Followers Remaja Purba

Thursday, August 30, 2018

Hadiah Hari Lahir paling mengejutkan..!


Kelmarin birthday my MQA dak Adik.
Hadiah hari lahir untuk dak Adik paling mengejutkan adalah berada di kecemasan hospital akibat kecederaan pada kaki beliau malam tadi. Anak ok sambil menahan sakit.. #MakBudak yang panik.
#AnakLelakiKenaKuat

Awalnya aku ingatkan hanya sedikit kecederaan yang dialami oleh dak Adik tapi bila dia menangis sambil menahan sakit, terus kami bersiap packing apa yang patut dan bawa ke Emergency Hospital.


 Menangis dia malam tadi sebab aku cakap doktor nak operate kaki dia. Hati tisu sungguh.. hahaha..


Susah hati sebab senakal-nakal dia tak pernah lagi jadi macam tu waktu main bola.. tapi nak jadikan sebab.. main pulak bukan waktu latihan bola..

 Menunggu turn untuk jumpa doktor bertugas.
Masa ni pelbagai ragam dan kerenah boleh dilihat.


 XRay kaki dak Adik..


Doktor bertugas minta kami bawa dak Adik berjumpa dengan Doktor Orthopedic untuk tindakan selanjutnya.


Akhirnya.. Alhamdulillah..
Selesai part 1..

Part 2..
Akan bertemu Dr. Orthopedic pada minggu depan untuk mengesan sama ada berlaku keretakan tulang atau hanya Soft Tissue Injury (STI)..

Part 3..
Dekat pukul 3am sampai rumah..

Part 4..
Terima kasih buat yang turut menemani hingga selesai awal pagi tadi. 
#HadiahHariLahir
#KakimyMQA


Komen dari seorang sahabat:
Takpelah kak, kita fikir yang baik² aje atas semua yang berlaku. Allah bagi ujian sebab Allah sayang... yang penting kena redha yer... MQA kuat!



StatusHati: Malam tadi kalau en. Hubby takde, mahu MakBudak panic lebih. Yelah.. anak jarang sakit teruk. Nak pulak sampai kena bawa ke Emergency.. huhuhu..


Tuesday, August 28, 2018

28082018 Happy Birthday to my MQA a.k.a dak Adik


Kenangan 28 Ogos 2012 kembali berulang - di SINI..
Bila mana aku terlupa dengan tarikh penting ini. Walau di calendar telah ditanda khas untuk tarikh ini, tetap terlupa. Maafkan ibu ye Adik.


Hari ini..
28 Ogos 2018 - Selasa..
Awal pagi pada 11 tahun yang lepas, lahirnya my MQA a.k.a dak Adik.
Awalnya memang aku kekok sebab tiada langsung pengalaman dalam menjaga anak lelaki tapi en. Hubby banyak membantu terutama bagi perkara yang man to man only.


DAN..
Paling penting.. walau bagi orang lain ini ulangan ayat tahun lepas tapi bagi aku ianya sangat penting kerana ada sejarah disebaliknya.. di SINI..

Buat dak Adik, satu-satunya anak lelakiku..
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA.
Kau kena kuat dik, jangan senyap dan berdiam diri bila mana orang lain meletakkan kesalahan ke atas diri kau dik. Jangan bagi orang lain pijak kepala kau dik! Kau kena pertahankan diri kau.

Kalau kau salah.. ye memang patut kau mengaku tapi kalau kau tak buat salah jangan berdiam diri. Pertahankan dirimu itu.

Ingat pesan ibu ni dik..!!



StatusHati: Rasa tak sabar nak balik rumah petang ni..


Monday, August 27, 2018

#PerPe.. JERAM.. #PerDu.. HKL..


Penutup cuti sekolah sebelum 'back to school'.

Malam minggu - 25 ogos 2018..
Mencari peluang beriadah bersama anak-anak. Sesuatu yang jarang untuk aku kongsikan di sini. Ditambah dengan mood nak update tiada, lagilah tiada 'sesuatu' di sini.

