Followers Remaja Purba

Friday, April 21, 2017

Peristiwa cemas di Gambang Water Park



Bila tiba musim cuti persekolahan anak-anak pasti gembira. Mula membayangkan destinasi mana nak dituju. Bagi tidak menghampakan permintaan anak, satu destinasi menjadi pilihan anak-anak.


29 November 2016
Satu entry yang dah lama terperam baru terasa dikongsikan di sini.

Percutian ke rumah kakak sepupu di Kuantan menjadi pilihan kerana lokasi yang berdekatan dengan tempat yang dipilih oleh anak-anak. Cuma sepanjang percutian tersebut hujan menjadi peneman kami. Biasalah hujung tahun.. musim hujan pula masa tu.


Menjadi kebiasaan aku yang akan menyiapkan kelengkapan apa yang perlu..


Berhenti rehat..
Masa ni kesian chef Hubby takde peneman..
Semua dalam kereta terbongkang tidur termasuklah aku..
Lewat malam kami sampai di rumah kakak sepupu aku di Kuantan..



ESOKNYA..
'Selamat Datang ke Bukit Gambang Resort City'


Kami main terjah je masa ni.. takde beli online pun tiketnya


Tapi ada hikmahnya tak beli awal, ada satu family ni dah beli tiket tapi tak nak masuk sebab hujan cuba menjualnya kepada mereka yang bertandang termasuk kepada kami. Alhamdulillah rezeki anak-anak, dia jual murah dari harga yang dia beli.


Anak-anak tak sabar nak mandi-manda walapun hujan masih tak berhenti..


Jangan kata anak-anak, mak budak pun sama..

Turut bersama kami, anak-anak my SIL turut serta..


Tak banyak gambar kenangan disebabkan hujan..


Apa yang cemas sangat di Gambang Water Park tu..?
Kisahnya bila anak-anak dara nak main pelampung mengeliling kawasan berair yang ada, dak Nuha pun turut serta. Tak sempat nak halang dari dia ikut dak Kakak.. Dah jauh sedikit menangis takutkan kedalaman air tu. Gara-gara terlepas pegangan pada pelampung tersebut, dak Nuha terjatuh ke dalam air yang dalam itu. Panik sekejap aku.. Syukur keadaan sempat dikawal oleh dak Kakak dan kakak sepupunya..


Lepas dari kejadian tu..
Langsung tak nak berada di dalam air, walau paras air hanya setakat lutut beliau..
Jenuh jugak nak memujuk supaya dia seronok dengan air, kenalah Babah dia turut serta..
Tak berapa seronok nak main sebab hujan..
Menggigil anak-anak tapi semua enjoy..



Tengahari..
Bye bye Gambang Water Park..
Next time kita mandi dekat tempat lain pulak..


Malamnya pulak..
Jalan-jalan cuci mata di tepian pantai Kuantan..
(Aku lupa nama tempat yang aku pergi ni sebenarnya)



Dalam perjalanan balik teringin nak lalu di pintu gerbang ke Terengganu..
Entah kenapa aku cukup suka sangat dengan kawasan tu..

Chef Hubby layankan je kerenah aku..


Nak lalu kat sini je..


Dan pusing balik..


Singgah membeli keropok di sini..
Aku suka yang baru direbus, panas + sedap..



Alhamdulillah..
Selamat tiba di rumah my SIL..
Sweet je tengok kerenah anak-anak..



StatusHati: Cuba elakkan percutian musim hujan..



Wednesday, April 19, 2017

Hanya kerana whatsapps tazkirah bergambar



Kita berkongsi kata-kata yang baik bukan bermakna kita nak tunjuk baik tetapi apa salahnya kita berpesan-pesan demi kebaikan walaupun kita sendiri banyak kekurangannya.

Part ni dah ok dah.. dah cantik dah..


TAPI..
Bila mana ada segelintir ahli group yang mengambil kesempatan menghantar tazkirah bergambar yang banyak dalam satu masa, hampir setiap hari dah kenapa..?

Aku bukan tak suka tapi isu di sini ada ahli group yang tak suka.. bukanlah tak suka pada perkara yang baik-baik tapi kadang-kadang apa yang si A send tu si B, C, D dan seterusnya dah ada atau dah tahu..

'Tahulah kan, kita semua ni bukan baru guna telefon, bila ada yang send macam tu, nampak macam ustazah jadian sikit. Ibarat macam nak sedekah, sedekahlah tanpa orang lain tahu dari mana datang sumber sedekah tu..' Lebih kurang macam tu lah komentar sorang ni dalam group tu.


