Followers Remaja Purba

Wednesday, March 16, 2022

Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina


Lama aku tak join mana-mana segmen macam ni. Kalau ada aku nak join, sudahnya tersimpan dalam draft. Semakin rasa bersalah bila kawan-kawan singgah di blog MakBudak tapi aku sangat jarang atau tak singgah ke teratak mereka. Maafkan MakBudak.. Ampun maaf dipinta, Selamat Hari Raya.

Tapi..
Kali ni, segmen pertama aku join dalam tahun 2022 ini adalah dari blog Nurin Irsalina. Adakah selepas ini aku akan menjadi rajin kembali untuk blogwalking..? 

Apa-apapun, buat mereka yang berminat, boleh join segmen dak Nurin ni. Siapa tak nak hadiah kan.. dapat Alhamdulillah, tak dapat takde masalah. MakBudak ok je, yang penting tetap maintain Remaja Purba.

Berminat.. mai lah join kat ---> SINI..
 

Oklah, itu je nak cerita dalam entry aku kali ni dan selamat bersegmen buat semua.
 
#RemajaPurba: Kau.. Aku.. Dia..

Monday, March 14, 2022

LET'S WORK TOGETHER FOR A BETTER FUTURE



Alhamdulillah..
Selesai sudah tujuh hari diperbatasan.


Memandangkan dah kembali ke zon BIRU, maka.. rutin sepanjang minggu ini..

Isnin:
Dak Kakak di sekolah.
Moga sesi menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan dengan baik dan dak Kakak dapat menjawab dengan tenang. InsyaAllah.
Manakala buat mereka yang terpaksa dikuarantin, bersabarlah dan moga cepat sembuh.

Selasa:
MakBudak akan kembali bertugas.
Chill je.. Jangan panik + jangan cepat melatah.
Apa sahaja di hadapan kita tempuh bersama.

'V'
'Bersama-sama tempuhi segala.. saat gemilang akan tiba, kan kita kecapi.. bersama..' -Ella-

Rabu:
Dak Kakak di sekolah.
Sabar belum habis lagi.. masih ada lagi kertas peperiksaan yang belum selesai.

Khamis dan Jumaat:
MakBudak kembali meneruskan rutin di tempat kerja.
Tarik nafas, hembus nafas, cool + chill je ok..

'LET'S WORK TOGETHER FOR A BETTER FUTURE' - BTS

'J'
'Tak usah menangis.. sabar jangan cepat melatah dengan kerenah mereka di tempat kerja'.

'V'
'Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu..'

Pedulikan apa orang nak kata, yang penting apa saja tugasan yang diberikan dapat disiapkan sebelum ada yang 'menyapa'. Moga minggu ini berjalan dengan baik dan tenang-tenang je.

#RemajaPurba: Hampir dua hari aku menahan sakit kepala - migrain menyerang.

Friday, March 11, 2022

COVID-19: Confirmed Case - CAT 2a

 
10 tahun.. lama tak buat.
Debaran kali ni tak sama macam 10 tahun lepas.. 

Confirmed Case - CAT 2a.
Ini kisah enam hari lepas.


HARI INI..
Confirmed Case - CAT 1.

MERAH menyala semangat waja..
Putihmu bersih budi pekerti..
Kuning berdaulat payung negara..
Biru perpaduan kami semua.. 

Dah kenapa kau MakBudak..?


ESOK..
Genaplah tujuh hari diperbatasan.


Minggu depan InsyaAllah akan kembali bertugas seperti biasa.

#RemajaPurba: ...

Wednesday, March 9, 2022

Simptom yang masih ada


Hari ini: 09 Mac 2022 (Rabu)

Hari pertama dak Kakak hadir ke sekolah untuk mengambil peperiksaan SPM 2021. Moga dak Kakak dapat menjawab dengan baik dan tenang hendakNYA.


Aku pula..?
Hari keempat kuarantin di rumah:

Batuk + selesema boleh dikatakan tiada.
Sakit tekak dah mula ok.

Cuma simptom yang masih ada:
Badan rasa dedo.
Badan rasa lesu.
Kepala rasa berpusing.
Nak buat kerja berkaitan tempat kerja pun tak boleh lama sebab kepala rasa berpusing bila duduk lama menghadap laptop.

