Followers Remaja Purba

Tuesday, July 31, 2018

Ustaz Kamil bin Sidek - Refleksi Minda


Refleksi Minda
Peranan Ibubapa dalam membentuk kecemerlangan anak-anak.
Oleh: Ustaz Kamil bin Sidek (biodata di SINI)
(Penceramah bertauliah di JAIS, Cuit-cuit Ustaz Kay)


TANDA ORANG BERSYUKUR:
Sentiasa mengucap Hamdallah bersyukur kepadaNYA.
- Sentiasa ingat kepadaNYA.
- Sentiasa melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.


TANDA ORANG YANG KUFUR:
Liat untuk beribadat.
- Nak nikmat ke nak azab?

Tidak pandai berterima kasih sesama manusia.
- Walaupun tugas cikgu mengajar tetapi tidak salah untuk ucap terima kasih kepada cikgu sebab telah mengajar anak.
- Walaupun menerima khidmat kebajikan (sebab itu memang tugas dia).

Sentiasa hasad dengki.
- Tak boleh melihat kelebihan orang lain.

Kuat mengeluh.
- Bukan protes pada ibubapa tetapi pada Allah.
- Jangan banyak mengeluh dalam hidup.


PERANAN IBUBAPA:
Memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memantau aktiviti anak-anak.
Menyediakan persekitaran kondusif.
Ibubapa sibuk dalam urusan dunia. Kita menjadi ibubapa bukan sebab ada anak (konsep ini tak betul). Kita telah diamanahkan oleh Allah, betulkan niat - kerana Allah S.W.T.
Menggalakkan anak menyertai bengkel.
Bina rumahtangga harmoni - Perlu ada hubungan yang erat dalam keluarga.
Jadikan rumah sebagai pusat ilmu, didik anak dalam pergaulan.
Galakkan anak terlibat dengan aktiviti sampingan.
Bijak mendisiplinkan anak-anak.
Fahami tekanan yang dihadapi oleh anak.
Dorong ke arah imej yang positif.
Menjaga pemakanan dan kesihatan anak.
Nyatakan ganjaran dengan jelas.


Anak-anak ada helahnya, jangan mudah percaya dengan anak.
Jaga soal halal/haram dengan baik.


Pantau aktiviti dan pergaulan anak-anak di dalam dan di luar waktu belajar. Rajin bertanya guru mengenai perkembangan anak-anak sewaktu di sekolah. Sikap berhati-hati ini mampu mencegah anak-anak daripada terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Jadikan didikan agama sebagai tunjang keharmonian, didik anak-anak hormatkan guru dan kawan-kawan.


RUMUSAN:
'Anak kita asbab untuk ibubapa dimasukkan ke dalam syurga.'
Doakan anak orang lain - nescaya Allah akan makbulkan doa untuk anak kita (terlebih dahulu).


Maklumat ini adalah dari Majlis Permuafakatan Ibubapa UPKK 2018 yang telah diadakan pada 10 Februari 2018 (8am) di SRABK (sekolah dak Adik). Lamaaaaa.. baru aku  jumpa nota ceramah pagi tersebut.


StatusHati: Moga terus istiqamah..


Monday, July 30, 2018

Melaka World Heritage City waktu malam


Kisah sebelum di SINI.. dan SINI..

Kesempatan diambil walau badan letih sebenarnya. Sengaja bawa anak-anak berjalan menikmati suasana waktu malam melihat Bandaraya Melaka pada waktu malam. Nak kata nak berseronok sangat tak jugak sebab tujuan utama balik kampung di Melaka sebenarnya bagi membantu keluarga bapa dan mak saudara menguruskan majlis perkahwinan anak beliau, sepupu aku.

Kisah disebalik majlis perkahwinan adik sepupu aku tu nanti aku share. Bukan setakat gambar malah video juga ingin aku kongsikan tapi bab nak mulakan karangan sepatah dua kata alahai.. terus menjunam mood aku. Masih tersadai di bahagian draft nampaknya setakat ini.



Aku ni.. tiap kali balik kampung jarang nak meronda buat terapi minda di sekitar Melaka tu. Lebih suka bergossip membawang bersama mak saudara aku. Jumpa saudara dalam waktu yang terhad lebih bermakna tiap kali balik kampung. Dah namanya balik kampung kan.. haruslah menjenguk mana yang berkesempatan. Kalau nak berjalan meronda, baik tak usah balik kampung. Pergi bercuti ke tempat yang diinginkan terus.


