Lokasi terkini: Parking office..
Aku sampai awal hari ni tapi masih lagi dalam kereta, nak rehat kejap sambil layan lagu..
Ops..? Erk..? Kereta baru..?
Tajuk bikin gempak je pepagi ni.. Sambil layan lagu, sambil update blog sambil tengok kereta yang lintas hormat depan aku.. Wah.. Kereta baru.. Wah.. Itu lagi.. Wah.. depan aku lagi.. wah.. Terlebih sudah..
Aku bukan nak cerita aku dah beli kereta tapi tiba-tiba entry ni jadi pilihan aku pagi ni.. Topik yang menarik untuk kita share disebalik entry ni..
Bila bercerita pasal kereta baru ni, sekarang semakin ramai yang mampu mempunyai kereta sendiri dan kalau korang yang prihatin mesti tau no. plate terkini bagi Wilayah Persekutuan kan..
Bila dah ramai yang mampu beli kereta, seruan kerajaan dalam usaha memupuk orang ramai berkongsi kereta nampaknya tidak berhasil.. Nak sahut macam mana, sorang tinggal kat Utara, sorang kat Timur, sorang kat Barat, sorang kat Selatan mana nak tercapainya seruan tu.. Nak share macam mana dah kalau macam tu..
Laluan berbeza dan kesannya bila kereta dah semakin bertambah maka jalan bertambah sesak.. Bila jalan dah sesak makin penatlah pandu kereta ditambah dengan stress letih bekerja.. Parking takde/tak cukup.. Bila jadi macam ni maka adalah yang dapat 'surat cinta' sebab parking kat tempat yang tak boleh parking.. Payah-payah sangat naiklah kenderaan <--- sejak dah tinggal jauh ni aku dah lama tak naik kenderaan awam.
Sekarang dah macam-macam jenis kereta berada di pasaran.. tinggal nak siapkan duit dan beli yang mana berkenan.. Aku ada terfikir nak beli kereta dan hubby bagi cadangan nak beli kereta dotdotdot tapi aku taknak.. Hubby cakap aku selera besar... Hahaha.. Mana tau aku dapat walaupun hanya sekadar second hand..
saya sekarang drive kereta baru!
ReplyDeletetapi bukan saya punya la~~bini saya punya~haih~~
hurm..tak pernah merasa ade kereta sendiri walaupun ade lesen :(
ReplyDeletesekarang org gile2 naik beskal kannn
ReplyDeletekalau wilayah ni sebulan dua abjad..kalau selangor sebulan satu
hehe...bestnya kalau kt muar ada LRT @ Komuter. mesti nini x bw kete dah klu nk gi bandar. hehehe...
ReplyDeletetp mmg tension cari parking kan? lg2 dok area akak sana. sib baik tmpt keje nini mmg parking terbentang luas. huhu
Ape...Kete baru. Tiada dalam minda. hi..hi...hi...
ReplyDeletehehehe.. yerla banyak model baru skang ni.. sediakanlah duet sahaja kann..
ReplyDeletebujal X:
ReplyDeletesaya pun takde kereta.. yang ada tu en. suami punya.. hikhikhik..
Mrs. Eady:
ReplyDeletewalaupun takde lesen tapi bila waktu kecemasan, ianya amat membantu kan..?
risa:
ada tempat yang sesuai boleh naik basikal kak.. tapi kalau area tetengah bandar naik basikal mau semput dibuatnya, dok sedut asap.. lagi bahaya untuk kesihatan kita..
Nini:
ReplyDeletekat tempat kerja akak parking dalam bangunan ok lagi, yang di sekitar kawasan ni, susah nak dapat parking.. dan penguatkuasa pun makin rajin sekarang berbanding dulu.. mungkin sebab ada aduan pemilik kenderaan menghalang lalu-lintas dengan meletakkan kereta ikut suka hati..
tak selera dgn kete....maintenance lg, roadtax n watsoever yg mememeningkan pale otak! tidak!!!
ReplyDeleteaku tahu kau nak beli BMW kan? beli je la :-)
ReplyDeleteMommy Fara:
ReplyDeletemacam akak, itu satu keperluan bagi anak-anak, tanpa kereta susah kami nak bergerak ke mana-mana..
Faris:
ReplyDeletehikhikhik.. second hand dapatler, kalau baru, mampu jugak.. mampu tengok jelah.. tapi aku tak berapa minat BMW
hihi...semuga ALLAH mudahkan urusan dunia kita.....
ReplyDeleteainhany:
ReplyDeleteamin.. kena usaha sampai berjaya..
kayrul sekarang tengah drive kereta yang ada hutang bank lagi 4 tahun...hwuuuaaa...lambatnya nak abis bayar hutang
ReplyDeletekayrul-shah:
ReplyDeleteye.. sama je kita semua.. selagi tak habis bayar bukan hak kita, tu hak bank.. tak bayar siaplah.. bersedia untuk kena tarik..