Followers Remaja Purba

Monday, July 29, 2019

Peperiksaan Percubaan UPSR 2019 - Peringkat Negeri Selangor


Kisah HARI ini

Peperiksaan Percubaan UPSR 2019 - Peringkat Negeri Selangor


Tarikh yang sangat penting bagi dak Adik antara calon UPSR 2019.

29 Julai 2019 (Isnin)
Subjek: Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan

31 Julai 2019 (Rabu)
Subjek: Bahasa Inggeris - Pemahaman dan Penulisan

1 Ogos 2019 (Khamis)
Subjek: Matematik - K1 dan K2

2 Ogos 2019 (Jumaat)
Subjek: Sains - K1 dan K2


Sebagai ibu, siapa tak risau. Apa-apapun doa tetap mengiringi dak Adik.

StatusHati: Berdebar-debar rasa hati..

Wednesday, July 24, 2019

@@@ KILL IT - Korean Drama (2019)





Drama bersiri Korea berbentuk thriller iaitu Kill It antara drama yang aku tonton tiada adegan first kiss, ciuman ala-ala omputih tu seperti contoh yang di SINI.. 😂😂😂. Drama sebanyak 12 episode ini mula ditayangkan pada 23 Mac 2019. Drama yang tidak membuatkan detak jantung aku bergerak laju, smooth je kisahnya.


SYNOPSIS:
Tiada siapa yang mengetahui identiti sebenar Kim Soo Hyun (Chang Ki Yong).
A complete mystery, he is a ghost, a shadow, a lethal whisper hired by individuals and organizations around the world to deal with problems that the only he is capable of dealing with. In between that, Do Hyun Jin (Nana), a tenacious detective whose external cold image hides an empathic soul. Using an effective combination of skills and instinct, Do Hyun Jin ends up working on a case that leads her directly to Kim Soo Hyun. Believing that he is the serial killer she seeks, Do Hyun Jin thoroughly investigates the identity and past of Kim Soo Hyun but what she finds shakes her to the bone. Now. bound by fate, they set out to solve the mystery that linked them years ago - di SINI.

MAIN CAST:
Jang Ki-yong as Kim So-hyun
Nana as Do Hyun-jin as Kang Seul-gi
Lee Jae-won as Ahn Philip
David Lee McInnis as Panvel






Episode akhir yang tragik


Walaupun tugasan yang terakhir berjaya dilaksanakan tapi dek kerana beliau adalah suspek utama dalam beberapa siri pembunuhan yang saling berkait, maka mati jua akhirnya. Cuma cara watak tersebut dimatikan tak boleh diterima akal dengan tembakan yang bertalu-talu ke arahnya. Pada aku cukup hanya dengan sekali tembakan pun dah ok, tak perlulah selagi ada peluru nak digunakan.

StatusHati: Tonton dulu baru tahu kisahnya.

Tuesday, July 23, 2019

Selamat Hari Lahir #ChefHubby (23072019)


Kita takkan tahu selama mana kita berada di atas muka bumi ini.
Kita takkan tahu apa yang DIA aturkan buat kita..


"Bila DIA letakkan dirimu di bawah, sebenarnya DIA nak ajar cara nak daki semula ke atas."


23 Julai 2019 - Selasa.
Selamat Hari Lahir #ChefHubby dengan ucapan tak perlu sentap tak dapat hadiah.. hehehe..

StatusHati: ..

Monday, July 22, 2019

Hentitugas Loji Akibat Pencemaran Minyak di Muka Sauk - Sungai Selangor


Penutupan air telah berlaku di kawasan perumahan aku sejak:
19 Julai 2019 (Jumaat) - bermula pada sebelah petang hingga membawa ke awal pagi.
20 Julai 2019 (Sabtu) - Keadaan kembali terkawal.
21 Julai 2019 (Ahad) - Keadaan masih ok tapi penutupan pada sebelah malam tadi aku terlepas pandang siaran media seperti di bawah. Andai hingga malam ni takde air, maka aku isytiharkan esok cuti untuk diri aku sendiri.

StatusHati: ...


*LRA RANTAU PANJANG@ 21/7/2019*

*Hentitugas Loji Akibat Pencemaran Minyak di Muka Sauk - Sungai Selangor @ 6.00pm*
LRA Rantau Panjang telah mengesan minyak dimuka sauk pada 21/7/19 @ 5.45pm dan disahkan bersama oleh nelayan.
Tindakan:
1. Memasang oil boom
2. Menabur serbuk sabun
3. Memaklumkan kepada pengurusan

*Status Semasa @ 8.00pm*
Paras sungai: 4.4m

RW inflow : 0 m3/h
TW outflow : 0 m3/h

Reservoir level:
A - 0.6 m
B - 0.3 m
C - 0.3 m
Pemantauan mendapati bau diesel semakin kuat.

seperti di SINI.


