Followers Remaja Purba

Thursday, July 18, 2019

Kenangan di Aidilfitri 2019


Kenangan 1 Syawal (Rabu)

Berdebar-debar dengan bajuku ini..
Konon muat di badan sendiri..
Bertambah teruja bila #PerasanSlim menjadi..
Tapi sayang.. en. Hubby sabotaj gambar ini..

#BusanaLama15TahunDahulu.
Sambungan kisah dari SINI..

Selesai di rumah myMIL, kami meneruskan perjalanan ke selatan untuk beraya di rumah keluarga sebelah mak aku pulak. Takdelah jauh seperti nak utara memakan masa hingga berjam-jam lama dek kesesakan jalanraya, biasalah semua orang nak balik beraya. Bertabahlah menghadapinya.

Simpang Ampat, Negeri Sembilan destinasi pertama kami..

Ada satu kisah, aku sedikit terkilan bila tak dapat beraya di salah sebuah rumah saudaraku. Bila aku cuba menghubungi, Eh!Dah kenapa ni..? Tertanya-tanya apa dah jadi. Takpelah, jangan bersedih hati, kita cuba hiburkan hati dengan ke sana ke mari beraya berjumpa family.


Kenangan 2 Syawal (Khamis)

Jom jalan raya..

2 Syawal berada di Melaka..
Tempat persinggahan #RemajaPurba sekeluarga..
Berbusana biru cantik dan machonya..
Bukan senang nak tengok deme sedemikian rupa..
#KenanganRayaAidilfitri

Seharian berjalan raya ketika ini.. ok kita kembali ke 'pangkal jalan'..

Saja nak bagitahu.. baju tu antara koleksi di zaman #RemajaPurba dulu..
Walau tiada baju raya, yang penting anak-anak gembira.


dak Kakak dan Babah..

Sambungan..?
Ada masa nanti aku tepek di sini..
Masih ada yang tersimpan di dalam draf lagi..

The End..

StatusHati: Masih tertanya-tanya bila pihak sana diam menyepi..

Wednesday, July 17, 2019

Jangan ucap tahniah dulu.. 🙃


Menarik pulak gambar kedua tu..

Kena ada kerjasama kedua-dua belah pihak.. 💏
#RemajaPurba yang dah jadi #MakBudak..
Ingat tau.. Jangan ucap tahniah dulu.. 🙃

StatusHati: Bersama selamanya..

Tuesday, July 16, 2019

Rendang Ayam Maman Crispy


Kenangan di Aidilfitri 2019..

Sayur Maman..
Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama rendang ayam atau daging dan menjadi satu juadah wajib pada setiap hari raya. Satu kelebihan yang aku ada adalah kampung mak saudara aku berada di Gemencheh, Negeri Sembilan. Lagilah mudah untuk aku merasa sayur maman ni.

Pada aku, tak lengkap rasanya kalau waktu raya tiadanya menu ini. Setiap kali balik kampung pasti akan dihidangkan dengan menu ni. Rasanya dah tentu sedap selain dari pedas + pahit.

Aidilfitri 2019..
Aku dapat merasainya di kampung bapa saudara aku di Melaka dan juga di rumah salah seorang rakan 'ondscene' di Negeri Sembilan. Sedap tapi tak terkalahkan yang ada di Gemencheh. Thumb up..

Menambah keterujaan bila aku minta ibu saudaraku sejuk bekukan maman yang ada untuk di bawa balik sambung makan di rumah sendiri.

Mula-mula kita panas maman yang di bawa balik dari kampung tu..

Kemudian goreng ayam..

Taadaaa... hasilnya..

Pada yang tertanya + terfikir bagaimana penyediaan Rendang Maman yang sebenar, bolehlah tengok di SINI..

StatusHati: ... speechless

Friday, July 12, 2019

Mengundang seribu satu kenangan



Jalan yang mengundang seribu satu kenangan..
Jalan yang menjadi laluan aku lebih sepuluh tahun dulu..
Keluar sebelum matahari munculkan diri..
DAN..
Kembali selepas matahari menyembunyikan diri..