Minum:
Air lemon suam.

Makan:
Setakat ni masih ada selera. Alhamdulillah.

#RemajaPurba: Menghitung hari nak habiskan sesi kuarantin ni.

Monday, March 7, 2022

Bila dah lama tak buat Ujian Kehamilan


Bila ada salah seorang ahli keluarga di dalam taman aku dijangkiti virus Covid-19 ni, maka akan ada sumbangan buat keluarga yang terkesan tersebut. Terima kasih buat semua, Hanya Allah yang dapat membalasnya dah moga semua doa buat kami berbalik semula kepada semua.


04 Mac 2022 (Jumaat)
Sumbangan barang keperluan dari pihak masjid untuk mereka yang dijangkiti Covid-19 telah diterima melalui wakil taman aku. Sehari sebelumnya juga kami telah menerima sumbangan dari SINI.


05 Mac 2022 (Sabtu)
Sumbangan bahan mentah dari tabung taman juga telah selamat diterima.

Semua sumbangan yang kami terima adalah kerana dak Kakak menjadi mangsa Covid-19.


06 Mac 2022 (Ahad)
Akhirnya..Tewas juga aku..

KRONOLOGI KES:
Disebabkan tekak mula terasa perit, badan rasa dedo (panas sejuk), mohler kita ke klinik.

PEMANGSA:
Handal kau Covid-19. Lagi orang benci, lagi kau mendekat.

MANGSA:
Kali ni MakBudak pula diserangnya.

KEPUTUSAN:
Bila dah lama tak buat Ujian Kehamilan, will be like... (jangan jadi pembaris)

Macam ni jadinya.. sah Positif.

#RemajaPurba: Risaukan anak-anak..

Friday, March 4, 2022

Home Isolation Or Surveillance Order (HSO)


2 Mac 2022 (Rabu)
Hari pertama bemulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara TAPI.. dak Kakak tak dapat hadir dek kena kuarantin di rumah (HSO).

'Bosannya duduk dalam bilik ni'.
'Sabarlah kakak, nanti dapat keluar, pergilah sekolah'.

Ingat ni Kakak.. 'Ramai lagi yang tak dapat hadirkan diri untuk ambil SPM'.


Kisah semalam, 3 Mac 2022 (Khamis) pula, menerima sumbangan dari wakil taman rumah aku. Sejak awal kes virus Covid-19 mula menyerang, tabung Covid-19 di taman aku telah diwujudkan untuk memberi sedikit bantuan buat warga taman yang terkesan dek virus ini. Terima kasih di atas sumbangan tersebut dan moga doa-doa tersebut berbalik kebaikannya pada warga TDBi semua.


Home Isolation Or Surveillance Order (HSO)
Isolation or Surveillance Order (HSO) for Persons Infected with COVID-19 under regulation 12A (1) of the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures Within Infected Local Areas) (National Recovery Plan) Regulations 2021.


#RemajaPurba: Moga mental dan emosi dak Kakak kuat hendakNYA.

Wednesday, March 2, 2022

Calon SPM 2021 dan Kuarantin di Rumah


Kelmarin:
Dua kali kit ujian kendiri dibuat sebab dak Kakak mengadu rasa nak demam, batuk + selesema.

Semalam:
'Cepat buat..... supaya anak puan dapat ambil paper SPM BM BI... paper wajib'. Pesan guru kelas dak Kakak sebab beliau memerlukan bukti dari MySejahtera yang mengatakan dak Kakak kena kuarantin di rumah. 


HARI INI DALAM SEJARAH:

2 Mac 2022 (Selasa) 
Moga semua calon peperiksaan SPM 2021 dapat menjawab dengan tenang dan buat mereka yang KENA kuarantin, bersabarlah.

KRONOLOGI KES (kit ujian kendiri):
2 kali di rumah - ✅✅
1 kali di klinik - ✅ 

PEMANGSA:
Covid-19

MANGSA:
Dak Kakak

KEPUTUSAN:
+ve Covid-19.

Pihak sekolah berusaha agar tiada calon SPM 2021 yang kena kuarantin tercicir termasuk ➡️ dak Kakak.


#RemajaPurba: Risau + Susah Hati..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...