Followers Remaja Purba

Thursday, June 30, 2011

Pemanduan di Lebuhraya

Dah memang jadi rutin harian pergi dan balik kerja aku pandu kereta.. Terus-terang aku ni jenis tak reti pandu slow nak cepat je tapi bukan secara melulu.. masih ingat pada yang tersayang disayang.. ;)


Petang semalam:

Bila dah masuk highway ada tempat kena pandu 110km.. ada tempat kurang dari tu.. Jadi sebagai pemandu kenalah alert dan yang penting bukan memandu dengan kelajuan maksima..

Aku memang suka layan pemanduan dilorong paling kanan (my favourite lane).. dan dalam masa yang sama aku follow sebuah kereta wira ni.. mula-mula oklah sebab kenderaan banyak, tapi bila dah lepas susur Puncak Alam lane tu dah kembali ok.. Aku tengok kelajuan pada meter tak sampai 100km.. eemm.. ok sabar lagi.. bila sampai dekat kawasan yang bertanda 110km masih sama lagi..

Wah.. tak boleh jadi ni, kang kalau 'bersin' nanti dia ingat aku marah.. Sempatlah aku tengok dalam kereta tu (yelah.. sebab dia masih depan aku kan..).. si awek sebelah boleh layan dia yang tengah memandu ni.. 'Hai.. kak.. berhenti tepi jalanlah kak kalau nak manja-manja mesra-mesra ni..'

Pilihan akhir aku.. cucuk angin bagi lampu tinggi dan opss. ter ter'bersin' pulak.. sorilah bang.. saya dah letih nak balik cepat nak rehat ni bang bukan nak follow abang tengok apa yang awek abang buat..

Sekali lagi saya minta maaf ye kalau abang terasa dengan perbuatan saya tu ye.. kena fahamlah situasi bila pandu.. kena alert dengan keadaan sekeliling.. Aku ni takdelah sempurna mana tapi macam aku bagitau tadi kena faham dan alert ye bang.. dan terima kasih sebab memberi aku lalu.. 'tumpang lalu ye bang..'



psstt: Akukah yang tak sabar atau dia yang tak faham..


Nota jemariku: Sepatutnya entry ni publish malam tadi tapi hp belum ok lagi, aku belum ada masa nak bawa dia ke 'klinik'..

22 comments:

bujal X said...

oh~~akak yang bagi lampu kat saya semalam?? biasa ni merempit~~haha~~

aizamia3 said...

bujal:
hahaha.. itulah, kalau bagi laluan takdelah akak bagi lampu semalam.. ;)

PinKy MoMMa said...

nak manja manja balik umah hahaha..
mcm dia sorang je ada abang hehe..

sabar ye dear ;)
sllu gak bertembung ngan jenis camni..

Ulam Kerdas said...

hahaha..dah nak manja2 guna la lane paling kiri..aiyokkkk....

mmg ptt pun ah kakk wat gituu :P

Huszaini said...

kena pasang kanggaroo bar nih.. langgar jer sikit baru bagi lampu hehehe

ayin said...

orang kita kalai driving mmg camtu, time kita bagi signal nak laju, time u lah dia pecut... td jalan terhegeh2.. ehh.ehh, emo plak tulis komen nihhh

aizamia3 said...

PinkyMomma:
semalam agak penat, bila kena macam tu rasa.. huhuhu.. bertambah penat..

aizamia3 said...

Ulam Kerdas:
Selagi boleh akak taknak guna pilihan terakhir tu tapi alahai.. agaknya dia jenis tak faham @ buat-buat tak faham..

aizamia3 said...

Huszaini:
hikhikhik.. biar dia rasa sikit hentakannya tu..

aizamia3 said...

ayin:
itulah kak.. ni lebih kepada geram, time kita dah bersedia pandu laju tetiba masuk lane kita pun satu hal gak tu..

Anum said...

sebelah kanan memang utk laju
so dia kt tgk la keadaan sekeliling...
nak manja2 behenti tepi jalan la atau ikut kiri

risa said...

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tak suke org ringan2 dalam keta neh..lagi2 kalau bawak simpang siur..rasa nak hon2 jerkkkk..uihhh

aizamia3 said...

Anum:
masih ada yang tak faham konteks fast lane tu..

aizamia3 said...

risa:
itulah kak.. takdelah ai nampak apa sebenarnya dia buat tapi aweknya pegang2 pemandunya dan pemandunya pulak tak boleh nak pandu laju.. akhirnya itulah ai guna last choice tu.. :(

MamaEma said...

saya suka bawa lane kiri time jem..sebab line kiri lebih laju dari kanan bila jem... tak beranilah nak cucuk2 dan bagi lampu tinggi..takut diaorang brenti mengejut ke..naya...

aizamia3 said...

MamaEma:
time jem memang lane paling kiri biasanya akan jadi lebih laju sebab orang tak berapa gemar dengan lane tu.. ;)

Puan Capa said...

ganasnya kak bawak kete..cuak cuak nak lalu puncak alam mcm ni..hehehe

syuwai said...

kita spesis bab driving tu.. memang sya pun jenis bawak kreta laju tp bukan jenis yg nak cari maut XD

orang spesis gitu memang tak boleh blah!

<=memahami perasaan akak =)

hehehehe

aizamia3 said...

Puan Capa:
hahaha... dah lama tak lalu kat puncak alam.. yang semalam kat NKVE nu.. hampir susur nak ke puncak alam..

aizamia3 said...

syuwai:
itulah.. bukan nak cari gaduh kat tetengah highway tu tapi napelah dia macam wat derk je.. alahai..

Nini Hartini said...

ehh? salah ke nak manja2 dlm kete ng suami? kete nini.. akk jeles eh siap nak hon2, bagi lampu.

hahahhaa...

kak, nini pn kalau drive lg laju dr suami. huhu

Heart In A Cage .

aizamia3 said...

Nini Hartini:
ish tak salah nak manja2 tapi itulah Nini pandu slow sangat.. akak bagiler lampu.. hikhikhik..

Kita memang boleh geng tapi pandu pun tengok tempat lajunya, bukan main redah je.. tak baik untuk keselamatan diri dan anak-anak.. <--- ingatan untuk diriku juga..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...