Followers Remaja Purba

Monday, December 17, 2018

Ubi Kayu Belakang Rumah


Selama ni kalau nak makan ubi kayu kena beli dekat kedai. Kali ni dapat rasa dari hasil tanah sendiri. Batang ubi kayu yang asalnya diambil dari kampung bapa saudara di Masjid Tanah, Melaka.


Kawasan di belakang rumah yang telah dibersihkan untuk memberi laluan pada pokok ubi kayu dibantu oleh dak Kakak dan dak Adik.


Percubaan menanam batang ubi kayu di dalam bekas tong minyak tapi akhirnya tumbang kerana tak mampu menampung berat batang yang semakin membesar.


Baru-baru ini..
Dak Kakak dengan dak Adik yang bersungguh-sungguh menarik ubi kayu keluar..


Teringin nak merasa hasil dari tanaman yang diusahakan sendiri.


Putih licin ubi kayu lepas dibersihkan..


Hasil dari korekan di belakang tanah, isi taklah besar mana gara-gara tak sabar nak merasa hasil yang ditanam sendiri 🤗 Berbudi kepada tanah jauh lebih baik daripada menjadi kaki kipas.


StatusHati: Menghitung hari..


Sunday, December 16, 2018

Tahniah Vietnam untuk Piala AFF Suzuki 2018


Keputusan penuh yang semua sudah ketahui. Ulang tayang banyak mana pun tetap itulah jawapannya.


Selesai sudah Final Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam.

Tahniah buat team Vietnam yang berjaya menjulang piala tersebut. Aku tak nak ulas apa-apa sebab waktu kejadian aku tidur bukan kerana aku keletihan tapi lena makan ubat.. 😥🤣

Paling win.. ketika anak cucu menantu di rumah myMIL menonton perlawanan Final AFF Suzuki 2018 malam tadi, aku lena di belakang dorang. 🤣🤣🤣 Sesekali terkejut tersedar tapi tak mampu nak celikkan mata sebab penangan ubat yang aku ambil.


Buat team Malaysia.. bertabahlah.. bukan tak biasa kalah kan. At least korang dah berusaha sejauh itu. Nak harapkan aku, stamina la ni nak lari sepusingan padang pun belum tentu larat apatah lagi nak main 90 minit perlawanan.


Buat penyokong pasukan Malaysia, bersabarlah.. Kalau mental tak kuat jangan tonton dari sepak mula, takdelah rasa stress menggila bila keputusan akhir diumumkan. Alah.. macamlah tak biasa kalah.


StatusHati: Ekor Harimau Sejati..



Saturday, December 15, 2018

Final Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam


Malam ini kita akan dapat menyaksikan perlawanan yang mampu membangkitkan adrenalin kita. Pada Selasa lepas telah diadakan perlawanan di Stadium Bukit Jalil yang berakhir seri 2 - 2 di SINI

Moga dengan mulanya sepak mula malam ini berjaya membuahkan sesuatu yang amat bermakna dan berharga buat pasukan Malaysia seterusnya menggembirakan seluruh penyokong pasukan Malaysia.

Menang atau Kalah.. Malaysia tetap di hati.
Nak ada di mana lagi dah menetap dalam negara sendiri kenalah hargai. Siapa lagi kalau bukan warganegara sendiri.

Berjuanglah pemain Malaysia hingga ke titisan peluh terakhir. 'Ekor Harimau Sejati' sentiasa menemani.


Lagu Chant 'Ekor Harimau Sejati'


MakBudak suka lagu tu.. Balik kerja mesti pasang lagu tu waktu memandu hadap jalan sesak tengah highway. Teringin mengalahkan orang mengandung lagaknya. Sampai dah hafal rentak apa yang nak dibuat..  Adeh.. tepuk dahi kejap.. hahaha.. Takpelah.. sekurang-kurangnya kuranglah sikit rasa penat memandu dan lupakan sekejap hal lain.


