Followers Remaja Purba

Monday, May 29, 2017

Hari Kedua Ramadhan 1438H


Keadaan aku sejak kelmarin..
Aku masih mampu berjalan walau jalanku tak tegak seperti biasa. Kesakitan yang aku alami pada bahagian pinggang kananku memberi kesan yang bukan sedikit aku rasa. Namun, andai nak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih teruk keadaannya, aku sangat bersyukur aku tidak seperti mereka. Tak terjangkau dek fikiran andai aku.. Nauzubillah.. jauhkanlah hendakNYA. 


Hari kedua berpuasa..
Aku hanya mampu berbaring tanpa dapat berbuat apa-apa. Tak sanggup nak memaksa diri melakukan rutin harian. Chef Hubby yang balik sekejap hantar lauk untuk kami berbuka. Aku cuma mampu melakukan rutin harian yang ringan, itupun dibantu oleh anak-anak..


Hari ini..
Alhamdulillah.. agak berkurangan rasa sakit ni. Kugagahkan juga menghadapi rutin harian di tempat kerja. Terasa kurang sikit bebanku sebab cuti sekolah pertengahan dah bermula. Moga aku kuat dan seterusnya tidak menyusahkan orang lain.



StatusHati: Hanya semangat yang kuat menemani diri..



Sunday, May 28, 2017

Biasalah mula-mula puasa..


#Done.. hari pertama Ramadhan..

Ramadhan kali ni tak banyak beza macam sebelum ni. Bersahur dan berbuka dengan anak-anak di rumah. Setakat ni peluang nak berbuka puasa di kampung belum berjaya lagi.. lebih-lebih lagi nak makan free dekat cafe Atok Muar.. ekekeke..


 Atok Muar yang tersangatlah sibuk..
Cucu sendiri rasa terabai.. sobsobsob..




Jangan kata atok.. cucu pun sibuk sampai takde masa nak update kisah balik kampung jumpa Atok Muar hari tu. Nanti ye tok.. cucu atok update pasal homestay dengan cafe atok..


StatusHati: #DiamAkuDiamMemerhati..



Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan 1438


1 Ramadhan 1438..
Alhamdulillah..
Bertemu kembali Ramadhan kali ni..

  • Moga kita semua lebih kuat sepanjang Ramadhan kali ini..
  • Moga tiada hasutan sepanjang Ramadhan mengajak shopping raya..
  • Paling penting #MakBudak tak meragam sepanjang Ramadhan kali ini.


Secara peribadi, tiada persediaan khusus untuk menyambut sahur pertama pagi tadi. Syukur sempat menyediakan masakan ringkas untuk dihidangkan kepada family kecikku ini. Bersyukur juga mampu bersahur dalam keadaan selesa jika nak dibandingkan dengan mereka yang dalam kesulitan.

  • Moga kudrat aku mampu meledani rutin harian.
  • Moga kesakitan pada pinggangku tidak terlalu mengganggu rutin harian.
  • Moga dipermudahkanNYA.. Aamiin..



Apalah reaksi dak Nuha agaknya bila tengok ibunya melepek tak masak untuk makan tengahari nanti.. 🤔🤔🤔



StatusHati: Rindunya aku pada dirimu..



Thursday, May 25, 2017

Ragam si Bongsu


Kisah malam tadi..

'Ibu, ibu sepit tangan Nuha.. ibu..'
Merengek-rengek dia minta aku lepaskan tangan dia..

'Nuha, bukan sepit tapi himpitlah..'
Aku sengaja himpit tangan dia bawah badan aku..

'Nuha, lepas ni Nuha tidur dalam bilik dengan kakak ye.'
'Nape pulak? Nape tak boleh tidur dengan ibu?'
'Ibu nak tidur dengan Babah je.'
'Alah.. nak tidur dengan ibu jugak.' Sambil dia peluk erat badan aku. Bukan takat tangan, dengan kaki dia pun naik dekat badan aku.. kihkihkih.. Punyalah dia tak nak tidur berasingan dari aku.


Si bongsu ni ragam dia lain macam sikit. Payah sungguh nak asingkan tempat tidur. Nak berkepit jugak dekat celah ketiak kita. Sudahnya Babah dia yang rimas tengok. Aku ni tak sampai hati nak paksa dak Nuha tidur asing dari aku. Biarlah.. selagi dia rasa nak tidur dengan aku, tidurlah.

