Followers Remaja Purba

Monday, June 29, 2020

Suasana kampung


DAY 99 (24 Jun 2020 - Rabu)

Dak Kakak diminta ke rumah atoknya bagi membantu urusan di sana. Ini adalah kerana kakak sepupunya dimasukkan ke hospital kerana perlu menjadi pembedahan, manakala seorang lagi kakak sepupunya dah memulakan sesi persekolahan bagi Tingkatan Lima. Maka, untuk beberapa hari ini dak Kakak akan berada di rumah atoknya.


DAY 100 (25 Jun 2020 - Khamis)

Hari ini genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bila dak Kakak tiada di rumah, aku 'patah kaki' sekejap. Biasanya dak Kakak yang akan bantu aku di rumah terutama menjaga dak Adik dengan dak Nuha. Sunyilah sikit takde kawan gaduh.


DAY 101 (26 Jun 2020 - Jumaat)
Baru ada mood nak buat sambungan kisah aku balik kampung minggu lepas di SINI..

Kita bercerita melalui gambar pula.
Sebelum balik kampung, singgah makan di kedai makan kawan en. Hubby di Nasi Kukus Ayam Cincang Malaya, Puchong Prima.

Yong Tau Fu Sotong
Gambar nasi ayam takde sebab kami lapar 🀣

Selepas itu barulah perjalanan dimulakan dengan diiringi lagu raya. Ambil mood beraya dipenghujung Syawal.. πŸ₯°

Satu hari di hari raya..

Moga urusan mereka yang terlibat dengan kemalangan tersebut dipermudahkanNYA.

Laluan ke kampung aku, bertembung dengan si dia ini. Besar ya amat..


Hari Raya Pertama 🀭 di penghujung Syawal
#AbangHandsome..

Sebelum berjalan raya, #AbangHandsome kenalah handsome bergaya. Sesekali bergaya dengannya.. 😎Bila tengok gambar ni nampak macam en. Hubby pulak yang mencucinya..

Berjumpa lagi dengan si dia..
MakBusu aku bagitau dia ni sesat malam tadi.

Hujan mengiringi..

Hidangan di rumah Maklong Muar..
Siput Sedut masak lemak cili padi + keladi.
Sedap ya amat, dah lama tak makan keladi woo..
Waktu dak Kakak kecil, dia panggil ni siput 'mat rempit'


Malamnya ☺
Sesi pembakaran bermula..

Kambing Bakar in the house..
Balik kampung rugi diet..


Hari Raya Kedua.. πŸ₯°
Best + nikmatnya bila di kampung

Aku terlupa nak bawak balik seekor itik ni.
 Itik Salai.. 🀭

Nak bercerita dalam masa sehari memang tak cukup jadinya cukuplah dulu setakat ni..

#KisahKita: ...

Friday, June 26, 2020

Percutian Percuma


Sambungan dari SINI.. tapi buat sementara aku ringkaskan dulu. Segala gambar dan video nanti aku kongsikan kemudian.

DAY 94 (19 Jun 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh tujuh Syawal

Sejuk malam membuatkan aku tidur berebutkan selimut. Inilah pengalaman pertama kami tidur di #TeratakTokSu di kebun.

Tak gugur pula buah durian ni.. 


DAY 95 (20 Jun 2020 - Sabtu)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Dari awal pagi hujan lebat, bersambung sampai ke pagi. Sejuk ya amat, tidur pulak diberanda, lagi sejuk kena tempias hujan.


Tengahari:
Rebung masak lemak cili api + daging.
Air tangan mak memang terbaik.
Mak siap bekalkan rebung untuk aku bawa pulang. Sebalang besar rebung yang telah siap dicincang panjang untuk bekalan aku di rumah. Rebung yang dibuat sendiri lagi sedap dan aku tak pernah beli rebung di pasar sebab sedari kecil memang kami proses sendiri rebung untuk dimakan.


DAY 96 (21 Jun 2020 - Ahad)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Tak puas..
Tak puas..
Tak puas..
Bercuti di kampung, sebab itulah awal pagi baru sampai rumah.