Apa-apapun..
Kukuhkanlah benteng pertahanan Malaysia. Tajamkanlah bahagian penyerang Malaysia. Panjangkanlah kaki dan tangan penjaga gol Malaysia demi kemenangan penuh malam ini. Moga semuanya berjalan seperti yang dirancang dek jurulatih tanpa masuk campur juruletih..
#AkuTakSukaKalah
#PialaAFF2018


StatusHati: Dari zaman sekolah, aku tak suka kalah..


Friday, December 14, 2018

Pertemuan kali pertama dengan Nekcik kenalan di FB


Engkau.. engkau..
Penyebah diriku terigau-igau..
Kiniku terbayangkanmu hampir setiap waktu..
#Stacy

Buah kedondong yang menjadi kegemaran en. Hubby..


'Rumah nekcik ada kedondong.. mai.. mai.. tapi kena ambik sendiri kat pokoklah ye..' Tak sangka Nekcik, salah seorang kenalan di FB memberi respond pada entry buah kedondong tersebut.

Tapi, sebelum tu..


Disebabkan satu perkara telah berlaku pada hari Isnin lepas, seharian aku 'kenyang' menahan perasaan, hanya pada sebelah malam tu baru perutku terasa lapar nak makan..

Nasi Beriani Kambing di Seksyen 7, Shah Alam..


Keesokan harinya..
Berkebetulan hari Selasa lepas cuti umum - Hari Keputeraan Sultan Selangor. Maka,


Di sinilah pertemuan pertama kami.. di rumah Nekcik..



Disebalik kisah buah kedondong..
Langkah kanan kami semalam.. Alhamdulillah rezeki.. sedap sungguh asam pedas pakcik. Apa-apapun.. terima kasih buat nekcik dan pakcik sudi terima kedatangan kami.. Tak malu sungguh kami.. 🤗😊





Nekcik yang sangat sporting..


Bukan takat kedondong, tapau pula roti buatan nekcik..


Moga hubungan awal ini menjadi permulaan sebuah hubungan yang lebih erat pada masa hadapan seperti mana hubungan aku dengan blogger yang lain. InsyaAllah.. Aamiin..



StatusHati: eemm.. sabar selagi boleh..


Wednesday, December 12, 2018

Final Piala AFF Suzuki 2018


Kisah malam tadi..
Satu kelebihan layan Final Piala AFF Suzuki 2018 dekat rumah la ni.. dengan luruskan badan dan baring depan tv sambil makan hati melihat Vietnam sedang mendahului.. 😔 

Ayuh pemain Malaysia.. teruskan usaha anda semua. Berjuang hingga ke titisan peluh terakhir. Moga impian dan apa yang diusahakan menjadi kenyataan.
#AkuTakSukaKalah
#PialaAFF2018


Laporan Terkini:
Kita jumpa pada hari Sabtu ini, 15 Disember 2018 di Stadium My Dinh Hanoi, Vietnam.


'Harimau Malaya kami selalu ada
Walau di mana berada
Kami di sini terus menjadi
Ekor Harimau Sejati

Ooooooo oooooo

Ekor Harimau Sejati'

Lagu 'Chant' Ekor Harimau Sejati di SINI..


Betapa semangat mereka bersama-sama berada di belakang pasukan Malaysia sebagai 'ekor Harimau Sejati'. Walau aku bukan fanatik bola tapi jauh disudut hati siapa tak nak menang kan..


StatusHati: Lebih baik diam memerhati..


Monday, December 10, 2018

Perkahwinan si kembar di Lenggeng, N9


Pertengahan bulan November 2018 yang lepas, aku telah menghadiri kenduri perkahwinan saudara di sebelah keluarga en. Hubby. Menariknya majlis kali ini -  perkahwinan si kembar..


Cantiknya di hadapan rumah adanya pokok Mulbery ni..