StatusHati: Aku.. kau.. dan dia..

Thursday, July 11, 2019

Keadaan Masih Sama


Banyak kenangan yang ingin aku simpan di sini tapi keadaan masih sama seperti di SINI.
Ku pandang kanan, ku pandang kiri..
Tak tahu nak ku perah ayat karangan macam mana lagi..

StatusHati: Masih belum sembuh lagi..

Wednesday, July 10, 2019

Temuduga Terbuka 'KOSSAN LATEX INDUSTRIES (M) SDN. BHD.'


Temuduga Terbuka 'KOSSAN LATEX INDUSTRIES (M) SDN. BHD.'
Tempat: MPKK Meru (Dewan Orang Ramai Meru):
Tarikh: 6hb dan 13hb Julai 2019
Masa: 9am - 4pm

Banner Temuduga Terbuka..

Sabar menunggu giliran dan ada juga yang tak sabar..
Macam-macam kerenah yang dapat aku lihat waktu hari kejadian..



Menemani adik menjalani sesi temuduga tersebut. Dalam masa yang sama, secara spontan aku menghulurkan bantuan bila melihat ada calon yang terkial-kial tak tahu nak buat apa.

'Ai dapat elaun tak tolong you ni?' Sekadar mengusik mereka.
'Boleh, nanti I belanja you makan tengahari. You bagi no. telefon you.'

Berkali-kali salah seorang dari mereka (maaf ye miss ai lupa nama you) mengucapkan terima kasih pada aku kerana spontan membantu. Terkejut juga dia tiba-tiba ada yang menghulurkan bantuan membantu team mereka.

Dari sekadar mengagihkan borang kepada calon yang hadir hinggalah membantu salah seorang penemuduga memanggil calon untuk ditemuduga. Dah macam staff #Kossan pulak aku waktu tu.. 😎 Mana taknya ada calon yang bersungguh bertanya pada aku.. 'Maaflah dik, akak bukan staff, ni tolong je.'

Buatmu #Kossan.. kalau aku team HR, mesti calon yang hadir 'tak suka' aku.. 'Akak ni tegas sangatlah.' Ada yang komen macam tu pada aku.. 🤣🤣 tapi ada yang tersenyum tengok gelagat aku, 'alah dik.. akak buat macam tu sebab tak nak bagi korang gemuruh sangat'.

  🤣🤣  Anyway, good luck buat yang hadir temuduga pada hari Sabtu lepas dan juga  hari Sabtu ini.
#KossanLatexIndustriesSdnBhd
#SekadarMembantu
#AkuBukanStaffKossan


Lewat petang beraya di nenek a.k.a Pengasuh anak-anak walau Syawal dah menutup tirai..

StatusHati: Dah lama tak diserang sakit pinggang.

Monday, July 8, 2019

Keinginan meluap-luap


Kebelakangan ni banyak perkara telah berlaku.

Ini nak mulakan perenggan pertama pun terasa macam nak jawab kertas soalan peperiksaan SPM. Terkebil-kebil mengadap di sini. Terasa terasing dalam duniaku sendiri.

Diam aku bukan bermakna melupakan. Sibuk aku menyukarkan keadaan. Bukan mudah untuk aku menyesuaikan diri dan bukan mudah untuk kau memahami.

Keinginan untuk mencoretkan kenangan di sini meluap-luap namun ada je halangan terbentang. Maafkan aku andai coretanku semakin berkurangan. Inipun terkial-kial untuk satu entry.

StatusHati: Sakit pinggang berulang kembali..

Thursday, June 20, 2019

Apalagi yang boleh aku katakan


Ini kisahnya..

Dak Adik:
Sepanjang Syawal kali ini, dia dikuarantin dari melibatkan diri dengan aktiviti di luar rumah. Setakat main di depan rumah takpe lagi sebab berada di depan mata. Bukan nak mengongkong tapi itu semua demi mengelakkan ada unsur-unsur tidak baik terhadap diri dak Adik.