Melaka World Heritage City


Kali ni anak buah en. Hubby turut serta, sengaja memberi sedikit pengalaman buat mereka melawat ke tempat orang cuma peluang menaiki Melaka River Cruise tak kesampaian ditambah dengan letih tak cukup rehat jadi hanya sekadar berjalan kaki di tepian sungai Melaka melambai pada cruise yang lalu. 


My anak-anak dara..




Kawasan sekitar sungai yang dinaiktaraf dengan pelbagai warna dan lukisan serta bentuk menjadikan kawasan tersebut nampak cantik dan dah tentu teruja nak bergambar. Terasa diri pelancong dari luar pulak.. 😎😀  Bila bergambar, MakBudak turut sama tak lepaskan peluang. Bukan selalu pun..


Kerusi ini mengingatkan aku pada zaman aku budak-budak dulu.
Kerusi ini menjadi salah satu kerusi kegemaran aku.
Teringin nak bersantai lebih lama tapi sayangnya urusan lain menanti.


Dak Nuha meminta aku mengambil video dia berlakon sedang menunggang motorsikal berdasarkan lakaran di dinding belakang bangunan.
Anak.. eemm.. layankan aje, janji deme happy..


At d end.. kembali ke Masjid Tanah.. kembali untuk menguruskan kenduri adik sepupu ketika itu.. akan ku update jua nanti..


StatusHati: Nak balik kampung lagi..


Saturday, July 28, 2018

Muzium Adat Istiadat Alor Gajah Melaka





WAKTU MELAWAT: 9 pagi - 5:30 petang
DEWASA: RM2.00
KANAK-KANAK: RM1.00

Perbadanan Muzium Melaka


Muzium Adat Istiadat yang terletak di Dataran Keris Alor Gajah, kira-kira 25km dari Bandar Melaka telah dibina berasaskan rekabentuk rumah tradisional Melayu Melaka. Pada awalnya muzium ini dikenali sebagai Muzium Derah Alor Gajah yang mempamerkan bahan-bahan tentang sejarah dan kegiatan sosio ekonomi masyarakat Daerah Alor Gajah. Muzium ini kemudiannya diubah menjadi Muzium Adat Istiadat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai adat istiadat yang terdapat dalam masyarakat Melayu khususnya.

Ianya menjadi pusat rujukan berhubung dengan adat istiadat perkahwinan Melayu tempatan dan nusantara yang dimulakan dengan adat merisik sehinggalah ke majlis persandingan. Pelbagai diorama berhubung upacara penting seperti akad nikah, bersanding, pelamin, bilik pengantin dan pakaian tradisional menjadi tarikan utama di muzium ini.


Ragam anak-anak


Pelamin Melayu



Dari Jawa Ke Bangkahulu,
Membeli Keris di Inderagiri,
Kawan Ketawa Ramai Selalu,
Kawan Menangis Seorang Diri.


Galeri Bilik Beradu Pengantin







Dataran Keris Alor Gajah

Jun 2018..
Dalam sejarah beb.. singgah di sini bergambar kenangan. Kalau tak.. hanya sekadar tumpang lalu di bulatan Alor Gajah tu. Singgah berhenti pun takmo. Kemain sombong kau ye Mak Budak.. tapi itu dulu. Sekarang sejak sama-sama gila selfie dengan anak-anak ni, kalau boleh tepi highway pun nak berhenti bergambar. Nasib baiklah ChefHubby tak layan kerenah gile MakBudak nan satu tu..






Dalam terik mentari kulayan ragam anak-anak..
Sebelum destinasi diteruskan ke SINI..



StatusHati: Kelopak mata sebelah kiri terkelip-kelip..


Friday, July 27, 2018

Menjenguk Kampung Arwah Nenek sebelah Ayah



21 Jun 2018 (Khamis)
Kenangan beraya di rumah arwah Nenek sebelah ayah aku. Bersama kami selain anak-anak, anak-anak buah turut serta memeriahkan suasana. Happening + meriah dengan ragam dan kerenah mereka..


Perjalanan balik kampung yang smooth dan tenang ketika itu..


