Followers Remaja Purba

Saturday, June 18, 2011

Labu oh Labu..

Sesi mengemas 'kebun' belakang rumah.. Aku dah niat kalau pokok labu belakang rumah yang sedang membesar tu tidak menghasilkan buah labu aku nekad, aku akan bersihkan.. Sebab aku tengok asal berbuah je tak lekat, dah berapa biji macam tu.. Makin semak pulak aku tengok sebab pokok tu jenis menjalar..

Hasilnya.. Aku kemas baik punya dibantu oleh dak kakak.. Dah separuh jalan baru aku perasan kat celah daun yang besar tu ada tergantung sebiji labu yang agak besar.. Alahai.. Sedih pulak aku tengok.. Nak dibiarkan pun tak guna juga.. Tengok belum cukup sempurna masaknya..


Biasa buah labu bulat, yang ni leper


Kesudahannya, bersih aku kemas tapi dalam masa yang sama pokok kunyit aku hampir menyembah bumi gara-gara 'dilindungi' dek pokok labuku itu.. Jauh disudut hati aku rasa menyesal dan sedih sebab aku bersihkan pokok labu tu tanpa aku sedar ada buah disebalik rimbunan daun disudut pagar rumah.. Tapi dari terus semak biarlah aku bersihkan..

Habis kat belakang, depan rumah pulak.. Wah.. Makin membesar dan banyak daun-daun kunyitku.. Rasa seronok dan bangga sebab aku sendiri yang tanamnya.. Orang cakap kalau tangan panas, apa yang kita tanam tak jadi, tak tahulah aku.. Sebab aku tanam dengan niat untuk makan hasilnya dan kalau ada yang nak, ambik jelah asalkan pokok tu tak rosak sudah..

Memandangkan belakang rumah dah bersih, aku nak minta hubby tanam pokok cili yang dah mula membesar hasil tangan hubby yang menyemainya sebelum ni.. Satu je pokok yang belum mengeluarkan hasil walaupun dah ditanam sejak aku pindah ke sini.. Pokok Betik.. Hubby cakap sama macam tuan dia 'rendang' tak tinggi-tinggi.. Tapi aku kira tinggi jugaklah kalau nak dibandingkan dengan dak kakak dan adik.. Hahaha..


psstt: Belakang rumah ada pokok ulam raja, kunyit, betik dan mahkota dewa.. Aku nak pujuk hubby beli benih lagi biar kat belakang rumah penuh dengan sayur-sayuran.. 'berbudi pada tanah..'

17 comments:

Faris Adli said...

besarnya rumah kau boleh tanam macam2?

risa said...

mak aihhhh rajin benau ko ye..
meh datang umah akak kasi bersih semua lelalang tuh...meh ler
hehehehe...pokok kunyit wajib kan kan
pokok kari dan pelam2an memang ado neh..pokok malberi pon adooooooo

aizamia3 said...

Faris:
ish.. Takdelah besar mana tapi puaslah kalau nak tanam pokok-pokok herba + sayur-sayuran..

aizamia3 said...

risa:
k.Risa.. Takdelah rajin mano tapi sebab nampak semak kat belakang rumah tu yag bersihkan.. Pokok kunyit, serai, kari memang pokok wajib yang ado kat rumah ni.. Pokok pelam takde tanam kak sebab sebelah rumah dah tanam, nanti mintak je.. Hahaha..

Ayin Masliza said...

bagus betul..... saya tak serajin begitu nak kemas kebun.. hehe... tu yng beli rumah ak der tempat nak berkebun... ehhehehe

ladyzamea said...

wah...cantik pulak tengok labu tu posing..
lagi cantik bila dah masuk dlm periuk buat pengat...


hehehe...mmg tak rugi berbudi dgn tanah ni.pahala dapat,hasilnya pun dapat..Alhamdulillah!!!!

aizamia3 said...

Ayin Masliza:
nak kata rajin sangat tak jugak tapi tak suka tengok belakang tu kosong.. Dulu rimbun dengan pokok terung telunjuk, lepas tu pokok labu.. Lepas ni tengah fikir..

aizamia3 said...

ladyzamea:
cadangan yang bernas, boleh minta pengasuh buat ni.. Hikhikhik..


Betul.. Betul.. Berbudi pada tanah.. Alhamdulillah sedang merasa hasilnya..

Kalamhati said...

bestnye kalau dpt bercucuk tanam sikit2..
KH duk umah bertingkat2 takde tanah..hhuhuhu

Farah Shamsudin said...

rajinnyee...:)

aizamia3 said...

KalamHati:
rezeki anak-anak dapat rumah atas tanah.. Itu yang rajin.. ;)

aizamia3 said...

Farah Shamsudin:
ni bukan rajin tapi dah rimas tengok belakang rumah semak..

アヌム ちゃん said...

aa kenapa labu tu jadi leper ye..huhu..tp best laa boleh tanam mcm2..seronok kalau tgk hasil tanaman sendiri ni kan kak..

aizamia3 said...

frometoyou:
agaknya sebab dia tergantung tak jejak tanah kut.. hubby cakap macam tuan dia jugak.. hikhikhik..

risa said...

ko takyah mintak2 kat sebelah le sayamm...meh amik umah akak neh
melambak2 adoooo:)

aizamia3 said...

risa:
wah.. boleh ni pujuk ayat-ayat ngorat kat en. suami pergi umah akak sayam.. hahaha..

saufi said...

Masa dulu ada gak tanam labu...ramai orang tak tahu cara nak bagi berbuah.

Sebenarnya...bunga jantan tu kena dipetik dan letakkan debunganya pada bunga betina, baru la ada persenyawaan, maka buah pun membesar apabila bila biji terbentuk.

Zaman sekarang ni lebah pendebungaan dah kurang jadi kita kena la debungakan sendiri.

Banyak gak labu kitorang berbuah masa nak dekat Raya Haji dulu...siapa yang datang rumah kami masa time Raya Haji tu kami bagi la buah labu..sampai kena belah2 sebab besar gedabak...hahaha

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...