Malam yang tenang, bulan yang terang tanpa malu menonjolkan diri membuatkan kami selesa makan di tepian laut di Jeram sambil melayani kerenah anak-anak. Seronok melihatkan anak-anak berebutkan kerang bakar. Dak Nuha juga yang sempoi.. tunggu Babah dia kopekkan dan dia selamba makan tanpa rasa bersalah. Bengang dak Kakak dengan dak Adik.. hahaha..



Di kawasan yang lapang tanpa gangguan, puas anak-anak beraksi di sini.


Aku..?
Entah berapa kali menguap, bukan sebab bosan tapi sebab tak cukup rehat sejak Aidiladha baru-baru ini tapi demi anak-anak kugagahkan jua melayan. Bagi aku.. yang penting, anak-anak gembira cuma cuti sekolah kali ni langkah tak panjanglah, tak berjalan sakan pun..



kami tumpang lalu je di sini..



DAN.. semalam..

Menghabiskan baki hari terakhir cuti persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan..
#PerPe..
#PerDu..
#SrikandiCintaku


Bergambar kenangan di Setia City Mall..
Dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..


Dak Adik ni pemalu orangnya..
Aku minta buat gaya begitu pun dia tak nak..


Mai tempat ni nak tengok Filem Hantu Kak Limah (HKL)


Awalnya aku memang nak mengelak dari menonton Filem Hantu Kak Limah (HKL) di pawagam memandangkan aku kurang berminat dengan filem Melayu. Dari sudut pandangan mata aku, aku tak tahu nak komen macam mana sebab niat aku hanya untuk menemani en. Hubby dan anak-anak menontonnya. Dalam panggung, terbahak-bahak penonton gelak menontonnya.




Aku..?
Ketika orang lain terbahak-bahak gelak, dak Nuha merengek nak duduk dengan aku, takutlah tu nak tengok bila part hantu tu keluar. Syukur juga couple seat sebelah aku ni kosong, jadi takdelah aku mengah nak meriba dak debab tu. Pakej dia nak bukak baju.. adeh.. Nuha ooiii.. ni bukan rumah sayang. Dah nak penghujung filem baru dak Nuha nak fokus dan tergelak-gelak hinggakan satu babak, panggung senyap sunyi.. dak Nuha boleh sendawa dengan kuat.. hahaha..


Sebuah Filem - Mamat Khalid


Atas sampan rupanya babak Awie ni..


Aku ni ada sedikit masalah kalau menonton filem Melayu - cepat bosan dan itulah yang berlaku malam tadi. Sempat edit untuk entry dalam blog lagi aku dekat dalam panggung tu. Aku tak kata filem ni tak menarik, filem ni ok je.. kalau tak, takkan bergema gelak tawa dalam panggung tu. Lain orang lain pandangannya.



StatusHati: Alhamdulillah.. pagi tadi hujan walau sekejap..


Friday, August 24, 2018

Dan Ingat.. Semerah Cinta Humairah..


Dan ingat..
Jangan sesekali lukakan hati ibu..
Doa seorang ibu, baik atau buruk akan didengar oleh Allah..
Ingat tu..

And remember..
Never hurt your mother's feeling.
A mother's prayer, may it be good or bad, goes straight to Allah.
Remember that.

Kata-kata di atas adalah dari sedutan drama Semerah Cinta Humairah (episode 4)..


Aku tak nak ulas mengenai drama tersebut tetapi kata-kata di atas sangat menyentuh perasaan.


Ya!Allah.. Ya!Tuhanku..
Kau jauhkanlah orang tuaku dari sebarang penyakit..
Kau sembuhkanlah orang tuaku andai mereka sedang sakit..
Dan..
Kau permudahkanlah rutin harian orang tuaku.
Aamiin..


Status Hati: Kenangan itu menghimpit perasaan..


Tuesday, August 21, 2018

Marah.. ye memang aku marah.. ! Tapi..



Susah kalau bercakap dengan orang 'dia je yang betul' ni.
Dah cuba terangkan dalam bahasa yang paling mudah tapi dia tetap pertahankan yang dia betul.. always right.. 😤

Kang.. kalau aku huraikan dengan fakta dan sejarah kesnya agak-agak lepas ni nak berbahas dengan aku lagi tak..? 🤔


TAPI..
Selagi dia berada di sini.. selagi itulah rutin ini akan diselubungi masalah. Pelbagai cara telah dibuat malah masuk campur dari tangan-tangan luar pun sudah namun masih tiada perubahan. Apa cara lagi yang perlu digunakan. Atas dasar hormat je aku belum lagi nak keluarkan bahasa antarabangsa aku ni..


