Followers Remaja Purba

Saturday, January 28, 2017

MyBigDay on Chinese New Year


Hampir setiap tahun..
Pada sambutan Chinese New Year.. terasa diri disambut.. diraikan dengan letupan mercun dan tarian naga.. πŸ˜€

28 Januari.. tanpa Mak dan Ayah.. tak wujudlah aku - Mak Budak a.k.a Remaja Purba.. dan MAK akulah orang pertama wish buat aku.. πŸ’–πŸ’žπŸ’

On #MyBigDay..
Doa dan harapan aku..
Moga apa yang dirancang.. diinginkan.. menjadi kenyataan serta dipermudahkanNYA.
Moga tahap kesihatan semakin baik.
Dan paling penting aku tetap #PerasanSlim.. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
Aamiin..
#MyBigDay..
#ChineseNewYear..

 2017 merupakan Tahun Ayam..


 In advance.. semalam..


 Black Widow pun cute.. ekekeke..


Sebelum dan Selepas..



StatusHati: Terima kasih pada semua..


Friday, January 27, 2017

Takde duit ke..?


Kisah hari Ahad lepas..

Dah lama sebenarnya aku tak tempah baju, biasa buat pun hanya untuk musim-musim tertentu. Kali ni wajib nak kena tempah ditambah pulak ada tema, bukan untuk raya tapi untuk majlis perkahwinan adik en. Hubby tak lama lagi.

Dipendekkan cerita..
Kami sepakat untuk hantar di kedai yang sama mak mertua tempah baju. Rupa-rupanya kedai tersebut adalah kedai yang mak aku pernah mendapatkan khidmat beliau long time ago (terkeluar sudah ayat kampungnya tu). Bertahun lamanya aku tak tempah dekat acik tu rupanya.

Kali ni aku datang kembali (walaupun acik tu tak kenal aku pun). Pening acik tailor tu nak melayan kerenah dua buah family. Bukan setakat anak-anak dara kami, Mak Budak pun sama dok pening nak pilih fesyen mana yang menarik.


Tak sabar nak lihat hasilnya terutama anak dara kecik ni.


Selesai urusan di kedai acik tersebut yang terletak di P.J, kami kembali ke Setia Alam makan tengahari di Setia City Mall. Sengaja sesekali bawa anak-anak berjalan, jangan kata deme, aku pun turut penat..

Cukup suka selfie.. siap bangun dari kerusi minta aku ambilkan gambar dia..


Bersama replika ayam..


Dak Nuha memang selamba..

Tak kisah orang pandang dia ke tak.. yang penting dia dapat bergambar dengan apa yang dia suka..


Dah penat ukur jalan dalam Setia City Mall tu, chef Hubby request minta tolong belikan barang di IKEA. Fuh.. ni yang den lomah ni. Memanglah beliau bagi duit tapi masalahnya aku tak pernah memandu ke IKEA. Biasanya aku duduk sebelah, sambil borak melayan kerenah anak-anak, tahu-tahu dah sampai.

Sebelum nak gerak tu bukan setakat chef Hubby guide jalan nak ke sana, aku siap waze lagi.. itupun sesat jugak. Sudahnya berhenti dekat stesen minyak tanya pada sorang abang tu.

'Bang, nak tanya.. dari sini nak ke IKEA ikut jalan mana ye?'

'Tak guna waze ke?'

'aaa.. apa dia bang..?'

Dua kali aku ulang soalan yang sama sebab aku dengar dia tanya dekat aku 'takde duit ke..?' hahaha.. nasib baik aku tak jawab 'sebab duit adalah nak pergi IKEA ni bang..' huhuhu.. aku yang salah dengar rupanya.


Alhamdulillah, abang tu memang baik hati.. memang detail dia guide aku.. berapa traffic light, lalu terowonglah, belok kirilah.. kira perfectlah.. tapi aku tetap jugak sesat.. kahkahkah.. Tak cukup sesat atas jalan, dekat tempat parking kereta pun boleh sesat. Parking tingkat lain, aku cari dekat tingkat lain.
 

