Followers Remaja Purba

Wednesday, January 7, 2015

Umang Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar


Entry tertunggak..
Kisah pada 2 Januari 2015..


Kalau tahun lepas aku makan di Captain Steamboat & Grill.. kali ni kita tukar selera pulak..
Tempat pilihan kali ni beroperasi sejak awal tahun lepas.. cuma baru kali ni berkesempatan nak cuba..

Nak kata aku sambut anniversary kat tempat ni tak jugak.. cuma lebih kepada perjumpaan bersama adik-beradik hubby..
Mudah nak cari sebab berada di laluan utama dari Pekan Meru ke arah Puncak Alam..
Kalau dari Pekan Meru dalam 3 km, Restoran ni berada di sebelah kiri..
Kena alert sikit sebab signboard nak masuk tu kecik sikit
(pemilik Umang-umang boleh tukar signboard lagi besar rasanya kat tepi simpang jalan masuk tu)..



Umang-Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar
Lokasi: Lot 5466, Jalan Sekolah, Kampug Bukit Kapar, Selangor
Harga : RM23 (dewasa), RM10.90 (kanak-kanak), RM13.90 (60 tahun ke atas)
Waktu Operasi : 6.00 pm – 11.00 pm (Tutup hari Khamis)
Tempahan : 011-2816 9501




Maklumat yang sama boleh didapati di SINI..



Kali pertama hujung tahun lepas.. bersama SIL dan hubby kami cuba di sini..
Masa ni ada menu kambing.. 2nd time pergi tak dak pulak..
Menu yang berbeza setiap hari..



Ada dua pilihan sup..
Sebelum ni kami pilih sup ayam.. kekonon tak nak bagi anak kepedasan kalau ambil tomyam tapi sudahnya dak Nuha langsung tak nak makan masa tu..
Dia cuma makan bila ada ice cream.. lagipun masa tu waktu dia tidur..


Kali kedua pada 2 Januari 2015 lepas bersama adik-beradik hubby..
Kali ni kami pilih sup tomyam.. takdelah pedas mana.. mungkin sebab ada beberapa sos yang disediakan mengikut selera pelanggan..



Dak Adik paling banyak makan daging blackpepper..


Dak Nuha tak pandang menu lain dah.. ice cream jadi pilihan hati..


Ice cream ni akan di hantar oleh pelayan..
Biasa aku tengok dorang serve ketika lepas dah kenyang makan steamboat.. kira dessert penutuplah sebelum balik..
Tapi aku minta sedari awal nak bagi dak Nuha senyap sebab masa ni dia meroyan nak balik nak main dengan anak jiran kat rumah.. huhuhu..
Nasib baik makan pujuk.. itupun adik hubby yang pujuk.. takmo duduk dengan aku.. nak duduk dekat cikPen nya..


Bersama adik-beradik hubby.. Ini pun kurang 2 orang ahli tak dapat join sama..


Selesai makan..
Hubby dah tahu dah perangai aku.. tak suka bersepah-sepah atas meja tinggal macam tu je..
'aaa... kat sini ada kerja kosong tak.. akak ni takde kerja..' huhuhu..


Cuba dulu baru tahu..




psstt: Rasa sayang.. rasa cinta yang tiada berpenghujung..



16 comments:

  1. Nampak sedap dan harga pun boleh tahan...alaaaa knp jsuh sgt.....SA kat KL...lom tentu si gula2hati tu nk pi kalau ajak

    ReplyDelete
  2. Nampak banyak pilihan. Mesti berbaloi dengan harga yang dibayar, kan?

    Wah...dak Nuha bambam...comel sangat. :)

    ReplyDelete
  3. Ayat dari seorang isteri yg membuat seorang suami rasa sangat bahagia hingga makan tak kenyang, mandi tak basah: "psstt: Rasa sayang.. rasa cinta yang tiada berpenghujung.."

    ReplyDelete
  4. lama dah tak makan steambot...nampak menarik

    ReplyDelete
  5. sgt menggoda betul lah stimbot tuh kak... harga pun tak la mahal sgt kan

    ReplyDelete
  6. last steamboat kat Krabi, hehehe.. tahun lepas la... tahun ni..belom lagi bersteamboat.. tapi nak senang gi Johnnys Alamanda je Aiza.. not bad la... nak mereka ke tempat cam aiza ni.. tak tau la bila sampai daku agaknya, hahahah~

    ReplyDelete
  7. OK, noted...

    TQ buat review...senang utk saya se family try.,..hahahaha

    Captain Steamboat tu pun saya belum pernah try...selalu lalu aja depan nya

    ReplyDelete
  8. harga boleh tahan tu... nmpk best!!

    ReplyDelete
  9. Dulu asben penah kata nak bawak pi umang2 tapi x pergi2 lagi rasenye..

    ReplyDelete
  10. Banyak betul deretan bahan2 untuk steamboat tu.

    ReplyDelete
  11. Banyak betul pilihan tapi harga murah juga ya. Untung ada customer yang ringan tulang lepas makan. Hahaha!

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,,akak,mana lagi best umang-umang ke captain sreamboat..jarang makan steamboat nih...mana satu mantap..

    ReplyDelete
  13. Anonymous:
    Wsalam..
    Dua2 tempat tu menarik.. akak suka..
    Tapi akak lebih suka bawa anak2 makan di Umang2 sebab dorang akan focus makan, tak fikir menda lain..
    Kalau di Captain, rugi je sebab ada tempat untuk dorang main.. dah tentu dorang tak nak makan sebab sibuk nak main je.. dan akak sendiri tak kenyang sebab nak kenya jaga dorang main.. hehehe..
    Apa-apapun dua2 tempat ni menarik.. service dorang pun mantap.. ;)


    ReplyDelete
  14. akak,,saya xde anak kecik pun..hihi..tgah study lagi..haha..ni nk bawak ayah ibu makan..tu yang tanya,mana best..dari segi makanan.variasi makanan..ayah suka kambing.. hihi..tomyam kena bayar x? ataw juz bayar rm23 tu?mekasih..hihi..jasamu dikenang...

    ReplyDelete
  15. Anonymous:
    ooo.. dekat captain steamboat lagi menarik rasanya.. ;)
    dari segi harga bayar RM23 then makan apa saja yang kita nak makan selagi ada ruang kosong dalam perut.. dan elakkanlah pembaziran..
    dari segi pilihan kuah dorang akan tanya nak tomyam atau sup..

    ReplyDelete
  16. grill kat captain pun ok kan?ada kambing ayam semua tu kan?seafood pun ok kan?haha..bukan apa,,jarang nk makan benda mahal2 ni,nak yg terbaik klau boleh..hihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...