Sabar..
Memanglah boleh bersabar tapi tetap kena usaha perbetulkan apa yang tidak betul tapi apalagi yang boleh dibuat bila apa yang betul tidak disokong sebaliknya hanya mahu ikut keputusan yang berat sebelah itu.

Marah.. ye memang aku marah..! Tapi.. sekarang aku cuba ambil pendekatan apa yang boss aku nasihat seperti di SINI.. Hadam bagi lumat agar tak #Murung dah lepas ni dek sikap dan perangai orang seperti itu.



StatusHati: Geram tak terkata dibuatnya..



Saturday, August 18, 2018

This kind of people you should ignore after..


Sejak berada dalam satu Group ni, wah!Kemain senyum.. sengih.. adakala gelak sensorang kau ye #MakBudak..


Tapi baguslah.. kuranglah sikit rasa stress tu. Kalau tak.. bukan setakat high beam siap kena hon pemandu yang tak reti bagi signal bila tukar lane depan cikPutih. Sesuka hati dia je tukar lane tak bagi signal. Ini kalau mood aku tengah merudum teruklah pemandu tu masa tu.

Kalau tak.. biasanya aku cuma sebut.. 'Sabar.. Ada hikmah kenapa jadi macam tu..' sambil dengar lagu tema hari Kebangsaan Kita Punya Malaysia - Bunkface.. tapi apa kena-mengena dalam kisah ni ek.. 🤔🤔

Aahhh.. tak kisahlah.. sekurang-kurangnya aku dapat melupakan hal yang menyakitkan hati aku. Hal kecik je.. isu parking tapi jadi payah bila tak boleh terima teguran. Ikutkan rasa sakit hati nak je aku up gambar dan detail isunya di sini tapi aku tak suka blog #RemajaPurba ni tercemar dek orang yang tak sesuai. Oh.. please..! You are not listed..!! Sedaya upaya aku cuba untuk melupakannya macam salah seorang boss aku cakap petang semalam..

"This kind of people you should ignore after kita dah usaha cakap & explain. The more we talk, kita sendiri yang panas so anggap je dia tak wujud. Apply to semua situasi berkaitan. Okbai."


StatusHati: Group tersebut 🤗👍


Friday, August 17, 2018

Cuba Berdamai Dengan Takdir


Hidup kita ni sebenarnya macam satu perjuangan. Jadi apa-apa pun jadi dalam hidup ini pasti ada sebab, mesti ada hikmahnya so kita tak boleh sekali-kali salahkan takdir atau marah.

Kekuatan tu bukan dari kejayaan untuk dapat apa yang kita rancang. Kekuatan yang sebenar pada saya, seberapa besar usaha kita dan seberapa yakin untuk kita berserah kepada Tuhan itulah kekuatan yang sebenar pada saya.. (episode 5)



sumber en. Google


Gara-gara Zahirah MacWilson membuatkan aku terus-terusan menjadi semakin suka. Ditambah pula adanya Aqasha yang dah lama aku tak tengok lakonan beliau, lagilah tak sabar nak menontonnya. - drama Cinta Koko Coklat -- di SINI..


===========

Slot masa tayangan: Isnin hingga Jumaat (pukul 8:30 malam) di NTV7.
Episode pertama pada 23 Julai 2018 dan sebanyak 50 episode.
Terbitan Juita Viden Production.
Pengarah: Pali Yahya.


StatusHati: Moga ada perubahan


Thursday, August 16, 2018

Pengorbanan itu Mahal Nilainya



'Kadang-kadang pengorbangan tu lagi mahal nilainya walaupun pedih.'
Kata-kata di dalam episod akhir Jangan Benci Cintaku di New Zealand..


Realitinya..
Setinggi mana sabar dan tabah seseorang dalam mengorbankan masa, tenaga malah diri bagi membuatkan orang lain bahagia sedangkan diri sendiri terselit duka? Sekuat mana diri nak bertahan dengan pengorbanan itu?


