Followers Remaja Purba

Monday, August 31, 2020

TANGGAL 31 bulan Lapan Lima Puluh Tujuh 🎧


'TANGGAL 31' dan beberapa buah lagu berunsur patriotik mengiringi perjalanan pulang dari Kuantan 👉 'loud speaker' sambil buka tingkap seluasnya. Tak peduli apa orang nak kata, yang penting en. Hubby tak mengantuk ketika memandu dalam kesesakan jalanraya.. 👌

Kisah awal ada di SINI..

Hari ini..
31 Ogos 2020 (Isnin) adalah Hari Kebangsaan Negara Malaysia yang ke-63 tahun 🥰

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Terima kasih Malaysia.. 🤗

#KisahKita: ...

Friday, August 28, 2020

SELAMAT HARI LAHIR buat dak Adik


DAY 164 (28 Ogos 2020 - Jumaat)

Buatmu MQA a.k.a dak Adik..

"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu Muhammad Qawiem Ammar. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.." 🤲🏻

SELAMAT HARI LAHIR buat dak Adik.. 
Happy Birthday to you..


DAY 163 (27 Ogos 2020 - Khamis)
Off record.

#KisahKita: Kerana dak Adiklah wujudnya blogku ini..

Wednesday, August 26, 2020

Rawatan Mata si Oyen


DAY 162 (26 Ogos 2020 - Rabu)
Hari ini..
Pagi kursus..

Petang..
Di hospital menyambung proses Pemulihan Carakerja kerana kisah di SINI.. Sakit 😭😭😭

Kisah semalam:
Kisah awal di SINI..

Beli ni semata-mata nak bawa si Oyen ke klinik. Jujurnya aku tak pernah ada bekas/cage untuk kegunaan si Oyen. Ini kali pertama.

Bila si Oyen sakit, satu rumah pening kepala..💆‍♀ Kali ini melibatkan mata 👁 Doktor bagitahu kelopak matanya cedera kena cakar.

Kali ini si Oyen agak agresif dan tidak mahu memberikan kerjasama. Sabarlah ye Oyen, ibu nak bagi kamu cepat baik.

Si Oyen ni spesis kucing 'jambu' 🐾. tak pandai bersilat. Kalau bergaduh mencicit lari masuk ke dalam rumah. Tak pernahnya menang kalau bertempur. Kira pertempuran kali ini paling teruk sampai cedera dekat mata.

Ok Oyen.. Lepas jumpa doktor, jom kita buat report polis biar jantan tu kena tangkap 😆 kena cari saksi jugak ni..

#KisahKita: ...

Tuesday, August 25, 2020

Siapakah orang yang beruntung tersebut? 💞


DAY 160 (24 Ogos 2020 - Isnin)
Sejak tiga minggu lepas, hampir setiap hari aku pasti akan singgah di salah sebuah stesen minyak Petronas dalam perjalanan ke tempat kerja untuk membeli sarapan pagi.
  • Nasi lemak - 4/5 bintang
  • Bihun goreng - 3/5 bintang
  • Mee goreng - 3.5/5 bintang
Sambal nasi lemaknya oklah tapi sikit sangat, rasa tak puas bila makan. 

Petang..
Mohler kita balik. Udah tak tahan menahan sakit ibu jariku ini. Kita sambung je esok..


DAY 161 (25 Ogos 2020 - Selasa)
-cnp-
Aku nak bercerita mengenai seseorang di sini..

Pada suatu hari dia berkata,
'Allahu Akbar'

Kemudian dia menyambung lagi,
'Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah'

Setelah itu dia berkata,
'Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzoolimiin'

Lalu dia melanjutkan,
'Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar'

Terus dia mengucapkan hal ini 3x,
'Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azhim...
Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azhim...
Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azhim...'

Dengan melakukan semua perkara tadi, dia telah diberi ganjaran pahala yang sangat besar oleh Allah SWT.