Alhamdulillah..
Majlis nikah selamat dijalankan di rumah pengantin perempuan dengan sekali lafaz.


Selesai majlis akad nikah dan sedikit juadah disediakan, kami kembali ke homestay untuk memberi ruang kepada pengantin bersiap, sebelum kembali ke rumah pengantin perempuan untuk Majlis Persandingan dan Makan Beradab.


Kenapa mesti sama warna dengan baju MakBudak..?


Ruang bergambar..
Comel je vespa tu..


Sikecil tu ada kembar tapi kembarnya tak mesra dengan orang yang tak dikenali.. dan ibu saudara pada si kembar itulah yang berkahwin pada hari kejadian..


Alhamdulillah tak hujan..


Inilah dia pasangan pengantinnya..


Team Kompang yang dah bersedia..


Candid..


Meja VIP..
Awalnya aku mengelak untuk berada di sini..
Memberi ruang pada mereka yang tua untuk meraikan pasangan pengantin di mana aku lebih selesa mengambil gambar sebenarnya..



Tahniah buat kedua pasangan pengantin..
Selamat Pengantin Baru.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.



Waktu nak balik melayan anak-anak buah yang suka selfie..



StatusHati: Hujung minggu ni sebelah pasangan lelaki pulak..


Sunday, December 9, 2018

Masalah di Kedai Dobi Layan Diri


Hujung minggu di musim tengkujuh ni menambah rezeki pemilik kedai dobi layan diri. Alhamdulillah.. itu rezeki dariNYA.

Setiap dua hari sekali pasti aku akan singgah di kedai dobi berhampiran rumah aku (kedai dobi favourite aku). Semakin jarang dah sidai baju di luar rumah dan berkebetulan la ni musim tengkujuh..

TAPI.. bukan itu aku nak isukan..

Kedai Dobi Layan Diri


Tengahari tadi..
Selepas menghadiri majlis perkahwinan di taman perumahan aku, sebelum meneruskan perjalanan balik kampung, aku sempat singgah untuk keringkan baju di kedai dobi ni.

Nak dijadikan cerita..
Ada enam mesin pengering di mana tiga daripadanya dah berhenti tapi tuan empunya entah di mana. Nak tunggu.. memang taklah. Dalam panas terik, mood aku yang swing, penuh selamba aku masukkan dalam bakul sedia ada (berkebetulan dia ada letakkan penanda mesin no. berapa dalam bakul tu, jadi mudah kerja aku). Sehingga selesai baju aku dikeringkan, masih tak kunjung tiba tuan empunya baju tersebut. Lagi menarik, bukan aku seorang je yang terkena, ada orang turut menjadi mangsa keadaan.

En. Hubby bagitahu.. 'Diorang pergi makan kenduri dulu tu. Itu yang lambat sampai tu.' Masuk dek akal jugak sebab hujung minggu ada je kenduri di sana-sini. Mungkinlah kot.. Biarkanlah. Jadi pengajaran pada mereka yang berkenaan sebab dulu pun aku pernah kena macam tu dan aku akui salah aku sendiri. Serik woo tinggalkan walau sekejap - gara-gara mendengar cakap en. Hubby masa tu.. hahaha.. padan mukaku.

Jadi.. buat semua pengguna kedai dobi layan diri, terutama menggunakannya ketika di waktu puncak - 'Tolong jangan tinggalkan baju-baju anda dalam mesin pengering baju untuk tempoh yang lama hingga menyusahkan pengguna yang lain.'  


StatusHati: #Tampuk yang menyusahkan..


Thursday, December 6, 2018

Terbaiklah.. tak masuk..!



Awalnya.. aku tak yakin..
Pertengahan.. masin mulutku..
Pengakhiran.. Alhamdulillah..
Team Malaysia mara ke Final Piala AFF Suzuki 2018..


Bak kata Pengulas TV2 malam tadi:
'Terbaiklah.. tak masuk..! Lega kita semua menyaksikan sepakan itu..'


