Alhamdulillah selamat sudah (moga jawatan itu dalam genggaman)..
Pagi tadi aku sampai di Pusat Temuduga dekat pukul 8 pagi, turn aku dekat pukul 12 lebih.. Dalam 20 minit aku dalam bilik temuduga tu..
Wah.. sebelum tu punyalah risau, yang belum masuk siap pakat-pakat nak tau apa yang disoal dari calon yang dah lepas interview.. biasalah.. ada yang ok bagitau, ada yang tak nak share.. Aku buat-buat biasa je sedangkan dalam hati berdebar teramat..
Kelakarnya, siap bincang jawapan apa yang akan ditanya.. calon sebelah aku ni siap buat nota bagai lagi.. aku tumpang dua kalilah nota dia.. sudahnya satu apa pun takde disoal.. semua berkisar berkenaan tempat kerja sekarang..
Bila dah lepas, lega sangat-sangat dan kali ni aku dapat penemuduga yang tak garang dan tak kerek.. ok.. mamat sorang tu comeii.. gigi arnab.. hahaha... sempat lagi tu..
Memandangkan habis pun dah dekat pukul satu, memang sah dan confirm aku tak masuk kerja dah.. 'Branch' (breakfast + lunch) dengan hubby.. tapi langsung tak terasa lapar dah gara-gara dah kenyang interview tadi..
psstt: terima kasih abang sebab teman dan sanggup tunggu pagi tadi.. (sebagai balasan Isnin lepas aku berdua je dengan dak adik kat PPUM..) .. DAN kepada rakan blogger semua, hari ni aku tak sempat nak bw kat blog korang.. aku letih nak rehat.. esok aku singgah ye.. mintak maaf banyak-banyak..
lega dah ye..
ReplyDeletesemoga berjaya nanti!!
risa:
ReplyDeletealhamdulillah kak, selesai satu peringkat..
doa bebanyak..mana tau ada rzeki anak2 ;)
ReplyDeletePinkyMomma:
ReplyDeleteamin.. Ni menumpang rezeki anak-anak..