Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Kisah aku di pagi hari Jumaat ini..
Macam biasa, aku kena keluar rumah sebelum pukul 6.30 pagi, kalau lambat confirm highway tu jadi litar F1 bagiku.. Dan.. pagi tadi, aku lewat 15 minit.. punca..?
Petang semalam, hubby sampai dulu dan kebiasaannya pintu pagar rumah memang dah sedia terbuka.. Jadi memang aku langsung tak perlukan kunci dan tak teringat pun nak ambil yang dalam kereta macam biasa.. Sebenarnya dah pernah berlaku macam ni tapi masa tu aku ada kunci spare..
Nak jadikan sebab, nak keluar rumah, baru aku teringat yang kunci aku dalam kereta.. Ah! Sudah.. Macam mana pulak nak hantar anak-anak, aku nak pergi kerja lagi..
Pagi-pagi aku dah buat talian hayat ke rumah atuk, minta tolong hantarkan kunci rumah.. fuh! Selamat aku pagi ni.. kalau tak bertunggu-tanggalah dalam rumah tak boleh keluar.. Ada hikmah rupanya hubby tak ambil kunci spare kat atuk.. (hubby memang serahkan pada atuk kalau kitorang cuti panjang)
Aku terus hantar kakak sampai depan pintu sekolah, adik pulak macam biasa ke rumah neneklah.. Lepas tu, sedang aku turun guna tangga dari tingkat 10, terpandangkan lori sampah yang nak buat lintas hormat depan kereta aku.. wah.. lagi laju aku turun tangga.. rasa nak lari pun ada.. yelah.. kalau dia dah lalu confirm aku stuck tak boleh nak lalu sebab dorang nak kutip sampah kat hujung block flat tu.. Aku pulak tak parking dekat rumah pengasuh, parking kat flat sebelah.. Lagi sekali aku selamat..
Dah tu, hadap pulak jalan jem.. dengan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya sekarang, lagilah buat jalan sesak dan dibantu oleh polis trafik yang menjaga aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan yang dah memang sesak tu.. Akhir sekali, aku selamat sampai kat office, itu pun aku ter ter rempit, kalau bawak macam nak pergi makan angin confirm aku lewat..
Penatnya pagi ni..
psstt: terima kasih buat along sebab hantarkan kunci pagi tadi, kalau tak.. sama ada aku lambat atau tak pergi langsung kerja hari ni..
selamat ade kunci kat atok kan.. kalau tak, memang tak ke tempat kerja.. yang anak2 pula tak ke sekolah la jawabnyaa..
ReplyDeleteFarah Shamsudin:
ReplyDeleteitulah.. nasib baik umah atuk selang 3 buah rumah je.. hikhikhik..
adeh...dugaan pagi! tapi mcm exercise pun ye kan?
ReplyDeletesalam aiza,
ReplyDeleteade la hikmahnya tu...
psni pendua kena jadi pentigalaa kunci2 tu...
spare untuk kecemasan
Mommy Fara:
ReplyDeleterasanya lebih kepada exercise dah pagi tadi..
nasib sempat kann??
ReplyDeleteainhany:
ReplyDeletewsalam..
betul.. nak kena buat jugak macam ni.. silap2 jadi peng'empat' kunci lak nanti.. hikhikhik..
Sal Saari:
ReplyDeleteitulah.. kalau tak.. merahlah hari ni..
fuh....f1 gitu!
ReplyDeleteok le tu..ada alasan datang lambat
ReplyDeleteMrs. Eady:
ReplyDeletehikhikhik.. sesekali dapat buat tak hengat..
MARIA LIZA:
seboleh mungkin taknak datang lambat, tak cantik rekod.. huhuhu..
seb baik ada kunci spare~~he~~
ReplyDeletebujal X:
ReplyDeletememang nasib baikler.. kalau tak ada yang terjerit dari dalam rumah gamaknya..
fuhhhh peluh2 ketiak membaca nye dik nonnnnn...adehhh
ReplyDeletepepagi kalo tak kelam kabut sesekali tu tak sah kan dear kannn