Followers Remaja Purba

Saturday, September 29, 2018

Mereputlah di rumah..


Cuti hujung minggu..

Mereputlah di rumah gara-gara ada masalah dengan sistem perbankan. Sesen duit pun tak boleh dikeluarkan dari bank malam tadi.

Dengan 'masalah kesihatan' yang berlaku tiba-tiba semalam menambah lagi kesilapan teknikal tersebut.

Maka..
Ber'huhu'lah di rumah..


StatusHati: Berehat di rumah..



Friday, September 28, 2018

Bagi dia Peluang cari Kebahagian dia.



'Kalau betul awak sayangkan dia, bagi dia peluang cari kebahagian dia.'

'Istighfar banyak-banyak, ingat Allah. Selagi kita ada Allah, kita jangan pernah rasa takut.'

'Kemurungan, stress sebab tak dapat jumpa anak-anak dia.'


Bermula 3 September 2018, sebanyak 15 episode arahan Eoon Shuhaini terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. drama Bahagia Bukan Bidaan yang bersiaran di TV3 boleh ditonton di SINI.


Sinopsis: 

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang berkahwin dengan Azlan dan mempunyai dua orang anak, mendapat tahu Azlan menjalin hubungan sulit dengan salah seorang staf kepercayaannya, Aina telah memberi kesan yang besar terhadap hubungan mereka. Hana nekad untuk bercerai kerana gagal menyelamatkan rumahtangga mereka, ditambah lagi pengakuan Azlan nak memadukan Hana dan Aina menyedarkan Hana yang kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan hanyalah sia-sia.

Kesan psikologi yang ditinggalkan oleh Azlan kepada Hana membuatkan emosi Hana semakin terganggu, lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anak mereka. Kawan baik kepada Hana, Murni dan Talha, teman lama yang baru berjumpa tidak putus berusaha memberi semangat untuk meneruskan hidup semula disamping menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya.

Dalam pada itu, Nik Zachary (Nik) yang muncul beberapa kali secara kebetulan namun salam perkenalan tidak dilayan. Sewaktu Hana bergelut mencari pekerjaan lain, Nik memberikan pekerjaan kepada Hana dan mencari ruang mencuri hati Hana, yang pada awalnya tidak dilayan oleh Hana yang mahu hidup sendiri tanpa suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik akhirnya membuka mata hati Hana yang seterusnya diikat oleh Nik dengan tali pertunangan.

Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang dari mulut Nik sendiri. Hana yang salah faham dan merasakan dirinya perampas suami orang tanpa mengetahui kisah sebenar cuba melarikan diri. Apakah kesudahan drama ini, bolehlah saksikan di TV3 atau andai dah terlepas bolehlah menontonnya di SINI



Barisan Pelakon:

Nora Danish (Ain Farhana)
Adi Putra (Nik Zachary)
Zamarul Hisham (Azlan)
Ika Nabella (Aina)
Wan Sharmilla (Murni)
Arja Lee (Talha)
Jonathan Putra (Danny)
Lisdawati (Maksu)
Fauzi Nawawi (Paksu)
Azri Sabri (Lokman)
Mak Wan Julia (Rosnah)
Sherry Ibrahim (Kartini)


Dah semakin ke penghujung drama ini.
Biasanya kesudahannya baik aje. Kita tengokkan aje nanti.. hehehe..



StatusHati: gggrrrr... suka tengok Adi Putra..


Thursday, September 27, 2018

Buku Istimewa dari Abah Zino



Pada 24 Ogos 2018 yang lepas..
Akhirnya.. berjaya ku jejak buku 'Abah dan Mak Poi Iceland dan UK' ni.


Pertama kali bertemu penulis buku ni, perasaan teruja tu boleh pulak takde tapi berganti dengan perasaan segan + malu menguasai diri. Hailaa.. dalam FB kemain ala-ala macam dah biasa jumpa lagaknya tapi kali pertama jumpa beliau, malu-malu kucing pulak lagak #MakBudak..


