Bila bercerita mengenai sesaknya jalanraya.. mana-mana pun sama..
Pemandangan biasa bila berada di atas jalanraya..
Tapi bila bab sesak atas jalanraya.. memang ramai pemandu Malaysia boleh jadi mental.. dan akulah salah seorang darinya..
Kisah pagi tadi..
Laluan susur Subang Jaya menghala ke arah Lebuhraya Persekutuan telah ditutup satu lorong sebelah kiri kerana terdapat kerosakan pada jalan tersebut.
Aku rasa kelmarin atau semalam satu lorong tersebut ditutup sebab aku baru lalu pagi tadi..
Kisah semalam di SINI..
Pemandangan biasa bagi aku..
Lorong kiri yang rosak ditutup kepada lalulintas..
Kenapalah waktu cuti sekolah bulan Disember lepas tiada tindakan membaiki jalan diambil?
Masa tu pun jalan takdelah sesak teruk macam musim persekolahan la ni..
Ok.. bersangka baik.. mungkin pihak berkenaan baru dapat peruntukan dan baru dapat kelulusan bagi membaiki jalan tersebut.
Kat situ je dah buang masa..
Masuk kerja lambat, keluar kerja pun lambat..
Kesian kat dak Kakak kena tunggu lama kat sekolah petang ni..
Sabarlah ye.. ibu lambat lagi petang ni ambil kakak balik sekolah..
Malam tadi..
'Ibu.. mik bar nuaa..'
update: ('Ibu.. amik gambar Nuha..)
Peneman aku ketika aku sibuk menggosok baju sekolah dak Kakak dengan dak Adik..
Pantang tengok aku pegang handphone.. disuruhnya amik gambar dia..
Gaya terkini.. macam dalam gambar tu.. kihkihkih..
LEGO tu ada kisahnya.. nanti next entry..
Kisah dak Kakak dengan dak Adik sekolah pun takde entry lagi.. eemm.. pun nantilah..
psstt: Pesan abam sayang.. bukan aku seorang yang berhadapan situasi yang sukar, walaupun benda yang remeh tapi tetap kita kena hadapi dengan tenang dan sabar..
hati2
ReplyDelete"ibu....mik bar nuaa.." tu apa maknanya hehe..
ReplyDelete"ibu....mik bar nuaa.." tu apa maknanya hehe..
ReplyDeletePandainya diaaa...
ReplyDeletejem serabut kan..
ReplyDeleteNuha dah boleh jadi model cilik ni... :)
ReplyDeleteaiza memang kuat semangat menempuh jalan jem,kalau akak surrender.....
ReplyDeletecutenya nuha, meh aunty nak kiss sket hehehhe
Kalau jalan teratur dan sempurna itu bukan namanya jalan kat Malaysialah...
ReplyDeletemmg boleh meroyan tau ngadap jem kat area fed highway tu...:P
ReplyDeleteHuhuu... agaknya time dec org cuti. Hehehe
ReplyDeletebab jalan rosak ni mmg isu yg tiada kesudahan... bayar tol, bayar cukai jalan, tapi kualiti jalan raya tetap tidak memuaskan...mana pergi duit tu? tak tahuuu laaa
ReplyDeleteDah besar dah si Nuha ni.....dulu masa mula mula singgah sini rasanya masih meniarap haha....auntie pun dah tua Nuha huhu.....
ReplyDeleteMmg jammedlah Aiza sejak 2 menjak ni....tension kan...
kalau sy laa mmg da meraung dlm kereta ;-)
ReplyDeleteBuka sklh ni mmg sana sini jem. Sakit kepala. Tp nak buek cano kan.kete skrg makin byk dan byk.
ReplyDeleteTeruk betul nampak jalan tu.
ReplyDeleteMacam dalam jugak lubang tu takut kalau keta laju rim boleh bengkok.
Comel betul Dak Nuha ni berposing! Eh, lego besar tu terjealous pulak I ni. Kalau dapatkan untuk si Adik ni memang ohsemlah keadaan rumah I nanti :)
ReplyDeleteJalan jem ni memang tak boleh nak elak. Ingatkan tahun ni I gerak seawal pukul 7 pagi, jalanraya lancarlah rupanya tak juga!