DAY 97 (22 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh sembilan Syawal

Kembali ke hutan batu, mengambil peluang cuti rehat terakhir dengan berehat sepuas-puasnya di rumah.


DAY 98 (23 Jun 2020 - Selasa)
Hari terakhir Syawal 2020

Kembali memulakan tugas selepas lama pulang berhari raya. Walau tak dapat pulang pada 1 Syawal tapi aku bersyukur masih dapat beraya bersama keluarga aku di kampung.


#KisahKita: ...

Thursday, June 18, 2020

Kampung memanggil-manggil aku pulang


Kisah Hari Ini:
DAY 93 (18 Jun 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh enam Syawal

Walau dah dipenghujung Syawal tapi raya tetap raya. 

Untuk hari ini sehingga Ahad, aku akan bersama keluarga. Banyak aktiviti nak buat ni terutama bila sebut bab makan.. 🀩

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. 


Kisah Semalam:
DAY 92 (17 Jun 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh lima Syawal

Hari ni jasad je berada di tempat kerja, jiwa dah berkejaran balik kampung.

Petang..
Selesai urusan di pejabat, balik rumah bawa baju yang telah dibasuh awal oleh dak Kakak ke kedai dobi untuk dikeringkan. Ini memang kebiasaan aku sebelum berjalan jauh. Pakaian dan barang keperluan telah aku siapkan sehari awal supaya aku tak kelam-kabut dan yang penting takde barang yang tertinggal.

Malam..
Memulakan perjalanan balik kampung sambil ditemani lagu raya. Barulah ada feel..


Dalam perjalanan..
Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

Selamat tiba di kampung pukul sebelas malam. Badan lesu + letih bila seharian tak dapat rehat. Esok jelah kita sambung borak panjang..


Kisah Kelmarin:
DAY 91 (16 Jun 2020 - Selasa)
Hari kedua puluh empat Syawal

Kesiannya dekat dak Oyen. Boleh aku terlepas pandang stok makanannya dah habis. Ke depan ke belakang mengiow sambil menggeselkan badan dekat aku. Kesiannya lahai.

Alahai Oyen.. 😟

Lega bila ia dah dapat makanannya. Itupun en. Hubby kena tunggu kedai buka. Syukurlah..


DAY 90 (15 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh tiga Syawal

Off Record..

#KisahKita: ..

Sunday, June 14, 2020

Kisah disebalik Kopi 434


DAY 89 (14 Jun 2020 - Ahad)
Hari kedua puluh dua Syawal

Pagi:
Nasi lemak + telur mata
Kopi O 434 mai dari Muar

Kopi 434

Kisah disebalik Kopi 434:
Aku seorang penggemar kopi sejak zaman aku #BudakPurba lagi. Aku bukan minum kopinya tapi serdak kopi yang aku makan. Nikmatnya dan tabiat aku itu terbawa-bawa hingga kini.

Bila Kopi 434 ni habis, aku terpaksa membelinya secara online je. Pembelian dibuat di hujung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ianya sampai di awal Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Harum bau kopi memang sangat mengujakan aku.

#KisahKita: 🀀🀀🀀

Saturday, June 13, 2020

Syawal ke 21


DAY 88 (13 Jun 2020 - Sabtu)
Hari kedua puluh satu Syawal

Alhamdulillah.. Syukur Ya!Allah..

Pagi:
Roti Canai Telur
Air Ahmad Tea Lemon
Tart Nenas
Menjadi pembuka kata buat perut aku.


Tengahari:
Masak ayam..
Sukalah dak Adik dapat makan ayam berbanding ikan sebelum ini. Sengaja Babahnya tak nak beli ayam, jemu katanya. Aku tak kisah.. Baik ayam mahupun ikan aku makan je.

Peneman setia ke kedai dobi..


Petang:
'Babah, tak payah meniagalah hari ni. Kita cuti sehari'. Pujuk dak Kakak. Dapatlah rehat sehari.

Malam:
Ada urusan sekejap di rumah SIL.

#KisahKita: ..