Kalau ada yang rasa rimas dengan keadaan macam tu, meh aku ajar cara macam mana nak buat.

Aku dah pernah buat satu entry berkaitan isu yang hampir sama macam ni di SINI.. ni kisah ni Dato CEO aku sendiri yang bagi cara macam mana nak delete message yang ada. Sesekali orang besar tempat kerja aku nak bergurau-senda dengan anak buahnya kan.. 


Nak lagi extreme kau block je dia. Apa saja coretan dari dia dah tentu kau takkan dapat. Mudah kan.. buat apa nak membebel kalau tuan punya badan pun lebih kurang sama macam kau jugak tak faham bahasa.

Apa-apapun buat mereka yang terasa hati tu, bertabahlah ye dan jadikan ini sebagai pengajaran untuk masa depan. Cuma part tazkirah bergambar tu elok kurangkanlah.. tak semua ahli dalam group tu suka. Tengok.. kan dia dah meroyan pagi-pagi.



StatusHati: Berhati-hati memberikan pandangan, adakala boleh buat orang lain terguris hati.



Monday, April 17, 2017

Ragam anak-anak ketika memancing di Tasik


Kisah minggu lepas..

Petang selepas menghadiri kenduri kahwin anak blogger Makchaq, anak-anak request nak memancing ikan.. sebab Babah dorang cuti, maka kesempatan yang ada jangan dilepaskan.

Tasik yang tak berapa dekat dengan rumah menjadi pilihan untuk melepaskan gian anak-anak memancing. Aku..? Layankan aje.. Seronok tengok ke hulu ke hilir anak-anak mencari ruang untuk memancing ikan.


Menunggu Babah dorang menyediakan pancing dan umpan.


Tempat kurang bersih, jadi hanya datang untuk memancing jelah..



Dak Adik dengan pancingnya..



Dak Nuha tukang menyediakan umpan..
Dapat dek Nuha, kenyang ikan-ikan tasik tu hanya dengan sekali 'balingan'..



Lewat petang tu datang pulak kawan lama dari Hutan BELUM..
Terima kasihlah datang menjenguk kami di sini..
Next time mai singgah rumah kami pulak..



Hasil ikan yang berjaya dipancing oleh anak-anak..
Nampak besar tapi sebenarnya ikan lampam bersaiz tapak tangan dak Nuha..




StatusHati: Mencari masa nak memancing lagi..


Friday, April 14, 2017

Kenduri Kahwin Anak Lelaki Blogger Makchaq


Sebahagian kecil kenangan Majlis Perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq pada 8 April 2017 (Sabtu) lepas.


Perbualan melalui whatsapps sedari awal dengan Makchaq memudahkan chef Hubby untuk bercuti rehat demi memenuhi jemputan Makchaq. Bukan senang chef Hubby dapat cuti rehat di hujung minggu untuk bersantai bersama aku dan anak-anak.


Hari kejadian:

Pagi lagi aku dah sibuk bertanya tentang majlis tersebut dari Makchaq. Nasiblah Makchaq nak layan pertanyaan dari aku. Sempatlah aku bertanyakan tema/warna apa yang digunakan. Bukan apa.. tak nak senada sewarna dengan pengantin.. sebab dulu pernah jadi macam tu. Fuh.. ada orang kampung pandang semacam dekat aku ingat aku pengantinnya.. huhuhu..


Bila Makchaq mengatakan tiada tema, maka senanglah untuk aku memilih warna apa yang akan dipakai. Dalam masa yang sama Makchaq siap request bawa camera untuk ambil gambar. Part ni yang den lomah ni Makchaq. Bukan apa.. my camera not in super duper in good condition tapi demi memenuhi undangan dan permintaan Makchaq kubawa jua camera tersebut dan Alhamdulillah.. dipermudahkanNYA.

Tak awal sangat dan tak lewat sangat kami sampai ke rumah Makchaq. Kira sempatlah aku mengambil gambar sekitar majlis tersebut. Antara blogger yang sampai tapi aku tak jumpa adalah Kakcik Seroja, kisah dari kakcik seperti di SINI..



Tuan rumah: Pakchaq dan Makchaq


Meja hidangan tetamu


Sebahagian kecil menu yang ada..
Aku ambil gambar je.. makan nasi sikit, lebih suapkan dak Nuha..
Makchaq tanya dah makan.. 'Dah makan Makchaq..' walhal sebenarnya jamah je..
Tu alasan sebenarnya nak datang lagi rumah Machaq.. kihkihkih..