Tapi.. sebelum pertemuan tersebut tu..
Ada sedikit urusan di sini selepas lima bulan aku 'beralih kasih'..


Selesai urusan tersebut..
Ini dia..

Abah Zino..


Depan rumah Abah Zino je..


Terima kasih buat Abah Zino dan mak kerana sudi terima kehadiran kami. Walau sekejap cuma tapi sangat bermakna. Lain kali kita sembang lebih lama ye Abah.. Ini sekejap disebabkan en. Hubby ada urusan lain ketika itu.


Inilah buku air tangan Abah Zino..
'Abah dan Mak Poi Iceland dan UK'



Nota: Poi - dalam dialek Negeri Sembilan maknanya pergi



StatusHati: Membaca sambil berangan ke sana..


Wednesday, September 26, 2018

Nak je aku berpakat dengan Doktor


Kisah semalam..
Dalam perjalanan menuju ke hospital bagi urusan dak Adik, singgah sekejap tapau Rojak dan Cendol di Jalan 51A, di tepi Federal Highway. Landmarknya betul-betul di Malaya Acid yang kini telah dirobohkan sepenuhnya.


Di sinilah lokasinya.. 'Ali Rojak dan Cendol'


Dah lama beliau beroperasi di situ sebenarnya tapi tak pernah pun nak mencubanya sebab laluan aku tidak sehala, sebab itulah hanya mampu melihat dari seberang jalan. Tapi.. bila en. Hubby yang bertanya sama ada aku menginginkannya atau tidak, takkan nak lepaskannya pulak kan.. yang pasti ianya memang sedap.  


Kemudian..
Perjalanan diteruskan ke hospital sambil menikmati rojak yang dibeli. Lambat sangat nak sampai ke lokasi, dalam kereta je kami makan.. hahaha..


Urusan di hospital..
Bilik XRay


Dak Adik ada date dengan Doktor di Hospital. Nak XRay kaki dia.

'Ibu, lepas jumpa Dr. ni dah boleh main bola balik ke?'

Dia punya risau takut tak boleh main bola sepak langsung lepas ni. Nak je aku berpakat dengan Doktor 'takutkan' dia.. hahaha..


eemm.. kenapalah aku tak minta izin dari Dr. semalam ye..


Urusan berkaitan dak Adik berjalan dengan baik dan dipermudahkanNYA. Keputusan XRay kaki dak Adik menunjukkan tiada tulang retak. Doktor pun berpuas hati dengan keputusan XRay kaki dak Adik. Alhamdulillah.. DAN.. minggu depan turn Mak Budak pulak jumpa doktor di Orthopedic..


Dalam perjalanan balik, berhadapan pula dengan kesesakan jalanraya..
Sebelum ni tak dan langsung nak melihat bangunan 'Pusat Lebuhraya' ini..


Bilalah agaknya nak menggunapakai Samsung Galaxy Note9 ni..


Rupa-rupanya kesesakan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Subang Jaya semalam disebabkan kereta terbakar di laluan kiri berhampiran susur keluar ke Subang Jaya. Masa kami lalu tu, hanya tinggal rangka je. Mengeluh bukan sebab kejadian tersebut tapi disebabkan kesesakan yang teruk itu. Letih hadap jalan jem je petang semalam..


StatusHati: Sabarlah hati..


Monday, September 24, 2018

Wow.. Superwoman.. 😎


'Esok pergi kerja pakai baju dalam je.' 

'Superwoman. Wow!Seksa tengok.'


Gurauan dalam rumahtangga itu satu terapi agar hubungan tidak menjadi hambar. Tapi kalau terlebih gurau pun adakala jadi geram pulak. Kita serious, dia buat main-main pulak..


Perbualan baru-baru ini..