StatusHati: Nak luruh jantung dibuatnya..



Monday, December 3, 2018

Jemputan dari Dato Zaki dan Datin Azilah a.k.a Makchaq


01 Disember 2018 - Hari Sabtu

Tercatat di sini.. kali kedua aku menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan anak kepada Dato' Zaki dan Datin Azilah a.k.a Makchaq. Kali pertama di SINI..

Percayalah.. kalau aku tak pergi, bersedialah dengan jawapan. Kalau masa tu ada urusan lain, mohon batalkan.. hehehe..

OK, kembali kepada tajuk utama..


Menghampiri ke persimpangan masuk kawasan perumahan Makchaq.
Berdebar-debar dah rasa masa ni.



Ruang hadapan rumah Makchaq..


Bila dah nampak Makchaq..
Soalan pertama 'Beria-ia tanya tema warna apa tapi dia tak pakai pun warna sama.' Adeh.. ni memang dah dijangka akan kena. 'Baju warna tu dah tak muat.' Hanya mampu jawab dalam hati.. 🤣🤣🤣

Soalan kedua 'Mana camera, bukan kata nak bawa camera ke?'
Ok.. part ni aku terus terdiam. Memang nyata silap aku. Camera tengah ada masalah dan silap aku tak maklumkan awal. Mohon maaf ye Makchaq. Ok, promise.. untuk majlis akan datang saya bawa.. 😉


Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ain Syuhadah dan pasangan Nazrul Nizam.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Menu sedap..


 Menu dari Sri Aji Caterer..
Segan nak ambil gambar sebab terasa aku sorang je yang beria ambil gambar makanan..


 Cendol Bilal..

Masa makan nasi dak Nuha dah merengek nakkan cendol ni dan pujuk tunggu lepas makan nasi baru makan cendol ye. Nasib baik dia tak meragam. En. Hubby cakap sedap cendolnya, aku langsung tak dan nak merasa gara-gara dok sibuk ambil gambar. 'Itu baru guna telefon, kalau guna camera mahu ibu kau tak makan tu.'

Boleh contact person di atas..


 Popia Basah special..
Terlupa nak ambil card.. adeh..


 Char Koay Teow.. yang ini aku 'malas' nak beratur untuk try cuba rasa test..
Tukang masak tu pun tak dan nak rehat aku rasa, bertabahlah ye dik..
Dah pernah lalui keadaan tu dulu.. hehehe..


Rojak buah, Teh Tarik, Kacang Hijau dan buah-buahan..


Makchaq dan Pakchaq yang sentiasa ceria..


Nampak Makchaq makin comel tapi pasaipa MakBudak makin hilang #PerasanSlim 🤣🤣


Ikutkan hati nak berlama-lamaan di rumah Makchaq tapi apakan daya ada urusan lain perlu diuruskan. Terima kasih buat Makchaq dan Pakchaq di atas jemputan tersebut.


Sebelum balik soalan bonus dari Pakchaq..  'Bila nak masak kambing dekat sini..?' eerrr... dan sepanjang perjalanan balik dok memikirkan tarikh yang sesuai.. 'Call Makchaq tanya bila Makchaq free sebelum masuk tahun baru nanti..'  pesan en. Hubby.. dan jeng jeng jeng.. hehehe..



StatusHati: Layan PASKAL di hujung minggu..



Saturday, December 1, 2018

#MAHA2018 di MAEPS Serdang


MAHA 2018: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show di MAEPS, Serdang sedang berlangsung dari 22 November hingga 02 Disember 2018.



Kisah pada: 24 November 2018 (Sabtu)


Pukul 0830 am kami dah berada di lokasi kejadian. Awal..? Ini bagi mengelakkan kesesakan jalanraya terutama melibatkan tempat meletak kenderaan. Biar awal janji tak susahkan diri aku.


