weeks - Korean Drama (2013)



Drama bersiri Korea - 'Two Weeks' ini dikeluarkan pada tahun 2013. Drama sebanyak 16 episode yang berbentuk action thriller boleh ditonton di SINI. Watak utama Lee Joon-gi menjadi pilihan aku kali ini.

MAIN CAST:
Lee Joon-gi as Jang Tae-san
Kim So-yean as Park Jae-kyung
Ryu Soo-young as Im Seung-woo
Park Ha-sun as Seo In-hye
Kim Hye-ok as Jo Seo-hee
Jo Min-ki as Moon II-seok
Lee Chae-mi as Seo Soon-jin


SYNOPSIS:
Jang Tae-san is a small-time gangster who has learned to survive with his fist and wits. He meets and falls in love with a college student, Seo In-hye, who sees a good heart and wounded soul underneath his tough exterior. When In-hye gets pregnant, Tae-san prepares to leave the gangster organization to start a new life with her. But he is blackmailed by the gang boss, Moon II-seok, who wants Tae-san to be his fall guy for an assault charge and go to prison in is place; II-seok threatens to kill In-hye if Tae-san refuses. So Tae-san tells In-hye to get an abortion and cruelly breaks up with her, then goes off to prison for several years.

Eight years later, Tae-san is running a small pawnshop. One day, In-hye unexpectedly pays him a visit and tells him that she cut ties with her disapproving family and had the baby after all. But her daughter Soo-jin has been diagnoned with leukemia and needs a bone marrow transplant. Since she isn't a match, that leaves Tae-san. Reeling from the discovery that he's a father and wanting to do something good for once in his meaningless life, Tae-san agrees to the undergo the surgery, which is scheduled to take place in 'TWO WEEKS'. But he becomes embroiled in political intrigue when II-seok conspires with a corrupt politicion Jo Seo-hee to frame Tae-san for the murder of an undercover agent, who had infiltrated the gang under the orders of prosecutor Park Jae-kyung. Tae-san is arrested by detective Im Seung-woo, who happens to be In-hye's current fiance. While being transported, the police car he's gets into an accident and Tae-san escapes. Now a fugitive, he is haunted by both the police and assassin, and what ensures is two weeks of his desperate struggle to save his life and his daughter's. - di SINI..


Dari en. Google







'You had no right to mess with my life from the very start!
It's that I submitted to the fear that people I cared about would get hurt.'




Pengakhiran drama ini, Jang Tae-san meninggalkan anak dan bekas isteri beliau demi masa depan mereka. Pesanan terakhir untuk bekas isteri beliau:


'Don't lose your fiance just because you feel bad for me.
Don't make this mistake again.'

StatusHati: ...

Wednesday, August 7, 2019

Tergelincir dari Landasan


'When life changes to be harder, change yourself to be stronger'



Berusaha untuk berada di posisi terbaik di atas landasan yang betul.
Tergelincir bukan bererti kalah.
'Aku kena kuat.'

StatusHati: ...

Tuesday, August 6, 2019

Kuih Buah Melaka dan Puteri Mandi


Bukan aku tapi adik aku yang membuatnya..

Kuih Buah Melaka

Hari Sabtu lepas, adik aku bersama anak-anak aku sibuk di dapur menyediakan kuih Buah Melaka ini. Dak Kakak request nak kuih warna merah, tak nak warna hijau seperti kebiasaannya.

TAPI..
Bila dah siap, aku terkebil-kebil nak menghabiskannya disebabkan gula Melakanya tak sedap. Kedai tu jual stock lama ke hape? Tapi disebabkan adik aku dah bersusah-payah membuatkannya, maka habis jugaklah kami makan.. 🤣🤣


Kuih Puteri Mandi

Kuih Puteri Mandi ini menggamit kenangan zaman #BudakPurba; mengingatkan aku kepada arwah Uwan. Dulu cukup suka membantu Uwan aku menggentel kuih tersebut dan bertambah teruja waktu nampak 'puteri mandi' tu naik ke permukaan air waktu memasaknya. Sedap + kenyal bila memakannya.

DAN..
Petang semalam, Adik aku membuat kuih Puteri Mandi ni sambil dibantu oleh dak Kakak dan juga ini kali pertama anak-anak aku merasainya.. 🤗🤗

StatusHati:😢😢😭😭

Monday, August 5, 2019

@@@ Her Private Life - Korean Drama (2019)



Drama Korea berbentuk Romantic Comedy 'Her Private Life' mula ditayangkan pada April 2019 sebanyak 16 episode yang boleh ditonton di SINI.