Antara tetamu yang hadir..
Aku segan sebenarnya nak ambil gambar..


Masa ni aku tebalkan muka ambil gambar..
hanya aku sorang jurufoto perempuan #RemajaPurba yang sibuk ambil gambar


Ahli keluarga sebelah pengantin perempuan bergambar kenangan.


Selamat Pengantin Baru buat Hadi dan Hafizah.


Bersama anak lelaki Makchaq, Amir yang sangat peramah orangnya.



Last but not least..

Gambar kenangan bersama Pakchaq dan Makchaq wajiblah ada kan..
Warna kuning kami sangat menyerlah.. kalah tuan rumah.. huhuhu..



Ni kalau aku sampai awal, lagi banyak gambar yang aku ambil agaknya. Gila bergambar pun ye jugak tapi majlis orang kenalah behave sikit kan. Apa-apapun.. terima kasih Makchaq menjemput kami sekeluarga. Bab sempat tak sempat layan kami tu, tak perlu risau.. kami faham keadaan Makchaq dengan Pakchaq masa tu. 


StatusHati: Sedang mencari masa sesuai untuk bercanda di rumah Makchaq..



Thursday, April 13, 2017

Status Terkini


Buat semua..

Moga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindunganNYA..
Moga kuat dalam meledani rutin harian..
Bertabahlah bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kesulitan..



StatusHati: Nak #PerasanSlim balik..



Wednesday, April 12, 2017

Cara orang lelaki reply message orang perempuan



Baru taip beberapa patah perkataan, aku delete balik. Berulangkali aku buat macam tu. Idea ada.. banyak je draft yang belum aku publish lagi tapi nak mulakan 'karangan' tu.. alahai.. bab ni yang den lomah ni tapi bila dah dapat rentak.. berlumba-lumba pulak perkataan ni nak keluar dari kepala ni.


Macam yang ni..

Orang lelaki..
Bila kita mesej dia panjang lebar yang melibatkan tiga empat perkara tapi dia reply OK je.. atau nak lagi sadis dia reply satu huruf je 'K'.. geram je rasa.

Confius OK atau K tu untuk hal yang mana satu..
Nampak nau dia bukan nak baca. Kenalah send satu topik ke satu topik. Dah habis topik A, buka pulak topik B sampailah habis..

Masalahnya, kite ni nak cepat. Bagi feedback lambat maka apa yang kite nak terlepas. Bila call kata sibuk disuruhnya mesej je. Bila mesej haaa.. macam ni lah jadinya. Respond tapi buat kite rasa nak bertukar.

Takpelah abang.. lambat sangat respondnya, saya buat keputusan sendiri jelah ye abang tapi duitnya guna duit abang ye.. Lebiulah.. wakakaka..



StatusHati: Tak pernah berubah walau dah cuba..


Monday, April 10, 2017

Result MRI telah pun diketahui


Kisah petang pada 10 Februari 2017 yang lepas:

'Saya bercakap atas profession saya sebagai seorang Dr.'

Aku tahu dia terangkan keadaan/masalah kalau aku tak buat/tak ikut arahan yang dinyatakan.. TAPI aku cuma bagitahu keadaan aku yang aku bukan seperti yang dinyatakan. Aik..? Terus dijawab begitu.

Memang aku takde ilmu perubatan seperti beliau tapi tolonglah jangan jawab macam tu. Aku hormatkan dia as a Doctor tapi dalam masa yang sama jagalah sikit air muka pesakit.

Kalau aku ada kuasa, aku nak delete je report tentang aku sedari awal. Biar aku hanya focus on my physiotherapy je.





Tapi lain pula yang jadi pada 07 April 2017 (Jumaat) lepas:

Masa menunggu yang agak lama dari sebelum ni. Sampaikan ada yang hilang sabar dan marah-marah. Bayangkan lebih tiga jam sebenarnya aku, dia dan beberapa orang lagi pesakit menunggu giliran nak jumpa doctor. Walau dah bertanya pada petugas berkenaan, jawapan yang diterima 'kena tunggu nombor dipanggil'.

Pada aku, apalah salahnya lepaskan pesakit tu dahulu, sebab dia terlalu tua untuk menunggu lama, lebih-lebih lagi dalam keadaan sejuk aircond di hospital. Apalah salahnya 'potong Q' pesakit yang lain. Bagi aku, pesakit lain pun pasti akan setuju kerana keadaan beliau tersebut. Tiga jam beb.. tiga jam masa menunggu.