Kita sedia maklum, dari bulan puasa hinggalah Syawal menjelma, pasti ada sebilangan dari budak-budak tak lepas bermain mercun. Inilah yang sebenar aku cuba elakkan sebab pernah terjadi anak aku dipersalahkan. Memang aku akui salah anak aku; aku dan en. Hubby dah pun minta maaf waktu itu.

TAPI, kalau nak dibandingkan kisah tersebut, ketika anak aku bermain bunga api bersama anak jiran dan terkena pulak di tepi mata, aku takdelah riuh setaman walau aku dah rasa nak jadi Mak Singa masa tu. Mana taknya kejadian tu berlaku depan mata mak yang menyebabkan anak aku kena, dia sikitpun tak marah anak dia dan tak minta maaf pada aku. Huh! Bila anak orang lain kena, kemain lagi.. aarrggghhhh...!! Puaslah en. Hubby pujuk aku agar tak pergi ambush mereka yang lebih sudu dari kuah waktu itu.


Dak Nuha:
Ramai yang mengatakan dia dah kurus. Itu pada pandangan mata orang tapi pada aku dia tetap 'baby tembam' di rumah. Marah sungguh dia kalau ada yang kata dia gemuk.

'Siapa yang cakap Nuha macam tu?'
'Si A tu lah.. dia cakap Nuha gemuk. Macamlah dia tu kurus sangat, sama jugak gemuk.' tersenyum aku mendengar omelan dia.

Hailaa Nuha.. ada je cerita tiap kali balik sekolah dan adakala kisah dia 'kena buli'. 'Dia buat macam tu, kenapa Nuha tak balas? Jangan lembik sangat. Nanti senang kena bulilah!' Marah sungguh dak Kakak dibuatnya. Alah.. biasalah tu, ada yang nakal, ada yang suka mengusik. Aku pula sekadar mendengar perbualan mereka.


Dak Kakak:
Baru-baru ini satu kejadian yang tak diingini telah berlaku kepada dak Kakak. Terkena minyak panas waktu memasak di dapur. Minyak di dalam kuali tertumpah dan terkena pada bahagian peha dak kakak di SINI. Menggigil badan aku ketika mendapat berita tersebut. La ni.. Alhamdulillah keadaan dak Kakak semakin baik dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Cuti Sakit pula diberikan sepanjang minggu ni.


Kisah aku dan en. Hubby:
Rutin berjalan seperti biasa. Open House..? Tarikh dah ada tapi masih diperingkat perbincangan.

Dalam tiada masa untuk update di sini dek sibuk dengan tugasan di tanah jajahan baru ni, berjaya juga aku siapkan satu entry ni. 

StatusHati: Selagi Syawal masih ada..

Tuesday, June 18, 2019

Kejadian pada 13 Syawal 🤤


17 Jun 2019 (Isnin)

Ketika itu rutin harian berjalan seperti biasa. Kerja di tanah jajahan baru ni masih terlalu baru pada diri aku. Belum hadam dengan kerja A, datang pulak kerja B, itu belum lagi kerja C. Aku stress tapi aku cuba sediakan nota khas berkaitan kerja hakiki yang baru ini.

TAPI.. bukan itu nak diceritakan, sebaliknya:
Aku sangat terkejut dengan berita dak Kakak melecur dek terkena minyak panas waktu memasak di dapur. Terkena pula pada bahagian peha.

Aduh! Panik aku bila en. Hubby bagitahu keadaan dak Kakak. Bila ditanya pada dak Kakak, dari skala 1 hingga 5 tahap melecur tu. Menangis dia bagitahu 'skala 5 ibu'. Berderau darah aku. Allahuakbar.. lagilah aku risau. 

Dahlah aku fobia dek kes air panas yang pernah kena pada dak Adik dulu (boleh rujuk pada entry awal kewujudan blog Mak Budak ni). Kali ni minyak panas pulak. Menggigil aku memandu balik petang semalam.

Alhamdulillah..
Itu je yang aku boleh bagitahu selepas berjumpa doktor.

