Followers Remaja Purba

Monday, July 20, 2015

Tradisi raya diteruskan..


Kisah sebelum di SINI..

Kronologi 2 Syawal..

Letih perjalanan jauh tak hilang lagi..
Tambah pulak tak cukup tidur gara-gara sakit perut..
Tahun ni dalam sejarah family kecikku..
Mata ni cuma nampak bilik air je.. huhuhu..

Plan yang telah dikemaskini dan disusun rapi terpaksa dirombak semula..
Nampak gaya tak dapatlah nak beraya sakan macam tahun lepas..
Sesi beramah-mesra dengan sanak-saudara di kampung jadi terhad..
Tak dapat nak berlama-lama kali ni..

Dalam tak sihat tu, sempatlah tradisi raya diteruskan..
Pergi beraya bukan makanan yang kucari tapi bilik air yang kucari.. uwaaaa... rasa lembik badan dibuatnya..

'Manalah orang KL ni tak sampai-sampai lagi.. biasa dah sampai..'
Sedih buat Maklong mengharap.. aku sendiri tak puas beraya..
Kali ni aku tak dapat nak bermalam di rumah Maklong.. cuma singgah melawat..
Dengan keadaan aku ditambah hubby ada urusan, jadi terpaksa dipendekkan cuti raya kali ni..

Pit stop terakhir di rumah Mak Busu di Melaka..
Hampir tengah malam barulah memulakan perjalanan balik rumah..
Alhamdulillah.. perjalanan dipermudahkanNYA..
Jalan langsung tak sesak, perut pulak macam memahami..
Syukur.. takleh kubayangkan kalau nak memerut dekat tengah highway tu.. huhuhu..

Akhirnya.. pukul 1:30 am selamat sampai di rumah..
Sunyi je taman perumahan.. masih ramai beraya di kampung..


StatusHati: QuEen of ur HeaRt..


3 comments:

Sue Bee said...

selamat hari Raya,Aiza..nasib baik jugak la tak memerut kat highway,kan..

paridah said...

seronoknya beraya di kampung ya ai..kesian sakit perut pula...mungkin termakan hidangan yg alahan tu. moga dh sembuh ya.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kalau perut dah mula meracau Aiza,
memang susah lah nak berlama-lama beraya kan..
Selamat Hari Raya Aiza..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...