Jalan masuk ke MAEPS, Serdang


Sebelum masing-masing hilang mood kat dalam tu nanti, baik kita ambil mood selfie dulu..


Selepas sarapan pagi, untuk tambah tenaga untuk berjalan sakan kejap lagi.


Peta lokasi #MAHA2018
Pada mulanya anak-anak teruja untuk pergi ke setiap lokasi yang ada dalam peta..


Lokasi pertama yang dipilih


Dewan A #MAHA2018


Dak Nuha sukalah sebab ada aircond, tak panas..


Di sini..

Demonstrasi mengenai cara pembuatan Nugget Patti Ikan Rumpai Laut telah diadakan di Dewan A oleh Pn. Nik Faizah dari MARDI, Kuala Terengganu tapi aku tak dan salin sebab tak bawak buku dengan pen.

Flash fly - goreng sekejap dalam 15 - 20 saat sebelum difrozenkan. Ia tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan. Kalau nak makan, boleh goreng terus. Hasil dari demonstrasi tersebut, nugget tersebut sedap dimakan panas.

Paling menarik, pada 02 Disember 2018 ini, buku mengenainya akan dilancarkan oleh TPM di Dewan A ini.

 Sekiranya berminat, bolehlah hubungi Bahagian Pengkomersilan Teknologi MARDI.


Kemudian, langkah kaki diteruskan ke dewan bersebelahan..

Comel pulak costume durian tu..
Rasa nak pegang tang 'kulit duriannya'.. mesti lembut.. hahaha..


 Siapa kata MakBudak suka makan durian..
Ni kena paksa, tengok muka dak Nuha.. eee.. muka menyakat..


Sambal Hitam Pahang
ig: minz_sambal_hitam
Kekonon nak surprise kan Blogger Yee Min tapi dapat jumpa dia.. cuma dapat jumpa sambalnya je..


Ini gerainya..

Perjalanan diteruskan..
menaiki Tram..

Rasa teruja dah mula berkurangan masa ni sebab masing-masing dah kepanasan. Tadi sedap dalam aircond, la ni kena panas mana ada hati nak berjalan dalam panas tu terutama dak Nuha. Bikin spoil mood daa..

Pemandangan yang kelihatan..

Laman Padi..
Ada pertandingan bola di tengah bendang.. bestnya..


Laman Padi..
Tengok dari atas tram jelah..


Kawasan Haiwan ternakan tapi kami dapat singgah sekejap je memandangkan dak Nuha dah mula meragam.. merengek tak tahan panas.


Sempat dak Kakak dengan dak Adik belajar memanah..


Sebelum balik.. singgah di sini..
Castle of Fruit 'Coconut Street'

Kelapa Lambung..


Waktu panas sedap jamah kelapa ni..


Selamat Jalan #MAHA2018
Jumpa lagi pada #MAHA2020
Itupun kalau dak Nuha nak pergilah.. hahaha.. merengek marah pada aku sebab panas berbahang..


Banyak tempat sebenarnya kami tak dapat melawat gara-gara dak Nuha terlalu over kali ni merengek meragam maka hanya dapat berjalan dari pukul 0900 am hinggalah 0230 pm.. 'Susu mana.. susu?' Patutlah dak Nuha meragam, melebihi masa menyusu rupanya.. 🤣🤣🤣


TERKINI:
Di atas sambutan yang amat menggalakkan, pihak penganjut MAHA 2018 melanjutkan masa operasi bermula dari pukul 1000 pagi hingga 1000 malam bagi Dewan A, Dewan C, Lola Baba, Mak Cun Village, Laman Tiba 1, Laman Tiba 2, Laman Ternakan, Laman Florikultur, Dewan AgroTrade 1, Dewan AgroTrade 2, Empayar Makanan dan semua perkhidmatan Tram bermula dari pukul 1000 pagi hingga 1100 malam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung.



StatusHati: Sekadar memuaskan nafsu mata semata-mata..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...