Followers Remaja Purba

Friday, July 29, 2011

Cermin Kereta Pecah

Semuanya bermula dengan SIKAP..

Tempat kejadian:
Parking kereta di rumah pengasuh..

Masa kejadian:
Petang time balik kerja..

Punca:
Barang jatuh dari tingkat atas (dari sumber petang semalam, ianya bermula dari tingkat 15) lalu menimpa kereta yang diparking di bawah.. cermin belakang kereta pecah..

Macam mana dapat dikenalpasti:
Berdasarkan botol ubat yang dibuang tu ada nama pemiliknya..


Kalau sebelum ni aku ada cerita pasal kereta aku kena ludah, kali ni cermin kereta pulak.. Memang tak kena kereta aku tapi kesiannya pada tuan punya kereta tu nak repair balik cermin belakang keretanya itu..

Namun aku bersyukur aku lewat sampai dan tak parking kat tempat tu.. biasanya tempat tu tempat favourite aku parking… Rupa-rupanya ni masuk kali ketiga cermin kereta kat parking tu pecah.. Angkara siapa.. aku tak pernah pulak menanya..

Perkara-perkara macam ni memang diluar kawalan tapi masalah takkan timbul kalau tiada sikap macam tu.. tak kisahlah baik anak, mak, ayah atau sesiapa.. kalau anak-anak main berhampiran tingkap kita kenalah perhatikan agar tiada kenderaan yang mendapat balingan percuma (macam bolasepak pulak).. Macam tu juga pada orang tua tapi perasan muda.. janganlah jadikan tingkap tempat pembuangan sisa kumuhan.. Tu pengotor namanya..



psstt: Aku risau.. kalau kereta tak kena.. aku takut kepala yang kena..

23 comments:

Mommy Fara said...

Pelik betullah mentaliti masyarakat skg nie. nape tergamak nak buang sumting dr rumah ye? Pelik....

Saya pun ada peristiwa. Masa tu duduk menumpang rumah makcik di flat. Tgh syok lyn FB, tibe2 ade kesan terhempas pastu memercik2 kena saya (pc betul2 tepi tingkap). Terkejut gile saya. Cek2, upenye pampers baby? Ceh! Tak de sivik! Tak psl2 mandi tang tu gak!

=(

anismelon said...

tak beradab lansung lah gnie..nie lah masalah nye tinggal dekat rumah yg tingkat tingkat gnie..haish..

Aku Ibu Muda said...

nasib baik tak de yg tercedera..kalau kena kepala? lagi parah kan

bujal X said...

susah rupanya duk rumah tinggi2 ni~

sabar la tuan punya kereta~haih~

cik idora said...

laen kali kne haty2.. jgn letak kreta kt tmpt2 yg slalu jdik kjadian cm 2..

gedek! said...

percaya tak benda ni tak berlaku kat singapore? Wal hal semua rakyat dorang dudok rumah flat...

saiazuan said...

truk nye kawasn prumahan

Cik Purple Pinkypuff said...

isk.. ade pulak smpai mcm tuh ek.. nak mrh pun, tak tau saper yg buang.. kesian kat org punyer kete tuh..

Norhisham Nordin said...

mmg bahaya tau... boleh dikatakan sume tempat ada masalah cmni... ada yg baling sampah, pasu bunga jatuh laa... org terjun pun ada... eeee...

aizamia3 said...

Mommy Fara:
walaupun hanya segelintir tapi boleh menyebabkan kesusahan pada orang lain..

aizamia3 said...

anismelon:
tak semua tapi itulah yang kena hadapi..

aizamia3 said...

Aku Ibu Muda:
moga janganlah kena kepala..

aizamia3 said...

bujal X:
itulah bujal.. kesian kat dia.. cuba bayangkan kalau kewangan dia cukup makan pakai je.. :(

aizamia3 said...

cik idora:
walau kita dah hati-hati sekalipun tak disebabkan yang segelintir tu..

aizamia3 said...

gedek:
bukan tak percaya uncle tapi pernah ke sana..
kita boleh sebenarnya tapi bila dah segelintir yang membuat onar maka semua terkena kesannya..

aizamia3 said...

saiazuan:
kawasan tu ok, takde masalah.. yang prob. nya sikap segelintir penghuninya..

aizamia3 said...

Cik Purple Pinkypuff:
moga tak bergaduhlah dorang.. selesai cara baiklah hendakNYA..

aizamia3 said...

Norhisham Nordin:
betul.. malang tak berbau.. kita tak tau walau dah berhati-hati..

kinna said...

rumah tinggi tapi mentaliti rendah..gini le jadinya..
er, kat rumah saya ada org buang kondo* kat bawah blok kondo..hish...geli!

aizamia3 said...

kinna:
itulah dia Kinna.. semuanya bermula dengan sikap.. kalau baik maka hasilnya baiklah tapi kalau sebaliknya itu yang boleh jadi masam muka sampai bergaduh bagai..

Syazwan Che Deraman said...

bahaya tu..
bahaya..
hmmmmm..manusia sekarang..

Cik Ina Do do Cheng said...

aiza masalahnya kebanyakan orang tak boleh terima teguran. contohnya cam rumah cik ina, dorang tak nak pantau anak dorang main bola kat depan rumah orang.kalau rumah cik ina tak pelah memang tak de kereta. habis kalau kena kereta orang lain cam mana.

PinKy MoMMa said...

ya allah..moga kamu dilindungi ye..
kete tak pe yang..jgn kena pada diri sendiri lagi takutttt...

jaga diri k..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...