Friday, June 12, 2020

Pesanan MKN bulan JUN PKPP


DAY 87 (12 Jun 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh Syawal

Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..

RM0 (BULAN JUN 2020) - pertama
Mesej ini digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

1 Jun 2020 (Isnin)

  • RM0. Bermula 1 Jun 2020, kebenaran rentas negeri dibolehkan atas sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan bekerja sahaja.
  • RM0. Kebenaran rentas negeri juga dibolehkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh yang mempunyai sebab munasabah bermula 1 Jun 2020 dengan surat kebenaran PDRM.

5 Jun 2020 (Jumaat)

  • RM0. Cegah penularan Covid-19 di tempat kerja. Jangan berjabat tangan, amalkan etika batuk atau bersin dan kerap membasuh tangan dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman.
  • RM0. Cegah penularan Covid-19 di tempat kerja. Tangguhkan mesyuarat dan acara besar, tetapkan jadual giliran bekerja dan pekerja yang kurang sihat duduk di rumah.

6 Jun 2020 (Sabtu)
RM0. Perutusan Khas YAB PM: Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek. #Penjana #BersamaMenjanaEkonomi.
Rujuk: https://www.pmo.gov.my/PerutusanKhas050620.php

7 Jun 2020 (Ahad)

  • RM0. Kemaskini MySejahtera ke versi 1.0.19 untuk guna MySejahtera Check-In! Ia merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat ke dalam sesuatu premis.
  • RM0. Perkhidmatan gunting rambut, rawatan dan solekan muka dan rawatan kuku dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun 2020. Pengusaha dan pelanggan perlu patuh SOP ketat.

8 Jun 2020 (Isnin)
RM0. Teks ucapan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Rujuk https://www.pmo.gov.my/PerutusanKhas070620.php

9 Jun 2020 (Selasa)
RM0. PKPP - Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020 kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

10 Jun 2020 (Rabu)
RM0. PKPP bermula hari ini 10 Jun - 31 Ogos 2020. Amalkan normal baharu kehidupan dan patuh semua arahan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.

11 Jun 2020 (Khamis)
RM0. Pasukan Petugas Khas PDRM akan memantau pematuhan SOP premis perniagaan dan kawasan awam sepanjang PKPP. Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan.

12 Jun 2020 (Jumaat)

  • RM0. Pembukaan semula sekolah untuk calon SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara adalah pada Rabu, 24 Jun 2020.
  • RM0. Pembukaan kelas lain selain Tingkatan 5 dan 6 Atas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh KPM. Semak dan patuhi garis panduan disediakan.

Walau kini kita berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi janganlah terlalu bebas. Jangan cari penyakit, nanti menyusahkan orang lain.

#KisahKita: Nak balik kampung tapi..

Thursday, June 11, 2020

Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah


DAY 86 (11 Jun 2020 - Khamis)
Hari kesembilan belas Syawal

Hari ini:
Terlampau penat.


Kisah semalam:
Satu sidang media telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan pada 10 Jun 2020 (Rabu), 4.00 petang.

dari en. Youtube..

Teks ucapan 'Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah' di SINI..

'Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020'.


  • Sekolah akan dibuka secara berperingkat bagi kelas yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam.
  • Pembelajaran di rumah akan diteruskan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.

Di penghujung ucapan beliau:
'Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan'
Aku terus tanya en. Google maksud disebalik peribahasa tersebut dan inilah jawapannya:
Maksud: Hal seseorang boleh diputuskan dengan orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan

#KisahKita: ...

Wednesday, June 10, 2020

Beroperasi Sepenuhnya


DAY 85 (10 Jun 2020 - Rabu)
Hari kelapan belas Syawal

Bermula hari ini 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Maka, tiada lagi kerja lima sejam sehari berselang hari dari tempat kerja aku yang mana semuanya beroperasi sepenuhnya sebagaimana lazim sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Merujuk kepada perutusan khas daripada Perdana Menteri Malaysia, Ahad lepas (di SINI):

"Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan kita. Ya adakalanya kita merasakan sedikit sukar untuk mengamalkannya tetapi percayalah setiap kesukaran itu akan disusuli dengan kesenangan. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Syarhu ayat 4 dan 5 yang bermaksud":

Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".