Tahukah anda, siapakah orang yang beruntung tersebut? 💞
Orang itu adalah anda yang saat ini sedang membacanya.

#KisahKita: Hari ini aku cuti sakit.

Monday, August 24, 2020

Allahuakbar.. Kenapa ni Oyen..??


DAY 158 (22 Ogos 2020 - Sabtu)
Dari minggu lepas aku teringin nak makan nasi Arab dan petang tadi baru merasainya. Walau hanya nasi Arab bajet tapi bolehlah dari tiada langsung. Alhamdulillah.. syukur..

Hari ni kawan sekolah dak Kakak datang ke rumah untuk berbincang mengenai kerja khusus yang perlu dibuat secara berkumpulan. Untuk hidangan deme, aku cuma sediakan spaghetti carbonara. Hidangan ringkas je memandangkan aku tak masak untuk makan tengahari.

Malam, berehat sambil menonton filem Tamil. Ok, yang ini ada masa nanti aku kongsikan filem yang menarik perhatian aku.


DAY 159 (23 Ogos 2020 - Ahad)
Makan tengahari di rumah mertua.
Menu: Kari ikan jenahak
Chef: en. Hubby
Pembantu: Anak-anak
Aku: Kali ni aku rehat santai tanpa peduli apa yang berlaku di dapur.

Balik dari rumah mertua, dak Nuha sibuk mencari si Oyen.
'Mana Oyen..? Cakap.. mana Oyen?' dia dok sibuk bertanya pada seekor kucing jantan ni.

Anak-anak gelarkan kucing tu sebagai abang long kawasan. Garang tak bertempat, dengan Oyen kemain kau ye, bila dengan aku mengiow mengalahkan kucing Parsi lagaknya. Kalau dengan si Oyen sampai tercabut bulu dan cedera dibuatnya. Itu yang buat si Oyen tak nak keluar bila kucing jantan tu tunggu depan pintu rumah. Sanggup ia makan + tidur makan + tidur dari keluar menghirup udara segar.

Malam tadi waktu si Oyen balik
Allahuakbar.. Kenapa ni Oyen..??

Awalnya aku memang sengaja merakam gambar bagaimana si Oyen cuba masuk ke dalam rumah ketika sliding door ditutup rapat. Bila dia berjaya masuk.. bukan si Oyen yang terkejut, aku yang terkejut tengok keadaan dirinya dalam keadaan mata sepet sebelah + badan pula kotor berbau.. 😲 Takde nak belek apa dah, terus aku masukkan dalam bilik air mintak dak Kakak mandikan.

Kenapa lepaskan..?
Pagi tu aku balik ke rumah mertua tapi bila kami sampai di rumah, tak nampak langsung kelibat si Oyen. Puaslah dak Nuha memanggil + mencari. Biasanya nampak je kereta kami, berkejaran ia menunggu di depan rumah. Pelik juga ia takde tapi bersangka baik, ia nak keluar menghirup udara segarlah tu sebab asyik makan + tidur makan + tidur je dalam rumah.

Biasanya memang macam tu, kami tak bawa sekali sebab sejak dulu dah biasa ia lepas bebas tak kena kurung. Kalau aku balik kampung, aku minta jiran sebelah rumah untuk bagi ia makan. Hailaa Oyen, nampaknya kena cari alternatif macam mana nak buat bila kami takde di rumah lepas ni.

#KisahKita: Nampaknya kena cuti bawa ia ke kliniklah jawabnya.

Saturday, August 22, 2020

Baby Boy and Carpal Tunnel Syndrome


DAY 155 (19 Ogos 2020 - Rabu)
Mendapat berita adik sepupu dimasukkan ke dalam wad. Nampaknya awal dari tarikh jangkaan sebenar. Moga semuanya dipermudahkanNYA.