Akhirnya.. berjaya juga aku sampai..


Pergi ikut jalan lain.. balik ikut jalan lain. Balik senanglah pulak.. tak sesat. Sampai rumah.. aaahhhhh... lega.. penat jangan tanya.. seharian dekat luar.


StatusHati: Tomorrow is myBigDay..



Thursday, January 26, 2017

Bantuan Persekolahan (CSR Back To School 2017)


Kisah pagi semalam:

Seperti biasa dak Kakak akan menghubungi aku sebelum pergi ke sekolah. Tapi pagi semalam lain pulak kisahnya.

'Ibu lupa gosok baju kakak ye? Kain dengan tudung je ada.' 

'La.. ibu ingat Kakak pakai baju sukan sebab hari Rabu kan..?'

'Tak jadi pakai baju sukan sebab cikgu cakap sekarang musim hujan. Pakai baju sekolah macam biasa. tapi takpelah.. Kakak dah gosok dah. Cuma ibu jangan marah ye sebab baju tu terkoyak kena seterika.'

'Teruk ke koyak baju tu Kakak?'

'Takdelah ibu sikit je dekat lengan baju. Nanti kakak lipatlah lengan baju tu.'
 
'Kan ibu dah pesan sebelum ni, seterika tu tak boleh panas sangat, nanti melekat dekat baju. Hurmm.. takpelah.. bila lagi Kakak nak pandai gosok baju. Ni jadikan ia sebagai pengalaman.'



Berkebetulan sebelum dak Kakak call mengadu pasal baju sekolahnya 'dimakan' seterika, tempat kerja aku telah memberikan Bantuan Persekolahan (CSR Back To School 2017) bagi anak-anak yang bersekolah Rendah dan Menengah. Aku tak tahu pun pasal ni sebenarnya.. tahu-tahu tengok dalam akaun ada penambahan duit. Bila check dalam emel.. Alhamdulillah.. Rezeki yang tak dijangka buat anak-anak.


DAN..
Balik sekolah petang semalam, dak Kakak tunjukkan baju sekolahnya tu, alahai.. kakak.. kakak. Besar jugak koyaknya. Kesian dia, mesti dia malu sepanjang hari dekat sekolah.

Takpelah kakak.. duit yang ibu dapat tu bolehlah nanti gantikan baju sekolah yang baru dan kasut sekolah dak Adik. Musim hujan ni kena beli lebih baju sekolah dan kasut sekolah nampaknya.



StatusHati: Pintu kereta kemek dan bercalar aku buat pagi tadi..


Friday, January 20, 2017

Kisah botol susu dan dak Nuha


'Ibu.. boleh bawak botol susu pergi sekolah.'
'Ada yang bawak ke..?'
'Ye ibu.. cikgu tak marah pun.'
Aku rasa budak umur 4 tahun yang bawa tu.

'Nuha nak bawak botol susu pergi sekolah ke? Nanti ibu bekalkan dalam beg sekolah.' Sengaja ku duga dia.
'Tak naklah ibu. Minum dekat rumah jelah.'

Malulah tu.. hehehe..


StatusHati: Aku masih di sini..



Tuesday, January 17, 2017

Belum layak untuk menderma darah


Kisah di Hospital pagi tadi..

Selesai urusan berkaitan, keinginan nak derma darah tiba-tiba mencanak naik; dah alang-alang masih berada di hospital kan.. Last time tak berjaya pujuk en. Hubby. Beliau tak izinkan. Kali ni sebab aku pergi sorang, gigih aku mengisi borang berkaitan sebelum nak derma darah tadi..


Dipendekkan cerita..
Aku sememangnya belum layak untuk menderma darah kerana Hb low..

'Sikit je lagi kak, kalau tak.. akak dah boleh derma dah. Lain kali akak cuba lagi ye kak.' Ini yang dimaklumkan oleh Doctor bertugas.

'Bagi sihat dulu diri tu.' Nasihat Pengarah di tempat kerja.