Tiap kali melepasi tol ini pasti akan ada gambar yang akan diambil..
Tu tengok.. penuh dalam kenderaan..



Pemandangan sepanjang perjalanan balik kampung..



Akhirnya selamat tiba di rumah arwah Nenek sebelah ayah aku..
Waktu kami sampai tu, buah-buah sedang lebat berbuah tapi masih hijau. Kalau masak ranum, mahu penuh perut kami isi.. hehehe..


Ruang depan dan sisi berhampiran rumah..


Dulu..
Depan rumah ni rendang dengan pokok rambutan..




Masing-masing tak sabar nak tengok lembu di kandang di belakang rumah..


Orang sibuk.. dia pun sama terkedek-kedek mengikut..


Ni baru beberapa jam..
Kalau berhari-hari tak tahulah apa akan jadi dengan anak-anakku itu..


Rumah kampung..
Keluar masuklah anak-anak..


Bersama Busu Man yang jarang kami jumpa..


Tengok gambar ni.. terasa nak balik lagi..
Rindu dengan suasana kampung..



StatusHati: InsyaAllah.. akan kembali semula nanti..



Wednesday, July 25, 2018

Lawatan ke Ladang Lembu di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor


Kisah selepas Perjumpaan Geng Blogger di rumah Makchaq di SINI.. kami teruskan perjalanan ke lokasi lain atas urusan keluarga.



'Cendol Station Warung Estate'
Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor


Cendol Mangga pilihan dak Nuha
Gambar lain takdan nak ambil sebab aku lapar.. hahaha..


Kali pertama kami makan di sini. Agak menarik tempatnya dan menjadi lokasi tumpuan penduduk sekitar dan juga orang luar.

Apa yang menarik..?
Pelbagai menu yang ada tapi pilihan utama dah tentu menu cendol.
Cendol Mangga, Cendol Durian, Cendol Buah Naga selain dari Cendol Biasa.
Kalau tanya aku, dah tentu cendol biasa juga yang sedap.. hehehe..

Menu tambahan yang kami makan di situ, antaranya mee celup, keytiow celup, laksa, rojak buah. Menu lain tak pulak kuambil tahu sebab acara makan ni bukan tujuan utama kami sebenarnya. Ada tujuan lagi besar sebenarnya kami ke Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor ni..


Selesai makan, susun setempat jangan dibiarkan bersepah.
Inilah yang kami lakukan tiap kali makan di luar..
Itu nasib baik kami tak angkat hantar terus ke dapur mereka.. hahaha..


Cucu kedua bongsu dalam keluarga myMIL



Tujuan utama kami adalah ke sini..
Ladang Lembu
Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor
Boleh HubungiEn. Hafiz: 013-629 0678


Salah seekor dari lembu ini menjadi pilihan untuk Aidiladha nanti..


Lembu dah dipilih maka jomlah kita ke rumah pemilik untuk sesi perbincangan..


Pokok Durian masih di peringkat belum matang seperti anak-anak dara ni..



Selesai urusan berkaitan lembu, lokasi terakhir adalah di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Masa untuk melepak sambil melihat pemandangan sekitarnya. Walau agak rimas dengan lautan manusia tapi asalkan anak-anak happy, aku ok je. Janji memasing tak meragam. Melepak di sini pun untuk melihat matahari membenamkan dirinya.


Dak Kakak bersama Kembarnya..
Ke hulu ke hilir bersama takleh berpisah..


Pinjam gambar dari SINI..


Nun di sana..


Subhanallah.. cantiknya..



StatusHati: Jangan paksa aku melakukannya..



Bersama Ambulans ditepian Highway


PAGI SEMALAM:
Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan di tempat kerja dan hasil bacaan graft berkaitan semua normal kecuali berat badan berlebihan takde dah nak #PerasanSlim.. 😂


KISAH PETANG SEMALAM:
Dalam perjalanan balik kerja, kakZai penyelamat keadaan. Andai aku seorang, tak tahu ke mana hala tuju cikPutih. Syukur cikPutih tak cedera dan paling penting kakZai dan #MakBudak selamat. Syukur Alhamdulillah..

Bila aku sedar, dah ada beberapa orang bersama ambulans ditepian highway selepas Tol petang semalam. Separa sedar dengan keadaan diri. Tak lama kemudian ChefHubby sampai menguruskan keadaan.

Terima kasih pada semua yang terlibat petang semalam. Hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan semua.


