Followers Remaja Purba

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

Rata-rata dah tahu sape pemenangnya.. Aku ingat JOZAN menang tapi Sepah yang dapat.. Ni baru betul habis madu sepah jangan dibuang, tengok hasilnya tak mengecewakan..

Kalau korang perasan yang baju kuning dalam kumpulan Sepah tu (time ni pulak aku boleh lupa nama dia) nampak kurus.. Ke mata aku dah rosak takleh nak bezakan kecik besar..

Ok stop.. Ni aku nak cerita antara dua-dua segmen tu dan semua finalisnya..

JAMBU..
Segmen pertama biasa je.. Tapi segmen kedua paling best antara semua, memang happening.. Nak pulak ditambah dengan kehadiran Zila Bakarin..

NABIL..
Bagi aku untuk kedua-dua segmen tu tak menjadi.. Mungkin sebab dia sorang dan dia kena memainkan peranan yang lebih untuk memikat pengundi..

SEPAH..
Segmen pertama best.. Hahaha.. Segmen kedua pun ok dan kejutan yang dorang buat tu pun dah boleh agak dah sape yang akan muncul.. Habis tu dok sebut Dafi Dafi..

JOZAN..
Segmen pertama.. aaaa... eeemmm... Aku kurang suka bila Keris tu boleh dijadikan lawak.. Tapi aku tau dorang takde niat apa-apa kan.. (backing nampak..) 'nak buat macam mana.. Dah minat..'
segmen kedua pulak.. Tarian ok dah tapi tang lagu tak berapa berkesan..

Antara kedua-dua segmen dari semua finalis, aku paling suka JAMBU buat persembahan dengan Zila Bakarin tu.. JOZAN pun ok.. Namun siapa tahu, rezeki buat Sepah.. Tahniah buat Sepah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak 2011..


psstt: Masih belum boleh terima JOZAN kalah...

6 comments:

hamzah ian said...

tp sepah mmg terbaik.. hehe

Teenager Housemaid said...

yang penting duit nabil paling banyak antara kesemua peserta...haha!

aizamia3 said...

hamzah ian:
memang rezeki sepah.. tahniah buat kumpulan sepah.

aizamia3 said...

Teenagers Housemate:
betul.. walaupun dia dapat tempat ketiga tapi dia paling untung kan.. rezeki dia..

kay_are said...

sepah memang layak menang.. dorang konsisten tiap2 minggu.. jozan pun ok.. nabil.. rase nye kalau die wat lawak macam time rj lawak 2 dulu.. gune talent die tukar watak, tukar sore.. mesti lebih best.. jambu lak memang bawak impak yang mengejutkan.. ape pun.. tahniah kat dorang sume.. =)

aizamia3 said...

kay_are:
memang rezeki dia..
Nabil tak macam masa raja lawak dulu, lawak dia macam tak menjadi, macam ada kekurangan..
Jozan tak all out.. huhuhu..
Jambu pun ok, ada masa lawak dorang betul-betul menjadi..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...