TAPI..
Salah aku jugak.. siapa suruh bergurau waktu en. Hubby tengah penat. Lain ditanya dah tentu lain dijawabnya. Punca asal, aku ajak en. Hubby temankan window shopping, manalah tahu dapat dua tiga pasang baju baru. Bolehlah pakai ke tempat kerja tapi disebabkan keadaan beliau yang penat maka dipermainkanlah aku. Kahkahkah.. padan muka MakBudak..



StatusHati: Sakitku makin kerap sekarang..


Saturday, September 22, 2018

Menara Taming Sari di Melaka


Belek-belek dalam draft, terjumpa entry ni. Eh!Aku tak publishkan lagi rupanya. Entry tahun 2014, lama sungguh terperam rupanya. 
========================

Kalau orang tanya, jujur aku sebenarnya tak puas nak melihat lebih dekat bangunan 'Merah' Stadhuys tu. Aku teruja melihatkan bangunan tu tapi bila dah ada peluang tak dapat merayau lebih dekat, eemm.. bukan rezekiku kali ni gara-gara kena layan kerenah dak Nuha di SINI.


Kemudian, perjalanan diteruskan ke Menara Taming Sari..

From a height of 80 metres, the ride offers you a spectacular and panoramic view of Melaka UNESCO World Heritage City and a far with a host of interesting sights such as St.Paul’s Hill, Independence Memorial Building,Samudra Museum and the ship, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Melaka. That apart you will also see the fast and rapid development taking place in the state. 

Harga tiket di SINI..


Dak Adik tak sabar nak menaikinya..

Bila dah berada di dalamnya dan mula naik ke atas, penerangan diberikan tak jelas sangat dengan keadaan bising dalam tu, aku cuma sempat dengar masa diperlukan hanya 7 minit.
Muzium Samudera..
Tempat pertama aku pergi..

Pemandangan yang dapat dilihat..

Selat Melaka


Hanya dak Kakak yang tak ikut kami balik kampung..


Kenangan di sini..


Misi seterusnya mencari tempat untuk makan tengahari. Memandangkan en. Hubby tak nak makan nasi, maka kita makan ini ajelah ye abang.



Dak Nuha baru dua tahun masa ni..
Dah katakan tadi.. ini kisah lama..
Sekarang dak Nuha pun dah besar..


Suka dak Adik, dia conquer sorang..


Alhamdulillah..
Selesai percutian pendek kami. Dalam perjalanan balik, dak Adik dengan dak Nuha tidur lena dalam kereta, kepenatan. 


Walau entry ni dah bertahun lamanya tapi ada kenangan tersendiri disebalik percutian pendek tersebut. Biarlah ia menjadi sejarah dan andai dibaca oleh insan tersebut, aku nak kau tahu yang kau masih berhutang dengan aku.


StatusHati: Masih banyak entry berbentuk draft..


Friday, September 21, 2018

Kali pertama masak Laksa



Kisah pada hari Isnin - 17 September 2018 (Isnin)


Menu makan tengahari di rumah MIL

Kari Tulang


Kari Tulang, Kerabu pegaga, air luv u.. hehehe..


Minum petang..


Cekodok sayur..



Ini kisah pada hari Ahad lepas..

Laksa by chef Hubby
Pertama kali buat aku dalam menyediakan bahannya..


Menyambut birthday my FIL di rumah beliau.


Tiada yang menarik selain dari aktiviti makan dan makan bila balik rumah MIL. Makcik-makcik di kejiranan rumah MIL pun seronok bila turut sama join makan dan bersantai di pondok depan rumah..


Dak Nuha yang puas bermain dengan adik sepupunya..



StatusHati: Jangan mudah mengalah..



Thursday, September 20, 2018

Selepas 14 Tahun disebalik peristiwa itu



Ketika orang lain lena sambil dipeluk bantal peluk, aku bertarung nyawa melawan kesakitan di hospital. 

Alhamdulillah..
Pukul 3:24 pagi, akhirnya aku berjaya melahirkan baby secara normal. Bila dengar tangisan si kecil itu terasa seakan tidak percaya yang aku telah menjadi seorang ibu.