MAIN CAST:
Park Min-young as Sung Deok-mi
Kim Jae-wook as Ryan Gold/Heo Yoon-jae
Ahn Jae-wook as Nam Eun-gi
Jung Jae-won (ONE) as Cha Shi-an

SYNOPSIS
Sung Deok-mi (Park Min-young) is a talented chief curator of Cheum Museum of Art, who also happens to have a secret: She is a fanatic fangirl oh White Ocean's Cha-Shi-an (ONE). In addition, she is also the fansite manager of the famous "Shi-an is My Life". Ryan Gold (Kim Jae-wook) is a standoffish artist who develops Stendhal syndrome, eventually retiring as an artist. After the current boos, Uhm So-hye (Kim Sun-young) gets investigate for embezzlement, Ryan Gold becomes he new Art Director of Cheum Museum of Art.

After rumors broke out claiming Deok-mi and Shi-an are dating, Ryan suggests that he and Deok-mi pretend to date to ward off Shi-an's fans who threaten to harm her. However, Sindy (Kim Bo-ra), another fansite manager of Cha Shi-an, manages to land a job as an intern in the museum to prove that Ryan and Deok-mi are a fake couple, leaving both no choice but to continue the act even at work. As the lies gets more and complicated, the situation becomes messier and messier. Will Deok-mi be able to hide her secret? Will Ryan and Deok-mi fool Sindy? Or will both of them get caught?




Sekadar untuk berkongsi sesuatu dari episode 5 (minute ke 21:06) drama ini:

'I worked out today - and you have sore muscles.'
'That's actually my specialty, take your thumb and slowly press down the back of your neck in a clockwise motion.'


'Doesn't it feel good?'
'When did you learn how to do this?'
'My muscles were always sore during my days as a trainee. I didn't have the money to receive a massage so I learned it off the Internet.'


Pengakhiran drama bersiri ini.. Hero dan Heroin 'bercantum' jua akhirnya.. 😆😄

StatusHati: ...

Sunday, August 4, 2019

Bukan Gelandangan


Besen pun jadi..

Tak hirau keadaan keliling..

Oyen..
Bukan kucing gelandangan tapi bertuan. Bukan aku punya tapi kepunyaan jiran. Sebelum subuh 'memberi salam'.. Meluru masuk mengiau mencari perhatian.

Kebanyakkan masa makan tidur je si Oyen ni. Penakut pun ye. Asal ada kucing lain ajak gaduh, laju je ia masuk ke dalam rumah mencari perlindungan.

Kena tarik ekor, kena peluk, kena bedung macam baby, kena mandi.. pasrah je rupanya. Cakar.. Gigit pun tak reti.

Ni baru je nak puji ia dah buat perangai. Dalam diam si Oyen 'capai' ayam seketul dekat dapur. Apa aku buat? Bawak si Oyen dengan ayamnya makan dekat luar rumah. Tutup pintu jangan bagi dia masuk. Simple.. tu nasib baik aku tak kurung dalam bilik air tau Oyen.. 😡👻

Oyen..

#KecikBesarKecikBesarJeAkuTengok..
#JantanPenakut.. 🤣🤣

StatusHati: Berehat - selesema..

Friday, August 2, 2019

Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 - PT3


Kisah dak Adik bermula di SINI.. kali ni kisah mengenai dak Kakak pulak..

Kisah sejak KELMARIN

Jadual Pentaksiran Sumatif 3 bagi Tahun 2019

Tarikh yang sangat penting bagi dak Kakak antara calon PT3 2019.

31 Julai 2019 (Rabu)
Ujian Mendengar Bahasa Melayu
Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
PDPC

1 Ogos 2019 (Khamis)
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2

2 Ogos 2019 (Jumaat)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2

5 Ogos 2019 (Isnin)
Pendidikan Islam
Subjek bagi Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Pendidikan Moral untuk calon PT3 yang berkaitan

6 Ogos 2019 (Selasa)
Geografi
Sejarah

7 Ogos 2019 (Rabu)
Asasi Sains Komputer
Reka Bentuk Teknologi
PJPK

8 Ogos 2019 (Khamis)
Sains
Matematik

9 Ogos 2019 (Jumaat)
Pendidikan Seni 2
Pendidikan Seni 1

Moga dak Kakak dapat mengharunginya peperiksaan ini dengan lebih baik dan moga semuanya dipermudahkanNYA.

StatusHati: Selesema menghampiri..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...