Secara luaran, memang nampak macam dah ok, walhal sebenarnya masih belum.. sebab itulah minggu lepas aku rasa tak sedap badan.. macam nak pengsan lagi. Maka, jalan terbaik.. jaga dulu diri sendiri sebelum ada hati nak bantu orang lain.


StatusHati: Dalam hati... takpe, lain kali aku pergi hospital aku nak cuba lagi.

Saturday, January 14, 2017

Atas Nasihat Doctor


Satu Pengalaman:

Hari ni 14 Januari 2015, dua tahun lepas adalah permulaan di mana aku nekad untuk berusaha mengurus dan me'maintain'kan badan a.k.a Diet. Dari Overweight kini BMI dah jadi Normal. 'Bukan senang nak senang'.

Sepanjang tempoh tersebut, macam-macam dah aku lalui. Try and Error kata orang kampung aku. Aku tak suka nak share sembarangan; nanti dikatakan riak.. tak cuba tak dapatlah hasilnya. KAU NAK KURUS.. USAHALAH.. Aku ni jenis berat badan senang naik, jadi kena kawallah pemakanan. Rugilah beb kalau tak jaga.. apa yang aku usahakan dua tahun ni akan jadi sia-sia je.

Dan hasil terkini.. atas nasihat Doctor hensem yang jaga aku.. 'Please.. No more diet, nak kurus macam mana lagi..?' πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Cuma satu jelah.. aku ralat aku tak berjaya dapatkan berat badan yang aku inginkan.. eeerrrrr.. kalau aku teruskan misi #PerasanSlim aku tu kan.. eeerrrr.. tahan tak agaknya telinga aku nak dengar bebelan demi bebelan..? eeerrr.. nantilah sebab aku belum sihat sepenuhnya. Cukup-cukuplah hujung tahun lepas aku dikejarkan ke hospital.
#SayangiDiriSendiriDahulu
#MisiTerkini
#PerasanSlim
#KekalMaintain


StatusHati: Akan aku usahakan..



Friday, January 13, 2017

Gara-gara writer's Block


Draft untuk entry blog ada banyak tapi hanya kerana aku tak tahu nak mulakan dengan susunan ayat yang bagaimana itu yang terperam lama dalam draft. Entah bila akan ku publish kan atau mungkin ia akan kekal di dalam draft..

Gara-gara writer's Block, baru-baru ni aku ada minta idea dari chef Hubby untuk dijadikan entry blog dan ini jawapan dari beliau..

'Abang.. bagilah satu tajuk..'
Biasanya kalau berlaku writer's block, aku akan minta dari geng di tempat kerja bagi satu tajuk atau topik dan aku akan kembangkan dalam blog.

'Tajuk..' Jawab chef Hubby.
'Ye.. tajuk tapi abang bagilah satu tajuk..'
'Yelah.. tajuklah maksud abang..' Aku ingat chef Hubby nak main-mainkan aku. Rupanya memang itu jawapan yang diberi oleh beliau.

Dan aku..?
Awalnya rasa geram jugak tapi entah kenapa laju pulak jemari ni menaip di sini hanya disebabkan 'tajuk' yang diberikan oleh chef Hubby..

Terima kasihlah abang.. walau entah apa-apa yang aku merapu ni tapi siap juga satu entry.. thank you so much lah..


StatusHati: Sesekali masih lagi terasa macam nak pengsan seperti di SINI..


Thursday, January 12, 2017

Kenapa aku tak makan Kari Kepala Ikan Kerapu


Ringkasan kisah semalam

Pagi semalam telah diadakan majlis perpisahan kecil-kecilan bagi beberapa pegawai dan kakitangan bahagian aku yang akan bertukar. Macam biasalah bab makan mestilah ada dan kali ni tempahan makan dibuat melalui chef Hubby. Nasi hujan panas, ayam masak merah, jelatah dan papadom menjadi menu pilihan selain dari kek dan kuih yang dibawa oleh rakan-rakan yang lain. Juga sedikit cenderahati turut diserahkan kepada mereka yang berkenaan.



Menu pilihan..