Petangnya.. dua orang boss aku hadir dan  sempat membacakan doa buat si kecil. Terima kasih buat En. Muhammad Muammar Gadaffi dan En. Mohd Nazrul yang datang ketika itu. Terima kasih di atas kehadiran kalian. Kami sangat hargai dan ingati..


DAN..
Hari ni... selepas 14 tahun disebalik peristiwa itu..

SELAMAT HARI LAHIR buat dak Kakak.
Moga dimurahkan rezeki, dilindungi dan sentiasa di bawah rahmatNYA serta moga rutin harianmu Kakak dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Aamiin..

Lahirmu ke dunia membawa satu pengalaman baru..


StatusHati: Banyak sejarah tercipta..


Wednesday, September 19, 2018

Sebagai Perempuan Lorong..



Mungkin ada yang dah lupakan drama NUR ini tapi pada aku drama ini ada sesuatu yang kita mungkin tak pernah nak ambil tahu selama ini. Aku tak nak ulas mengenainya cuma sekadar nak berkongsi apa yang aku lihat dalam realiti kehidupan.


Sebagai perempuan lorong, adakah dia tiada hak untuk menyembah Allah dan mengenal Allah? - Drama NUR: Episode 17..


Seperti yang di SINI.. tiada tiada siapa yang mampu berubah menjadi baik dalam masa sehari, semuanya perlukan masa dan usaha yang berterusan. Jangan menghina mereka seolah-olah kita tak pernah berdosa. Kita ni kalau terus bersangka buruk dekat orang, sampai bila-bila pun semua depan mata kita ni kita nampak buruk je. Syaitan suka perangai macam ni. Senang kerja dia nak pecah-belahkan kita.

Betapa bertuahnya Adam..
'Hanya kerana Allah menggerakkan hati saya. Saya ikhlas memperisterikan isteri saya.'


DAN..
Bukan semua wanita itu bertuah mendapat suami sebaik Adam. Bukan mudah untuk memperoleh sesuatu berdasarkan apa yang diimpikan tanpa usaha dan doa kepadaNYA. Mungkin DIA ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketaqwaan kita kepadaNYA bila lelaki bukan seperti Adam menjadi jodoh kita.


Betapa ruginya Aisyah bila mana:
'Isteri apa tak nak tolong suami kalau suami tengah susah. Zalim sangat tu.'

Ya!Itu ada betulnya tapi bergantung dan lihat pada keadaan. Andai suami itu sendiri memberi teladan yang tidak baik buat keluarga apa guna nak dibantu. Makin naik lemak jadinya nanti. Andai usaha telah dibuat namun tiada tanda-tanda menuju ke arah kebaikan malah makin menyusahkan, buat apa lagi ditunggu..

Namun.. lain orang lain jalan penyelesaiannya. Mungkin bagi kita nampak mudah tapi bukan pada orang lain. Bagi aku.. moga hubungan sedia ada ini terus dipelihara olehNYA. Moga hati dan perasaan terus kuat walau dugaan mendatang.



StatusHati: Sabar.. pasti ada hikmah disebalik tiap kejadian itu..


Tuesday, September 18, 2018

Paklongku telah kembali kepadaNYA


Malam tadi..
Kakak Sepupu aku, Kak Ngah maklumkan keadaan ayah beliau, abang sulung kepada mak aku yang kritikal di hospital dan perlu dipindahkan dari Hospital Tampin ke Hospital Pilah bagi mendapatkan rawatan berkenaan penyakit yang dihidapi. Semua sedia maklum keadaan kesihatan Paklong kami itu cuma kali ni keadaan beliau antara yang paling sukar.

Nak balik.. aku sendiri baru tiba dari kampung yang tak jauh mana tu tapi kerana kami keletihan, maka hanya doa mengiringi dari kejauhan.


Awal pagi tadi..
Tiba-tiba aku tersedak-sedak seperti ada orang menyebut namaku ketika sedang lena tidur menyebabkan aku bingkas bangun dan check telefon. Allahuakbar.. satu perkhabaran duka kami terima.