Bila tengok anak-anak membesar depan mata, rasa puas hati sebab dulu masa zaman aku kecik, aku tinggal dengan arwah Wan dan Atok aku di kampung. Jadi aku tak nak anak-anak jauh dari aku dan paling penting anak-anak utamakan aku dulu.


Apa-apapun.. moga dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha membesar dengan sihat dan tidak memberi masalah pada aku dan Babah korang. Jangan bagi ibu stress ok.. yang penting.. dengar cakap ibu dengan Babah..



StatusHati: Menghitung hari untuk bulan Ramadhan.


Wednesday, May 24, 2017

Mangga Harum Manis di rumah Makchaq


Terima kasih buat Makchaq atas jemputan minum petang pada 21 Mei 2017, Ahad lepas. Jemputan yang turut dihadiri oleh blogger Kakcik Seroja.. maaf tak kenal dan kali pertama jumpa sorang lagi blogger.. Pn. Roshidayu..

Memandangkan chef Hubby hanya dapat pelepasan untuk beberapa jam sebelum kembali bertugas, kami sampai agak awal (takdelah awal mana pun sebenarnya). Pakej bawa ayam golek tandoori lagi ke rumah Makchaq walau dah dipesan jangan bawa apa-apa. 

Sesampai kami di depan rumah Makchaq.. eerr.. bukan kami je jemputan yang dijemput rupanya. Tak terlintas langsung pada fikiran kami yang Makchaq akan jemput orang lain bersama. Mulalah rasa cuak  + segan kami..

Tapi.. Alhamdulillah.. takdelah kami terasa kekok sebab ni bukan pertama kali kami jumpa. Merasa jugaklah jadi orang dapur walau hanya sekadar potong buah mangga harum manis tu..


Dak Nuha yang seronok keluar masuk rumah Makchaq..


Aku syak buah mangga harum manis tu tak manis sebab manisnya telah diserap oleh jemari aku sewaktu mengupasnya..


Suasana di rumah Makchaq pada hari kejadian..


Bersama tuan rumah dan Kakcik Seroja..


Anak-anak  seronok di rumah Makchaq, terasa macam berada di rumah mak sendiri. Kami minta maaf buat Makchaq, Pakchaq dan keluarga sebab kami singgah sekejap je. InsyaAllah lain kali kami datang lagi.

Terima kasih juga bagi kami bawak balik mangga harum manis tu. Buah yang kami bawak balik tu lebih manis berbanding buah yang kami kupas pada hari kejadian.. eemm.. Alhamdulillah rezeki. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak buat Makchaq, Pakchaq dan keluarga kerana menerima kedatangan kami..



StatusHati: Dah lama tak open table dekat rumah.. eemm.. bila nak buat ye..?



Sunday, May 21, 2017

Piala FA - Kedah vs Pahang


Perbualan dengan dak Nuha petang semalam:

'Nuha.. Nuha sokong team mana? Team hitam putih ke hijau kuning..?'
'Hitam putih.. ibu?'
'Ibu nak hijau kuning sebab favourite color ibu hijau kuning.'
'Ok, malam ni kita tengok siapa menang..'


Perbualan dengan dak Adik pulak:

'Tapi ibu.. kenapa kita tak boleh tengok dekat stadium?'
'Babah keje, kalau Babah cuti bolehlah kita pergi tengok dekat Stadium.'


Manakala dengan dak Kakak:

'Tengok dekat rumah je senang.. boleh tengok sambil baring.'
'Tapi tak boleh buat bising macam dalam stadium.'
'Lain kalilah ibu kita tengok dekat stadium.'


Sudahnya:
Dapat tengok bumbung #StadiumShahAlam pun jadilah.. sanggup si ibu layan kerenah anak-anak hadap jalan sesak petang semalam semata-mata nak puaskan hati anak-anak.


Saja nak tambah kesesakan jalanraya di Stadium Shah Alam


Kami tumpang lalu je..


Semangat kesukanan..
Tak dan nak ambil gambar penyokong Kedah..



Malam tadi..

Mula-mula semangat aku menontonnya bersama anak-anak tapi bila lagi 10 minit nak habis perlawanan, makin kuyu mata ni.. 'tu yang nak tengok dekat stadium..?' Hahaha..