StatusHati: Lidah cedera sekali lagi..


Tuesday, July 24, 2018

Perjumpaan Geng Blogger di rumah Machaq


Kisah pada 22 Julai 2018 (Ahad)

Kisah awal:
Satu mesej sebelum ini diterima tapi aku sebenarnya tak perasankan tarikhnya. Sekali aku silap tarikh daa.. Aku sedar sehari sebelum hari kejadian, itupun mesej dari beliau sendiri. Aduhai.. maafkanlah anakmu ini mak. Rupanya kami tersalah tarikh dan syukur sangat-sangat ChefHubby tidak sibuk dengan rutin harian beliau maka dapatlah kami meluangkan masa ke rumah beliau. TAPI.. paling menarik, pagi kejadian tergerak hati nak bertanya pada beliau berkenaan isi jemputan tersebut. Yelah.. senang nak match kan pakaian dan keadaan, takdelah nampak pelik sangat.


Sekali Makchaq reply..
'Saja je..makan durian, jumpa blogger.'

Aduh.. takkan nak kata tak boleh pulak kan. Tambah pulak dah janji dengan anak-anak ke mana hala tuju seharian tu. Maka.. bertabahlah ye Mak Budak demi meraikan majlis di rumah Makchaq. Lagipun yang tak makan durian aku seorang, ChefHubby dan anak-anak layan je..


Masa sampai ni tengok dah ramai yang sampai..
Majlis bermula pukul 11am tapi aku sampai 11:30am..


Gambar pertama.. dipaksa bergambar sebenarnya.. hahaha..


'Rugi tak makan durian..'
En. Suami KakCik Seroja mengusik aku.. hahaha..


Durian dibawa dari Dusun Pakchaq di Batu Kurau, Perak
Satu jumlah yang bukan sedikit..


Pilih bang.. pilih..


Anak-anak tak berapa nak makan sebab kami dah kenyang makan sebelum tu..


Antara isi si Raja Buah - Durian..



Dak Nuha yang berselera makan..
Dalam meragam dia tu, makan tetap makan..


En. Hubby tolong belahkan buah durian untuk dinikmati oleh Geng Blogger yang hadir..


Di mana aku..?
Sekejap ke hulu.. sekejap ke hilir.. tu belum kira ke belakang rumah Makchaq semata-mata nak jauhkan diri dari bau durian. Kesian tapi dalam masa yang sama rugi sebab tak dapat join beramah mesra dengan yang hadir. Cemburu beb tengok deme bergelak tawa sedangkan aku tak boleh duduk setempat. Kepala pun dah mula berdenyut-denyut masa ni.. huhuhu..


Bersama KakcikSeroja..
Kakcik memang rajin ke rumah kami bila dijemput.. sayang kakcik..


Nampak manis je senyuman tu kan.. walhal itu lakonan semata-mata.. 🙃😜



Bersama my anak dara.. dak Kakak..


Pokok manggis yang tegak melatari halaman rumah Makchaq..
Geleng kepala dak Adik tengok ragam ibunya..



Bersama Blogger Rai..
Rezeki  tiap kali berjumpa dengan beliau pasti di rumah Makchaq..


Dari sampai, turun kereta merengek nak main dengan kucing..
Tiap kali mai rumah Machaq mesti kucing menjadi pilihan dia..


Bergambar bersama blogger yang hadir.


Reaksi dak Adik bila termakan buah yang pahit..
Hahaha.. comel je tengok gelagat dia..


Candid dulu..



Manakala yang ini sumber dari FB..
Sebahagian yang hadir..


Sporting and Happening..


Bersama Datin Makchaq..
Aku baru perasan pasti baju warna merah tudung pink tiap kali ke rumah Makchaq.. hehehe..


Happening beb..
Ramai geng blogger mai..
Tapi aku tak dapat join makan sekali. Bukan sombong tapi.. eemm.. bau si raja Buah buat aku tawaf dua tiga kali rumah Mak sambil layan kerenah dak Nuha yang sedikit meragam.

Apa-apapun terima kasih buat Mak Azilah Abdul Aziz dan Pakchaq sekeluarga jemput kami datang rumah. Nanti kita open table pulak ek.. 🤗😘
#GengBlogger


StatusHati: Masih terasa berdenyut kepala dek bau durian tu..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...