Followers Remaja Purba

Sunday, June 12, 2011

Penat dan frust

Petang semalam ke Pasar Payang dan aku takdelah beria-ia nak shopping sebab aku dah pernah pergi sebelum ni tapi dalam masa yang sama dapatlah belikan anak-anak baju made in Terengganu selain FM (ni dah terikut Pinky Momma yang suka mengumpul FM..)

Aku dan family balik dulu memandangkan hubby dah geram dengan dak adik sebab meragam.. Sampai kat chalet, lena adik dengan babah dia tidur.. Dak kakak layan lappy.. Aku makan lagi..?


Bila malam dah menjelma, sesi barbeque pun dimulakan.. Siap barbeque, anak-anak terus kami panggil untuk sesi makan beramai-ramai.. Macam-macam kerenah.. Tapi aku suka sebab budak-budak ni happening.. Akukan remaja purba.. Sambil makan layan bolasepak Kelantan lawan Terengganu yang mana aku tak tau sape yang menang..

Antara menu yang disediakan:
sotong dan ayam bakar, nasi dan sambal telur beserta sambal belacan (sedap tapi berpeluh aku makan akibat kepedasan melampau), buah dan air.. DAN menu special: Pulut periuk kera..

Anak-anak aku mana..?
Ok.. Dak kakak langsung tak dapat rentak sepanjang percutian ni, makan pun nak masuk bilik.. Alasan dia panas.. Takpelah janji dia makan.. Adik pulak.. Dorang cakap kat hubby 'dia ni tak reti nak berjalan ke..?' Disebabkan asyik berlari banyak kali jatuh, alahai anak bujangku ini..

TAPI yang buat aku frust aku tertinggalkan wayar USB.. Habis tak dapat nak upload gambar.. Ada satu segmen tu pun aku tak join, aku minta maaf pada Y.O.L.O yang tag aku..


psstt: Hari ni akan memulakan perjalanan balik rumah.. Tak tahu pukul berapa sampai sebab nak kena singgah Kuantan dulu.. Semua gambar berkaitan akan diupload kemudian..

6 comments:

PinKy MoMMa said...

suka lepak pasar payang walaupun kadang2 x beli apa2 pun hehehe ;p

slmt pulang ye dear..berhati2 di jalan raya!

Gen2Merah said...

hati2 dalam perjalanan ye...

ainhany said...

salam aiza,

penat tapi hapenning kan? tak pe laa bukan selalu pung...muga selamat sampai sini dan cepat2 upload pic ok?? apa ole2 dari holiday gamaknya...hihii

aizamia3 said...

Pinky Momma:
betul tu dear, dengan ada pentas menarik perhatian pengunjung selain dari membeli-belah..

aizamia3 said...

Gen2Merah:
InsyaAllah..

aizamia3 said...

ainhany:
wsalam..
Meriah sungguh malam td..
Tuler.. Boleh tak ingat pulak menda tu tertinggal..
Apa pun tak bolehlah..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...