Followers Remaja Purba
Saturday, June 13, 2015
Api dalam kaca.. Air dalam besi..
Menulis di sini sambil mendengar katak bersahutan..
Bingit tapi mengasyikkan..
Kalau tinggal di tengah bandar ni, katak pun lebih rela berdiam diri..
Tapi di sini..
Anak katak pun berani meloncat masuk dalam rumah..
Teringat ketika aku membesar di kampung arwah Wan aku..
Bunyi katak yang bersahutan lepas hujan..
Lebih-lebih lagi waktu pagi..
Lagilah rasa nak tarik selimut..
Terasa nikmatnya dapat sambung tidur sambil ditemani alunan bunyi katak..
Suhu yang sejuk menambah rasa liat nak bangun..
Waktu mandi pun rasa nak skip je..
Terbayang betapa sejuknya air perigi di kampung..
Manisnya kenangan tu..
Merasalah aku tidur bertemankan pelita minyak tanah, lampu gasolin..
Merasalah aku mandi air sejuk seawal pukul 6 pagi di perigi sebelum ke sekolah tiap hari..
Merasalah aku masukkan air dalam cawan getah ketika arwan Wan sibuk motong getah..
Merasalah aku panjat pokok rambutan dengan langsat ketika musimnya..
Merasalah aku jalan dalam gelap hanya ditemani cahaya dari lampu suluh dan paling rare hanya menggunakan kertas yang dibakar menyuluh jalan..
Merasalah aku tengok tv hitam putih..
Merasalah aku masuk hutan.. ni sebab kena paksa dengan bapak sedara aku..
Dah aku dengan adik aku je yang tinggal dengan arwah Wan masa tu, memang kena jadi 'jantan'lah kalau pakcu aku ada..
Memang melasak jelah aku masa tu..
Indahnya kenangan masa tu..
Pengalaman yang tak mungkin berulang..
Sekarang dah lain..
'Api dalam kaca, air dalam besi..'
Merujuk kepada lampu kalimantang dan air paip..
Aku rasa kalau anak-anak aku alami situasi macam zaman aku dulu, mahu menangis tak nak balik kampung..
Elektrik takde dah merengek kepanasan..
Air takde dah mengeluh..
Sekarang..
Alhamdulillah..
Rumah arwah Wan dah diterangi lampu elektrik dan air paip..
Tak perlu dah nak bersusah-payah macam dulu..
Dan..
Bunyi katak masih bersahutan ketika aku mengakhirkan penulisan kali ni..
psstt: Rindunya aku pada arwah Wan dan Atok.. Al-Fatihah buat mereka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
iyer, kalau tak de kias, tak de aircond, mau budak2 tak tido sepanjang malam. Lahir-lahir ajer terus masuk bilik aircond.
ReplyDeletedulu saya suka curi-curi mandi kat tali air kalau balik kampong. Ikut ayah dan pakcik saudara cari lokan. Pastu suka pergi ikut abang saudara lastik burung, buat khemah dalam hutan. main tarzan lintas longkang dan sambil tunggu ikan masuk jaring kat longkang tu. hahahhaa
budak2 sekarang tak merasa macam tu.
al fatihah
ReplyDeletemasa saya kecil di kg , saya alami semua suasana itu . kg saya masuk api dan air sekitar akhir thn 80an . masa tu saya dah sekolah menengah ... kat sini , wpun bandar , saya masih dapat dengar bunyi cengkerik dan bunyi kokok ayam di kala subuh ...
ReplyDeletePengalaman masa kecik saya juga sama - mandi air telaga yang sangat sejuk terletak 50 meter dari rumah, pergi sekolah jalan kaki 1.5 km melalui denai kecil, balik ke rumah atap tanpa letrik tanpa air paip. Tapi kami sekeluarga sangat bahagia kerana itulah realiti kehidupan semua orang kampung ketika itu...
ReplyDeleteDulu kalau x der letrik, tak terasa panas. Dinding rumah lobang2. Angin banyak. Nyamuk pun banyak. Sekarang, berkepung dgn batu. Dok dlm oven kita rupanya
ReplyDeletesalam. hee nostalgia kan dok kampung dulu dulu ;p
ReplyDeletedulu masa duduk rumah setinggan dulu merasa jugak mandi perigi, pam air sebelum boleh mandi. toilet pulak atas sungai, bila sungai naik habis toilet kena bawak arus sekali hihihi. ehhh tetiba teringin nak buat entry pulak hihihi
ReplyDelete