Followers Remaja Purba

Friday, July 3, 2015

#Cabaran20Hari Kuih Kegemaran di Bulan Puasa


Genap seminggu aku berada di dalam #Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..

Teruja join segmen macam ni..
Sekurang-kurangnya mampu mengalihkan rasa menjeruk rasa ni..
Bulan puasa kali ni benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan jiwa aku..
Bertabahlah mak budak ye..


#Cabaran20Hari Puasa/Raya bermula di SINI..


Ok..
Untuk hari ke-7 cabaran kali ni..
Dah masuk part menu yang aku sendiri tak tahu nak pilih apa sebagai kuih kegemaran..
Banyak yang sedap-sedap..


Kuih seri muka, kuih talam, abok-abok, koci labu, tepung bungkus..


Kuih ni semua dibuat oleh nenek a.k.a pengasuh lama anak-anak.. untuk dijual..
Nenek kalau buat memang tip top lah.. sedap..
Baru puas makan..
Air tangan nenek buat aku yang tak nak gemuk ni boleh bertukar jadinya..

Berkebetulan entry ni hari ni..
Tengahari ni aku nak pergi ambil kuih yang ditempah dari nenek oleh budak office aku..
Nasib baik puasa.. kalau tak, memang aku dah ngap dah..



#Cabaran20Hari Raya/Puasa Day 6 di SINI..



psstt: Walau rasa tak mampu tapi hati.. kuatlah seperti selalu..



6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

all the best

paridah said...

kuih kesukaan kita untuk berbuka xsama setiap hari kan...banyak pilihannya.

Qaseh Vee said...

saya yg tgk je ni pun terliur . nasib baik mlm ... heheheee

Amanda Suria said...

banyaknya kuih kegemaran....nak sangat rasa abok2 tuh....lama dah x rasa

Mummydearie said...

Bulan puasa ni segala kuih yang dipamer jadi kuih kegemaran. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Rambang mata. Tapi yang selalu dicari dan dibeli dah tentu-tentu tepung pelita *_*

Kira Sakura said...

kecur air liur!! hahahaha

klu beli kuih selalu kena paksa moreh dgn husband. kalau tidak smpi besok la kuih tu kt situ je. masa beli tak ingt lepas berbuka dah xlarat hahahaha

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...