Followers Remaja Purba

Sunday, July 12, 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti di Pagi Raya



#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Day 16..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 15.. di SINI..



Aktiviti di Pagi Raya..

Zaman Kakak-kanak..
Aku membesar di kampung.. tinggal bersama arwah Wan..
Bila tiba hari raya..
Tiada apa selain tak sabar..
Terbayang kesedapan..
Rendang, ketupat nasi impit arwah Wan..

Zaman Remaja Purba..
Masa ni aku tinggal dengan mak di bandar..
Tiap kali dekat nak raya..
Menghitung hari tak sabar nak balik kampung..
Nak beraya dengan arwah Wan dan Atok..
Nak beraya ke rumah saudara-mara..
Masa nilah nak balas dendam tinggal lama dekat kampung..
Suasana yang tenang takde hiruk-pikuk kota..

Zaman Mak Budak..
Keutamaan adalah buat anak-anak..
Anak-anak happy, mak budak teruja..
Memandangkan orang tua kami tinggal berdekatan, takdelah nak kelam-kabut..
Cuma..
Tahun ni bahang kemeriahan raya tu tak seperti dulu..
Sekadar nak bagi anak-anak riang gembira..
Bertabahlah ye mak budak..


Status Hati: Selepas 3 tahun.. sejarah mungkin berulang..?



8 comments:

  1. kegembiraan beraya ni hanya untuk anak2 dan kita yg telah melalui tika n saat itu inginkan anak2 kita merasainya juga walau pengalaman kita itu jauh bezanya kan...

    ReplyDelete
  2. Sama la dengn SA. ..lebih untuk anak je..untuk diri sendiri tahun ni biasa2 aje. .cutipun kjp je kan...ala raya sebulan...

    ReplyDelete
  3. bila dah jadi mak budak ni memang anak2 yg jadi keutamaan dulu kan. hepy dorang hepy lah kita.

    kira baru arini rasa nak raya tu. kalau tidak takde semangat pun maybe faktor umur gak kot hahahahahaa. semangat lebih bukan ape. sebab nak cuti nak balik kampung hahahahahahha

    ReplyDelete
  4. Setiap zaman berubah caranya... Huhu..

    ReplyDelete
  5. saya kategori remaja purba la
    1 hape preparation diri sendiri takde except buat kuih raya je
    mungkin recycle baju je hihihi

    ReplyDelete
  6. sabar ye dik mungkin ada hikmah di sebalik semua ni akak hanya mampu doa yg terbaik je untuk ko dan anak2....semoga adik happy2 selalu

    ReplyDelete
  7. kegembiraan mengikut peredaran masa n usia ye kak...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...