Hari ni..
Aku cuti rehat memantau keadaan dak Kakak. Itupun ada hati nak ke sekolah. Manalah Babah tak bebel, sama je perangai dengan ibu. Sakit-sakit pun masih nak pergi kerja.

StatusHati: Pemantauan diteruskan.

Monday, June 17, 2019

Salam Aidilfitri dari #ChefHubby dan #MakBudak


Di pagi satu Syawal..

Salam Aidilfitri dari #ChefHubby dan #MakBudak buat semua.

Aidilfitri kali ini disambut meriah di kampung bersama en. Hubby dan keluarga. Tiada istilah 'one two som' nak sambut raya di mana. Pagi raya beraya di rumah MIlL sebelum berangkat pulang ke kampung mak aku di selatan. 

My anak sulung.. dak Kakak..

Kali ni berbusana ungu dari koleksi simpanan almariku. Warna yang menjadi pilihan anak-anak. Tak kisahlah aku tiada baju baru asalkan anak-anak gembira menyambut Aidilfitri. Kalau nak tahu, baju ini baju lama, dah boleh menjadi koleksi muzium rasanya kerana usia baju ini seiring usia dak Kakak.

Dak Nuha yang bersantai di sebelah atoknya..


Di petang satu Syawal..
Perjalanan balik kampung ke Selatan diteruskan. Tiada yang istimewa sepanjang perjalanan kecuali lebuhraya yang sesak.

Control macho ke control mengantuk cik Abang..? 😎

Peneman setia tiap kali balik kampung.

Separuh perjalanan co-pilot mengambil alih dari pemandu utama..

Alhamdulillah.. selamat tiba di kampung selepas hampir 4 jam memandu. Walau tak jauh tapi tetap penat memandangkan malam sebelumnya tak tidur semalaman, bukan sebab teruja tapi banyak kerja nak kena siapkan.

Apa-apapun..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua kengkawan di sini.

StatusHati: Tiba masa untuk jemputan rumah terbuka..

Wednesday, June 12, 2019

Persediaan sebelum Aidilfitri..?


Kisah Satu - 30 Mei 2019 (Khamis)
Selepas hampir seminggu menahan sakit hidung yang membengkak, akhirnya aku menyerah kalah. Ditemani en. Hubby, aku berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.. 😭 Aku pun tak tahu macam mana boleh kena. Takkan kena attack dengan tangan en. Hubby. Nak kata dak Nuha tendang, lagi mustahil.. 🤔 Ada haiwan liar cuba cium aku ke..? 😅 Disebabkan sakit tersebut, dua hari aku dapat cuti sakit dari doktor dan Alhamdulillah bengkak pada hidung aku semakin baik sebelum menjelangnya Aidilfitri.


Kisah Dua - 2 Jun 2019 (Sabtu)
Berbuka puasa bersama #GengLorong en. Hubby di Setia Alam. Dijamu dengan lemang yang dimasak oleh #ChefHubby di sana dan rendang ayam dari wife salah seorang dari #GengLorong.  Tukar cara masak lemang.. tak payah tunggu depan asap, depan bara api.. 🤗😍

Masak lemang dalam tong drum.
seperti di SINI..


Kisah Tiga - 4 Jun 2019 (Selasa)
Sehari sebelum raya, kali ni projek masak lemang dalam tong drum diteruskan untuk santapan di pagi raya di rumah MIL dan rumah mak aku di kampung.

'Ibu, esok raya ke ibu..?'
'Esok tak payah puasa dah kan ibu..?'
'Ibu, esok nak bangun sahur, nanti kejutkan tau..'
Hailaa anak.. terasa macam kaunter pertanyaan pulak dibuatnya.


Kisah Empat:
Kisah beraya.. tunggu dulu..

StatusHati: Ada dinding tebal antara kita..

Friday, May 31, 2019

Iklan Raya TNB vs Bil TNB 🤔


Zaman #BudakPurba dulu..
Waktu ini aku dan adik aku tinggal dengan arwah Atok dan Uwan aku di kampung. Tak lasak, tak nakal bukan budak kampunglah kan.. macam yang aku pernah ceritakan di SINI..