MAKLUMAN INSIDEN PENCEMARAN MINYAK DIESEL DI SUMBER AIR MENTAH SUNGAI SELANGOR MENYEBABKAN HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SSP1, SSP2 DAN SSP3 SERTA LOJI RAWATAN AIR RANTAU PANJANG

SIARAN MEDIA
21 JULAI 2019

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengesan pencemaran minyak diesel di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Ekoran insiden pencemaran ini, LRA Rantau Panjang terpaksa dihentitugas pada jam 6.00 petang hari ini, Ahad 21 Julai 2019, LRA SSP3 pada jam 8.00 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada jam 8.15 malam.

Pihak kami telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran adalah dari aktiviti kerja - kerja pengorekkan pasir di hulu sungai. Sila rujuk sisa diesel di dalam sungai pada lokasi pencemaran (dilampiran).

Untuk makluman, ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga (3) hari melibatkan penutupan kempat - empat Loji Rawatan Air Utama dan menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan.

Seperti yang pihak kami maklumkan pada hebahan media semasa insiden penutupan empat (4) Loji Utama iaitu Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 termasuk Loji Rawatan Air Rantau Panjang sebelum ini, pihak kami tidak dapat memastikan jangkamasa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti yang berlaku pada hari ini.

Kawasan terjejas adalah adalah sama seperti senarai terdahulu dan sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor, laman sesawang www.syabas.com.my dan facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor bagi mendapatkan maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dikeluarkan oleh:

Abdul Raof Ahmad
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd


Thursday, July 18, 2019

Kenangan di Aidilfitri 2019


Kenangan 1 Syawal (Rabu)

Berdebar-debar dengan bajuku ini..
Konon muat di badan sendiri..
Bertambah teruja bila #PerasanSlim menjadi..
Tapi sayang.. en. Hubby sabotaj gambar ini..

#BusanaLama15TahunDahulu.
Sambungan kisah dari SINI..

Selesai di rumah myMIL, kami meneruskan perjalanan ke selatan untuk beraya di rumah keluarga sebelah mak aku pulak. Takdelah jauh seperti nak utara memakan masa hingga berjam-jam lama dek kesesakan jalanraya, biasalah semua orang nak balik beraya. Bertabahlah menghadapinya.

Simpang Ampat, Negeri Sembilan destinasi pertama kami..

Ada satu kisah, aku sedikit terkilan bila tak dapat beraya di salah sebuah rumah saudaraku. Bila aku cuba menghubungi, Eh!Dah kenapa ni..? Tertanya-tanya apa dah jadi. Takpelah, jangan bersedih hati, kita cuba hiburkan hati dengan ke sana ke mari beraya berjumpa family.


Kenangan 2 Syawal (Khamis)

Jom jalan raya..

2 Syawal berada di Melaka..
Tempat persinggahan #RemajaPurba sekeluarga..
Berbusana biru cantik dan machonya..
Bukan senang nak tengok deme sedemikian rupa..
#KenanganRayaAidilfitri

Seharian berjalan raya ketika ini.. ok kita kembali ke 'pangkal jalan'..

Saja nak bagitahu.. baju tu antara koleksi di zaman #RemajaPurba dulu..
Walau tiada baju raya, yang penting anak-anak gembira.


dak Kakak dan Babah..

Sambungan..?
Ada masa nanti aku tepek di sini..
Masih ada yang tersimpan di dalam draf lagi..

The End..

StatusHati: Masih tertanya-tanya bila pihak sana diam menyepi..

Wednesday, July 17, 2019

Jangan ucap tahniah dulu.. 🙃


Menarik pulak gambar kedua tu..

Kena ada kerjasama kedua-dua belah pihak.. 💏
#RemajaPurba yang dah jadi #MakBudak..
Ingat tau.. Jangan ucap tahniah dulu.. 🙃

StatusHati: Bersama selamanya..

Tuesday, July 16, 2019

Rendang Ayam Maman Crispy


Kenangan di Aidilfitri 2019..

Sayur Maman..
Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama rendang ayam atau daging dan menjadi satu juadah wajib pada setiap hari raya. Satu kelebihan yang aku ada adalah kampung mak saudara aku berada di Gemencheh, Negeri Sembilan. Lagilah mudah untuk aku merasa sayur maman ni.

Pada aku, tak lengkap rasanya kalau waktu raya tiadanya menu ini. Setiap kali balik kampung pasti akan dihidangkan dengan menu ni. Rasanya dah tentu sedap selain dari pedas + pahit.

