Malam minggu lepas..
Awalnya dak Kakak dengan dak Adik tak nak ikut..
Tapi bila aku cakap nak pergi Stadium, laju-laju dorang cakap nak ikut dan terus bersiap..
Taraa.. dah sampai sini..
Highway SKVE..
Lagi sekali taraa.. dah macam jakun lak aku.. syukur hubby tak pandu laju..
Kalau tak.. boleh selfie depan camera tu.. kihkihkih..
Perjalanan diteruskan menuju ke tempat ni..
Akhirnya selepas sesat 2 kali, kami selamat sampai di Stadium INSPEN, Kajang..
Perlawanan Amal 4 Penjuru Bola Sepak Kami Prihatin yang dibarisi oleh 4 pasukan:
INSPEN Football Club
Raja Lawak United
Malaysian Artists Sports Club
The Red Warrior Club KLIA
Sebelum perlawanan dimulakan.. moh kita bergambar..
Photographer: dak Kakak
Eh! Itu je gambar yang ada..?
Punca..?
Photographer cilik punya pasal ler.. spoil mood ibu tau.. huhuhu..
Dak Nuha pantang tengok aku keluarkan monopod, berebut nakkannya..
Babah pujuk pun tak layan..
Sudahnya memang takde arr walau sekeping gambar aku dengan mana-mana artis yang ada kat Stadium tu..
Ok.. ok.. perbetulkan balik niat datang ke Stadium ye Mak Budak..
Bila perlawanan dimulakan, memang takdelah duduk kat tepi padang lagi..
Nun kat atas kami duduk..
Dekat tempat duduk utama menjadi pilihan..
Caca Raja Lawak bersama rakannya jadi MC pada malam tersebut..
Nasib baiklah dak Nuha tak meragam.. kalau tak.. memang sekejap jelah kat Stadium tu..
Kenduri gol je malam tu..
Pintu gol Team Raja Lawakler yang banyak bolos..
Fizo Omar pulak cedera dan tak boleh meneruskan permainan
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA.
Dalam pada tu ada selingan nyanyian dari 3 orang penyanyi baru..
Aman Nassim - lagu: Lafaz Setia
Ikhwan Fatanna - Lagu: Jatuh Cinta
Reza..
Lagu.. aku tak ingat.. maaflah ye..
Boleh google lagu dorang dalam youtube..
Inilah punca kenapa aku tak dapat nak ambil gambar artis yang ada masa tu..
Cik Nikon pulak dah diconquer oleh dak Kakak..
Apa yang aku boleh buat.. eemm.. layan tengok bola jelah dengan hubby..
Lama jugak kitorang kat sana..
Pkul 11 pm baru balik, itupun kami tak tengok sampai habis.. tak tahu team mana yang menang
psstt: Takpe.. nanti aku mintak hubby tanya kat Caca sape yang menang malam tu.. ekekeke..
Akhirnya selamat sampai rumah pukul 1 lebih lepas bawak anak-anak supper dulu..
psstt: Tahniah kepada pihak penganjur yang menganjurkan program ini..
hahahahaha. kira sekarang memang tak kemana lah kalau tempat kena duduk tgk fokus benda tu. uwais bukan mau duduk stsatik sje
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletehappy betul dak kakak
ReplyDeleteAyer Itam kt mane? Johor ek, ramai ek celebriti, hahaha.. Dak Nuha tau Ibu dia nak bergambar dgn retis tu yg dia conquer monopod, hahaha..semangat dak Nuha... dia pun sunuk dok stadium..hahaha! ingat ur hubby main bole juga...
ReplyDeleterajinnya kak..
ReplyDeletebebudak ni kalau da pandai berselfie mmg jenuh dibuatnya.. takdenya dapat pegang hs tu.. hehehe
ishhhh kalau lah ai kat sana tu.. ai jegilkan bijik mata, biar berebut ngan anak asalkan dpt bermonopod ngan artis... kah kah kah...
ReplyDeletedemmmmmm..ada kamera kat SKVE tu?? hahahaha..saya ada la 2-3 kali kot memecut kat situ..tak perasan langsung!
ReplyDeleteDak kakak dh mengalahkan retis dh...hee3...
ReplyDeleteHihi... Nuha dah pandai berselfie dah:) Cerdik... cerdik...
ReplyDeletehai..singgah sini..
ReplyDeletedulu selalu follow en suami main bola, sekarang dah tak kuase.. heeee
Memang sports family la korang kan... Kagum akak
ReplyDeleteSalam. Hee meriahn.
ReplyDeleteAES..hehe.
ReplyDeleteSyukur terlepas dari 'malapetaka'.
Kalau saya memang xpernah pi stadium untuk tengok game bola ni.
ReplyDelete