Memang sukar nak bertahan tetapi demi kerukunan negara yang tercinta, gigih bertahan. Itu lebih selamat dari membuka ruang kepada Syaitan menumpang hinggap.

Apa guna dengan adanya DIA yang tercinta. Gunakan ruang yang ada untuk mengadu kepadaNYA sebaiknya seperti di SINI. Kita berserah kepadaNYA..



StatusHati: Alhamdulillah.. sinar harapan kembali menyinari..



Wednesday, August 15, 2018

Pertandingan Kalam Jamaie di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang



Pertandingan Kalam Jamaie telah diadakan di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang pada 12 Ogos 2018, hari Ahad lepas.


Semua peserta dibawa menaiki bas ke tempat pertandingan..


Anak-anak yang teruja dapat menaiki bas..
Dak Nuha nun di belakang sekali tempat pilihannya..


Sementara itu..
Suasana pemandangan waktu pagi di satu kawasan di Jeram..
Aku dan en. Hubby bergerak kemudian, menguruskan terlebih dahulu anak-anak yang dirumah.



Setiba di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang kelihatan telah ramai dari pasukan sekolah lain turut tiba. Gambar sekitar pemandangan tidak pula kuambil seperti kebiasaan. Walau pakaian mereka kelihatan comel, cantik dan lawa tapi kali ni aku sekadar melihat dan lebih fokus kepada pasukan anak aku sendiri.


Berehat sebentar sebelum sesi menukar baju..


Bila ibu ada, mulalah dia merengek-rengek tarik perhatian..



Gigih cikgu menyiapkan anak-anak didikan..


Gelagat + aksi anak-anak yang comel ini..


Bila disuruh bergambar..
Pelbagai aksi dipamerkan..


Dak Nuha paling besar antara mereka.. 


Pasukan Sekolah dak Nuha..


Sedang mengambil gambar pasukan sekolah dak Nuha.. tiba-tiba 'Eh! Bujal..' dia lalu sambil tersenyum di belakang team dak Nuha. Akhirnya bertemu juga kita ye Bujal.. disebabkan teruja sampai lupa nak minta autograf.. hahaha..

Blogger Bujal yang rasanya lupa terus password blog dia yang di SINI..
Dulu.. dia sangat besau.. sekarang.. aku pulak yang besau..
OK.. aku cemburu.. takmo tengok gambar ni.. kahkahkah..


Persembahan Kalam Jamaie dari pasukan dak Nuha..
Hanya sebahagian kecil yang dapat aku upload di sini..


Tahniah.. selesai sudah..


Pernah tanya pada dak Nuha..
'Nuha takut tak naik atas pentas?'
Dengan yakin dia jawab.. 'Tak.'
'Baguslah Nuha.. Nuha seorang yang berani, tak takut.' Senyum sengih dia sambil tatap muka aku..


Anak-anak yang masih belum tahu keputusan sebenar ketika ini..


Wajah ceria anak-anak..


TAHNIAH buat pasukan sekolah dak Nuha yang membawa nama sekolah hingga ke peringkat Daerah. Walau tidak berjaya membawa nama sekolah ke peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Selangor tapi sekurang-kurangnya pasukan sekolah dak Nuha berusaha bersungguh-sungguh. Keterujaan pada wajah anak-anak usah ditanya, pada ibu lagilah.. seronok tengok mereka gembira.


Meminjam kata-kata dari salah seorang ibu peserta..
Alhamdulillah syukur rezeki anak anak untuk meneroka alam. Ini juga suatu pembelajaran luar kelas dan pengalaman yang berharga. Mereka belajar disiplin, taat, patuh, kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk capai ke tahap ini.

Jutaan Kalungan Terima Kasih tidak terhingga pada Cikgu Suhana, Cikgu Aina, Cikgu Wahyuna dan guru-guru lain yang sedia meluangkan masa mencanai bakat anak-anak sehingga terserlah keberanian dan bakat masing-masing. Sungguh kental dan kenyal cikgu-cikgu ini. Semoga Allah merahmati kalian semua💐💐💐💐💐

Ini adalah pencapaian luarbiasa bagi sebuah PASTI yang berusia setahun jagung (walaupun sudah 3 tahun). Tahniah juga pada ibubapa yang memberi sokongan dan dokongan pada anak-anak kalian memang terbaik. InsyaAllah akan ada SINAR PERMATA dari PASTI Nurul Husna terus menyerlah di masa akan datang.