Waktu Siang..
Bermain di ceruk mana, celah mana perasaan takut memang tiada langsung. Tak kenal erti letih, erti penat waktu itu.

Waktu Malam..
Bunyi cengkerik mengiringi malam yang sunyi. Ditambah dengan bunyi nyamuk berdengung di telinga, katak bersahutan memanggil hujan. Turn deme pulak 'bermain' di waktu malam.

Takut..?
Nampak ganas di waktu siang tapi penakut di malam hari. Ya.. itu perasaan aku.. itu belum kira meremang bulu roma walau tak pernah ternampak 'si dia' 😆 tapi sekarang bila tengok bil TNB lagi seram aku rasa.

Sedih..?
Bila dah membesar menjadi #RemajaPurba, aku di bawa pindah duduk di 'hutan batu'. Sedih aku takde ruang nak beraksi nakal, lagak ngeri yang boleh dibuat. Tapi belum pernah lagi tak balik beraya di kampung. Kalau tak balik boleh murung aku jadinya.

Tapi bila dah jadi #MakBudak ni, rasa sedih nak beraya kali ni belum mampu tandingi TNB. Iklan raya deme memang sedih tapi lagi sedih bila tengok bil TNB dari iklan rayanya.. 😢😭

StatusHati: Dulu lain, sekarang lain..

Thursday, May 30, 2019

Kuih Kasih Sayang namanya


Sepanjang Ramadan kali ni, aku malas nak kongsi menu berbuka di sini sebab bukan aku yang masak, jadi keterujaan tu takde.. 🤣😃 Sepanjang Ramadan kali ni, kebanyakkan masa #ChefHubby yang masak untuk menu berbuka.

Dengan tempat kerja di tanah jajahan baru ni boleh tahan jauhnya membuatkan aku kurang bertenaga nak bersilat di dapur. Jangan kata silat, taekwondo, Muay Thai, Judo, Wushu pun aku surrender. Alhamdulillah syukur atas kerjasama yang diberikan en. Hubby.

Tapi..
Kuih yang ini dibuat oleh nenek Mak Ani a.k.a pengasuh lama dak Kakak dengan dak Adik. Kuih nenek memang tip toplah yang dibuat dengan penuh kasih sayang. Kuih koci pulut hitam, kuih kaswi dan kuih tepung bungkus dibuat khas untuk kami. Walau jauh tapi demi tiga kuih tersebut, sanggup ku redah ke rumah nenek.

Nak lagi.. dan lagi.. dan lagi..

Berangan berbuka puasa di #ImpianaHotel Ipoh 😎

Selingan..
Ikan keli goreng berlada..

Kuih buah Melaka..

Kuih ni dibeli pada hari pertama berbuka puasa di rumah MIL. Dari segi presentation nampak menarik tapi dari segi rasa kuih ni mungkin tak dibuat dengan kasih sayang 😣 kot.

StatusHati: Alhamdulillah dengan rezeki dariNYA.

Wednesday, May 29, 2019

Kena tutup aurat


Anak-anak dah mula menghitung hari, tak sabar nak menyambut Aidilfitri. Tak cukup deme belek tarikh di calendar, aku pun turut  menjadi mangsa menjadi 'kaunter pertanyaan' anak-anak.

Persiapan menyambut raya secara sederhana je tapi baju raya anak-anak tetap kami beli sebab baju tahun lepas tak muat dah.. Eh!Bukan ibunya sekali ke..👀 hahaha..

Bila bab nak memilih warna dan design baju, kali ni kami serahkan kepada anak-anak untuk membuat keputusan. Aku ikutkan je, yang membayarnya dah tentu babah deme.

Ini pulak permintaan dak Nuha..
'Ibu, Nuha nak pakai baju kurung macam baju sekolah Nuha sebab ustazah cakap kena tutup aurat.' I'm speechless..

