Followers Remaja Purba

Saturday, July 9, 2011

Dialog KL Gangster

Aku tak berkesempatan nak tengok kat pawagam apatah lagi nak beli DVD tak berapa haram pasal filem ni.. Nak tengok kat rumah DVD Player aku di McGyver kan dak adik.. Nak tengok kat lappy mana puas..

Sudahnya, aku ‘hutang’ kat astro RM15 semata-mata nak tengok filem ni kat channel Astro First.. Hutang..? Yelah cukup bulan bil sampai baru bayar.. kira hutanglah bayar kemudian..

Tengok sampai muntah selama 48 jam berikutnya.. Dari awal hingga akhir hanya pada babak tertentu melibatkan perempuan.. selebihnya semua berunsur keganasan yang dikuasai oleh lelaki..

Aku taknak review filem ni sebab aku tau korang mesti dah tengok punya.. tapi aku suka beberapa dialog dalam filem ni.. Antaranya:

1. Lu macam masuk true fitness bro, ni tempat bukan true fitness bro.. (Zizan)

2. Aku tak besarkan badan tapi aku besarkan hidung.. (Aaron)

3. Pakai seatbelt, nanti kang kena saman pulak.. (Zizan)

4. Abang bukit bintang, sejak aku korek hidung dia, baik resdung dia.. (Zizan)

5. Mak lebih rela susah Malek dari makan duit haram, mak malu dengan orang kampung.. pergilah jangan balik lagi..

6. Gua tak takut mati tapi gua tak nak mati (Ady Putra)

7. Kalau lu nak tengok gua mati, lu kena bunuh gua dulu (Aaron)


Setengah jam pertama filem ni cool je sebab celoteh Zizan tapi lepas tu sampai akhir aku rasa kancing gigi aku rasa menahan geram.. Korang yang dah tengok mesti tau kenapa.. Korang yang belum tengok marilah meng’kaya’kan lagi Astro.. Filem ni tak bosan cuma tak senang duduk jelah..



psstt: Ok stop di sini dulu.. Nak layan lagi filem tu..

20 comments:

Farah Shamsudin said...

movie ni pun msaya tak tengok lagi.. rasa cam dah lamenya tak tgk movie nii..

Ujang9897 said...

bestkan cerita dia..

saya ada gak buat dialog2 yang ada..=)

http://azfar9897.blogspot.com/2011/06/dialog-filem-kl-gangster.html

tia @ Ini Kisah Tia said...

eee . teringin nak tengok . kena pujuk ibu ni supaya beli . ehehe :)

ayin said...

perghhhh sampia hapal sekrip. akak pun dah tengok malam td. kita ni kategori yg mengakayakan astro..

komen akak, selain bahasa dia yg kasar yg tak sesuai utk tontonan kanak2, dari segi filem, mmg bagus betul anak yusuf haslam... bebakat

aizamia3 said...

Farah Shamsudin:
filem ni nampak menarik tu yang 'beli'.. tengok sampai muntah.. ;)

aizamia3 said...

Ujang 9897:
betul best.. tapi letih ada sesi soal jawab dengan anak2..

aizamia3 said...

tia @ Ini Kisah Tia:
tengok time weekend baru puas.. dapat tengok banyak kali.. ;)

aizamia3 said...

ayin:
itulah bapa borek anak rintik.. ;)
perasan tak, boleh dikatakan setiap filem arahan dia, mesti dia turut serta dalam filem tu..

pasal bahasa dalam filem tu memang agak kasar dan memang tak sesuai untuk didengari oleh anak-anak..

BRO_MONDAY said...

aizamia : ai dah tengok!!! tapi bukan kat wayang!!! maklong lah, ada anak skam ni dah susah nak masok citer² yam besar klasifikasi nye...stakat kung fu panda 2 tu boleh lah...

p/s : ai tengok kat yutiub full muvie...dah ada oram upload kat sana...kalo x, dah tentu ai akan buat macam yu...astro 1st!!!

aizamia3 said...

BRO_MONDAY:
betul.. susah nak bawak anak2 kalau cerita yang kurang sesuai..

psstt: tengok kat yutiub ai layan sorang2.. ;)

Isteri Encek Bard said...

bar layan semalam.. best gak

.m y z. said...

fuhh ulang banyak2 kali tu. hee~ kalau kita langgan filem ni, kita boleh tengok banyak kali and bila2 masa je ke? tak tau sebab tak pernah langgan lagi. cite ni pun tak penah tengok lagi. org kata best.

aizamia3 said...

Isteri Encek Bard:
betul best.. ;)

aizamia3 said...

m y z:
kalau kat astro first tu boleh tengok selama 48 jam..

contoh: beli filem KL Gangster kat astro first tu, pastu tengokler untuk 48 jam berikutnya.. maksudnya cite tu akan berulang-ulang sehingga expirednya..

msredcheesecake said...

Cik aizamia,

Msred suka dialog adiputra no 7 tu....kelas...

aizamia3 said...

msredcheesecake:
yang adiputra no. 6..
no. 7 aaron.. ;)

ai pun suka dialog tu.. penuh yakin.. ;)

saiazuan said...

amacam cuti bro? ada best??
hehe

atwr #4 on release
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

aizamia3 said...

saiazuan:
hehehe..
bolehlah layan KL Gangster..

anismelon said...

wa..tak tengok lagi...ketinggalan ketapi tanah melayu betul anis nie..heeee..

aizamia3 said...

anismelon:
tak jugak.. orang lain dah lama tengok akak baru tengok.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...