Apa yang kita lalui hari ini adalah untuk kebaikan pada masa hadapan. #KitaJagaKita jangan pentingkan diri sendiri. Andai bergejala, duduklah di rumah ontok-ontok, jangan susahkan orang lain.

#KisahKita: ...

Tuesday, June 9, 2020

Hari Terakhir..


DAY 84 (9 Jun 2020 - Selasa)
Hari ketujuh belas Syawal

Hari ni hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Mulai esok bermula pula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020 seperti yang dinyatakan di SINI.

Di tempat kerja aku, kaedah Work From Home (WFH) pula hanya untuk mereka yang betul-betul memerlukan dengan kebenaran pihak atasan.. 😎

Petang:
Pukul dua petang aku WFH pula, menguruskan rutin harian di rumah. Untuk rekod, en. Hubby dah mula sibuk dengan jualan burger beliau dan untuk rekod juga hari ini adalah hari terakhir aku bekerja 5 jam sehari tetapi berselang hari.


Kisah Semalam:
DAY 83 (8 Jun 2020 - Isnin)
Hari keenam belas Syawal

Cuti Umum sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke XVI.

#KisahKita: Berehat di rumah bersama anak-anak.

Monday, June 8, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)


Simpan sini sebagai kenangan..
Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun 2020, Ahad, 3 petang.
Teks ucapan di SINI..


Secara ringkasnya mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan:
  • Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020.
  • Hampir semua aktiviti sosial dan komersial akan beroperasi semula secara berperingkat berpandukan SOP. SOP Pembukaan Semula Ekonomi boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) di SINI.
  • Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan tertakhluk kepada protokol kesihatan dan SOP yg berkaitan.
  • Dalam kategori bersukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi juga dibenarkan kecuali yang bersentuhan.
  • Tiada lagi sekataan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan dan solat jemaah akan dibenarkan tertakhluk kepada SOP.
  • Sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci.
  • Pengoperasian beberapa sektor ekonomi akan dilonggarkan.
  • Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang adalah yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial  dan pematuhan SOP.
  • Kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:
  1. Pengukuhan Kesihatan Awam
  2. Perundangan dan Penguatkuasaan
  3. Pengukuhan Kawalan Sempadan
  4. Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
  5. Pembudayaan Kebiasaan Baharu
  6. Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti 
  7. Perlindungan Golongan Berisiko
  • Kerajaan menyeru menggunapakai aplikasi MySejahtera untuk penilaian kesihatabn kendiri dan membantu pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19.


"Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui. Namun, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan atau lokaliti yang berkenaan. Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya  peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan".

TANGGUNGJAWAB CEGAH COVID-19 DI TANGAN MASYARAKAT
Kawalan tidak boleh dibuat kerajaan selama-lamanya.

#KisahKita: ...

Sunday, June 7, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri: Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek


DAY 82 (7 Jun 2020 - Ahad)
Hari kelima belas Syawal

Aku sibuk..
Kejap πŸ–


Selingan:
Simpan sini sebagai kenangan..


Pada 5 Jun 2020, Jumaat lepas telah disiarkan secara langsung Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Secara langsung dari RTM

Teks ucapan Perutusan khas ini boleh didapati di SINI..

Strategi Kerajaan dalam menangani cabaran COVID-19 merangkumi enam pendekatan atau dikenali sebagai “6R” iaitu:

  • Ketegasan (Resolve)
  • Ketahanan (Resilience)
  • Memulakan semula (Restart)
  • Pemulihan (Recovery) (kita berada di sini)
  • Memperkasa (Revitalise)
  • Menyusun Semula (Reform).

Kerajaan akan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema "Bersama Menjana Ekonomi".

Di bawah PENJANA, Kerajaan telah mengenalpasti tiga teras utama iaitu:

  • Memperkasakan Rakyat (Empower People)
  • Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses)
  • Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy)

Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. Daripada jumlah ini, sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan. Moga dengan 40 inisiatif tersebut semua pihak termasuk sektor swasta dan orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memainkan peranan sebaiknya.

