Followers Remaja Purba

Monday, January 18, 2021

dak Kakak kembali ke sekolah?

 
Kelmarin: Kari Kambing
Semalam: Paru Goreng Berlado
Hari ini: WFO (say hi to en. Polis)
Rabu: Sepatutnya dak Kakak kembali ke sekolah tetapi..


Kementerian Pendidikan (KPM) di dalam kenyataan media bertarikh 16 Januari 2021 telah mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari 2021 di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021 ini. 
- Hanya pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2020 sahaja yang akan belajar secara bersemuka-

Nampaknya buku teks, kamus, en. Google + telefon bimbit pasti menjadi teman setia. Silap-silap aku akan turut menjadi anak murid guru kelas deme nanti.
#SPM2021


Dalam pada itu, aku direct message kepada guru kelas dak Nuha berkenaan ada 'promosi' yang terlepas masuk ke dalam group kelas.

Ini jawapan guru kelas dak Nuha:
"Saya hargai dan ucapkan terima kasih atas pandangan puan. Memang kami guru-guru akan buat seperti yang puan cadangkan itu. Buat masa ini belum sebab ada 3 orang lagi yang belum respond".

Kepada empunya no. telefon tu silalah berhubung dengan cikgu agar cikgu boleh bertindak segera sebelum ada lagi 'promosi' yang akan masuk ke dalam group tersebut.


Hujung bulan: Nak kena perbaharui lesen memandu sebelum 15 Jamadilakhir 1442 Hijrah ini..

#RemajaPurba: #PKPDuaTitikKosong





Wednesday, January 13, 2021

SPM 2021 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  2.0 bermula dari 13 Januari 2021 - 26 Januari 2021 selama 14 hari. 


Kisah sehari sebelum PKP 2.0
12 Januari 2021 (Selasa) 
Menguruskan pembelian buku di sekolah dak Kakak. Sedikit kelam-kabut memandangkan pembelian awal dibuat secara online tetapi di saat akhir pihak sekolah memaklumkan ibubapa yang tiada dalam senarai untuk tarikh 12 Januari 2021 turut dibolehkan hadir untuk membeli buku.



Tahun 2021, ini merupakan kali pertama aku tidak membeli keperluan sekolah anak lebih awal seperti tahun-tahun sebelum ini. Cuma kali ini aku lebih mengutamakan keperluan persekolahan dak Kakak dek kerana dia antara calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Sekolah (SPM 2021.

"Tercatat dalam sejarah pendidikan, peperiksaan SPM akan dijalankan pada awal tahun (calon 2020) dan pada hujung tahun (calon 2021)".



Selingan:
Menu ini di masak oleh dak Kakak. Semakin rajin membantu di dapur dan ibunya makin malas nak jenguk dapur. Anak aku meningkat Remaja,  aku pula makin Purba.. 🤣

Si Oyen tidur dalam kesejukan aircond.
Tak boleh tak ganggu bila aku berada di dalam bilik.. 😂

#RemajaPurba: Work From Home (WFH) 

Monday, January 11, 2021

Sabar dalam Debar

 
DAY 300 (11 Januari 2021 - Isnin)
Hari ini genap 300 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia dilaksanakan pada 17 Mac 2020.

Istilah seperti dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan sejak itu.


Petang ini..
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19. Sabar dalam debar aku rasakan dalam menantikan pengumuman tersebut.

#RemajaPurba: ...

Thursday, January 7, 2021

Jantung pisang ke hati pisang?


'Ibu.. ibu.. kita boleh makan ke hati pisang?'


'Boleh makan tapi namanya jantung pisang bukan hati pisang'.
'Cuba tengok gambar tu kan bentuknya macam bentuk jantung'.

#RemajaPurba: -gambar dari en. Google-

Wednesday, January 6, 2021

Nak urus Anak atau Pasangan?


-Di dalam satu ceramah pernah aku hadiri pada tahun lepas-
Sekiranya diberikan pilihan:

Nak urus anak atau pasangan?
Manage well supaya keluarga kita happy, sihat dan kita seronok untuk bekerja.

Apakah peranan kita?
Penjagaan anak-anak itu adalah secara bersama. Peringkat anak-anak ini berbeza dan keperluan mereka juga berbeza. Kita kena sentiasa peka, konsep anak, layanan pada setiap anak. Kadang-kadang tekanan itu boleh datang dari kita sendiri, dari pekerjaan dan seterusnya memberi kesan kepada keluarga.


Nampak mudah tapi sekiranya tiada kerjasama 100%, silap haribulan keperluan anak-anak terabai. Anak-anaklah penguat kasih sayang dan mereka jugalah menjadikan kita lebih kuat dalam meledani rutin harian.

'Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau berikan aku kekuatan agar aku mampu menguruskan rutin harian dalam membesarkan anak-anakku ini'.

===============================

JANUARI 2021

2021
2021
2021
2021
2021

Belajar untuk membiasakan diri dengan angka 2021, bukan lagi 2020.

#RemajaPurba: Kakak, Adik, Nuha - Jangan pernah lupakan ibu.

Monday, January 4, 2021

Anniversary Remaja Purba yang ke belasan tahun

 
DAY 290 (1 Januari 2021 - Jumaat)
Welcome 2021

Selamat Tinggal 2020.

Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  aku memulakan langkah.
Hari Jumaat, permulaan hari bagi tahun 2021. 

Bertolak menuju ke arah utara yang tak jauh mana.

Tapah, aku di sini..

0800 pagi - sarapan di sini sebelum meneruskan perjalanan.

Mi Rebus Tapah

Sedapnya lahai..


Selesai bersarapan, perjalanan diteruskan menuju ke rumah bapa saudara en. Hubby. Bukan sekadar melawat tapi turut memasak untuk menu makan tengahari di sana. Mereka dah tak sekuat dahulu, alah.. macam tak biasa bab memasak ni bila balik kampung tapi kampung sebelah akulah.. 😂

Kari Ikan Jenahak


Jemari tangan aku memang degil, ada sahaja yang ingin dipetik untuk dibawa balik.


Mencari line internet di sini; dalam rumah langsung tak dapat.


PALING ISTIMEWA:
Selamat Ulangtahun perkahwinan en. Hubby. Teruskan usaha menambahbaik mana yang kurang demi keberkatan hidup kita sekeluarga.

Manis bersemut..

1 JANUARI 2020 (Jumaat)
Happy Anniversary to you my baby we.. 🤭

Tahun bertukar ganti, dah masuk 2021, tak main dah sekadar ucapan dipinggir bibir. 
Bohonglah kalau kata manis je alam rumahtangga tu. Gaduh, marah, benci, tak suka sepanjang usia perkahwinan yang telah menjangkau purba ni buat aku terasa takkan takde seketul pulut dakap 🤔. Nak rasa bila angkat tangan je terasa berat.. 🤣🤣

#RemajaPurba: Dua puteri, seorang putera..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...