'Paklong dah takde along..'
Mesej aku terima dari Kak Ngah aku dan diikuti dengan panggilan telefon dari beliau. Ralatnya rasa hati tak dapat bersama Maklong dan keluarga.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un’

Buatmu abang Jamali, KakNgah dan semua adik-adik sepupuku..
Banyakkan bersabar..
Kuatkan semangat..
Doakan yang terbaik untuk Paklong di sana..
Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman..
Maklong perlukan anak-anak demi kelangsungan hidup..
Al-Fatihah buat arwah Paklong aku, En. Ramli..



StatusHati: Kusimpan di sini sebagai kenangan..


Saturday, September 15, 2018

Buah Cempedak Ondscene


Kenangan pada 18 OGOS 2018 - Sabtu

Menjadi jugak akhirnya apa yang aku inginkan walau harapan tak setinggi KLCC. Berdebar-debar..? Nak beli cempedak je kot tapi sebenarnya teruja nak jumpa seseorang.

Semakin berdebar-debar bila aku sampai di tempat kejadian, ramai pulak yang ada.. lagi seganlah beb. Ok.. part ni awalnya aku rasa gelabah tapi itulah fungsi bawa dak Nuha bersama - penyelamat keadaan serta syukur insan yang aku nak ketemu tu peramah yang bukan sedikit.


Cempedak sekilo RM6.00
Petai pun ada beb..


Bila gambar diambil oleh jurugambar profesional, sila pastikan dalam keadaan bersedia.

Kalau tak..?
Semua akan jadi gambar candid.. percayalah.. hahaha..



Dak Nuha makan beria-ia cempedak goreng tu.
Baru masak.. panas lagi..
Aku..? Bukanlah malu atau segan tapi perut masih dalam situasi tak berapa ok.


Tak lama di situ kami beransur ke tempat lain. Psstt.. satu hari nanti nak cuba makan di kedai makan kat situ. Tengok menu menarik tapi masa hari kejadian disebabkan perut tak ngam dengan tekak terpaksa kulupakan hasrat tersebut.


Situasi di Rumah pula.. Keesokkan harinya..

Ini rupa luarannya..

Ini dalamannya.. cantikkan..


DAN..
Resepi Tuan Shamsul sendiri..
Tambahkan cheese di dalamnya..


Nak lagi sedap.. letak bebanyak cheese nya.. hehehe..
Apa rasanya?
Cubalah sendiri..
Tak sedap jangan complain sebab anak aku hantu cheese.. hehehe..



Disebalik kisah Buah Cempedak:
Keranamu Cempedak sanggup kuharung jalan nan sesak tapi kereta dipandu bukan #MakBudak. Jauh buah ni mai dari Cheras Perdana nun.. Cantik + sexy isinya. Manis.. tambah lagi bila digoreng bersama cheese.. 🤗😊 Alhamdulillah.. rezeki dariNYA. Moga makin murah rezeki si pemberi. Si penerima ni naik segan nak menerima.. 😅

Siapa orangnya yang kami jumpa..?
Google je nama Shamsul Ondscene.. itulah orangnya.
"Reality in Real Life" Unsung Journo Forever TV Camera Journalist, Photographer, Blogger


StatusHati: Segan masih ada sampai la ni.. hahaha..


Friday, September 14, 2018

Hanya kerana kau berjawatan tinggi



Aku sangat jarang meluah rasa yang negatif di sini.
Kalau luah pun, tetap kutapis sebaik mungkin.


'Ya!Allah, kau berikan aku tahap kesabaran yang tinggi.'
'Ya!Allah, kau kuatkan hatiku ini agar tak terlepas bicara.'
Ya!Allah..
Ya!Allah..
Ya!Allah..
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..



StatusHati: Panas hati beb..