Aku?
Kali ni tak terasa nak marah sebab ada 'peneman'.. hahaha.. Berbaloi tunggu lama sebab dapat jumpa Dr. yang merawat aku masa aku warded 4 bulan lepas. Bagi aku berbaloi sebab kali pertama dulu aku jumpa Dr. yang 'dia je betul'.. 'jawapan aku dipandang sepi.' Seperti yang aku ceritakan di atas.


Dipendekkan cerita:
Hasil dari MRI baru-baru ni..?
Alhamdulillah.. result MRI aku tu NORMAL.
Barulah lega rasa hati ni.

DAN..
Pengakuan jujur aku kepada Doctor tersebut juga diambil kira.. takdelah 'jawapan aku dipandang sepi.' Doctor cuma berpesan kepada aku - 'Kalau berlaku lagi kes yang sama, you kena terima hakikat yang you memang sakit.'

Apa pengakuan jujur aku tu.. tak perlulah aku share.. cukup sekadar semuanya berjalan dengan baik dan tiada apa-apa yang pelik dalam laporan doctor. Next appointment lagi empat bulan.. Hopefully dapatlah aku jumpa doctor tersebut.. eerrr... rasa nak request je nanti nak jumpa doctor tersebut.. tak nak doctor lain.. hahaha..


Terima kasih pada semua yang mendoakan keadaan aku. Lepas ni bolehlah aku #PerasanSlim balik..



StatusHati: Masih dalam kawalan dan pemerhatian..


Sunday, April 9, 2017

Udang Galah di tengahari



Anak-anak paling suka bila Babah dorang cuti hujung minggu. Mulalah nak buat kerahan tenaga. Nak ke sanalah.. nak ke sinilah. Masa Babah dorang tak dapat cuti hujung minggu, takde pulak nak kerah tenaga aku.

Dorang bukan tak berani cuma aku yang tak nak sebab lebih suka rehat di rumah.. Makan.. tidur.. makan.. tidur. Mana tak kembang #MakBudak..


TAPI..
Bila peneman sepanjang hayat aku ada, lagi tajam selera aku. Kalau dinner malam tadi makan kari kepala ikan, lunch hari ni makan udang galah. Pagi tadi dah selongkar dapur carik breakfast.




Kalau lepas ni timbang berat naik, tu semua salah penimbang.. kihkihkih.


La ni..
Memancing ikan di tasik..
Menemani chef Hubby melayan anak-anak mencari pengalaman memancing. Semalam dapat ikan.. hari ni kita cuba lagi ye anak-anak..



StatusHati: Minggu depan nak makan apa pulak ek..?



Thursday, April 6, 2017

Kisah disebalik MRI Scan


 
What is MRI Scan?
An MRI scan uses a strong magnetic field and radio waves to create pictures on a computer of tissues, organs and other structures inside body.



Kisah disebalik MRI pagi kelmarin (04 April 2017):

Pada yang tertanya-tanya kenapa aku kena buat MRI; kisah mengenai MRI ni bersangkut-paut dengan kes aku di SINI. Temujanji ditetapkan pada 04 April 2017 lepas. Hari ni baru terasa nak update dalam blog.


Pagi tu, aku ditemani dak Kakak ke Hospital memandangkan beliau bersekolah pada sebelah petang, jadi pada kiraan aku sempatlah untuk dak Kakak balik tengahari dan pergi sekolah. TAPI.. kita hanya merancang.. DIA yang menentukan urusan aku pada hari tersebut.

Selesai urusan di MRI dan selepas menunggu dekat setengah jam, barulah dibenarkan balik. Aku pun tak jangkakan apa-apa akan berlaku, jadi perjalanan balik diteruskan memandangkan dak Kakak perlu ke sekolah.

Aku dah suku perjalanan nak balik rumah.. dapat panggilan suruh kembali ke hospital disebabkan ada sesuatu hasil dari MRI tersebut. Tak boleh postpone hari lain. Hailaa.. disebabkan masalah itu dak Kakak tak sekolah hari ni. Segera kumaklumkan kepada guru kelas beliau di atas ketidakhadiran dak kakak ke sekolah.

Faham jelah dah nak masuk tengahari, jalanraya semakin sesak. Namun demikian, Alhamdulillah DIA permudahkan urusan aku hari ni. Patah balik ke hospital.. walau jalan sesak tapi rasa sekejap je dah sampai. Parking pun di aras yang sama aku parking pagi tadi.