DAY 156 (20 Ogos 2020 - Khamis)
Salam Maal Hijrah
1 Muharram 1442

Alhamdulillah.. Baby Boy.. 👶
Ibu dan baby dalam keadaan baik.💞
Tahniah ibu dan Toksu Tok Puteh dapat cucu lagi.

Selamat berpantang Kakak, jaga diri and baby baik-baik. Ai is jealous hokey, dalam pantang ibu jaga..


DAY 157 (21 Ogos 2020 - Jumaat)
Petang.. temujanji di Bahagian Pemulihan Carakerja berkaitan jari tangan aku.

Median nerve is compressed at the wrist, resulting in numbness or pain.
Dari FB Dr. Khairul Faizie @ Daddy Ziyyad
Saya simpan sini ye Doc. 😉


Carpal Tunnel Syndrome melibatkan Median Nerve di kawasan pergelangan tangan yang terhimpit. Simptomnya pun berbeza, kawasan kebas/sakit macam rajah di atas.


Sakit pada jari aku tertumpu pada sekitar ibu jari tangan. Bukan sebelah tapi kedua-dua belah ibu jari aku. Sebelum Ramadhan kena pada sebelah kiri, dekat Aidiladha melarat ke sebelah kiri.

Dari rasa kebas hingga dah tak boleh bengkok, susah nak genggam apalagi nak angkat barang-barang berat.  Berdenyut-denyut menahan sakit bila dah buat kerja. Nak pegang pen nak menulis pun sakit, nak menaip di handphone pun susah. Itu belum lagi perihal memandu kereta yang memang aku tak boleh elak.. 😞

Sekarang aku dalam proses rawatan sejak sebulan lepas. Inilah aku, dah teruk baru nak dapatkan rawatan. Tak sangka begini teruk keadaan aku rupanya. 

#KisahKita: Sakit sangat.. 😭

Friday, August 21, 2020

Kisah Periuk Kera


DAY 151 (15 Ogos 2020 - Sabtu)
Balik kampung atas urusan penghantaran motor kepunyaan adik sepupu aku. Alhamdulillah selamat tiba di kampung sebelum tengah malam.


DAY 152 (16 Ogos 2020 - Ahad)
Tak lama aku di kampung, malam tadi sampai kampung, petang ni dah kembali ke rumah aku. Takpelah.. nanti kita balik kampung lagi ye MakBudak.

Hanya gambar sebagai kenangan
Periuk Kera

Hari Raya Aidiladha yang lepas aku ada bawa balik periuk kera tapi belum berkesempatan nak buat pulut periuk kera seperti biasa. Ini semua gara-gara dak Oyen telah 'membasahkan' satu plastik ni. Apalagi kena bebel panjanglah ia. Dahlah Aidilfitri yang lepas langsung tiada menu pulut periuk kera, kali ni tak sempat nak membuatnya. Kecik besar kecik besar je aku tengok si Oyen ni

Nasib baiklah sebelum balik rumah, Toksu bekalkan aku sebekas pulut periuk kera untuk kami bawa balik. Alhamdulillah.. rezeki. Takdelah rasa kempunan.


DAY 153 (17 Ogos 2020 - Isnin)
Nasib baik aku tak terlajak bangun, kalau tak ber huhu lah aku..


DAY 154 (18 Ogos 2020 - Selasa)
Itik salai masak lemak cili padi + belimbing buluh. Itik hasil belaan TokSu aku dikampung. Biasa aku hanya makan rendang itik tapi kali ini kita tukar selera sikit. Dak Nuha pulak awalnya dia menolak pinggan bila dia tengok kenapa nampak lain pada kulit itik tu; aku terpaksa berbohong mengatakan yang itu ayam + itik. Hahaha.. kesian dak Nuha kena tipu..


#StatusHati: ...