Demi pilihan dak Nuha, kami turutkan kehendak dia. Dia tak rambang mata seperti ibunya, dia tetap dengan pilihan hatinya - baju kurung. Ok.. part ni sssyyyyy.. menjadi rahsia, belum masa untuk aku dedahkan baju apa yang menjadi pilihan dia.

Moga Aidilfitri kali ini akan membawa lebih kebahagiaan buat diri aku. InsyaAllah.. Aamiin.

StatusHati: ...

Saturday, May 25, 2019

Gurau Kasar Nampak!!


'Nak bergurau boleh tapi tengok tempatlah bro..!! Bukan semua tempat tu sesuai dan bukan semua orang suka dengan gurauan tu.'

Kang kalau tegur, tahu pulak nak sentap. Tinggi sangat ego tu. Aku tak suka cara macam tu, nampak macam orang tak matang. Tak berkelas darjah langsung bro..!

StatusHati: Memalukan.. 🤦‍♀️

Friday, May 24, 2019

@@@ Filem Fabricated City - Ji Chang Wook


Filem Fabricated City merupakan sebuah filem action thriller lakonan Ji Chang Wook ditayangkan pada 09 Februari 2017 yang mana boleh ditonton di SINI.. Paling menarik, tiada langsung adegan romance di dalamnya, hanya babak action thriller penuh gaya sahaja dipaparkan.

Sinopsis:
Kwon Yoo formerly a national Taekwondo champion is just an unemployed gamer who lives day by day playing computer games. In the virtual game world, he is the best leader. Kwon Yoo is then framed for a murder. With the help of his team in the virtual game, he tries to uncover the mystery.

Sumber en. Google
Main cast:
Ji Chang-wook as Kwon Yoo
Shim Eun-kyung as Yeo-Woo
Ahn Jae-hong as Demolition

Supporting:
Oh Jung-se as Min Cheon-sang
Kim Sang-ho as Ma Deok-soo
Kim Ki-cheon as Beauty of space
Kim Min-kyo as Daoshi Yong
Choi Gwi-hwa as Prison warden
Geum Kwang-san as Ma Deok-soo's right-hand man
Kim Seul-gi as Eun-Pye


Banyak aksi-aksi yang menarik + hebat di dalam filem ini..

Dijadikan kambing hitam di atas perbuatan yang tidak dilakukan.

Di atas bukti yang ada, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dia di atas kesalahan merogol dan membunuh yang tidak dilakukan. Apabila dimasukkan ke dalam penjara, dia teruk dibuli dan dipukul hinggalah pada satu tahap telah berlaku satu pergaduhan besar di antara mereka yang tidak berpuas hati terhadap dia. Dalam keadaan kelam-kabut ketika itu, dia menikam diri sendiri hingga memaksa pihak penjara menghantar ke hospital. Di dalam perjalanan menuju ke hospital, satu kemalangan telah berlaku hingga dia berjaya melepaskan diri dan menjadi buruan pihak polis.

Dalam keadaan tersebut, dia mendapat sokongan dari team vitual gamenya untuk membantu mencari bukti dan dalang sebenar disebalik kesalahan yang tidak dilakukan. 


Team virtual game Kwon Yoo berjaya membuktikan siapakah mastermind dan mereka yang terlibat disebalik kesalahan yang tidak dilakukan oleh dia dengan cara menyebarkan secara langsung bukti-bukti yang ada untuk diketahui oleh semua orang sebelum bukti tersebut diserahkan kepada pihak polis.

Pengakhiran filem ini, macam biasalah.. hero pasti menang walau teruk macam mana pun diseksa dan dipukul. Terbukti dia tidak bersalah akhirnya.. DAN.. puas hati aku.. hahaha..

StatusHati: Ji Chang Wook punya pasal..

Wednesday, May 22, 2019

'Waris Membolot Harta: Persepsi atau Realiti?'


Kisah pada Jumaat (17 Mei 219):
Ceramah mengenai 'Waris Membolot Harta: Persepsi atau Realiti?' yang disampaikan oleh Prof. Madya Ezani Yaakub (UiTM). 'Faraid is a basic knowledge untuk semua.'