كل عام وانتم بخير💐


Kisah semalam (14 Ogos 2018)
Sesi penyampaian cenderahati kepada semua peserta Kalam Jamaie..


Terima kasih buat semua tenaga pengajar dan pasukan PASTI Nurul Husna di atas kerjasama yang diberikan cuma bukan rezeki pasukan kita untuk menang. Tahun depan boleh cuba lagi. 💪👌



StatusHati: 2018.. Tahun terakhir dak Nuha di sini..



Tuesday, August 14, 2018

Jeruk Cermai tuan Shamsul Abas a.k.a Ondscene



'Cukuplah bagi orang tengok supaya terliur.. hahaha..'


Jeng.. jeng.. jeng.. hahaha..



Jeruk cermai ni #MakBudak dapat dari.. tuan Shamsul Abas a.k.a blogger #Ondscene tengahari Sabtu lepas. Walau hanya sekadar buah cermai tapi perasaan teruja dapat jumpa beliau sebenarnya.

Selama ni aku ikuti blog beliau #Ondscene dan FB beliau. Banyak pengalaman menarik beliau, beliau kongsikan di situ dan aku ni peminat dalam diamlah walau beliau bukannya kenal pun. Alah.. rugi tak mintak autograf beliau masa tu.. hahaha..


Tapi.. satu ayat yang lucu dari beliau sewaktu jumpa beliau:
'Kalau rasa nak pasang GPS pada kereta nanti bagitaulah. Kot-kotlah nak trace dekat mana lokasi en. Suami.' Menarik.. eemmm.. boleh dipertimbangkan ni.. hahaha..


Di sini tempat kami berjumpa..
Berkebetulan nak melawat kawan sakit di Hospital Tawakkal kat belakang tu..


Inilah orangnya..
Pasti ramai yang mengenali beliau..
Tanya je pakcik Google kalau tak kenal.. hehehe..
Bila berjumpa face to face begini nampak beliau muda dari usia sebenar..
ssyyy.. harap beliau tak baca dekat sini.. hahaha..


Gambar #MakBudak haruslah ada..
Dak Nuha je tak nak keluar dari kereta sebab panas berdenting.. ting.. ting..



Tak lama pun kami chit-chat dengan beliau memandangkan beliau sedang mengejar masa ketika itu. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak di atas kesudian berjumpa dan memberi kami jeruk cermai tersebut. Selesai berjumpa beliau kami meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Tawakkal berjumpa kawan en. Hubby yang dimasukkan di Hospital tersebut.


Moga beliau cepat sembuh hendakNYA.



DAN..
Dua bekas ini diberi oleh tuan Shamsul Abas..


Nih dia.. Jeruk cermainya.. kecur liur beb..
Tak dan balik sampai rumah.. dalam kereta je kami dah makan.. hahaha..



Pesanan dari beliau berkenaan jeruk cermai tersebut:
'Takdelah sedap manapun sebab buat bukan untuk komersial tapi jadi sedap bila kita bekukan. Then dah sejam dua mencair, baru rasa sedapnya. Ibarat makan ice cream.'


Masa aku taip ni pun.. dok telan air liur weh.. Punyalah sayang nak makan, ada lagi aku simpan dalam peti sejuk beku.. hahaha..


StatusHati: Teruja tak terkata dapat bertemu beliau..


Monday, August 13, 2018

Menahan airmata dari gugur walau hakikatnya..



Setakat ini ku pegang ayat nan satu ini biar ianya tersemat kukuh di hati agar tiada gelinciran berlaku dikemudian hari..


"Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)"


Al-Baqarah: 286



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh. tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".



DIA takkan membebani kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita dan tidak mungkin Allah membebani kita dengan ujian yang tidak kita sanggup hadapinya.

DIA juga memberikan pahala jika kita bersabar dengan melakukan kebaikan sambil mencari jalan keluar dengan cara yang diredhaiNYA dan begitulah sebaliknya Allah akan memberikan dosa jika kita tidak bersabar dan mencari jalan keluar dengan cara yang tidak diredhaiNYA.