Thursday, August 20, 2020

XRay Ibu jari dak Adik


DAY 147 (11 Ogos 2020 - Selasa)
Kalau semalamnya bawa dak Kakak ke klinik, pagi ni aku bawa dak Adik pula ke hospital disebabkan dia mengadu jari tangan dia sakit. Lebih-lebih lagi bila aku tengok ada benjolan pada kedua-dua ibu jari tangannya. Bila pemeriksaan melalui xray dibuat, doktor maklumkan tiada kecederaan pada tulang jari dak Adik dan benjolan yang ada itu pula hanya lebihan kulit pada jari dak Adik.

Pada sebelah petangnya, aku pula ada temujanji di bahagian Pemulihan Carakerja, berkaitan ibu jari tangan aku. Malas nak keluar dari kawasan hospital kerana bukan senang nak dapat parking semula. Maka, seharianlah kami di sana.

Update:
Setakat ini, dak Adik takde mengadu sakit, ok katanya. InsyaAllah, harap kekal berterusan ok hendakNYA.


DAY 148 (12 Ogos 2020 - Rabu)
Jomlah bekerja sekuatnya..


DAY 149 (13 Ogos 2020 - Khamis)
Sepatutnya hari ini ada majlis rasmi di tempat kerja aku tapi disebabkan ada perubahan jadual boss besar, maka ia terpaksa ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang lain. Bila..? 🤔 Don't ask.. 


DAY 150 (14 Ogos 2020 - Jumaat)
Ayam golek tandoori siap diperap.
Ayam masak merah siap dimasak.
Tempahan diterima dari kawan ditempat kerja.

Dulu, aku kerap bawa ayam golek tandoori ke tempat kerja tapi sejak dah pindah ke tanah jajahan baru ni tak terfikir dah nak bawa sehinggalah ada yang request baru-baru ini. Terima kasih buat yang order.

#KisahKita: Sabar.. Ada lagi..

Monday, August 17, 2020

DAY 144 - 146 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco), Perlis


DAY 144 (08 Ogos 2020 - Sabtu)
Perlis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kuala Sanglang, Mukim Sanglang sehingga 9 September 2020. Maklumat dari SINI..


DAY 145 (09 Ogos 2020 - Ahad)
Awalnya dak Kakak mengadu ibu jari akinya sakit tapi dia masih boleh tahan. Tak nak susahkan ibu kena bawa ke klinik.. 😭 Kakak memang macam ni, makin memahami keadaan ibunya.. 😣


DAY 146 (10 Ogos 2020 - Isnin)
Aku bawa dak Kakak mendapatkan rawatan di klinik kerana ibu jari kakinya makin membengkak + bernanah. Ini mesti kes salah cara potong kuku, sebelum ini tak pernah lagi terjadi. Hailaa anak, buat perut ibu terasa ngilu je. Jadi, dapatlah dua hari cuti sakit. Aku pun dapat tapi time slip jelah 😆

#KisahKita: Masih banyak lagi yang tertinggal..

Sunday, August 16, 2020

DAY 140 - 143 Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco)


DAY 140 (04 Ogos 2020 - Selasa)

Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di empat Mukim mulai 3 Ogos  hingga 30 Ogos 2020 seperti berita di SINI..

Mengambil kira sebelas kes baru yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang melibatkan empat mukim di Radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh':
  • Pekan Napoh (Mukin Hosba, Kubang Pasu)
  • Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu)
  • Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjai, Kubang Pasu)
  • Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap)
Moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA.


DAY 141 (05 Ogos 2020 - Rabu)
Walau sakit tapi tak boleh nak elak untuk menguruskan rutin harian seperti biasa. Kedua-dua belah ibu jari aku masih sakit dan ada sebarang perubahan.


DAY 142 (06 Ogos 2020 - Khamis)
Off record


DAY 143 (07 Ogos 2020 - Jumaat)
Dah tak ingat apa yang menarik hari ini.. 😅 Lama sangat menyepi inilah jadinya.

#KisahKita: ...

Thursday, August 13, 2020

Gigit hujung kain dibuatnya


DAY 138 (02 Ogos 2020 - Ahad)
Tiada aktiviti menarik, rehat + makan + rehat + makan lagi.
Sambungan dari SINI..

