Followers Remaja Purba

Saturday, July 9, 2011

Glam kau BERSIH..!

Sana sini dok bercerita pasal BERSIH.. Aku tahu ramai yang tak sukakan keadaan hari ni, menyusahkan ramai orang yang perlu berurusan di sekitar Kuala Lumpur..

Kenapa nak buat perhimpunan macam ni, dah tahu keputusan TAK BOLEH.. NO.. Janganlah cuba mencabar kewibawaan Negara.. Ibarat hal dalam rumahtangga diketahui oleh jiran sekeliling, macam tu jugak Negara luar sedang memerhati suasana di Malaysia.. Kau suka..? Aku dah tentu tak suka..?

Aku tak kata cara korang tu salah dan aku tak kata aku setuju.. Ok.. aku bagi contoh:
Bila ada sesuatu isu, dah tentu kita akan bermesyuarat mencari jalan penyelesaian kan..? Takde masalah yang tak boleh diselesaikan tapi perlulah melalui jalan yang betul.. Bila kata sepakat dah diambil barulah sesuatu peraturan/akta itu digubal.. Memang melibatkan banyak pihak tapi sekurang-kurangnya takde meninggalkan kesan yang teruk kepada rakyat jelata khususnya..


Pernah terfikir tak, kesan daripada masalah ni pada kami semua..?
Beribu-ribu pengguna terperangkap dalam kesesakan jalanraya..
Lewat sampai ke pejabat..
Peniaga mengeluh pendapatan mereka merosot atau langsung tiada pelanggan (nak shopping macam mana, dah kalau banyak jalan kat K.L nu ditutup)..
Boleh mendatangkan kemarahan pada pengguna jalanraya (korang suka ek di marah di cerca..)..
Cuba bayangkan juga ada nyawa yang perlu diselamatkan segera (kalau ada spare takpe)..
Minyak kereta (alah setakat duit minyak kereta aku mesti korang mampu bayar kan..)..
Sakit kaki.. (korang sanggup ke nak urutkan kaki ni..)


Perkara yang remeh macam nilah buat memberi impak yang besar pada pembangunan Negara.. Memang bagi korang tak meninggalkan kesan tapi tidak bagi kami..?


psstt: bersedia untuk pemBERSIHan secara menyeluruh di dalam rumah..

8 comments:

  1. cik aizamia,
    jalan byk tutup...tensen...duk umah jer ari ni...jalan tutup ampai malam plak tu...

    ReplyDelete
  2. Tu laaa... akak pong geram gak tgk...org lain punya agenda, pengguna yg terkesan sama akibat tindakan yg dibuat...

    ReplyDelete
  3. mmg menyusah kan..td tgk berita pn geleng kepala je..

    ReplyDelete
  4. msredcheesecake:
    tengok berita.. kesian keadaan pengguna jalanraya.. ;(

    ReplyDelete
  5. Ceni:
    jalan selamat duduk rumah jelah walau hakikatnya meronta-ronta nak ukur jalan.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  6. aa tapi yang saya dengar polis yang tutup banyak jalan tu kan kak..kalau polis tak sekat and tutup jalan, tak jam mana pun kot kan..isk2.

    ReplyDelete
  7. frometoyou:
    kalau polis tak tutup memang jalan takkan jem tapi disebabkan takut berlakunya rusuhan yang tak terkawal itu yang terpaksa dilakukan.. kalau takde rasanya lagi kacau bilau..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...