 Perbezaan di antara FARAID, WASIAT dan HIBAH

 Kedudukan Ilmu FARAID, WASIAT dan HIBAH

 Surat An-Nisa: Ayat 11

Bapa saudara bertanggungjawab ke atas anak perempuan yang telah kematian suaminya tapi realitinya si ibu yang menjalankan tanggungjawab bagi menguruskan anak-anak.

Dalil Wasiat di dalam surat Al-Baqarah: Ayat 180.
Waris yang layak untuk terima wasiat tetapi tak boleh menerima harta tersebut secara Faraid.

Asas dalam Faraid:
Harta yang diiktiraf oleh syarak.
Ilmu yang menerangkan tentang pengagihan harta, hak dan iktisas yang ditinggalkan oleh si mati.

Waris-waris yang berhak menerima pusaka:
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak Lelaki
  • Anak Perempuan
  • Suami
  • Isteri

Zamil Arham:
Mahram kita iaitu waris dari sebelah ibu yang mana tidak layak/haram menerima harta secara Faraid.

 Halangan-halangan pewarisan:
Seseorang waris tidak akan mewarisi harta pusaka sekiranya dia tertakhluk kepada salah satu daripada di atas

Ramai yang tidak tahu, sekiranya melibatkan perceraian di antara suami dan isteri dan seminggu selepas bercerai si suami meninggal dunia, isteri masih lagi boleh menuntut/menerima harta pusaka sehingga tamat eddah. Pembahagian tuntutan terhadap si isteri sama ada 1/4 atau 1/8 mengikut keadaan.

 Waris Fardu

Susunan wali nikah dan wali nafkah.
Sekiranya tiada langsung wali nikah, barulah menggunakan khidmat hakim (Baitulmal)

Contoh Kes (Waris Asabah):

  • Penama KWSP adalah pemegang WASI. Harta tersebut perlu dibahagikan dan mengikut Faraid. WASI bermaksud pemegang amanah.
  • Percen Terbitan bukan harga pusaka, ini adalah ehsan dari kerajaan. Pencen ini boleh digunakan untuk waris yang tinggal bagi suami/isteri.
  • Perlu mengambil tahu mengenai pembahagian harta walau ada perbalahan/tamak antara waris. Cuba upah peguam untuk selesaikan masalah tersebut.
Sebahagian kecil maklumat yang aku dapat ketika sesi ceramah tersebut.

StatusHati: Bahagian aku dan anak-anak..

Tuesday, May 21, 2019

Berbuka Puasa bersama #GengLorong


18 Mei 2019 (Sabtu)
Selepas perbincangan dibuat, akhirnya Majlis Berbuka Puasa berjaya direalisasikan oleh #GengLorong hari Sabtu lepas di Setia Alam. 

Alhamdulillah..
Majlis berjalan lancar dan paling penting malam tu tak hujan memandangkan kami berbuka puasa diruangan terbuka, dah namanya lorong kan..

Majoriti dari #GengLorong yang hadir pada malam tersebut bawak anak comel-comel belaka. Aku..? Takde sebaya anak deme pun, dak Nuha pun dah besar jadi tengok jelah gelagat anak-anak mereka.

Gambar..?
Takde mood nak ambil gambar kali ni, lagipun #MakBudak kan pemalu orangnya.. wakakaka.. 😄😁 dan sebab tu takde gambar bebudak yang comel tu.

Menu utama: Nasi Ayam
ChefHubby masak di rumah sesiap

 Ayam Bakar Tandoori..
Biasa Ayam Golek Tandoori ni aku masak dalam microwave je.. 😁😁😁 

Ini dikira sebagai sesi perkenalan antara #GengLorong..

Membesar dengan sihat..

Hujung minggu ni #GengLorong nak cuba bakar lemang pulak. Kira ala-ala food testing gitu. Kita tengok keterujaan deme nanti macam mana.. 😄😀

StatusHati: ...