StatusHati: Menahan airmata dari gugur walau hakikatnya..


Saturday, August 11, 2018

Majlis Perkahwinan di Kg. Tengah, Bt. 13, Puchong



Baru-baru ni kami menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah en. Hubby. Walau boleh dikategorikan sebagai saudara jauh tapi demi memenuhi jemputan, kami hadir bersama mak dan abah.


Ayam golek homemade


Awalnya aku ingatkan menggunakan khidmat catering tapi rupa-rupanya semua menu yang dihidangkan untuk tetamu dimasak secara gotong-royong berjemaah. Menu sedap.. Alhamdulillah kenyang..


Meriah dihidangkan dengan menu menarik bagi hidangan meja makan beradab.


Tahniah buat pasangan pengantin Muhammad Faridz dan Nur Izzati.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.. Aamiin..


Tahniah buat pasangan pengantin yang ini..
Doa yang baik-baik sudah..


Dak Nuha kini dah jadi kakak..
Dulu kemain cemburu kalau aku peluk anak orang lain..


Dak Adik tiada dalam gambar..
Dia memang tak suka bergambar..


Kedua-dua baby girl ini cucu terbaru my MIL..
Anak kepada adik en. Hubby..



StatusHati: InsyaAllah.. esok akan ke Tanjung Karang..


Friday, August 10, 2018

Nah..! Ni Petua Bila Suami Buat Hal



Pernah terbaca dalam FB.. tak ingat sumber asal tapi lebih kurang macam ni:
Si isteri seorang yang berdikari, tak mengharap bantuan suami, semua kerja dia buat. Dari A sampai Z kebanyakkan dari rutin harian memang si isterilah yang buat. Suami..? Isteri dah cukup baik macam tu pun boleh ada skandal dengan orang lain. Terduduk sekejap si isteri bila rahsia terbongkar.


Apa yang dilakukan oleh si isteri?
Dia perlahankan segala rutin harian. Semakin bijak mencari peluang bermanja dengan suami dengan mengambil kesempatan mengharapkan bantuan suami. Sebagai contoh: Lampu dalam rumah rosak suami tukarkan, minyak kereta takde pun mintak tolong suami isikan. Pendek kata ada jelah yang suaminya kena bantu si isteri.

Hingga satu tahap.. si isteri nekad, kalau suami boleh layan sehari dekat sana, sehari dekat sini; lebih baik suami layan hari-hari yang dekat sini. Si isteri gagahkan diri melayan si suami hampir setiap malam. Jangan sangka suami je pandai main psikologi. Si isteri pun tak kurang hebatnya. Baru puas hati.



Entry ni hanyalah sekadar petua dalam usaha memulihkan hubungan di antara suami dan isteri. Sama ada berjaya atau tidak terpulang bagaimana pasangan itu berusaha. Masih banyak petua dan cara untuk menyelamatkan hubungan kekeluargaan. Sekurang-kurangnya kita berusaha demi kerukunan rumahtangga. Apa yang dah berlaku, jadikan pengalaman dan teladan demi masa depan. Moga hubungan mereka yang membaca entry ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.. Aamiin..



Suami aku macam mana..?
Alhamdulillah, takdelah jadi seperti kes di atas.. TAPI..
Aku cuba aplikasikan.. hah..!Amik.. sampai rimas en. Hubby bila mana aku asyik nak menempel di sisi beliau.. hahaha.. hinggakan my MIL tergelak-gelak bila aku ceritakan kembali kepada beliau..



StatusHati: Ya!Allah.. kau sabarlahkan hatiku ini Ya!Allah..



Thursday, August 9, 2018

Hadiah Kemenangan Johan Pertandingan Kalam Jamaie



Rancak dak Nuha bercerita sebaik nampak kelibat aku balik kerja kelmarin sambil ditunjukkannya hadiah kemenangan yang diperoleh beliau.


Piala dan Jam Tangan
Pakej bawa tidur hadiah kemenangan tersebut..