Dalam masa yang sama, chef Hubby turut menyediakan menu istimewa untuk dorang rasa. Bukan banyak mana pun, dapatlah rasa sorang sikit..


Kari Kepala Ikan Kerapu..


Kenapa aku tak makan kari kepala ikan kerapu tu..?
Takpelah, bagi laluan pada mereka untuk merasa.. lagipun chef Hubby yang masak. Aku suka tengok dorang makan, tak makan pun tak apa.. seronok bila dorang cakap sedap.. ekekeke.. macamlah aku yang masak.

 

StatusHati: Alhamdulillah.. menu yang dimasak oleh chef Hubby mendapat pujian.


Tuesday, January 10, 2017

Faktor Usia tu..



Kisah semalam:

Sebelum nak jumpa doctor di hospital, pekena ni dulu.

Kuah putihnya memang sodaplah..
Nama kedai den lupo.. hehehe..



Hospital lagi?
Sambungan dari SINI.. 
Masalah pada pinggang yang belum selesai.
 
Penerangan daripada doctor berserta gambar CT Scan yang dibuat.
'Sendi berdekatan tulang belakang injured. Salah satu sendi tu dah menipis/menurun menekan sendi di bawahnya. Itu yang menyebabkan rasa sakit. Ia takkan pulih dan kekal macam tu.'
 
 
Masa doctor bagi penerangan tu, aku terdiam tergamam sebab tak terfikir sampai macam tu sekali. Untuk Fisioterapi, kalau nak pergi boleh, tapi ianya takkan membantu. Cara yang boleh mengurangkan rasa sakit tersebut adalah dengan melakukan senaman seperti yang diajar oleh doctor, selain dari kedudukan postur badan dan juga makan ubat. Itupun hanya bila aku dah tak tahan baru aku ambil ubat, selagi boleh tahan, memang aku tahan.
 
 
Dalam pada tu, ada yang bertanyakan keadaan aku..
Bila aku terangkan keadaan sebenar, dikatanya 'Faktor usia tu'..
Tolong sikit.. aku masih lagi #RemajaPurba kot.. kahkahkah..


Pada siapa yang tengok cantik.. maka akan nampak cantiklah..
Pada siapa yang tengok tak cantik.. sah dia ada masalah mata..
 

StatusHati: 6 bulan lagi date balik dengan Doctor..


Friday, January 6, 2017

Lambat sikit pun kena marah


Kisah pagi tadi:

Perbualan whatsapps di antara aku dan chef Hubby.

'Lambat sikit pun kena marah.'
'Kenapa? Siapa yang marah abang?'
'Anak dara ni lah. Abang hantar abangnya pergi sekolah dulu, balik rumah amik dia hantar dia ke sekolah. Dia marah abang sebab dia dah lambat.'

'Dah lambat Nuha pergi sekolah, cikgu dah sampai. Babahlah ni lambat.' Bising dia bila tengok cikgu dulu sampai dekat sekolah.

Ni jadi macam ni sebab semalam bila Babah dia hantar ke sekolah, pintu sekolahnya tak buka lagi. Pagi ni sengaja Babah dia hantar lambat. Bila tengok cikgu dah sampai, mengomel dia dekat Babah dia. Hahaha.. kesian Babah dia kena 'marah'.

'Nanti abang nak bagi satu kunci dekat Nuha, senang biar dia sendiri bukak pintu sekolah tu.'  Hahaha.. Biarlah abang.. kita doakan dia bersemangat dan terus bersemangat untuk belajar. Doakan yang terbaik bukan hanya untuk dia tapi untuk dak Kakak dan dak Adik.


Sekarang, balik kerja.. sambil bersilat dekat dapur nak masak, sambil bertanya apa aktiviti yang dak Nuha buat di sekolah. Macam-macam yang diceritakan. Ada yang aku faham.. ada yang aku tak faham. Tapi paling best.. masuk je dalam rumah.. 'Ibu.. Nuha nak susu.' Masih belum putus menyusu botol lagi. Selagi dia nak susu, aku bagi. Maklumlah dia sorang je baby besau dalam rumah ni.