"Saya yakin segala usaha memulih dan merangsang ekonomi yang saya umumkan pada hari ini akan meningkatkan semula keyakinan pelabur, peniaga dan rakyat seluruhnya untuk bersama-sama menjana ekonomi negara. Semua Pakej Rangsangan Ekonomi, termasuk langkah-langkah di bawah PENJANA akan terus dipantau pelaksanaannya. Pasukan LAKSANA yang telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan akan mempertingkatkan lagi pemantauan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan oleh  kerajaan.".

#KisahKita: PKPP hingga 31 Ogos 2020.

Saturday, June 6, 2020

Jualan Burger


DAY 81 (6 Jun 2020 - Sabtu)
Hari keempat belas Syawal

Tengahari tadi en. Hubby selesai menyiapkan tempahan makan serta membuat penghantaran tempahan makan tersebut:

Menu:
Nasi Minyak
Kari Kambing
Jelatah + Papadom
Air 'pengantin'

Petang..
En. Hubby semakin sibuk pula dengan jualan burger yang dibantu oleh dak Kakak. Aku sekadar di belakang tabir dan membiarkan dak Kakak belajar berdikari..

'Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah'

Rasa puas hati sebab berjaya menjual burger melebihi target yang disasarkan. Rezeki untuk hari ini. Alhamdulillah.

#KisahKita: ...

Friday, June 5, 2020

Pagi.. Petang.. Malam


DAY 80 (5 Jun 2020 - Jumaat)
Hari ketiga belas Syawal

Pagi:
Hujan..
Bila mandi terasa macam mandi air batu sejuknya.. πŸ₯΄

Maggi goreng
Cendawan dan tempe goreng
Teh O Ahmad Tea Lemon
Ini menu untuk sarapan kami.

Petang:
Ayam goreng sambal sahaja menjadi hidangan tengahari.

Hari ni en. Hubby cuti daripada meniaga. Kisah awal di SINI..

Malam:
Jomlah tidur awal.. πŸ™ƒ

#KisahKita: ...

Thursday, June 4, 2020

12 Syawal 2020


DAY 79 (4 Jun 2020 - Khamis)
Hari kedua belas Syawal

Pagi:
Kerja

Petang:
Paru goreng berlada
Pucuk paku goreng belacan
Telur dadar
Air masak je
Ini menu makan tengahari kami.

Malam:
Hari kedua meniaga
Mula masak petang tadi, selesai mengemas pukul sembilan tadi. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.

#KisahKita: Esok dengan cerita lain pula.

Wednesday, June 3, 2020

Jualan Burger dan Food Panda


DAY 78 (3 Jun 2020 - Rabu)
Hari kesebelas Syawal

Pagi:
Kerja.


Petang:
Untuk rekod, ini kali pertama aku masak ikan cencaru asam pedas.
Gambar tiada.
Sedap? Itu subjektif. Terpulang pada yang merasa tapi apa yang pasti, habis je anak-anak makan. Alah.. deme semua lapar, itu yang nampak sedap.. πŸ€ͺ


Lewat petang:
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sumber pendapatan en. Hubby turut terkesan. Demi kelangsungan hidup, jalan alternatif perlu dicari.

Menjual burger menjadi pilihan. Kerja yang bukan baru dilakukan cuma kali ini hanya dapat dilakukan di rumah. Hasil pertama jualan burger yang diusahakan di rumah habis terjual. Alhamdulillah.. bahagian ini nantilah aku cerita.

Sebelum ini, en. Hubby menggunakan khidmat Food Panda bagi jualan burger beliau tapi disebabkan lokasi tersebut tidak dibolehkan meniaga dalam tempoh PKP ini, maka buat sementara kita jual dari rumah jelah tapi sayangnya kawasan kami bukan dalam radar Food Panda. Takpelah masih ada cari lain untuk pembeli tahu di mana lokasi en. Hubby meniaga.


Malam:
Berehat sambil menonton filem Charlie's Angels 2019. Filem yang menarik walau baru la ni dapat menontonnya. Ini pun ada masa nanti aku review.