Tahniah.. 
Johan Pertandingan Kalam Jamaie seperti kisah di SINI..
Berkebetulan sewaktu sesi pengambilan hadiah dijalankan, kami terpaksa mengundurkan diri lebih awal atas alasan ada program family sebelah en. Hubby. Atas kerjasama tenaga pengajar dan anak-anak murid yang terlibat, tak sangka kemenangan berpihak pada team Husna akhirnya.. 🤗😉



Trofi Kemenangan pada 05 Ogos 2018 yang lepas.


DAN..
Paling menarik.. pertandingan seterusnya bakal berlangsung di Tanjung Karang beberapa hari lagi. Mak Budak pulak terlebih teruja hinggakan dak Nuha nak main dengan kawan sepermainan di depan rumah pun aku tak bagi, konon takut dia tak sihat atau cedera. Punyalah obsess Mak Budak terhadap anaknya hingga en. Hubby rimas.. hahaha..


2017..??
Eh..? Macam mana aku boleh terlepas acara yang ini..?


Oh..! Penat aku recall situasi pemikiran aku.. sungguh aku tak ingat dan tak jumpa langsung entry mengenai isu ini. Temasya Sukan Sekolah Nurul Husna.. dak Nuha pemenang tempat ketiga bagi acara Catwalk (5 tahun) ketika itu. Apa-apapun tahniah buat dak Nuha..


StatusHati: Janganlah kau susahkan aku hingga jadi begini..


Wednesday, August 8, 2018

Rebung Homemade Mak dari Kampung


Satu kenangan waktu aku kecil dulu..
Peluang mengikut arwah Uwan aku ke sungai memang takkan aku lepaskan. Arwah Uwan aku ke sungai dengan tujuan mencari siput sedut dan rebung tapi cucunya ini teruja nak mandi sungai tujuan utamanya. Sungai yang cetek, air yang tak deras malah suasana yang tenang dan mendamaikan dah tentu menjadikan aku budak paling gembira dalam dunia masa tu aku rasa. Ditambah lagi aku dan adik merupakan cucu kesayangan arwah Uwan dan atok aku.. kahkakah.. ok.. sila jangan cemburu cucu-cucu Uwan yang lain..

Dulu... sungai ni jernih airnya dan lain bentuknya..
Perubahan bentuk muka bumi menjadikannya ia jadi lain..



Sebuah peribahasa - 'Melentur Buluh biarlah dari Rebung'
Dari mana datangnya pokok buluh..?

Inilah rupa Rebung sebelum semakin tinggi menjadi sebatang buluh..


Pak Ngah aku menjadi model bersama Rebung yang telah siap dituai..


Rebung yang telah dibuang kulit dan dicincang oleh mak aku sebelum disimpan/peram..



Bertahun aku tak turut serta mencari rebung. Lama sangat.. sejak aku berpindah ikut mak aku ke luar negeri (masih dalam Malaysia), sejak itu aku semakin lupa dengan sungai ini.

Namun, sejak mak aku kembali seperti 'sirih pulang ke gagang', aku kembali dapat merasa makan rebung, mak aku kirim sedikit rebung untuk aku. Pada mula hanya aku seorang yang makan, maklumkan anak-anakku tidak diajar sejak kecil dengan makanan exotic ini.

Dan.. baru-baru ini, bapa saudara aku bekalkan aku kulit kerbau a.k.a Jangek selepas Majlis Perkahwinan adik sepupu aku di Masjid Tanah, Melaka. Apalagi.. en. Hubby mencuba memasaknya buat kali pertama dengan mencampurkan bersama rebung selepas percubaan pertama beliau di SINI..


Kisah di SINI..

Sungguh tak sangka beliau menyukai rebung tersebut. Wah.. ingatkan budak kota tak pandai makan rebung dan paling mengejutkan aku, dak Nuha turut menyukainya. Dia seorang boleh hadap semangkuk lauk rebung tu. Pedas tapi sedap - ulang dak Nuha penuh selera.. huhuhu..

Nampaknya aku dah ada geng pemakan rebung macam ni. Tak sabar nak tunggu Aidiladha tak lama lagi. Rebung homemade dari kampung mak akan di masak di kampung my MIL. Moga ia menjadi kenyataan. Aamiin..



StatusHati: Rindu pada arwah Uwan dan atok.. Al-Fatihah..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...