Pekan Masjid Tanah
Ke pasar pagi mencari bahan mentah untuk makan tengahari

Kalau semalam mak aku dah urutkan tangan, hari ini Pak Busu pula urut tangan aku. Bila orang jarang kena urut, dia punya sakit.. Fuh! Gigit hujung kain dibuatnya. Takde belas kasihan bila kena urut.

Petangnya pula..
Pokok cili padi - hasil kerjasama antara Pak Busu dan ahli kumpulan beliau.

Penat berjalan + makan, jomlah kita rehatkan diri sambil menikmati langit yang cerah. Mata makin kuyu dibuatnya, tambah lagi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang best..

'Kalau nak makan ubi kayu, tu kat depan tu..'

Hasil kerja keras mencangkul tanah..


Hasil tuaian..
Ubi yang berwarna putih lagi sedap dari yang berwarna kuning.

Periuk Kera
Inilah penyebab aku balik kampung..
Aidilfitri lepas tak boleh balik kampung, kita balas waktu Aidiladha.
Love you to the moon and back lah Ibu dan Pak Busu..



DAY 139 (03 Ogos 2020 - Isnin)
Aku cuti rehat hari ini.

Pagi..
Aku dah mendobi.

Tengahari..
Masak untuk makan tengahari.

Petang..
Mulalah bahu jatuh ke bawah
'Esok dah mula kerja, rasa sekejap je cuti balik kampung kali ini..'

#KisahKita: ..

Thursday, August 6, 2020

Bersedia untuk balik kampung?


DAY 136 (31 Julai 2020 - Jumaat)
Salam Aidiladha buat semua.

Dalam keadaan norma baharu ini, tiada langsung persediaan untuk Aidiladha. Sekadar melawat keluarga mertua pada sebelah pagi dan kembali ke rumah pada sebelah petang dek kerana en. Hubby perlu bekerja. 

Dak Nuha bersama sepupu dari Terengganu..

Baru perasan kali ni tiada gambar bersama keluarga

'Nasib baik muat baju ni ibu..' - dak Adik


Bersedia untuk balik kampung?
DAY 137 (01 Ogos 2020 - Sabtu)
Bila ada peluang dapat balik kampung, dah tentu takkan aku lepaskan. Tak kisahlah gerak balik di tengah malam sekalipun. 

Pukul dua pagi menikmati hidangan sup Gear Box dan rendang ayam ketika kami sampai di kampung. 


DAY 137 (01 Ogos 2020 - Sabtu)
Suasana di rumah PakNgah aku. Di sini mak aku masakkan menu ikan masak asam pedas. Mak aku juga tolong urutkan jari tangan aku. Berusaha mencari alternatif lain selain dari mendapatkan rawatan di hospital.


Bersama cucu sulung lelaki dan perempuan sebelah mak aku..

Kemudian singgah di sini..
'Cendol Goncang'

Alahai aku lupa lokasi tepat kedudukan kedai ini. Kalau tak silap dekat Padang Sebang, Tampin, Negeri Sembilan. Ketika itu, bila dah ambil order baru perasan kenapa kami tak order Cendol Goncang. Hanya order cendol, jagung, pulut dan aiskrim disamping coconut shake. Dari segi rasa aku bagi 4/5 bintang. Kira oklah + siap tapau untuk mak buyung a.k.a adik sepupu aku di rumah.

Kenapa di panggil Cendol Goncang tu? Cendol yang digoncang/gaul, lebih kurang macam tu lah kot.

My Bodyguard mestilah ada..
Dak Kakak dengan dak Nuha pun ada sama waktu ini.

Malamnya pula..
Nah!Kali ni kita bagi orang lain pulak dengar..

Biasa digantung tapi kali ni, kira baringkan ia.
Sekali.. Nah!Amik.. meletup-letup kena tangan..
Kahkahkah.. padan muka..