Kristen Stewart, Naomi Scott and Ella Balinska as the new generation of Angels

Lewat malam:
Masa untuk tidur, esok kerja lagi.

#KisahKita:

Tuesday, June 2, 2020

Mood melipat baju


DAY 77 (2 Jun 2020 - Selasa)
Hari kesepuluh Syawal

Petang tadi:
'Dari pagi abang tengok bakul baju tu tak berusik. Baru sekarang nak lipat?'
'Abang.. Abang  kena faham, bukan senang nak dapatkan mood lipat baju ni. Lagipun tak banyak mana, sebakul je pun'.

Malam:
Selagi anak-anak tak tidur, selagi itulah aku tak tidur. Bila deme dah masuk tidur, aku pulak terkebil-kebil tak boleh tidur.. 🀦‍♀

#KisahKita: ...

Monday, June 1, 2020

Set Shogun Burger McDonalds


DAY 76 (1 Jun 2020 - Isnin)
Hari kesembilan Syawal

Tengahari:
'Ibu, Nuha Lapar..'
'Ok kejap Ibu masak'.

Hari ni aku masak lewat dari biasa. Bila dah siap masak, dak Nuha tak nak makan pulak, sibuk main dekat depan rumah. 

Menu hari ini:
 Ikan pelaling masak taucu
Sambal udang campur petai


Malam:
Ambil ikan talapia di rumah Adik. Ikan segar dari kolam yang dihantar oleh ayah.

Ikan telah siap disiang oleh ayah.

Dari dulu ayah yang akan siang ikan sebelum masak. Ayah memang tahu anak-anaknya takkan siang ikan. Dari zaman #BudakPurba memang ayah yang akan buat.

'Kalau nak harapkan ibu korang, tak makanlah jawabnya'. πŸ₯΄ en. Hubby selalu cakap macam ni. Nak buat macam mana abang, isterimu ini telah dimanjakan sedari dulu.  🀭


Dalam perjalanan balik, dak Nuha nampak pulak huruf M besar ni, memandangkan dia tak makan lagi maka tersinggahlah kami membeli set Shogun Burger McD yang sebelum ini kami tak berjaya di SINI..

Aku beli set daging dengan ayam, sengaja nak rasa kedua-duanya walau hakikatnya aku lebih suka dagingnya.

McShakee Fries, boleh tahan juga rasanya. Dak Nuha tak bagi aku habiskan, nak makan dekat rumah katanya.

Untuk set Shogun Burger ni aku bagi empat ⭐⭐⭐⭐ sebab kena kongsi dengan dak Nuha. 🀭🀭

#KisahKita: ...

Pesanan MKN bulan MEI 2020 (ketiga) (PKPK kanlah)


Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..

RM0 (BULAN MEI 2020) - ketiga
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

21 Mei 2020 (Khamis)
RM0. PKPB - Tiada lagi kebenaran merentas negeri. Mereka yang ingkar akan diarah berpatah balik dan dikenakan kompaun oleh PDRM.

23 Mei 2020 (Sabtu)
  • RM0. PKPB - KPDNHEP telah menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bermula 20 Mei - 3 Jun 2020 bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan.
  • RM0. Salurkan aduan ke Portal e-aduan (http://eaduan.kpdnhep.gov.my) atau Whatsapp 019 2794317 sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap harga kawalan.

28 Mei 2020 (Khamis)
RM0. PKPB - Perjalanan rentas negeri tidak lagi dibenarkan, kecuali dengan surat polis atas alasan munasabah seperti kematian/kecemasan.

29 Mei 2020 (Jumaat)
RM0. Kerjasama rakyat penentu kejayaan pemutusan rantaian jangkitan COVID-19. Jangan ingkar arahan PKPB, patuh SOP dan amalkan normal kehidupan baharu.

30 Mei 2020 (Sabtu)
RM0. Orang ramai tidak perlu memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti bersendirian seperti berjoging atau memandu. Gunakan apabila berada ditempat awam.


#KisahKita: ...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...