Friday, May 17, 2019

Menjerit Terkejut


Sejak bertukar ke tanah jajahan baru ni, letih + tak cukup rehat menjadi halangan utama. Jarak perjalanan yang jauh menambah lagi rasa tersebut. Mengantuk..? Bila dah tak cukup rehat + dan badan pula letih terasa sangat tidak selesa, apatah lagi kena memandu di awal pagi.

Pagi tadi..
Sedang leka melayan lagu sambil cuba update sesuatu di sini, terasa seperti ada yang menepuk di belakang aku. Terjerit aku.. 'mak..!!' hingga membuatkan ada yang terkejut dengan situasi aku tersebut. Rupa-rupanya penyangkut baju di belakang kerusi aku terjatuh di belakang aku. Nasib tak kering darah aku. Dari mengantuk automatik terus segar biji mata dibuatnya.

Sudahnya.. Hilang terus idea nak update di sini dek kejadian tersebut. Itu jelah yang dapat aku cerita di sini.

StatusHati: dia..?

Saturday, May 11, 2019

Sunnah Ular Sawa


'Kalau nak makan jangan sampai kenyang baru nak berhenti. Ikutlah sunnah Nabi, berhenti makan sebelum kenyang. Kalau dah kenyang baru nak berhenti itu sunnah ular sawa sampai tak larat nak bergerak..' 
#novel

StatusHati: Semudah itu kau pergi  dari.. 🤔🤔

Friday, May 10, 2019

@@@ Man to Man - drama Korea


Satu lagi drama South Korea 16 episode bertajuk Man to Man yang telah ditayangkan pada 2017 menjadi pilihan aku.

Kisah di mana..
Kim Seol-woo, a man trained in special investigations and a mysterious man of many talents. His an agent who has his own agenda and the role of bodyguard is only a cover to achieve his goals.


Kisah di SINI..

Main cast:
Park Hae-jin as Kim Seol-woo
Park Sung-woong as Yeo Woon-gwang
Kim Min-jung as Cha Do-ha
Chae Jung-an as Song Mi-eun
Yeon Jung-hoon as Mo Seung-jae



'There is always a woman behind every case.'
'Love is useful deception and tactic to a secret agent.'

'Take responsibility for your failure. If you want to live, keep your mouth shut.'

 'My days are filled with death and violence'

'You are the most dangerous person to me'
'I don't want someone I love to get hurt.'


There are there types of South Korean secret agents:
WHITE: Which operates publicly with their own names.
BLACK: Which operates nameless and in the dark.
IT'S GHOST: Which are planted more deeply with fake identities and operate discreetly.


'I want you to be a Ghost operating internationally. Let me give you a piece of advice for the first and last time: 'Don't trust anyone.'
'I don't even trust myself.'

'I am Ghost Agent K. A shadow without a name or reputation.'
'When working undercover, how you end it is more important than how you start it. The best way to end relationships that has served its use is death.'

'My deal with K is to stay alive.'

StatusHati: 'I don't even trust myself.'

Thursday, May 9, 2019

Pati Ikan Bilis Istimewa a.k.a BUDU


Kisah Hari Ini..
Tengahari tadi, seorang rakan di tempat kerja memberi aku sebotol Pati Ikan Bilis Istimewa a.k.a BUDU. Habis berulang makanlah jawabnya nanti.

BUDU

Dulu.. pertama kali aku mencubanya ketika zaman #RemajaPurba waktu aku menghadiri kursus anjuran tempat kerja lamaku. Dimakan pula bersama ulam-ulaman kampung yang menarik perhatian ketika itu. Awalnya aku rasa tak yakin sebab tak pernah merasainya tapi bila sekali mencubanya, wah.. boleh tahan jugak rasanya. Sedap seperti cencalok beb..

Bulan Ramadan..
Tiada perubahan pada rutin harian #MakBudak kali ini.. cuma satu kelebihan kali ni #ChefHubby yang akan mengepalai ruang dapur rumah. 

StatusHati: Seronok melihat ragam anak-anak berpuasa..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...