Followers Remaja Purba

Thursday, June 2, 2011

Baby baru

Wah.. Nenek a.k.a pengasuh anak-anak aku dapat cucu lagi.. Jadi sekarang dah ada 4 orang.. Tahniah ye nek.. <--- Aku cemburu sebenarnya..

Dulu.. 2 tahun lepas, aku pernah suarakan pada hubby, 'kita tukar pengasuhlah bang' sebab masa tu nenek jaga ramai hampir 12 orang termasuk cucu sedara dialah.. Aku sebenarnya takut nenek tak boleh nak kawal bila dah ramai-ramai tapi ternyata aku silap.. Alhamdulillah hingga sekarang aku serasi dengan nenek.. Mana taknya dari 12 orang terus jadi 2 orang <--- anak akulah tu..

Kenapa jadi macam tu..?
Masing-masing ada masalah tersendiri termasuklah aku yang kalau boleh nak bawak je nenek balik sebab nenek cukup tegas pada cucu-cucu dia ni.. Dengan aku, anak-anak cakap aku tak garang, nenek lagi garang.. Aku yang garang ni dorang cakap tak garang.. Dah tak imune ke garang aku ni..?

Berbalik pada cucu baru nenek, start semalam 1 Jun 2011, baby tu sampai dihantar oleh ayah dialah, takkan jalan sendiri pulak kan.. Anak-anak aku yang teruja sampai dak kakak mintak baby dari aku.. Erkk..? Ni yang aku sensitip ni.. Nanti dulu kakak, ibu K.I.V dulu.. Belum masanya.. Ni kalau aku cerita kat hubby confirm soalan yang sama macam dak kakak aku dapat..lemah aku dibuatnya..

Bukan bermaksud nenek akan abaikan anak-anak aku bila dah ada baby baru tapi aku je yang jeles lelebih, mahu tak jeles, kalau sebelum ni tumpuan hanya pada anak-anak aku tapi sekarang dah beralih sikit pada baby baru tu..

Namun begitu.. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada nenek kerana sanggup jaga anak-anak aku termasuklah ibunya ni.. Nampaknya rezeki nenek makin murah dengan kedatangan si kecil itu.. Alhamdulillah dan terima kasih nenek.. Jasa nenek tak terbalas rasanya..


psstt: Petang semalam aku cuba dukung baby tu, dak adik tarik muka jeleslah tu, nak pulak kena sakat dengan nenek lagilah muncung dia.. Aku..? Sedang memberi ruang kepada diriku untuk sesi pertambahan AJK baru.. ;)

15 comments:

d'HeLL said...

bukan mudah mencari pengasuh yang serasi kan..
ada rezeki bertambahla ahli..hehehehe...

MARIA said...

Alhamdulillah..syukur murah rezeki...

msredcheesecake said...

cik aizamia,
betul tu d'hell kan cik aizamia.kalau dpt yg serasi mesti sayg.tu yg jeles tu kalu dia ade cucu baru...hheee

bujal X said...

anak saya tak dihantar ke pengasuh~dijaga ekslusif oleh atuk dia~~he~~

Farah Shamsudin said...

kan bagus dah dapat pengasuh yang serasi kann.. tak lama lagi insyaAllah tambah lagi ahli keluarga tuu..:)

aizamia3 said...

d'HeLL:
Alhamdulillah ni pengasuh yang ni memang serasi tapi anak-anak tak suka sebab pengasuh memang garang bagi dorang tapi ai suka.. hehehe..



msredcheesecake:
hikhikhik.. mau tak jeles.. ikutkan nafsu nak je tambah lagi.. hahaha..

aizamia3 said...

MARIA:
ye.. Alhamdulillah bertambah rezeki pengasuh..

aizamia3 said...

bujal X:
dulu budak dua orang tu dijaga eksklusif oleh atuk & nenek sebelah en. suami..

aizamia3 said...

Farah Shamsudin:
dalam perancangan tapi tak tahu bila.. tapi bukan dalam waktu terdekat ni.. hikhikhik..

Faris Adli said...

biar anak tak ramai asalkan anak yang ada tu berkualiti :-)

aizamia3 said...

Faris:
kualiti lagi penting dari kuantiti.. belum bersedia amik risiko nak tambah AJK baru, takut tak tertanggung amanah tu nanti..

PinKy MoMMa said...

wahhhh ada penambahan ke nanti hehehe..cer past kat sini juga ;p

Nini Hartini said...

kalau nini pun jeles kak... hehe..nak culik je baby tu.hoho..

akak org melaka ke eh?

aizamia3 said...

Nini:
hikhikhik.. pengasuh akak saje bagi akak pegang riba baby tu.. aduh.. ni yang den lomah ni..

Nini Hartini said...

akak pakai 'dak-dak'..akak org melaka ke?

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...