Wednesday, September 12, 2018

Program Khidmat Masyarakat: Team Marhaen Puchong


Kisah pada 10 September 2018 - Isnin

Satu pengalaman yang menarik buat diri aku di mana aku hadir ke satu Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Padang Dewan MPSJ, Blok A22, Flat Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor.

Pasar Marhaen nama diberi.



Pasar ini adalah inisiatif kaklong kawasan, Nell Farhana bersama teamnya iaitu Team Marhaen Puchong.


Ianya satu konsep pasar yang disasarkan untuk mereka yang kurang berkemampuan di mana ada barang, peralatan, pakaian yang masih boleh digunapakai dijual di sini dengan harga pastinya terkejut dan yang tak masuk dek akal dan hasil disebalik jualan tersebut akan diderma/diberikan pada golongan yang miskin/daif/memerlukan.

Manakala bagi keperluan makanan seperti beras, gula, susu tin, minyak masak diberikan kupon setiap seorang untuk meemudahkan pembelian selain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pembelian barang bagi:
Kupon kuning untuk 1 kampit beras 5kg = RM5
Kupon hijau untuk satu barang selain beras = RM1


Jualan ini disasarkan pada mereka yang SANGAT memerlukan untuk kegunaan mereka sendiri dan ahli keluarga. 

Sumbangan berbentuk makanan dan minuman


Turut serta Tuan Hamdan bersama tiga anak dara beliau dan juga en. Flame dan family..

Eh!Terasa makin besar nampaknya MakBudak..


Buat pertama kalinya, aku hadir mencari pengalaman di bawah nama Team Ondscene yang mengendalikan pemberian makanan dan minuman percuma di sana.  Selain bihun goreng yang telah siap dibungkus, tak disangka ada hamba Allah yang pemurah menyerahkan kuih donut dan karipap yang masih panas untuk turut diagihkan. Percaya atau tidak.. sebanyak tiga kali ianya dihantar ke meja kami dan syukur semuanya berjaya habis diagihkan.

Selain mengendalikan agihan makanan dan minuman percuma, team ini juga menyumbangkan 30 kampit beras 5kg untuk diagihkan dan dalam masa yang sama turut menyediakan sebuah ambulance sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.


Satu kisah di meja kami..
Seorang warga emas lalu di depan meja kami tapi tidak pula seperti inginkan makanan yang ada. Lama dia memerhati dari jauh rupanya dan mungkin dia fikir perlu membayar untuk mendapatkannya. Dia kelihatan lapar... dan.. kami menyerahkan kepada beliau sewaktu beliau kembali lalu di depan kami. 'Pakcik ambillah, tak perlu bayar. Kami bagi percuma aje.'
Ada lagi kisah yang boleh menggugat emosi di SINI..


Dalam menjayakan program tersebut, ada 4 buah kek telah disumbangkan (maaf aku terlupa siapa penyumbangnya) untuk meraikan anak-anak di kawasan berkenaan yang dilahirkan pada bulan Ogos dan September. Seronok aku tengok anak-anak tersebut. Aku pun turut jadi teruja..

Mana taknya.. kalau melihatkan kek secantik ini..

Bersama kaklong kawasan..

Sementara itu, pemilihan pemenang dibuat..

DAN..
Tanpa dirancang, en. Syamsul Abas diminta menjadi penyampai hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna bagi kategori umur bawah 11 tahun. Juga dari PPUMs memberikan hadiah kepada pemenang bagi satu lagi kategori. Menariknya.. aku pulak yang teruja macam aku yang menang.. 😊



Tahniah buat semua pemenang..

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan renyai-renyai.


#TEAMMARHAENPUCHONG
#darirakyatuntukrakyat
#ondscene #pasarmarhaen #susah #miskin #daif #sumbangan #fakir #marhaen #puchong #terkejut


Akhir sekali..
Bergambar kenangan..


Penat....
Walau bukan sebagai tenaga utama tapi tetap penat.
Kalau sebagai tenaga utama, tak tahulah macam mana penatnya.. 😰 


StatusHati: Hati belum cukup kental.. 😟


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...