Followers Remaja Purba

Friday, June 3, 2011

Kenduri Kahwin

Musim cuti sekolah adalah peluang yang dinantikan oleh kebanyakkan bakal pengantin.. dan tak ketinggalan undangan yang diterima, baik dekat mahupun jauh..

Bulan ni aku terima beberapa undangan perkahwinan, dekat ada jauh pun ada.. Minggu lepas aku ke Batu Gajah, Perak, rakan PTT hubby kahwin.. Minggu ni pulak adik member sekolah aku kahwin, yang ni aku rasa tak boleh nak tolak sebab ayah dia sendiri yang jemput aku dan keluarga..

Dalam masa yang sama, rumah atuk sedara kat Serdang, juga kat Klang, tu tak masuk yang kat P.J lagi umah member hubby.. aku rasa aku guna sistem one two som agaknya sebab aku rasa tak dapat nak pergi kat semua tempat tu memandangkan hubby akan outstation, takut tak cukup rehat pulak nanti.

Minggu depan jauh sikit, kat Terengganu pulak.. tak janji tapi pasti.. Hujung bulan pulak kat P.J, member hubby kahwin.. Bulan ni meriah betul dengan undangan perkahwinan baik dari sedara mahupun sahabat handai.. tu tak termasuk undangan member office aku lagi.. dan belum kira hadiahnya lagi.. Padat betul jadual aku bulan ni, kalau tak kena gaya kopak banyak ni duit hubby..


psstt: Dalam kepala ni cadang nak bagi lesung batu je, nampak klasik sikit, nak cari batu giling susah, berat, baik guna blender je..

8 comments:

Faris Adli said...

aku punn dapat undangan majlis perkahwinan member2 aku..aku je tak kahwin2..maybe tunggu kau sponsor kot

Bigdaddyz said...

tak suka kenduri kahwin sebab mereka yg kahwin kalau kita kahwin ok laa...kiki

Farah Shamsudin said...

memanh musim orang kawin nii.. makan free jerla kan..

aizamia3 said...

Faris:
sampai masa mesti kau dapat sunting anak dara orang.. Aku nak sponsor kau.. Hikhikhik.. Batu lesung..?

aizamia3 said...

BigDaddyz:
Alah, nanti bila dah sampai seru, terlebih suka teruja nanti.. ;)


Farah Shamsuddin:
Bila lagi nak rasa.. Tapi makan free pun balik rumah tetap makan lagi.. Aduh.. Bertambah lagi isipadu lemakku ini..

risa said...

tiap2 minggu attend org kawin woooo...dari member2, sedara mara..dengan para pekerja..mak aihhh kembung perut kan kan kan

アヌム ちゃん said...

memang musim kan ni..sedih byk undangan tak dapat pergi..huhu

aizamia3 said...

frometoyou:
sedih kalau tak dapat nak pergi, nak pulak dia memang rapat denga kita kan..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...