Aidilfitri 2019..
Aku dapat merasainya di kampung bapa saudara aku di Melaka dan juga di rumah salah seorang rakan 'ondscene' di Negeri Sembilan. Sedap tapi tak terkalahkan yang ada di Gemencheh. Thumb up..

Menambah keterujaan bila aku minta ibu saudaraku sejuk bekukan maman yang ada untuk di bawa balik sambung makan di rumah sendiri.

Mula-mula kita panas maman yang di bawa balik dari kampung tu..

Kemudian goreng ayam..

Taadaaa... hasilnya..

Pada yang tertanya + terfikir bagaimana penyediaan Rendang Maman yang sebenar, bolehlah tengok di SINI..

StatusHati: ... speechless

Friday, July 12, 2019

Mengundang seribu satu kenangan



Jalan yang mengundang seribu satu kenangan..
Jalan yang menjadi laluan aku lebih sepuluh tahun dulu..
Keluar sebelum matahari munculkan diri..
DAN..
Kembali selepas matahari menyembunyikan diri..

StatusHati: Aku.. kau.. dan dia..

Thursday, July 11, 2019

Keadaan Masih Sama


Banyak kenangan yang ingin aku simpan di sini tapi keadaan masih sama seperti di SINI.
Ku pandang kanan, ku pandang kiri..
Tak tahu nak ku perah ayat karangan macam mana lagi..

StatusHati: Masih belum sembuh lagi..

Wednesday, July 10, 2019

Temuduga Terbuka 'KOSSAN LATEX INDUSTRIES (M) SDN. BHD.'


Temuduga Terbuka 'KOSSAN LATEX INDUSTRIES (M) SDN. BHD.'
Tempat: MPKK Meru (Dewan Orang Ramai Meru):
Tarikh: 6hb dan 13hb Julai 2019
Masa: 9am - 4pm

Banner Temuduga Terbuka..

Sabar menunggu giliran dan ada juga yang tak sabar..
Macam-macam kerenah yang dapat aku lihat waktu hari kejadian..



Menemani adik menjalani sesi temuduga tersebut. Dalam masa yang sama, secara spontan aku menghulurkan bantuan bila melihat ada calon yang terkial-kial tak tahu nak buat apa.

'Ai dapat elaun tak tolong you ni?' Sekadar mengusik mereka.
'Boleh, nanti I belanja you makan tengahari. You bagi no. telefon you.'

Berkali-kali salah seorang dari mereka (maaf ye miss ai lupa nama you) mengucapkan terima kasih pada aku kerana spontan membantu. Terkejut juga dia tiba-tiba ada yang menghulurkan bantuan membantu team mereka.

Dari sekadar mengagihkan borang kepada calon yang hadir hinggalah membantu salah seorang penemuduga memanggil calon untuk ditemuduga. Dah macam staff #Kossan pulak aku waktu tu.. 😎 Mana taknya ada calon yang bersungguh bertanya pada aku.. 'Maaflah dik, akak bukan staff, ni tolong je.'

Buatmu #Kossan.. kalau aku team HR, mesti calon yang hadir 'tak suka' aku.. 'Akak ni tegas sangatlah.' Ada yang komen macam tu pada aku.. 🤣🤣 tapi ada yang tersenyum tengok gelagat aku, 'alah dik.. akak buat macam tu sebab tak nak bagi korang gemuruh sangat'.

  🤣🤣  Anyway, good luck buat yang hadir temuduga pada hari Sabtu lepas dan juga  hari Sabtu ini.
#KossanLatexIndustriesSdnBhd
#SekadarMembantu
#AkuBukanStaffKossan


Lewat petang beraya di nenek a.k.a Pengasuh anak-anak walau Syawal dah menutup tirai..

StatusHati: Dah lama tak diserang sakit pinggang.

Monday, July 8, 2019

Keinginan meluap-luap


Kebelakangan ni banyak perkara telah berlaku.

Ini nak mulakan perenggan pertama pun terasa macam nak jawab kertas soalan peperiksaan SPM. Terkebil-kebil mengadap di sini. Terasa terasing dalam duniaku sendiri.

Diam aku bukan bermakna melupakan. Sibuk aku menyukarkan keadaan. Bukan mudah untuk aku menyesuaikan diri dan bukan mudah untuk kau memahami.

Keinginan untuk mencoretkan kenangan di sini meluap-luap namun ada je halangan terbentang. Maafkan aku andai coretanku semakin berkurangan. Inipun terkial-kial untuk satu entry.

StatusHati: Sakit pinggang berulang kembali..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...