Cuma yang tak best.. eemm.. 

Awalnya disuntik dengan contrast medium/dye pada lengan kiri. Ubat ni untuk nak bagi jelas imej MRI dan selalunya masa di inject akan rasa sejuk. Ini yang diberitahu kepada aku tapi aku tak rasa sejuk tu pun.. rasa sakit adalah. Mungkin disebabkan aku terkejar-kejar nak cepat sampai dan tak sempat nak rehat, dah terus dipanggil untuk urusan MRI tersebut. Moment rasa 'sejuk' ubat tu takde aku rasa pun. Teringat masa dak Adik warded dekat seminggu dua tahun lepas. Sakit rupanya bila ubat dimasukkan. Masuk air pun tak sakit macam tu.. tapi takdelah gedik over sakit sangat.
 

Dipendekkan cerita, bila dah lebih lima minit berada dalam 'terowong masa' tu tiba-tiba dorang keluarkan aku atas alasan ubat yang awal tu tak detect (salah cucuk?).. Maka lengan kanan pulak kena suntik ubat yang sama.


Keputusan?
Dipendekkan cerita.. sama-samalah kita tunggu esok sebab esok aku ada appointment dengan doctor pakar.


Semalam barulah surut bengkak dan kurang rasa sakit pada lengan kiri aku. Hari kejadian, besar sebelah lengan aku. Bengkak + Sengal + Sakit kesan suntikan tu dibuatnya.

Cukuplah dua kali aku berada dalam 'terowong masa' tu.. kalau boleh nak jejak ke hospital pun aku tak nak tapi apakan daya.. sabarlah ye #MakBudak.. Inilah kesan dari kes #PerasanSlim tu..


Apa-apapun terima kasih pada semua kakitangan di MRI tersebut.
Semuanya mesra alam dan baik belaka..



StatusHati: Nasiblah tak pakai lelawa.. apa yang dipakai semua kena tanggal.. pakai pakaian hospital.


Wednesday, April 5, 2017

Cuak + Takut aku dibuatnya..


Kisah lewat petang semalam:

Dak Adik buat aku cuak + takut..
Orang lain semua dah balik sekolah tapi dia tak kunjung tiba. Apalagi.. start enjin kereta, sekolah kutuju..

Rupa-rupanya dia ada latihan bolasepak sekolah.. balik lambat. Van sekolah memang tak tunggu kalau ada yang terlibat dengan latihan sukan sekolah. Tak ku menduga.. dia lewat sebegini..


'Adik.. lain kali kalau ada latihan bola, ingatkan ibu. Ibu tak nak jadi macam ni lagi. Kelam-kabut ibu. Nasib baik ibu tak wasup group, kalau tak headline kau dik..'


Alhamdulillah, pihak sekolah memang menjaga anak-anak yang balik lewat. Semua kena tunggu dalam kawasan sekolah, selagi penjaga tak datang ambil, selagi itulah anak-anak tak boleh keluar. Bila penjaga datang, pihak sekolah akan pastikan bukan orang yang salah datang untuk mengambil anak-anak.

Memang terbaik pengurusan pihak sekolah. Tabik spring aku. Boleh calonkan mereka untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu..



StatusHati: Cuak gila aku.. sekali dengan pengasuh aku risau..





Saturday, April 1, 2017

Kontrak setahun bersama TELEKOM


Kisah pagi tadi..

Selesai urusan berkenaan pertukaran modem baru + kontrak setahun bersama TELEKOM gara-gara kes di SINI.. 

Dah lewat petang tapi hasil yang diberikan satu daripada lima bintang je aku boleh bagi. Laju lagi aku menggunakan line handphone aku. Nak je aku mengaum tapi apakan daya.. ni semua pilihan aku. Jadi.. sila salahkan diri sendiri.


KONTRAK SETAHUN TU atas alasan kalau modem rosak boleh tukar tanpa perlu membayar modem yang akan digantikan.


Takpe..
Sementara ni aku bertahan untuk sebulan dua ni. Kalau masih tiada perubahan (DAHLAH AKU BARU UPGRADE DATA with TM).. kita tukar je.. which mean aku akan beli modem yang banyak dijual di kedai bukan di TELEKOM sendiri -- dahlah kawasan aku takde UNIFI.

Upgrade Data dah cun tapi tak guna kalau modem macam siput kepenatan berlari kat tengah padang.


StatusHati: Jangan mengaum dulu.. sabar ye..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...