#KisahKita: Masih ada yang tertinggal..

Monday, August 3, 2020

Mesin Basuh Aku Rosak


DAY 132 (27 Julai 2020 - Isnin)
Kali kedua menjalani rawatan di hospital. Kali ini aku tak bersedia dari segi mental  dalam menahan kesakitan hingga beberapa kali aku minta untuk hentikan sekejap rawatan fisioterapi tersebut. Berpeluh-peluh aku menahan rasa sakit kali ni.

Sakit..
Itu je yang mampu aku cakap.


DAY 133 (28 Julai 2020 - Selasa)
Semenjak dua tahun lepas, tak pernah walau sekali aku makan tengahari di luar tempat kerja dan hari ini menjadi sejarah buat diri aku. Salah seorang sahabat baik mengajak aku keluar.

Awalnya sengaja aku menyakat, tak sangka bersungguh dia memujuk mengajak aku keluar. Akhirnya, buat pertama kali aku makan tengahari di luar berdua bersamanya.

Hikmahnya.. Rasa lega sebab dari pagi aku bad mood berkaitan dengan hal kerja. Ini yang menjadi sebab aku keluar sebenarnya.


DAY 134 (29 Julai 2020 - Rabu)
Mesin basuh rosak.

Boleh pulak mesin basuh merajuk. Langsung tak berfungsi dibuatnya. Rasa nak marah pun ada sebab yang susah nanti aku jugak.

Nasib baik adik aku ada. Terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan. Syukur Alhamdulillah tak perlu hantar ke kedai untuk dibaiki.


DAY 135 (30 Julai 2020 - Khamis)
Hari ini aku cuti memandangkan kawan sekolah dak Kakak nak datang ke rumah membuat latihan berkumpulan berkaitan kerja khusus yang diberikan oleh guru sekolah deme.

#KisahKita: ...

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran #ChefHubby


DAY 128 (23 Julai 2020 - Khamis)

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat my 'baby we' #ChefHubby Lan Abu.. 🎊🎉🎊

"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.." 🤲🏻

Muka kena paksa bergambar..

Malamnya..
Meraikan bersama anak-anak.
Takde kek kita tukar sate kambing..

Terima kasih buat adik Husna #AnggunSurpriseDelivery yang sanggup melayan kerenah #MakBudak.a.ka. #RemajaPurba ni..

#KisahKita: Apa-apapun.. Surprise Menjadi.. 😍


DAY 129 (24 Julai 2020 - Jumaat)
Dak Adik telefon aku semata-mata..

'Ibu, nak coklat yang Babah dapat tu boleh tak?'
'Mintalah dari Babah sebab tu Babab punya'.
'Alah ibu..'
'Adik cakaplah adik nak coklat tu, nanti Babah mesti bagi'.

Petang, aku balik kerja.. tengok tinggal 'rangka' je bouquet of coklat tu. Coklatnya telah selamat diagihkan deme tiga beradik.


DAY 130 (25 Julai 2020 -  Sabtu)
Bawa dak Nuha ke klinik disebabkan pagi semalam dia terjatuh di luar kawasan sekolah hingga menyebabkan gigi hadapannya sedikit bermasalah. Waktu dia telefon aku sambil menangis teruk, berderau darah aku dibuatnya.

Alhamdulillah.. Takde apa yang teruk dan merisaukan cuma kena berhati-hati jelah lepas ni. 


DAY 131 (26 Julai 2020 - Ahad)
Melawat myMIL yang sebelum ni tak sihat. Kalau balik rumah MIL mesti kami akan masak. Seakan rutin, mesti akan masak.

Alhamdulillah, beliau sihat dan biasalah orang tua, boleh berjalan tapi tak sekuat dulu. Sempatlah meraikan birthday en. Hubby dan mySIL selang sehari tarikh lahir deme.


#KisahKita: Banyak kisah yang tertinggal.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...