StatusHati: Terima kasih kepada pengasuh baru yang sanggup jaga dak Nuha.


Thursday, January 5, 2017

Hari pertama dak Nuha ke Sekolah


Kisah pagi semalam:
Hari pertama dak Nuha ke sekolah. Bersemangat sungguh dia.

Aku..?
Lepas hantar dak Nuha.. Masuk kereta.. eh!Dah kenapa aku duduk sebelah seat driver..? Siapa nak pandu balik? Ni gara-gara menahan sakit pinggang sampai tak perasan aku salah masuk pintu kereta.


Kisah dak Nuha balik sekolah semalam:

'Assalamualaikum Ibu..'
'Waalaikumsalam.. la.. mana tudung Nuha?'
'Nuha panas.. Nuha bukaklah dekat sekolah tadi.'
'Cikgu tak marah ke?'
'Tak.. cikgu tak cakap apa-apa apun. Masalahnya Nuha panas.' Penuh perasaan dia terangkan dekat aku..
'Stokin pulak mana?'
'Tak ada.. tertinggal dekat sekolah..'

Huhuhu.. alahai anak Mak Budak ni. Takpelah.. perlahan-lahan ajar apa yang patut dia buat.. lelama nanti dia fahamlah.


DAN AKU..?
Turn Mak Budak pulak cuti dah habis. Pagi ni ada temujanji Fisiotherapy, lepas tu baru ke tempat kerja. Jangan buat-buat terlupa kena lapor diri pulak sudahlah ye Mak Budak.. kihkihkih..


StatusHati: Masih terasa sakitnya pinggang ni..


Tuesday, January 3, 2017

Sesuatu yang tak disangka telah berlaku


Nak update jugak.. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
Kembali sibuk dengan rutin harian yang padat.
Paling tak best nak kena hadap jalanraya yang sesak dan padat.
#BackToSchool


Untuk hari ni:

Dak Kakak akan memulakan sesi pertama beliau sebagai pelajar di Sekolah Menengah (P) pada sebelah petang.

Dak Adik kembali ke sekolah bagi sesi yang sama seperti tahun lepas.

Dak Nuha pulak tak sabar nak ke sekolah tapi sesi pembelajaran beliau hanya akan bermula pada 4hb.

Manakala terima kasih ada chef Hubby yang akan menguruskan anak-anak ke sekolah pada sebelah pagi memandangkan aku kena keluar awal dari kebiasaan untuk ke tempat kerja.

Bagi diri aku sendiri.. tahun 2017 ni tahun berjaga-jaga disebabkan kesihatan aku yang masih belum pulih sepenuhnya.

DAN..
Sesuatu yang tak sangka telah terjadi pagi tadi..
Dak Adik hampir terlewat sampai ke sekolah gara-gara aku terlewat bangun. Syukur keperluan anak dah disiapkan malam tadi. Takdelah kelam-kabut dan syukurlah bukan dak Kakak yang terlewat, kalau tak.. muncung sedepa dia..


StatusHati: Aku masih di sini..


Sunday, January 1, 2017

Anniversary di Tahun Baru 2017


Berdoa dan terus berdoa..
Tak perlu lagi menoleh ke belakang..
Perjalanan luas di hadapan menanti..
Bak kata #SyamsulDebat 'Jaga hubungan Suami Isteri itu sebaiknya.' Aamiin ya Rabbal'alamin..



Kisah malam di ambang Tahun Baru 2017..

Cubaan mengajak chef Hubby keluar..


Tapi digantikan dengan ini..

Shell Out by chef Hubby


Family gathering di rumah MIL..
Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Menu Shell Out dan Steamboat menjadi pilihan. Sambil makan.. sambil chit chat.. sambil perhatikan anak-anak bermain di luar rumah.


Selesai majlis..
Detik yang dinantikan.. krik.. krik.. lalalala..
Takde sorang pun anak-anak yang nak ikut aku balik. Deme memang macam tu, kalau dah ke rumah maklongnya payah nak balik.



StatusHati: Agak-agak cemburu tak dak Nuha nanti.. kihkihkih..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...