Akhirnya..
Tahniah Kedah di atas kemenangan menjuarai Piala Fa melawan Pahang kali ni.

Aku..?
Macam biasa.. sokong team yang menang..



StatusHati: Berehat di rumah bersama anak-anak..



Friday, May 19, 2017

Berat je rasa nak mulakan..


Secara jujurnya:

Perasaan serba-salah menghantui diri bila blog tak berupdate. Seronok tengok kawan-kawan yang blog berupdate.. bila tengok blog sendiri.. alahai kaku tanpa bicara. Hari-hari aku jenguk teratak #MakBudak ni tapi tak mampu nak update. Berat je rasa nak mulakan..


Petang ni..
InsyaAllah aku akan berada di Cyberjaya.. terlibat dengan permainan dodgeball.


Apa itu dodgeball?
Nanti aku share..
Buat sementara kita sama-sama google untuk dapatkan jawapannya.. kihkihkih..



StatusHati: Futsal dan ping pong tetap di hati..




Friday, May 12, 2017

Takkan dapat balasan baik..?


Realiti kehidupan..
Masih ada yang suka bersangka buruk seolah dia tak pernah lakukan kesilapan..
Tak boleh ditegur, hanya dia yang betul.. Seolah dia yang paling sempurna..

"Dia ni kan memang penipu tok.. takkan dapat balasan baik, heran tok.."

"Dah dia dapat balasan baik yang baik, kita doalah untuk kebaikan. Kalau dia dapat balasan yang buruk, kita doakan jugak untuk kebaikan. Itu antara dia dengan Allah. Kita ni tak boleh nak pertikaikan."
#TanahKuburS7

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNYA..
Tidak ia dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
Pengajaran ada disebalik setiap kejadian..



StatusHati: Sabar itu bukan untuk dicabar tapi untuk dipertahankan.



Thursday, May 11, 2017

Buat apa nak menangis..?!


Pesanan dari seseorang:
Buat apa nak menangis hanya kerana perkara yang bukan bagi kita kenyang..
Kita kerja demi sesuap nasi bukan nak sembah orang..
Besar sangat ke dia..?
Bantu kau tiap-tiap bulan ke..?
Bagi kau duit hari-hari ke..? 


Tapi pesanan dari peneman sepanjang hayat..
'Tak perlu nak diperbesarkan hal tu, takut nanti terkena batang hidung sendiri balik..'

Memang betul..
Adakala tak patut kita share dengan orang lain tapi adakala apa yang ingin di share itu atas niat 'boleh dijadikan pengajaran' buat mereka yang lain.


Aku suka tekankan di sini.
"Hidup kita ni seperti roda bukan bola .. bukan selamanya kita sentiasa berada di atas."
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah.. tapi kalau tak masuk lagi bagus..!



StatusHati: Biarkan si Luncai terjun dengan labunya..



Thursday, May 4, 2017

Ayah Accident


Kisah Ahad lepas..

Malam tu aku dapat panggilan telefon dari paklong aku.

"Along.. ayah kau accident. Sekarang ni ambulance dah bawak ke hospital. Along pergilah tengok ayah tu." Terkedu tak terkata aku mendengarnya.

Memandangkan dah lewat malam, hanya selepas chef Hubby balik kerja baru kami dapat pergi melawat ayah di Kecemasan, Hospital Ampang. Anak-anak..? Kutinggalkan di rumah dijaga oleh dak Kakak. Nasib baik dak Nuha tak meragam nak ikut.


Di Hospital..
Ayah bagitahu yang ayah pitam waktu memandu motor. Terlanggar belakang van tapi syukur takde kenderaan yang ikut rapat di belakang ayah. Bahagian anggota badan sebelah kiri ayah yang teruk.

Kesan kecederaan yang ayah alami - patah jari tangan kiri, peha berjahit selain dari luka-luka di badan dan muka. Dua hari ayah di tahan di hospital kerana keadaan ayah yang belum cukup stabil.


Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan ayah dan memberikan pertolongan awal kepada ayah. Bantuan anda semua amatlah dihargai. Juga kepada semua kakitangan dan Doctor di Hospital Ampang yang merawat ayah.. Terima Kasih banyak-banyak..



StatusHati: Aku geram + sakit hati bila orang tak berkenaan sibuk nak ambil tahu.



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...